Thursday, 10 September 2015

Pondok ArRiyad di Subang Bestari

Rezeki Harraz di Al-Kholidi tidak lama. Dia telah berjaya mengeluarkan dirinya dari pusat tahfiz tersebut setelah seminggu berpuasa. Perkara yang tidak terlalu memeranjatkan kami sebagai ibu bapa kerana dia dah 3 kali minta keluar dari sana sejak ketiadaan kawan baik dia iaitu Ijin. Kami suruh bagi kami tempoh hingga hujung tahun sebenarnya sebab nak tengok prestasinya bagaimana. Kami bercita-cita nak suruh dia sambung belajar hingga ke Darul Habib Indonesia sana. Tapi apakan daya, malam kejadian itu kami telah dikejutkan dengan panggilan dari ibu kepada salah sorang pelajar di sana dan mengatakan Harraz telah berada di rumah dia yang terletak di Kg Changkat, Gombak. 
Nak buat macamana, dia dah lari. Syukur Allah masih lagi sayang kepada mereka dengan menemukan seorang cikgu yang memang secara kebetulan memang nak ke KL pada ketika itu. Cikgu tersebut nampak mereka bertiga berjalan didalam kegelapan malam menuju kearah Batang Kali.
Perkara pertama yang dia cakap masa aku ambil dia kat rumah kawan dia tu, dia kata dia nak belajar kitab, sepenuhnya kitab. Dia taknak tahfiz sebab dia kata dia tak mampu. Aku menung sekejap sebab setahu aku memang susah nak cari madrasah yang mengajar kitab di KL ni. 
Dengan bantuan sahabat yang menyayangi kami, kami ditemukan dengan Ustaz Irwan mudir kepada Madrasah ArRiyad Addaufa' Wal Masakin yang kebetulan datang TI untuk bagi tazkirah pada hari yang sama Harraz lari dari madrasah lama dia. Ustaz Irwan ada war-warkan tentang pondok dia ini. Setelah berbincang dengan Encik suami, kami membawa Harraz pergi berjumpa dengan Ustaz di madrasah lama dia supaya dia boleh meminta maaf pada mereka. Kami memang mengajar anak-anak kami akan berkat seorang guru itu. 
Dan dalam masa yang sama kami bawa Harraz ke pondok barunya untuk ditemuduga. Memang aku tabik dengan cikgu pondok ni. Beliau sungguh menghormati tetamu, itu aku tak nafikan. Ustaz Irwan ni juga amat dikenali dengan gelaran  Ustaz Allahumasolialamuhammad kerana tabiat beliau yang terlalu suka berselawat. Ustaz Irwan juga bekas anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang amat terkenal di Seliau, Rantau. Alhamdulillah akhirnya Harraz bertemu dengan pondok kitab yang dia cari, semoga Harraz serasi belajar disini. Dan sepanjang sebulan dia di sana, aku nampak dia happy je belajar. Semoga Allah kekalkan hatinya untuk belajar kitab dan bahasa arab hingga ke Yaman atau Acheh.

Wednesday, 9 September 2015

Cuti sakit pun tak pandai duk diam

Tulah dia aku.. Reti duk diam hanya pada minggu pertama cuti sakit aku je. Pastu..takde maknanya aku nk duk diam. Tulah orang kata aku degil sampai bekas luka pembedahan aku tetas setelah sehari jahitan dibuka. Wah... Aku x lasak pun rasanya cuma aku tak beli support device yang doktor cadangkan ari tu. Aku tak beli sebab mahal dan doktor kata terpulang aku nak beli atau tida. Jadinya aku ada pilihan untuk tidak membazirkan duit aku.. Tu pendapat aku pada ketika itu tp akibatnya bekas luka itu tetas ataupun terbuka.
Syukur juga luka tu dah kering cuma pedih dia macam kena hiris pisau tulah... Ngeri gak tengok luka tu.. Dah macam longkang dah. Aku ngeri sebab bimbang luka dalam tak kering je.. Bimbang kena jahit semula je. Taknaklah lagi benang tu duk kat tangan ni... So.. Apa lagi.. Sapa yang tengah sakit tu.. Belajar-belajarlah duk diam-diam.. Dah kena baru padan muka

