Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts

Monday, 11 May 2015

Sakit dan sibuk

Alasan aku yang paling kukuh sekarang ni adalah sibuk dan sakit menyebabkan 2 bulan rasanya blog yang aku sayangi dahulunya tersadai dan berkulat..Sekadar alasankan..hihihi. Bukan takde citer nk update cuma aku tahu, blog aku ni sekadar suka yang memang takde pengikutnya.
Hujung bulan ari tu aku seperti diuji oleh Allah dengan Harraz. Sungguh aku tak sanka yang dia berani mengaku depan guru dia yang dia hendak berhenti dari Pusat Tahfiz Al-Kholidi. Kat situ aku memang tabik spring kat dia sebabnya dia berani ngan ustaz dia... ummi dia pun tak berani. Nak cakap ngan Ustaz Othman tu punyalah berlapik.. Carik perkataan yang sesuai nak cakap. Ustaz Man kata memang dia terus jawap je bila Ustaz Man tanya betul ke Harraz nak pindah atas alasan nak sekolah kat Madrasah Masjid Al-Riduan.. Mengeleng kepala Ustaz Man. Aku diberitahu mengenai hal tersebut dan aku diminta menjalankan tugasan aku sebagai ummi.
Harraz ni orangnya lembut di dalam, maksudnya dalam hati ada taman. Bagilah dia video motivasi, mudah dia tersentuh. Jadi aku rasa aku tahu kat mana nak attack dia.
Sehari sebelum hari outing mereka, ibu kepada Firdaus ada menjemput anak-anak dan ibu bapa ke majlis aqiqah adik sara.. Jadi dekat situ aku cuba nak dengar dulu apa yang Harraz nak bagitahu dan aku pula bagitahu apa yang dia perlu tahu. Bagi aku dia tiada pilihan lain sekiranya dia nak keluar dari sana kerana kawan ( kawan baik dia Ijin dah dikeluarkan oleh ibu dia sebenarnya cerita dia yang dia nak keluar dari sana). Aku tak ganggu dia makan, habis dia makan aku terus menuju ke dia dan tanya:-
Ummi : abg ada benda nak cite ngan ummi ke?
Harraz: ada...(sambil tersenyum-lepas rindulah kot). Abang nak pindah sekolah boleh ummi?
Ummi : kenapa abang nak pindah?
Harraz: sebab ijin dah takde, abang tak biasa ijin takde
Ummi : bukan ke abang tak kawan sangat dengan ijin pas masuk sana? Ummi nampak ijij asyik ngan kembar je.. Abang pun ngan Aiman je. Boleh kalau abang nak benti, ummi sekolahkan abang kat tempat ijin, kat setiu, jauh lagi dari kampung tokwan
Harraz : jauhnya ummi, taknaklah.. Abang nak sekolah Masjid Al-Riduanlah.
Ummi : abang ingat ada lagi kemasukkan ke sekarang ni?Abang ingat senang nak masuk sana? Klu senang dah lama Hafiz tu masuk sana, dah 2 kali dia g interview kat sana tak dapat, kenapa adik dia dapat? Sebab adik dia mungkin lebih bagus dari dia. Cuba cite, apa sebenarnya buat abang nak kluar? Ummi dengar (sambil usap bahu dia-kena ada sentuhan)
Harraz: sebenarnya baju abang banyak orang pakai.. Boxer abang pun dah tinggal sikit (sambil tarik  nafas macam nak nangis)
Ummi : sapa pakai baju abang, citer ngan ummi(sambil peluk bahu dia ).. Camnilah bang, abang halalkan t-shirt abang ngan boxer abang yang kawan abang pinjam tu, tapi jubah abang ambiklah ye.. In shaa Allah sok masa outing kita beli 2 set boxer ngan t-shirt abang. Abang tak suka khidmat ke?
Harraz:taklah ummi. Abang tak kisah khidmat sebab abang tahu abang takde spm, khidmat tu boleh boleh tolong abang nanti
Ummi : bagus anak ummi (sambil peluk bahu dia). Abang sekarang khidmat apa, cite ngan ummi
Harraz: kitab Abi, dengan laskap depan asrama
Ummi : abang nak hadiah? Ummi hadiahkan abang anak pokok kurma untuk lanskap asrama ye. Nanti Abang wakafkan pada madrasah atas nama kita semua ye..(bercakap dalam nada memujuk)
Harraz: nak.. (laju angukkanya sambil tersenyum)
Ummi : camnilah klu dlm setahun lg abg x naik hafazan, kita kluar... (aku berani cakap macam tu sebab aku yakin dengan harraz cuma halangan dia, sekiranya dia buat malas. Doa ummi mengiringi usaha abang).

