Monday, 31 August 2009

Penatnya

Baru hari nie angah start berpuasa selepas 8 hari x berpuasa..penatnya. Maklumlah Umar dia fully BF pastu dia lak mmg kuat menyusu...ehm nasib baiklah angah ada pump susu utk dia, bleh gak cover masa dia nangis2 tu.
Dah tahu puasa angah buat rajin lak mengemas rumah. Angah mmg x boleh ttg benda tu @ perabot angah duk kat tempat yang sama lama skit, mesti angah ada hati nak alih2kan. Kedudukan perabot angah la nie pun angah kemas dalam masa seminggu sebelum angah bersalin. Larat lg angah mengemas tu asalkan mata angah nampak sedap. Kali nie angah set-up tempat angah bertenet kat meja pc kami yang sedia ada. Sebelum tu kami letak pc utk my hubby main forex tp pc tu dah kong so angah pun letak kat bilik mengosok kami.

Sunday, 30 August 2009

kurma

Tadi masa tengok tv adalah kuar iklan kurma coklat pastu angah pun katalah sedapnya klu dapat makan kurma tu. Harraz pun katalah yg dia ada nampak kurma tu kat pasar ramadhan. Pastu masa depa semua g pasar ramadhan tadi, my hubby cal me and ask about kurma coklat tu. Dia tanya betul ker angah ada kirim kat Harraz. Angah pun citerlah ngan dia perbualan kami tadi. Than dia pas hp kat Harraz and Harraz pun kata nanti dia beli kurma tu untuk angah tengok. Apa lak untuk ummi tengok mestilah untuk ummi makan. Yap... mmg betul dia bawa balik kurma tu. Masa berbuka, dah tak layan kurma biasa yang beli kat Care4 ari tu. Bleh tahan gaklah kurma coklat nie sbb dalam dia ada almond. 1 kotak harga dia rm25 tp penjual tu kata klu kat luar harga dia rm30. Masa my hubby nak masuk keje malam semula td, angah ada bekalkan dia kurma biasa untuk dia makan masa sahur macam angah bekalkan dia semalam. Tapi dia minta kurma coklat tu jugak sbb sedap katanya. Xper habis pun sbb dah tahu mana nak beli sbb selama iklan tu kuar angah tercari2 mana nak beli sbb yang angah tahu kat JJ AU2 ngan care4 wangsa maju xder.

Saturday, 29 August 2009

Cuma terasa kehilangan dia jer

Penat sungguh ari rasanya sbb malam td Umar x berapa nak tido sgt. Asyik meragam jer dia, nasib baik suamiku ada dirumah, bleh gak gilir2 jaga Umar nan dia. Tapi malam tadi angah rasa dia x selesa guna CD kot. Angah baru nak cuba kat dia malam. Bila angah tukar guna DD dia okay jer. Langsung angah rasa patah hati nak guna CD. Xper nanti cuba guna waktu siang lak.

Hari nie my hubby dah start keje malam, so angah kene buka puasa ngan Harraz n Salam jerlah walaupun hakikat dia hanya Harraz jer yang berpuasa. Okay jer sbb xder yang istimewa pun bila dia ada. Lagipun dia dah tolong belikan kuih utk kami sebelum ke tempat kerja.

Teringat angah ngan isteri Ustaz Asri, relax jer dia citer pasal puasa tahun nie. Dia kata mmg awal2 puasa biasanya Ustaz akan berbuka di rumah. Bila dah hari ke3 @ 4 Ustaz akan bawa mereka berbuka di hotel tempat Rabbani buat persembahan.Tapi tahun nie cuma mereka ngan ahli kumpulan Rabbani yang lain jerlah berbuka di hotel tu. Lagi katanya yang mereka dah biasa ditinggalkan cuma kali nie mereka terasa kehilanganlah. Tabah sungguh dia.... Camnerlah klu kita kat tempat dia yer ...

Friday, 28 August 2009

Mencari CD murah sbb nak beli banyak nie ....


Ari tu angah ada beli 2 helai CD iaitu cloth diapers kat Nurul brand rainbow baby. Insya Allah, lepas raya nanti angah nak start keje, angah ingat nak tambah stok. Nurul ada offer brand Babyland ngan harga rm34 sehelai tp angah rasa mahal sbb ari tu angah beli rm32. Brand dia pun dah lain mestilah harga dia lain jugak-kn..