Monday, 31 August 2015

Dugaan itu tanda Allah sayang

Lama sungguh blog ni bersawang sebab tuan dia konon xde masa. Balik keje duk penat merehatkan badan. Kek pun dah jarang-jarang buat sejak sakit ni. Sebenarnya aku ni baru saja lepas buat minor operation bak kata kawan-kawan aku, tapi baki aku major dah ni sbb ngeri wei. Pergelangan tangan kiri aku dah ditoreh oleh doktor Ezlan Merican di Hospital Pantai Ampang untuk masalah Carpal Tunnel aka saraf terhimpit pada 20hb August yang lalu.
Nak dijadikan cerita, sebelum ni aku dah pekena steroid 2 jarum kat situ ngan kaki aku sebab masalah yang sama. Sebelum aku ambik steroid tu aku dah tanya dulu ngan doktor berapa lama dia boleh recover sakit aku ni. Aku bukanlah x tahan sangat sakit tu.. bertahun aku sakit, aku tahan cuma kali ni aku rasa macam rimas dengan mc (cuti sakit) aku yang kian sikit dan harap maklumlah boss mana yang suka pekerja dia asyik takde je kat line. Jadi doktor kata min 6 bulan, lama gak bagi aku sebab sempat lagi tahu depan rasanya.. in shaa Allah.
Tapi sebab Allah kat kami, dalam bulan 8 aku dah sakit-sakit semula. Selagi lagi aku mc 2 hari dan sebelum tu aku dah half day petang sebab tak tahan sakit. Nak dijadikan cerita aku dipindahkan department. Mula-mula aku agak sukar menerimanya sebab aku adalah antara orang lama kat QFN tu, dari line tu memang tak stabil sampai lah kami ( Engineer dan sahabat yang lain) semua bekerja keras siang dan malam untuk menjadikan line QFN itu agak tenang sehinggalah hari ini. Tapi selepas aku fikirkan semula dan kembali pada Allah, aku jadi tenang. Biarlah ..
Jadi sebelum aku berpindah ke department baru ni iaitu dari process engineering ke QA department, baik aku laksanakan apa yang patut aku lakukan.. Aku serah diri pada doktor untuk proses yang in shaa Allah boleh membantu mengurangkan sakit aku selama ini.
Pastu.. apa lagi... aku MC lah sampai sebulan... 