Malam tu dia memang nak nangis tapi dia berjaya untuk menahan air matanya dari keluar namun dia gagal menahanya jugak disaat aku memintanya supaya TAAT pada ku masa aku nak balik dari menghatarnya ketika outing keesokkan harinya. Aku sebenarnya ditegur oleh Ustaz Man perihal setahun tu sebab memang aku takde niat pun nak keluarkan dia sebab bagi aku Al-Kholidi memang sesuai dengan Harraz yang suka main. Aktiviti bolanya, memanah, Muay thai pun ada. Khidmat lagilah ada, jadi memang sebenarnya setahun tu aku bagi pada dia atas keyakinan aku sebagai seorang ummi akan siapa anak aku di depan aku. Tengok macam UPSR dia pun cukuplah, aku bagi target... Dia berjaya mencapai target yang kami berdua setkan walaupun dia memilih untuk ke tahfiz selepas UPSR nanti. Klu ikut logik akal, buat apa dia nak belajar, sedangkan masuk tahfiz tak perlu UPSR. Tu sebabnya aku set target untuk dia. Ustaz Man terima alasan aku dan dia pun kata, in shaa Allah Harraz boleh cuma bimbang dia buat malas je.
Tangisan Harraz mulanya buat aku cuak, sapa tak cuak.. Nak balik dah ni, nangis lak dia. Rupanya dia tersentuh bila aku suruh TAAT padaku kerna aku tidak pernah suruh dia buat apa yang Allah dan Rasul larang. Maksudny TAAT yang aku minta sebenarny adalah TAAT pada Allah dan Rasul... Tersedu-sedu dia menangis... " sebenarnya abang rindu ngan Ummi " ... Alahai bujang sulung aku ni... "Peluk ummi puas-puas... Hilangkan rasa rindu abang pada ummi... In shaa Allah, 2 minggu sekali ummi datang, tapi ummi x janji sebab apa bang?". "Ummi taknak jadi orang yang munafik".. Jawapnya sendiri. Alahamdulillah dia paham apa yang aku cuba maksudkan.. Semoga Allah menetapkan hatinya terus belajar di sana. Bagi ummi, naziroh ke hafazan ke iqra ke hal kedua, yang penting, AKHLAK kena A+.







Monday, 23 February 2015

Sesungguhnya rindu itu satu penyiksaan

Walaupun hampir seminggu lamanya penyiksaan aku sudah berakhir namun aku bersyukur kerana Allah telah memberi peluang kepada aku untuk berjaya menahan kerinduan pada anak sulung ku, Muhammad Harraz Furqan selama 40 hari lamanya. Wah.. Mukadimah dia...
Bukan apa... Aku pernah tulis pasal dia masuk Maahad Tahfiz Al-Kholidi dulukan... Memang rindu sungguh ummi dengan dia masa dia pergi 40 hari tu. Tapi tanggal 15 feb yang lepas, ibu bapa yang mana anaknya masuk pada 5 Jan dibenarkan mengambil anak mereka untuk bercuti selama 4 hari ataupun berjumpa dengan anak mereka. Aku jadi tak tidur malam, bukan ummi dia aje.. Rasanya ayah dia pun gitu. Jadi tak sabar nak jumpa bujang ummi sorang tu. 
Pagi yang hening tu, pukul 5 aku dah bangun untuk masak kuah lodeh sebab aku nak bawa lontong untuk majlis pertemuan itu nanti. Syukurlah Abdul Salam rajin membantu memotong apa yang patut malam td. Kek karemel dah siap dah 2 biji aku buat petang semalamnya. Pagi tu pun Umar dan Abdul Salam senang sangat nak bangun. Cakap nak g jumpa abang je, deras bangunnnya. Kami lepak skit sebelum pegi, kena tegur ngan Abdul Salam kenapa lambat.
Berdebar bila sampai kat sana. Ramai dah ibu bapa yang datang. Anak-anak pun tak sabar menunggu kehadiran ibu bapa mereka sedangkan kami dah minta pada Ustaz Osman supaya merahsiakan kehadiran kami ini. Selama 40 hari ini kami hanya dihadiahkan gambar anak-anak kami yang sedang melakukan aktiviti mereka. Walau bagaimana pun kami bersyukur dengan teknologi canggih di zaman moden ini, dapat jugaklah kami lihat wajah anak kami dari jauh.
Gembira kami melihat Harraz suka belajar di sana. Apa yang Ustaz kata, Harraz ni ringgan tangan. Bila tanya sapa nak buat khidmat, laju je dia menawarkan diri dia. Bukannya apa, sapa yang buat keje khidmat ni, isteri Ustaz Osman akan bagi ganjaran berupa makanan kepada mereka. Harraz ni memang kuat makan, tapi kurus dah anak ummi duduk kat sana. Mereka kat sana tidak dibenarkan membawa makanan sendiri untuk disimpan di dalam loker mereka. Ustaz tak nak gejala kecurian makanan berlaku. Jadi mereka hanya makan 4 kali sehari sahaj dalam kuantiti yang dihadkan. Harraz kata memang sikit dia bagi. Ummi tengok banyak je, setalam nasi untuk 4 orang makan. Tapi anak kita lelaki, banyak main.. Memanglah dia rasa sikit. Biar dia, bila perut dah biasa kurang makan, senang nak puasa pastu ngantuk pun kurang, belajar pun senang. Mereka kat sana kene puasa sunat isnin dan khamis. Alhamdulillah .... Mereka mengamalkan sunnah Rasulullah.
Mereka aktif bersukan di sana. Tanah yang diwakafkan itu luas, ada padang bola, depa buat reban angsa dan ayamlah. Mereka tanam pakok betiklah. Pastu ada sungai.. Apa lagi anak-anak disana, hari-hari mandi sungai, tu yang gelap berkilat masing-masingnya tu. Muah Thai pun ada... Mereka nampak enjoy dengan suasana pembelajaran disana. Apa yang pasti Harraz sekarang dah tak macam Harraz dahulu. Ummi betul-betul terharu dengan perubahan abang ... Syukur Alhamdulillah...