Umar tgh memakai CD-nya

Wednesday, 26 August 2009

Abg sakit perutlah Ummi

Semalam masa angah suruh Harraz g solat Zuhur dia tanya kat angah kenapa angah
x solat lg. Angah mmg x solat ngan puasa, harap maklumlah dengan 'kehadiranya'
setiap bulan. Tapi yang pastinya diaorg nie mmg x penah tengok angah makan @ minum
disiang ari w'pun angah x puasa.

Ehm...apa yang angah nak jawap ek.Ha..." Ummi sakit perut ... Kan nenek kata ummi
tengah sakit perut". Nasib baik dia bleh terima alasan angah tu. Dia baru 7thn pastu
dia lelaki lak tu, agak susah jugak angah nak explain kat dia.

Pagi td dalam kul 10 lebih Harraz ngadu sakit perut, angah ingat dia nak g toilet sbb
mmg tabiat diaorg nak g toilet pun nak cakap ngan ummi dia. Angah suhlah dia g toilet.
Dia kata bukan nak g toilet tapi dia sakit perut dan kene buka posa. Eh budak nie ada jer
akal dia xnak posa. Mana bleh ..aleh2 dia kata ummi bleh x posa klu sakit perut.
" Harraz ...Ummi sakit perut kerana melahirkan ... bukan saja2. Abg ada nampak ummi
makan x? Xder-kn ... Ummi x solat jer tp ummi x mkn gak, sama mcm org lain yg posa".
Sekali lagi dia menerima alasan angah.

Tuesday, 25 August 2009

Umar dah sebulan hari nie















Alhamdulillah, Umar dah genap sebulan a.k.a 31 hari usianya hari ini iaitu 25 August 2009.
Semalam angah g HA untuk review result darah dia. Darah dia kene ambik masa masuk
NICU for the 2nd time ari tu sbb dia termasuk kes prolong jaundice. Yealah, sepatutnya
joundice akan kene dalam tempoh 2 ari- 10 ari tp masa 2nd time dia masuk ari tu dia dah
13 ari.

Doc kata, kencing dia ada jangkitan kuman, platelet darahnya rendah ngan hormon
thyroid dia rendah skit dari sepatutnya. So smlm sekali lg darah ngan air kencing dia
diambil. Agak ngeri bagi angah kali ni sbb air kencing dia diambil terus dari pundi kencing
dia dgn cara mencucuk terus dari perut dia. Meraung2 dia angah dengar masa proses tu.
Pastu masa MO tu pass Umar kat angah dia ngadu yang Umar buang air besar masa diaorg
tgh ambik air kencing, hehhehehe. Padan muka dia. Kami kene mai smula ke HA for review
next result rabu depan, harap2 semuanya okay.


Saturday, 22 August 2009

Puasa

Insya Allah, angah akan berpuasa ari nie sama ngan Harraz dan ayahnya ... sapa lg klu
bukan my beloved hubby. Itu pun x pasti lg maklumlah angah masih dalam pantang sbb
kadang nifas nie dah benti tp pastu dia mai smula.

Angah set alarm kul 4:30 tp yang kelakarnya tu angah asyik terjaga2 jer mlm td sbb takut
terbabas. Bukan apa kesian ngan Harraz yang excited sgt nak puasa. Salam lak citer dia
bukan main berapi2 lagi nak posa sbb nanti teacher dia marah konon katanya. Tp bila
time sahur ... hampeh. Bangun mmg dia bangun tp bila suruh makan dia terus nangis
xnak posa sbb dia kata klu dia sakit nanti camner. Ehm....

Memandangkan angah nie tgh dalam pantang, angah risau gak yang angah xleh nak
supply susu kat Umar sbb dia-kan mmg BF exclusive. Angah pump susu angah malam
semalam untuk stok ari nie-lah kononnya. Tp Allah maha berkuasa, susu angah lagi
banyak dari selalunya. Umar pun mmg kuat menyusu, so angah x perlulah risau yang
dia akan kekurangan stok.. Alhamdulillah.