Monday, 11 May 2015

Sakit dan sibuk

Alasan aku yang paling kukuh sekarang ni adalah sibuk dan sakit menyebabkan 2 bulan rasanya blog yang aku sayangi dahulunya tersadai dan berkulat..Sekadar alasankan..hihihi. Bukan takde citer nk update cuma aku tahu, blog aku ni sekadar suka yang memang takde pengikutnya.
Hujung bulan ari tu aku seperti diuji oleh Allah dengan Harraz. Sungguh aku tak sanka yang dia berani mengaku depan guru dia yang dia hendak berhenti dari Pusat Tahfiz Al-Kholidi. Kat situ aku memang tabik spring kat dia sebabnya dia berani ngan ustaz dia... ummi dia pun tak berani. Nak cakap ngan Ustaz Othman tu punyalah berlapik.. Carik perkataan yang sesuai nak cakap. Ustaz Man kata memang dia terus jawap je bila Ustaz Man tanya betul ke Harraz nak pindah atas alasan nak sekolah kat Madrasah Masjid Al-Riduan.. Mengeleng kepala Ustaz Man. Aku diberitahu mengenai hal tersebut dan aku diminta menjalankan tugasan aku sebagai ummi.
Harraz ni orangnya lembut di dalam, maksudnya dalam hati ada taman. Bagilah dia video motivasi, mudah dia tersentuh. Jadi aku rasa aku tahu kat mana nak attack dia.
Sehari sebelum hari outing mereka, ibu kepada Firdaus ada menjemput anak-anak dan ibu bapa ke majlis aqiqah adik sara.. Jadi dekat situ aku cuba nak dengar dulu apa yang Harraz nak bagitahu dan aku pula bagitahu apa yang dia perlu tahu. Bagi aku dia tiada pilihan lain sekiranya dia nak keluar dari sana kerana kawan ( kawan baik dia Ijin dah dikeluarkan oleh ibu dia sebenarnya cerita dia yang dia nak keluar dari sana). Aku tak ganggu dia makan, habis dia makan aku terus menuju ke dia dan tanya:-
Ummi : abg ada benda nak cite ngan ummi ke?
Harraz: ada...(sambil tersenyum-lepas rindulah kot). Abang nak pindah sekolah boleh ummi?
Ummi : kenapa abang nak pindah?
Harraz: sebab ijin dah takde, abang tak biasa ijin takde
Ummi : bukan ke abang tak kawan sangat dengan ijin pas masuk sana? Ummi nampak ijij asyik ngan kembar je.. Abang pun ngan Aiman je. Boleh kalau abang nak benti, ummi sekolahkan abang kat tempat ijin, kat setiu, jauh lagi dari kampung tokwan
Harraz : jauhnya ummi, taknaklah.. Abang nak sekolah Masjid Al-Riduanlah.
Ummi : abang ingat ada lagi kemasukkan ke sekarang ni?Abang ingat senang nak masuk sana? Klu senang dah lama Hafiz tu masuk sana, dah 2 kali dia g interview kat sana tak dapat, kenapa adik dia dapat? Sebab adik dia mungkin lebih bagus dari dia. Cuba cite, apa sebenarnya buat abang nak kluar? Ummi dengar (sambil usap bahu dia-kena ada sentuhan)
Harraz: sebenarnya baju abang banyak orang pakai.. Boxer abang pun dah tinggal sikit (sambil tarik  nafas macam nak nangis)
Ummi : sapa pakai baju abang, citer ngan ummi(sambil peluk bahu dia ).. Camnilah bang, abang halalkan t-shirt abang ngan boxer abang yang kawan abang pinjam tu, tapi jubah abang ambiklah ye.. In shaa Allah sok masa outing kita beli 2 set boxer ngan t-shirt abang. Abang tak suka khidmat ke?
Harraz:taklah ummi. Abang tak kisah khidmat sebab abang tahu abang takde spm, khidmat tu boleh boleh tolong abang nanti
Ummi : bagus anak ummi (sambil peluk bahu dia). Abang sekarang khidmat apa, cite ngan ummi
Harraz: kitab Abi, dengan laskap depan asrama
Ummi : abang nak hadiah? Ummi hadiahkan abang anak pokok kurma untuk lanskap asrama ye. Nanti Abang wakafkan pada madrasah atas nama kita semua ye..(bercakap dalam nada memujuk)
Harraz: nak.. (laju angukkanya sambil tersenyum)
Ummi : camnilah klu dlm setahun lg abg x naik hafazan, kita kluar... (aku berani cakap macam tu sebab aku yakin dengan harraz cuma halangan dia, sekiranya dia buat malas. Doa ummi mengiringi usaha abang).

Malam tu dia memang nak nangis tapi dia berjaya untuk menahan air matanya dari keluar namun dia gagal menahanya jugak disaat aku memintanya supaya TAAT pada ku masa aku nak balik dari menghatarnya ketika outing keesokkan harinya. Aku sebenarnya ditegur oleh Ustaz Man perihal setahun tu sebab memang aku takde niat pun nak keluarkan dia sebab bagi aku Al-Kholidi memang sesuai dengan Harraz yang suka main. Aktiviti bolanya, memanah, Muay thai pun ada. Khidmat lagilah ada, jadi memang sebenarnya setahun tu aku bagi pada dia atas keyakinan aku sebagai seorang ummi akan siapa anak aku di depan aku. Tengok macam UPSR dia pun cukuplah, aku bagi target... Dia berjaya mencapai target yang kami berdua setkan walaupun dia memilih untuk ke tahfiz selepas UPSR nanti. Klu ikut logik akal, buat apa dia nak belajar, sedangkan masuk tahfiz tak perlu UPSR. Tu sebabnya aku set target untuk dia. Ustaz Man terima alasan aku dan dia pun kata, in shaa Allah Harraz boleh cuma bimbang dia buat malas je.
Tangisan Harraz mulanya buat aku cuak, sapa tak cuak.. Nak balik dah ni, nangis lak dia. Rupanya dia tersentuh bila aku suruh TAAT padaku kerna aku tidak pernah suruh dia buat apa yang Allah dan Rasul larang. Maksudny TAAT yang aku minta sebenarny adalah TAAT pada Allah dan Rasul... Tersedu-sedu dia menangis... " sebenarnya abang rindu ngan Ummi " ... Alahai bujang sulung aku ni... "Peluk ummi puas-puas... Hilangkan rasa rindu abang pada ummi... In shaa Allah, 2 minggu sekali ummi datang, tapi ummi x janji sebab apa bang?". "Ummi taknak jadi orang yang munafik".. Jawapnya sendiri. Alahamdulillah dia paham apa yang aku cuba maksudkan.. Semoga Allah menetapkan hatinya terus belajar di sana. Bagi ummi, naziroh ke hafazan ke iqra ke hal kedua, yang penting, AKHLAK kena A+.