Monday, 26 January 2015

Kesungguhanmu wahai anakku

Semalam Abdul Salam sibuk duk membuat kira-kira. Kami jadi hairan sebab dia duduklah dalam biliknya dengan sebatang pensil dan bukunya. Mula-mula kami abaikan je sebab dia memang jenis pelik skit, tak suka kongsi. Tapi sebagai ummi, aku tak puas hati dia duduk kat dalam bilik senyap je sensorang. Rasa bersalahkah dia kerana telah menyebabkan iphone ayahnya disable sehingga telefon ayahnya itu terpaksa di format semula? Penat ayah dipujuk suruh keluar, tapi duk panggil dari ruang tamulah. Aku apalagi, masuk bilik dan tengok apa yang dia menungkan. Rupa-rupanya dia duk mengira duit yang perlu dia kumpul untuk membeli hand phone sendiri. Macam-macam ragam si Abdul Salam ni. Tapi baguslah dengan tekadnya itu, dia paham bahawa segalanya tidak boleh diperolehi tanpa usaha.
Disebabkan oleh cita-cita untuk mengumpul duit tersebut, aku sebagai ummi harus menyokongnya. Aku bekalkan dia makanan supaya dia tidak lapar dan dalam masa yang sama dia boleh mengumpul duit dia.