Wednesday, 19 August 2009

Berjumpa kembali










X sangka hari nie angah jumpa semula adik angkat angah masa zaman skolah dulu
dalm FB. Rasanya kat 8thn kami x berjumpa sbb lst skali jumpa masa majlis
perkahwinan kwn kami dulu. Pastu terputus hubungan. Pastu yang x disangka pulak
tu suami dia pun 1 tempat keje ngan angah. Harap perhubungan ini tidak akan terputus
lg pasnie ...

Tuesday, 18 August 2009

Perginya takkan kembali

Tanggal 13 August yang lalu, perginya Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani amat
mengejutkan angah dan ramai orang. Angah mmg minat ngan dia sbnrnya dari
lagi masa dia menyertai kumpulan Nada Murni. Angah jatuh cinta ngan nasyid
pun mmg sebab dia ngan Nazri dari kumpulan Raihan tp masa tu dia dalam kumpulan
The Zirk. Mereka masa tu datang UTM dan buat persembahan kat Dewan Besar masa
minggu penghayatan Islam. Percaya atau tidak disebabkan mereka jugaklah angah
yang kwn2 belah utara panggil 'gedegaq' nie join kumpulan nasyid siswi kolej pertama.
Tapi lanie semua tinggal kenangan, semoga arwah ditempatkan didalam golongan orang2
yang beriman disisiNya.
Antara lagu Nada Murni yang kumpulan Nasyid kami dendangkan
masa zaman kolej dulu:-
Di pondok kecil
Sunnah Berjuang
Sunnah Orang Berjuang

Monday, 17 August 2009

Kuih raya ..

Posa x tentu penuh lagi dah sibuk-sibuk nak cari resepi kuih raya...Layan jer. Angah pun
dah beli skit2 barang nak buat kuih. Td tgk iklan nampak lak jem nenas untuk buat tart
nenas, langsung angah cakap ngan my hubby yang kami wajib ke sana untuk beli jem
tu. Pastu butter achor tu pun murah kat pasaraya Hero cuma rm4.30 sbb kat JJ ari tu
angah beli rm4.99. Ingat kan dah murah dah tu rupanya ada lg kedai jual lg murah.
Kali nie angah puasa dalam pantang, Insya Allah adalah masa banyak nak buat kuih.
Buat kuih pun selalunya tuk mkn sendiri pas raya sbb kwn2 selalunya datang masa
kami buat open house so kuih x berapa laku. Dah 2 tahun berturut2 angah buat open
house skali ngan jiran2 angah. Angah kat duk kat Menara nie, ada 8 pintu 1 level tu
yang rasa mudah skit klu buat skali. Tahun nie x pasti lg camner...

Sunday, 16 August 2009

Hobi baru Umar Zuhdi

Umar dah ada hobi baru...berjaga siang sbb selama nie hobi dia tido dan tido dan tido.
Tapi dah 2 ari dia berjaga siang dan tido menjelang senja. Yang x bestnya tu dia xnak
kene letak bawah bila dia berjaga. Entahlah ....penat gak angah. Tapi xderlah memanjang
siang tu dia berjaga. Waktu dia tido cepat2 angah masak atau buat keje apa yang patut.
Inilah dinamakan dugaan ...

Friday, 14 August 2009

Tetamu Umar

Hari nie angah rasa cam rajin skit sbb pagi2 dah siap masak. Sebenarnya angah nak tgk
citer Kuliah Cinta tgh nanti, tu sbb angah masak awal, hehehhehe ... Rupa-rupanya Allah
kasi ilham angah masak awal sbb ada tetamu tengahari td. Masnita, kwn lama angah
kat QFN mai datang dari Kelate. Dia mai KL sbb nak jemput Ma dia kat Putrajaya, so dia
singgah jap. Lama dah tak jumpa dia sbb masa dia benti ari tu angah x sempat jumpa dia.
Pastu baru kejap dia duk borak skit2, Kak Zurita pulak cal nak mai tanya alamat. Dia mai
ngan Kak Sham, Kak Leha ngan Kak Kay. Ramai tetamu Umar hari nie, tp depa tak mau
dihidangkan apa pun. Angah nie agak lurus skit orgnya, w'pun angah dah sediakan
semuanya klu org tu kata xnak, angah x hidang pun. Entah... angah mmg dari dulu camtu.
Tu sbb klu tetamu yg jauh nak dtg angah tanya atau bgth dia yg mkn x apa yg angah nak
hidangkan nanti. Seronok mereka datang sbb lama dah x borak ngan mereka. Diaorg marah
ngan angah sbb x pakai stokin, sbb pakai barang kemas ngan x pakai bengkung. Ari nie
mmg angah cam malas nak pakai bengkung sbb angah keje berat ...siap cuci bilik air tu.
Xperlah dia org nak marah pun sbb ari2 lain angah pakai jer bengkung tu ....