Saturday, 7 March 2015

Cukup sekadar disini saja

Tanggal 18 Feb 2015, tarikh bersejarah bagi kami sekeluarga kerana kami telah kehilangan kereta pertama kami di kawasan parking basement rumah kami. Kejadian itu disedari oleh suamiku ketika dia hendak menghantar Umar Zuhdi ke sekolah sebelum dia pergi ke tempat kerja kami. Aku yang ketika itu telah selamat parking di TI, agak terkejut jugaklah bila mendapat panggilan telefon dari suami ku yang mengatakan kereta dah hilang, penipu kalau aku kata aku tak terkejut. Tapi Allah bagi kekuatan pada aku ketika itu kerana aku pasti suamiku adalah orang yang paling terkejut atas kehilangan itu sebab dia adalah insan terakhir mengunakan kereta itu semalamnya. Tapi ternyata jangkaan aku meleset, dia tersenyum je bila aku balik untuk mengambil Umar dan dia. Cuma yang pasti dia menyuruh aku memandu ketika itu.
Setelah hantar Umar ke sekolah, kami terus membuat laporan polis di UTC Pasar Keramat. Ehm... Pihak polis minta geranlah pulak. Kami cuba menghubungi pihak bank yang kami membuat pinjaman. Syukur mereka mudah memberi maklumat yang diperlukan. Apa lagi, ke Klanglah kami ambik geran kereta. Sebelum itu, aku buat panggilan kepada pihak pengurusan blok Menara Merak Kayangan untuk mendapatkan rakaman cctv malam tadi. 
Rupanya senang nak ambil geran kenderaan di pihak bank, tak banyak soal pun depa. Terus bagi, janji owner yang pergi minta. Alang-alang dah sampai Klang, suami aku apa lagi... Tukar tayar Myvi lah dia sebab tayar kereta tu memang tunggu harinya.
Selesai urusan di Klang, kami terus balik ke Keramat sebab kami dapat panggilan telefon dari Sarjan yang in charge case kami ni untuk buat laporan siasatan di balai Polis Jalan Pudu. Laparlah pulak perut ni sebab dari pagi tak makan. Sampai je kat kedai makan, kami terima panggilan dari jiran kami pulak yang dah tengok cctv tu dan mengatakan kereta yang digunakan untuk mengambil kereta kami tu ada di hadapan sekolah berhampiran dengan rumah kami. Kami pun apa lagi, terus cari kereta tu. Dari pengamatan kami, kereta tu pompuan yang punya. Kami tak sampai hati nak pancitkan tayar kereta tu sebab kami takut kami salah kereta. Tapi dijadikan cerita, lepas kami tengok cctv tu, sah memang kereta tu digunakan untuk mengambil kereta kami. Tapi nak buat camne, kami balik dari ambil anak dalam pukul 5 lebih, kereta tu dah takde kat situ. 
Kami redha dengan ketentuan Illahi. Hanya sampai disini sahaja DIA meminjamkan kemewahan itu pada kami. Tiada daya kami untuk melawan kehendakNYA