Thursday, 8 January 2015

Muhammad Harraz Furqan bin Nor amri



Harraz ataupun abang memang nama sinonim yang kami panggil dia kat rumah kami ni. Aku sebagai ummi dia suka panggil dia dengan nama Muhammad sebab bila panggil Muhammad, dia cepat datangnya. Dia dah selamat masuk ke Pusat Tahfiz Al-Kholidi yang terletak kat Kg.Ulu Kalong, Ulu Yam. Payah skit nak pegi ke tahfiz tersebut cuma sesiapa yang nak cari kat mana tempat tu, cari je Ulu  Kalong eco resort, ke sanalah halanya.
Macammana Harraz boleh tercampak ke sana...? Ramai gak bertanya sebabnya tahfiz ni takde akedemik, tahfiz semata. Ayat mereka,habis... Harraz tak ambik spm lah nanti? Kenapa spm tu boleh jamin ke Harraz dapat keje? Kenapalah kita boleh jadi begitu, tak semena-mena kita telah bersangka buruk kepada Allah. Ingat wahai kawan-kawan kat luar sana, rezeki tu datangnya dari Allah. Kita hanya perlu berusaha.. Sapa kejar akhirat, dia dapat dunia.. Sapa kejar dunia, akhirat dia hilang. So jangan jadi syirik tak tentu arah ye.
Ok, back to Harraz. Dia masuk sana tanpa paksaan dari kami. 1 hari sedang kami sekeluarga sedang duduk santai, ayah dia tanya dia nak belajar kat mana pas ni sebab dia tengah tunggu result upsr dia. Sambil garu kepala, "ayah msukkan abang tahfizlah ayah".. "Betul ni bang?" Ayah dia tak caya, aku sebagai ummi dia pun tak caya. Biarlah.. Kita tengok result upsr camne nanti.
1 hari masa balik dari taska, dia cakap lagi sekali pasal tahfiz kat aku yang sedang memandu. Aku tergamam jugak bila dengar dia cakap macam tu. "kenapa bang?"."ummi antar jelah sebab abang taknak sekolah biasa.. Abang takut kena buli". Masa tu keputusan upsr masih tak keluar lagi. Cuma keputusan PSRA dia je dah keluar, dia hanya mampu mendapat makbul je. Tu yang dia patah hati kot dengan sekolah sekular ni.
Jadi, setelah berpakat dengan ibu kawan baik dia, ke Al-Kholidilah dia sebab rasanya biarlah dia masuk tahfiz yang dah ada kawan dia. Kawan baik lak tu. Tanggal 4/1/2015 bersamaan dengan 13 Rabiulawal, dia di daftarkan di sana. Genap usia dia 13 tahun dalam bulan islam. Selama 40 hari kami tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan dia... Hari ni baru hari ke 6.. Lama lagi nak tunggu ni... Kami dah rindu ni...






Friday, 28 November 2014

2A1B2C

Syukurlah abang dengan keputusan UPSR abang. Ummi redha dengan pencapaian abang yang sebegitu kerana ummi nampak sangat peningkatan dalam pelajaran abang. Walaupun ayah tak puas hati dengan keputusan yang abang dapat, xpe.. Janji abang sedar yang abang kena berubah untuk masa depan abang. Kalau abang kurangkan main dulu,mungkin keputusan abang lebih baik dari ini. Kesedaran abang datang lambat. Apa pun ummi tetap bersyukur kerana abang memilih untuk ke tahfiz selepas ini. Ummi akan sentiasa menyokong abang. Dengan keputusan PSRA abang yang tak seberapa itu, abang harus sedar bahawa Allah telah membayar tunai keatas apa yang telah abang lakukan sebelum ini. Sedangkan percubaan abang Mumtaz abang.. Tapi PSRA yang sebenar abang dapat Makbul je. Apa pun ummi tetap redha kerana ummi tahu abang akan menjadi anak yang soleh satu hari nanti yang mampu mendidik ummi dan adik-adik abang.

Monday, 15 September 2014

Dugaan sungguhlah UPSR tahun ni

Kesian lak tengok Harraz masa balik dari sekolah hari khamis lepas..."yahoo... Merdeka". Dia dengan kawan dia Ijin menjerit bila sampai ke rumah. "Takyahlah nak berangan Harraz..BI kena repeart...bukan sains aje tau"..Terus tunduk dan mengeluh dia. Memang sejarah UPSR tahun ni, kertas sains dan bahasa english bocor. Tu belum lagi yang dia suspect soalan matematik jugak bocor. Alahai UPSR je pun kan. Kenapalah nak ulang ngan tangguh. 
Semuanya berbalik kepada soal integriti...aku pun bukannya paham sangat pasal benda tu cuma yang aku paham pasal amanahlah. Aku rasa baru kali aku dengar soalan upsr bocor, kalau spm tu selalulah aku dengar bocor tapi biasanya takdelah sampai kene tangguh atau pun ulang. Mungkin ada ulang atau tangguh cuma aku yang mungkin tak tahu. 
Aku rasa perkara ni berlaku disebabkan saingan untuk mendapat 5A tu terlalu tinggi dikalangan ibu bapa bukan dikalangan anak-anak itu sendiri. Betul tak? Macam aku dulu, tak malu aku katakan yang aku cuma mendapat 3A 2B je untuk upsr aku, dapat masuk U jugak aku. Seingat aku, mak tak marah pun aku punya keputusan macam tu. Aku dapat pangkat 1 masa spmv aku, takde pun hadiah aku dapat dari mak ngan abah, cuma yag aku dapat ucapan terima kasih je. Bayangkan anak-anak sekarang, disebabkan saingan antara ibu bapa, mereka juga terpaksa bekerja keras belajar bersungguh-sungguh untuk menjayakan misi ibu bapa mereka. Semalam aku terbaca, ada ibu yang kesal sebab penangguhan kertas sains BI ini dan menanggung kerugian kerana terpaksa membatalkan  tempahan untuk bercuti ke Tambon Lost World, Janda Baik dan USS. Wah... Tu baru upsr belum spm lg. Come on lah wahai ibu bapa, jangan terlalu mendera anak-anak anda. 
Untuk mendapat 5A, anak - anak dihantar tuisyen. Bukan aku tak hantar, tapi Harraz hanya pergi kelas tambahan yang sekolah diabuatnya. Bukan apa, aku kesian dengan dia sebab kalau aku perhatikan dia bangun seawal 6 pagi dan tidur selewat 10:30 malam, bila waktu rehat dia. Aku pun ada masa belek facebook ngan instagram aku, dia.. Balik dari sekolah agama, mandi... Duk dalam bilik buat keje sekolah dia yang melambak tu, tu ada yang dia dah buat kat sekolah. Kalau dia ada kelas tambahan macam hari isnin sampai rabu, kadang- kadang dia minta dikejutkan seawal 5 pagi sebab nak siapkan kerja sekolah dia. Dari hari selasa sampai khamis dia kene pergi sekolah awal, sebab ada kelas tambahan pagi pulak. Kesian aku tengok dia, belum kira kelas tambahan sekolah agama dia untuk upsra dia. Macamanalah dengan anak-anak yang dihantar ke tuisyen lepas sekolah tu. Sian depa.