Thursday, 13 August 2009

Andai ini Ramadhan yang terakhir

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...

mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman

yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani

menanti-nanti jemputan Izrail

di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi

semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA



andai benar ini Ramadhan

terakhir buat kita…


…..MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH

KULAKUKAN

Wednesday, 12 August 2009

CD ku beli dari nurul

2 hari lepas angah ada tgk rancangan WHI yg membawakan topic Lampin bercorak. Bagi
angah benda tu sesuatu yang baru dan menarik untuk dimiliki, maklumlah dah beranak
kecil nie kene peka ngan benda2 baru nie. So angah pun cari dalam internet sbb klu ikut
harga dalam WHI ini tu sehelai lampin ngan 2 insert berharga rm45 untuk button type.
Dalam angah mencari tu, Nurul menyapa angah melalui YM dan dia kata dia pun ada
jual benda yang angah cari tu tp dgn harga rm38 sehelai. Not bad. Disebabkan ingin
mencuba, angah order 2 helai dulu sbb takut x puas ati lak.

Tengahari td barang yang angah tunggu tu sampai. Besar gak w'pun ada button bleh
laras. Biarlah..mungkin bukan skrg Umar bleh guna sbb dia masih kecik lg. Nurul cal
gak td cakap benda yg sama. Lagipun diapers yg org bg pun banyak lg, bleh guna sampai
habis pantang kot.
Nielah dia contoh lampin kain yg Nurul jual tu

Tuesday, 11 August 2009

Car seat Baby untuk Umar Zuhdi

2 ari lamanya angah ngan suami serta Umar g cari car seat baby sbb esok angah kene
mulakan tugas angah hantar Salam g skolah. Masa ayah dia keje pagi jer. Mula2 kami
nak beli yang 2nd hand jer. Cari dalam internet, kat Mudah.com. Ada banyak tp cuma
takut quality dia jer. So kami decide g kat kedai 2nd hand kat ngan Ampang Point tu
sbb Miza kat sana ada. Yer2 jer kami g..hampeh. Than g pulak kat cawangan dia kat
Taman Melawati ...Hampeh gak. At last we all decide g kat Alpha Angle sbb klu x silap
angah kat situ banyak pilihan. Sampai kat sana, harga semua dlm lingkungan rm150
dan keatas utk new born punya car seat. Angah teringat lak kat JJ AU2 ada offer benda
yang sama tp harga dia rm119 jer. So kami pun balik sbb kononnya nak beli kat AU2 jer.

Ari nie seawal 11 pg kami kuar rumah utk meneruskan pencarian kami. 1st kami g kat
Manjaku kat Wangsa Maju, blakang care4. Ehm... hampeh mahal blaka. Maklumlah
budget kami dalam rm150 jer. Pastu cari cool bag pun xder kat situ. At last angah ajak
suami angah g JJ AU2 jer sbb kat situ ada yg best buy rm119 tu. Okaylah kot. Sampai
kat sana, kami x terus ambik benda yang kami nak sbb suami angah mmg jenis nak
yang terbaik utk anak2 dia. Dia usik semua yang ada kat situ dari yg harga rm119 tu
hinggalah yang harga dia rm439. Lantak dialah sbb dia yang nak beli. Belek punya belek
at last kami beli gak yang bleh guna sampai besar.Bulky gaklah tp sbb sales assistant tu
kata bleh guna dari new born, kami beli jerlah w'pun harga dia diluar budget kami.

Nampak besar ek... mmg besar pun. Utk kete kami still
sesuai lglah tp klu duk dalam kete kancil rasanya mmg
x sesuai.

Monday, 10 August 2009

Layan TV...

