Wednesday, 22 October 2014

Kalau dah haram tu haramlah

Kalau dah haram tu haramlah kenapa nak halalkan apa yang termaktub dalam Al-Quran. Yang terbaru kempen saya ingin sentuh anjing aka i want to touch a dog yang diadakan disebuah taman di Malaysia ni menyebabkan banyak umat islam cuba menjadi pejuang papan kekunci. Ye, aku bukanah bijak sangat dalam bab agama tapi memang sedari kecil aku dah diajar oleh ustazah bahawa ada 2 jenis binatang yang di kategorikan sebagai najis berat iaitu anjing mahupun babi. Tak boleh makan dan tak boleh sentuh kecuali dalam keadaan DARURAT... Kalau kita tersentuh ataupun kita sentuh dia dalam keadaan basah dan basah atau basah dan kering kita perlu menyamakkan angota badan kita yang tersentuh najis berat tersebut dengan 1x air tanah dan 6x air bersih. Aku terkejut bila aku terbaca komen mengatakan mereka yang terpegang najis berat ini hanya perlu mandi atau mengambil wudhuk. Sedih aku baca.
Keadaan cuaca kita di Malaysia ni kering ke? Bukan kering dan lembab? Macamana pulak hukumnya pulak tu bila kita cuba memengang anjing untuk mengatasi ketakutan pada diri kita terhadap anjing? Aku tak berani nak komen.. Bagi aku dah haram tu haram jelah. Nk segaja pegi pegang tu buat apa. Alasan nak tunjuk kat anak yang jangan takut dengan anjing. Tolonglah.. Banyak benda lain nak pegang. Nanti bila dah besar anak tu, dia jadi keliru.. Ustazah kata haram tapi dulu dia nampak ummi dia pegang. Mana satu nak ikut, ummi ke ustazah? Pastu sebab kita duk kata jangan takut dengan anjing, nanti bila anak kita jumpa anjing.. Elok je dia nak main ngan anjing tu macam bila dia jumpa kucing sebab dia nampak ummi dia pegang anjing dulu.
Yang lagi aku tak paham ada pulak depa duk kata pasal mazhab lain membenarkan kita as a muslim pegang anjing dalam keadaan kering dan kering. Tapi yang pasti bukan mazhab Shafie kerana mazhab Shafie begitu teliti dalam menjatuhkan hukum terhadap sesuatu perkara. Dan aku tak paham sejak bila islam membenarkan kita as as muslim boleh ikut mana2 part of mazhab yang kita nak dalam keadaan tidak darurat. Aku memang tak paham. Contoh bak kata ustaz Majedi dari Al-Zuhdi travell masa kami pergi mengerjakan umrah, kita terpaksa mengikut mazhab Hambali ketika bertawaf iaitu tidaklah batal wudhuk seseorang itu sekiranya bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita itu tanpa ada rasa shahwat. Dalam keadaan yang ramai macam tu.. Bolehlah kita guna apa yang patut kita guna tapi tak bolehlah kita suka-suka hati kita mana yang kita nak dalam masa tenang kita. Memang susah nak mengawal pergerakkan orang sekeliling ketika sedang bertawaf lebih-lebih orang kecik macam aku ni.. Berapa kali jugaklak aku duk terkena bahu lelaki-lelaki yang main rempuh je nak keluar apabila sudah selesai proses tawaf tu. tapi dalam masa yang sama, aku tetap menjaga sentuhan aku terhad suamiku ketika bertawaf. Itu adalah contoh yang dapat aku bagi dalam kes mazhab ni. 
Ya Allah...KAU berilah petunjuk dan hidayah kepada kami semua. Usahlah KAU turunkan bala kepada kami sebagai petunjuk kepada kami