Friday, 5 September 2014

Isi hati seorang bonda

Takkanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur
Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa
Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda, tak jelas mata
Ambil yang sarat duri
Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela
Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda
Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela
Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Demua tak serupa

Lagu : Arjuna Beta
Artis : Fynn Jamal


Aku suka lagu ni sebab liriknya memang bagus sangat bagi aku. Aku pernah dengar lagu ni sebelum ni cuma aku macam tak amik kisah tapi bila suatu hari aku dengar ada adik tu tak stop pun nanyi walaupun aku duk masuk dalam lif tu. Bersungguh dia menanyinya dan kebetulan dalam radio ikim pun duk putar lagu. Jadi aku pun ambik keputusan untuk cari lirik dia. Dalam maknanya... aku suka dengan kata-kata puisi Fynn Jamal ni. Aku ajak Harraz ngan Salam menghayati lirik lagu ini dan tanpa kusangka, Harraz menitiskan air matanya dan ini bermakna Harraz berjaya menghayati liriknya.

Tuesday, 1 July 2014

Boleh tak ummi?

Ragam anak-anak kadang-kadang buat kita tertawa seorang diri bila kita kenangkan semula diwaktu senggang kita. Aku tak terkecuali...lebih-lebih lagi aku punya 3 hero. Fuh...letih aku nak melayan mereka tak kala aku mengambil mereka dari taska. Berbagai soalan dan cerita yang kena aku dengar dan kadang-kadang mereka kena juga dengar cerita berirama aku ..aka bebelan aku sepanjang perjalanan kami untuk pulang ke rumah. Bukan jauh pun rumah kami...kalau takde kesesakan lalu lintas, dalam 5-10 min sampailah. Jadi tak lamalah aku atau mereka terpaksa menadah telinga.
Petang tadi Abdul Salam merayu-rayu untuk tidak berpuasa pada esok hari. Alasan yang dia bagi sebab penat. Sian pulak aku dengar, tapi dia dah darjah 4 dan dia memang dah dididik untuk berpuasa penuh sejak berusia 6 tahun lagi. Tiba-tiba lak taknak puasa esok. Musykil aku. Pastu tanya, klu keropok simpan lama basi tak? Pulak dah. Apa lah kena ngan anak den sorang ni.
Selepas berbuka puasa, dia tanya lagi..keropok basi tak. La...rupa-ruanya dia terlupa nak makan jajan dalam goody bag yang dia dapat minggu lepas.. Sabar jelah ngan anak den sorang ni. Pasal tu rupanya.angah..angah