Cuti-cuti nie angah apa lg..layan jer citer2 kat TV free nie. Percaya x rumah angah xder
ASTRO. Rata2 kawan2 angah x caya yang rumah angah xder Astro. Percayalah sbb
rumah angah ada streamyx jer. Maleh nak langgan sbb tv free pun x habis nak tengok,
niekan pulak nak langan siaran brbayar yang asyik ulang citer yang sama jer...kot.

Tapi ada gak citer2 yang tengah ditayangankan sekarang nie angah dah tengok berulang
kali. Contohnya mcm citer Irish kat TV3. Tak jemu angah menontonnya... nak tahu sbb
apa .... Sbb angah peminat Rita Rudani dari dulu lg. Dalam diam mak angah pun minat
ngan dia. Dulu masa Salam masuk wad kat Hospital Damai Melawati, dia ada jenguk dan
lawat Salam. Masa tu secara kebetulan Rashid Sibir buat pengambaran drama dia kat
hospital tu. Jadi bilik yang dia gunakan sebelah bilik kami. Masa tu xder camera jer, klu
adalah mesti angah dah ambik gambar dia than publih kat sini.

Bukan dia jer yang angah suka, Erra Fazira n Amy Mastura pun angah minat sampai lanie.
Kelakar rasayna bila kenang yang angah nangis masa Amy Mastura nangis. Kak Fiza
tukang gelakkan angah. Masa Erra bercerai ngan Yusri pun angah rasa nak nagis sbb
angah pun minat kat Yusri. Tp nak buat camne ek dah xder jodoh diaorg ....

Saturday, 8 August 2009

Penat sungguh ari nie

Penat sungguh angah ari nie melayan anak-anak. Salam ngan Harraz asyik gaduh jer.
Angah dah x tahu nak cakap camner ngan Salam tu. Td Fatin datang pun dia buat budak
tu macam budak lelaki. Geram gak tgk dia. Camner lg angah nak buat ngan dia nie ...

Friday, 7 August 2009

Balik dik..jgn datang smula tau

Alhamdulillah.. Umar masuk wad 1 malam jer kali nie. Pastu dia kene 1 lampu jer kali nie.
Yang kelakar tu masa masuk wad tu, doc2 nie pandang angah than diaorg senyum jer.
Alamak nie rebound case lagi nie, tulah ayat mereka yang angah dengar. Nurse2 kat
dalam tu pun senyum jer. Pastu doc siap kata, pandailah akak nak buat apa..fahamlah
maksud angah yang angah kene buka baju Umar dan tinggalkan pampers jer.

Sebelum dia balik td sekali lagi dia kene ambik darah sbb doc kata dia nak tengok apa
yang tak kene ngan Umar. Sepatutnya joundis nie patutnya kene pada baby sehingga usia
dia 10 hari tp disebabkan oleh Umar dah 13hari so dia takut ada masalah lain lak. Ambiklah
doc..Tp masa doc tu ambik td, Umar dah kencing ngan buang ayaq besaq kat depa.
hehehe tulah pasal elok2 org tu tido dikacaunya.

Masa balik td, gourd tu kata "dah... balik dik...jgn datang smula lagi tau ..." sambil tersenyum

Thursday, 6 August 2009

Kene refer lg skali...

Pagi2 tadi kami dah bawa Umar g check darah dia kat KK AU2. Bertambah tinggi
bacaan TSB dia berbanding semalam. Apa lg Dr. terus refer HA tp kami decide nak
g lepas Zuhur sbb kesian ngan my hubby yang keje malam td.

So sementara angah buat keje, angah biarkan Umar main sorang2. Dia active macam
biasa langsung x menunjukkan dia budak yg pasif. Main tangan sorang2 sambil
pakai barut ngan pampers dia dalam baby coat. Baru jap td dia nangis sbb nak susu.

Harap semuanya akan berjalan dengan baiklah hari nie. Angah redha dengan dugaan
dariNYa.

Wednesday, 5 August 2009

Repeat again ...?