Wednesday, 17 July 2013

Salam Ramadhan

Mungkin belum terlambat aku nak ucap selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa kali ini dengan tabah dan penuh semangat untuk menjalani tuntutanNya. 
Lama sungguh aku ak update blog aku yang tercinta ini...tercintalah sangat konon. Aku hilang punca dengan masa aku sebab aku dah ilang masa yang aku ada sebelum ni untuk mengupdate blog yg tak seberapa ini. Dalam tak sedar, aku ada pengikut yang tak berdaftar rupanya...sebab ada yang tanya offline kenapa aku dah lama tak update blog ni... Jawapan yang paling comey aku boleh bagi... Masa mencemburui aku...
In shaa Allah tahun ni, anak sulung den akan menghadapi UPKK...aku yang ngeri bukannya dia. Dia tenang je. Sekolah dia buat kelas tambahan setiap petang kecuali hari rabu (sebab hari rabu ada ko-ko) aku hantar... Tapi bulan puasa ni rehatlah...cam biasa. Tapi yang aku tak tahan tu duk kat rumah main je... Beli buku latihan...buat kalau ummi ngan ayah bebel. Klu tak..xde makna dia nak sentuh. Ipad..hp..netbook patutnya dah diharamkan... Tapi x gak nak belajar... Risau betul akulah. Aku ada hati nak masukkan sekolah agama berasrama penuh tapi kalau dah macam ni gayanya..macam kena hantar pondok je... Ehm..dia memang xde pilihan ke 3 sbb peluang yang ayah dia bagi hanya 2 je... Kalau UPKK bagus, dia bleh masuk sekolah asrama tapi kalau cukup makan je..duk blajar kat pondok jelah sbb bagi aku 2-2 menghala kepada kejayaan di akhirat... Dunia kekal kita semua.. Wallahualam

Monday, 7 January 2013

Cabaran pertama tahun baru 2013

Alhamdulillah kerna rahmatMu sekali lagi kita ketemu dengan tahun yang baru tapi tak pasti sampai bila agaknya Allah meminjamkan dunia fana ini buat kita semua. Hari ni tadi aku terpaksa bekerja..maklumlah minah karan..kerja kilanglah katakan.. Tapi cam biasa,sapa yang nak keje lama bila kita family kita ada kat rumah.. Kejap je aku kerja...
Aku pulak sekarang hasrat hatinya nak berubah kearah yang lebih baik.. Aku ingin sungguh menjaga auratku yang selama ni aku leka dan lalai walaupun aku tahu yan aku wajib menjaganya. Antara yang aku tak jaga ialah dagu aku ni. Dagu juga adalah aurat bagi seorang wanita..kenapa dalam solat kita jaga tapi bila bertudung kita biarkan ianya terdedah.. Aku dalam usaha mengumpulkan tudung yang berkekek a.k.a tudung yang berdagu. Tapi macam biasalah sesuatu yang baik tu, agak mahal harganya. Maklumlah aku punya tudung kebanyakkannya tudung pasar malam yan tak berapa mahal ni...
So tadi, pas zuhur aku pun ajaklah suami ku ke masjid Shah Alam yang aku. Sampai je ka sana, suamiku terus menuju ke kompleks PKNS..laparlah katakan. Bau muffin dalam kompleks tu melaparkan lagi kami tapi ternyata baunya memang mengambarkan rassanya..huh sedapnya muffin yang dijual di stall kat tingkat bawah sekali tu. Pas selesai makan kami terus menuju ke masjid Shah Alam untuk menunaikan solat Asar yang masikh tertangguh lagi tu.. Cam biasa kami akan berpecah dan umar akan aku jaga. A dijadikan cerita, Umar keluar pas selesai mengambil wudhuk dikala aku masih aiengamil wudhuk. Takkanlah aku nak berlari keluar dalam keadaan aku yang masih tidak menutup aurat. Aku sangkakan dia akan berada diluar tempat mengambil wudhuk tu tapi ternyata telahan ku sia-sia saja. Dia takde kat luar..aku tanya ada adik yang tengah duk berdiri kat depan pintu keluar tu akan kelibat Umar..dia pun tak nampak katanya..Aku berlari keluar sambil bertanyakan peniaga kat situ...takde siapa pun yang nampak budak kecik berbaju biru lalu.. Jadi aku yakin dia tidak menghala ke arah sana.. aku berlari ke dewan solat di atas dengan harapan dia dah berada bersama abang-abangnya sebab kami agak kerap juga ke sana dan dia pun dah tahu selok belok masjid Shah Alam tu.. Dalam perjalanan aku nak ke dewan solat,adik yang aku tanya tadi menegur aku dan mengatakan bahawanya dia nampak budak berbaju biru bermain dekat dengan tempat wudhuk tu dan bila dipanggil budak tu lari ke arah belakang tandas.. Aku apa lagi.. Tak sedar masa tu Abdul Salam memanggilku.. Aku berlari sekuat hati untuk cari Umar disana.. Alhamdulillah..dia sedang bermain seorang diri di belakang tandas tu. Aku dah cari dia kat sana sebelum ni.. Kat manalah dia masa aku cari dia tu agaknya.. Menangis aku kegembiraan sebab Allah dah meminjamkan semula anak aku yang dah Dia ambil sekejap tadi daribpandangan mataku... Memang dah gugur jantung ni rasanya bila kehilangan anak ni walaupun aku pernah mengalami pengalamn yang sama 8 tahun yang lalu.. Masa tu Harraz hilang kat carefour Wangsa Maju... Syukurlah Allah menduga kami sekeluarga sekejap je... ( kejadian ni berlaku pada 1st jan 2013)

Wednesday, 30 May 2012

ESH school holiday camp

Hari ni Harraz dan Salam akan sekali lagi mengikuti camp kat TI sempena cuti sekolah yang dianjurkan oleh department ESH. Camp ni ala-ala summer camp kat negera omputeh tu.. Cuma mereka dia buat 1 hari je. Penuh dengan aktiviti yang akan di guide oleh pakcik dan makcik TEXIN dan dari dept ESH tu sendiri..Tahun lepas depa jemput upin dan ipin tapi tahun ni pulak..BOBOIBOY and the gang..sukalh depa tu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 14 November 2011

Selesai sudah...

Alhamdulillah...selesai sudah penantian aku beberapa minggu nie. Umar dah selesai menjalani MCUG dia buat kali kedua. Semuanya sebab nak off-kan antibiotik dia. Harap-harap result dia okaylah. Yang pelik tu dan doktor sendiri pelik, bladder dia besar, lama gak nak tunggu benda tu penuh tadi..huh. Tu satu hal, nak suruh dia kencing lagi 1 hal sbb nak tengok sama ada saluran kencing dia berketak tak lagi macam dulu-dulu. Ni semua untuk memastikan kencing dia tidak kotor lagi sebab dah hampir setahun kami berulang ke HA dan antar urine sample dia dan keputusan dia clean @ bebas dari jangkitan e-coli.
Dah kencing puas kami semua memujuk dia kencing tadi, akhirnya kencing jugak Umar. Aku rasa dia rasa perit kot masa nak kencing, yerlah ada tiub yang masuk melalui 'bird' dia menuju ke bladder dia. Masih berbaki sikit air kencing dia tadi, doktor suruh keluarkan tiub tu sebab doktor menjangkakan Umar susah nak clearkan air kencing dia sebab adanya bendasing di tempat yang tak sepatutnya... Umar dibenarkan kencing sendiri di tandas dan berjaya jugak dia mengeluarkan kesemua air kencingnya itu... Wah disebabkan bladder dia yang besar, doktor suspect infection berlaku sekiranya dia tidak dapat mengeluarkan kesemua kotoran dalam pundi kencingnya sekali gus.. Dan ini boleh menyebabkan kuman/ bakteria mudah membiak.
Apa-apa hal pun kita tunggu bulan 2 nanti for next appointment dan doktor pediatric pula akan bagi keputusan untuk off antibiotic ataupun tidak... Ummi dan ayah sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak kami

Thursday, 15 September 2011

Alhamdulillah .. Umar dah sihat

Alhamdulillah... semalam lagi aku dah mula bekerja tapi separuh hari petanglah. Duk kat rumah pagi semalam Umar nampak bosan jer, jadi aku ajak dia ke taskanya... laju dia ambik beg sekolah dia. Tiada report mengatakan dia sakit masa di taska. Balik jer rumah prtang semalam..lasak dia tak boleh nak cakap, main dengan bangah dia sampai benjol dahi... nak buat camner orang dah masuk alam baru bak kata ayah dia ...

Saturday, 10 September 2011

Selesai sudah...