Umar Zuhdi kene repeat smula ambil darah kat KK sbg JM yang mai smlm kata ada
slightly joundis. G pg td agak tinggi gak bacaan tsb dia 299.5 (17.5mg/d). TSB dia lebih
10 units dari sepatutnya. Dr. Gouri tak refer g spital, mungkin sbb dia tinggi skit dari
sepatutnya. Sebenarnya Umar nie kuat menyusu badan than dia bangun main ngan
geng2 dia mcm biasa. Event tengah malam pun angah akan pastikan dia minum
susu angah at least 3 jam sekali. Tp bila dia bangun menyusu, paling sekejap pun
30 minit dia akan terus menyusu tanpa berhenti. Tu yang bila dia bacaan TSB dia
tinggi angah jadi keliru sendiri. Mmg angah darah O menyebabkan dia kene kuning
tp adakah sbb dia pun sama darah ngan angah menyebabkan lg sukar billirubin tu
pecah. Ehmmm... harap semuanya berakhir dengan cepat.

Yang bestnya angah ngan suami begitu risau ttg demam kuning nie sbb setahu
kami ianya melibatkan komplikasi pada otak. Suami angah g kedai ubat cina
than beli ubat herba untuk mandi Umar. Pastu dia x lupa belikan 'sin cu' iaitu
pearl terpilih yang bertujuan untuk menyejukkan badan. Kami hanya merancang
tp Allah menentukan segalanya ....

Monday, 3 August 2009

Abdul Salam ngan pingat dia ....

Semalam sukan tahunan skolah Tadika Amal diadakan di Stadium Bola Sepak
kat Cheras. Selalunya dia buat kat UIA tp kali nie x dapat padang kot. Depa
termasuk mak semua g tp angah ngan Umar duk kat rumah...xkan nak g kot...
pada-padalah klu dah sihat pun. Lepas habis sukan, depa hantar mak balik kg.
Balik dari kg... Abdul Salam apa lg x terlepas pinggat dia. Bukan menang apa
pun, cuma dapat no 3 dalam acara lari berhalangan. Tp biasalah budak-budak
pun namanya.













Gaya dia... Sempat lg senyum tu













Duk depan skali nak ambik hadiah tu....













Harraz ngan adik dia tak lupa jugak ngan nenek pun nak posing gak

Saturday, 1 August 2009

Syukur kepadanya

Hari nie awal angah g spital sbb dengar JM semalam kataklu hari sabtu kene datang
awal skit sbb pagi2 doc specialist akan datang tgk all the baby. So angah apa lagi kat kul
9 dah sampai. Sampai2 jer Umar dah tersedu2 menangis sbb lapar tp dah dekat ngan turn
dia. Angah ambik skejap sbb sian tgk dia nangis...maklumlah dia dah sihat tu yg active
tangisan dia tu. So sampai turn dia angah happy gila bila doc pakar tu kata dia dah bleh
balik. Sapa yang x suka beb sbb kat ward NICU tu macam kat kutub utara rasanya...
sejuk. Macam penah g sana yer tak.... Bila doc pakar tu datang jer, macam pemerintah
besar yang telah memberi pengampunan kepada pesalah2nya sbb ari nie 7 org baby
discharge serentak. Bak kata nurse kat situ hari pembebasan secara besar-besaran.

Ehm...... disebabkan hari nie hari sabtu so x ramai org yg bekerja termasuklah kakitangan
kat ward NICU tu. Angah tunggu dari kul 9 lebih, kul 3 lebih baru dapat kuar. Xder org
nak prepare discharge document. Suami angah dah marah dah sbb kesian tgk mak angah
jaga Harraz n Salam kat taman bawah tu. Dia g ambil depa nie sbb konon nak jemput
adiklah. Tp lambat rupanya. Angah still boleh terima lg sbb angah tgk diaorg pun x menang
tangan nak handle baby2 tu. Sampai angah pun g layan baby yang nangis2 tu. Depa nie
klu bleh xnak susukan baby yg nangis tu sbb depa nak ibu depa bagi. Tp klu tgk ibu dia
xder jugak, depa nie x kejam..depa bagi gaklah susu formula tp b4 that depa nie tiarapkan
dulu baby tu. Klu still nangis lg barulah susu formula dibagi.

Pasnie Umar Zuhdi kene mai lg kat HA untuk buat sound test. Doc takut ada kesan dari
kuning dia yang tinggi ari tu. Harap semuanya okaylah ... Amin