Alhamdulillah... selesai sudah semua heroku disunatkan ... 8/9 hari tu Umar Zuhdi selamat disunatkan oleh DR Intan kat HKL. Umar dirujuk ke sana kerana masalah kencing kotornya. Tapi yang pastinya dia cukup lasak disiang hari, macam takde apa yang berlaku pada "bird"nya. Tapi bila waktu malam, dikala dia nak terkencing...ha ambik nangis tetsedu-sedu. Pedihlah kot. Dia aku pakaikan pampers macam biasa cuma size dia jer yang sepatunya size M tapi aku pakaikan size XL supaya tidak bersentuh dengan apa yang sepatutnya dia tak sentuh. Aku menharapkan Umar cepat sembuh supaya aku boleh mula bekerja... Unpaid leave tu seminggu ... huhuhu

Saturday, 23 July 2011

Eee...kepala dia ada kutu

Penat dah aku botakkan kepala 2 hero aku tu sebabnya kepala dia ada kutu dan berulang kali juga aku nyatakan masalah ni pada owner taska tempat depa tu transit.. Memang semua nie tak boleh nak kawal tapi yang aku pelik tu... anak aku lelaki... kutu pun suka ngan orang yang berambut sikit.. Pagi-pagi sebelum kesekolah tu, aku dah pastikan dia orang bershampu dulu pastu balik sekolah bising jugak mulut nie suh depa shampukan kepala depa tu tapi ... eee kepala depa masih berkutu... nasib baik kami tido asing... ridau gak. La nie, kepala depa dah botak dan aku akan pastikan botak tu akan jadi fesyen rambut mereka selagi depa duk transit kat taska tu ...

Saturday, 25 June 2011

Kerenah anak-anak

Anak-anak makin besar makin memeningkan kerenah mereka ...huhuhu. Tu yang mampu aku katakan. Kerana itu juga aku kurang masa untuk melayan blog aku nie. Sekolah mereka, kawan-kawan mereka ... Kadang-kadang terkeluar gak air mata nie. Walaubagaimana pun aku tetap bersyukur dengan kurnian Allah ini kerana tanpa mereka pasti hidup aku sunyi dan yang paling pasti aku quota bercakap aku setiap hari habis sebab bebelkan mereka.
Harraz pandai mengambil hati aku kalau aku marahkan mereka. Dia tak pandai menjawab bila kena 'sekolah' tapi yang pasti lepas kena 'sekolah' dia akan buat baik, tahanlah dalam 2 ke 3 hari. Contoh dia kalau aku kena jemput dia balik sekolah pastu dia takder kat depan pintu pagar, dah satu keja pulak aku kena carik parking than nak carik depa kat dalam sekolah depa. Paham jerlah parking kat sekolah Al-Amin tu memang payah.. siap dia kena 'sekolah' ngan aku.. Pastu tengok, esok dia dah unggu kat depan pintu pagar, siap panggilkan adik dia sekali.
Abduk Salam lak, suka buat aku marah denganbaju sekolah dia yang kepam ... huh.. penat jugak tangan ni menyental. aku bukan malas cuma jari aku nie alah ngan sabun...x cantik jari-jemariku..Pastu pandai lak balik sekolah terus letak baju dalam baldi sebab nak senangkan ummi rendam dulu. Peningkan. Ngan keje sekolah yang tak sempat siap. Kadang-kadang aku sian jugak ngan depa, dahlah balik sekolah lewat than keje sekolah banyak, bila dah main kat sekolah lebih, penat sudah ... bila suh buat keje sekolah.. dah malas, siap nangis-nangis lagi Abdul Salam tu sebab penat sangat.
Ha tu belum lagi Umar ... budak malas nak berjalan. Berat dah mencecah 11kg, pastu asyik malas nak berjalan. Semuanya sebab suamiku @ ayah dia yang suka dukung dia bila g jalan... penat beb.. lebih-lebih lagi aku yang dah berat nie..hahaha

Tuesday, 4 January 2011

Abdul Salam masuk darjah 1

Tahun nie Abdul Salam dah mula bersekolah di SRIAAKL dalam darjah 1 dan dia telah ditempatkan dalam kelas 1 Usamah iaitu kelas kedua bagi murid-murid tahun 1. 3hb Jan, tarikh mula sekolah dan murid tahun 1 dijadualkan untuk datang pada pukul 2 petang pada hari tersebut dan 11:30 pada hari-hari seterusnya. Aku hantar dia tepat pukul 2 petang dan dia pun terus beratur mengikut barisan kelas dia. Aku pun dah tengok dia masuk kelas macam takder apa-apa masalah, aku pun cabutlah balik sebabnya penat balik dari Melaka pun tak habis lagi ... Kami sekeluarga ke Melaka sebab ada majlis perkhawinan sepupu aku kat Taman Teluk Mas.

Alang-alang cuti umum sempena tahun baru, kami berjalan-jalanlah kesana sambil cari makan.
Berbalik dengan cerita Abdul Salam nie, pas aku cabut bali, xder laka hati nie nak datang tengok dia masa rehat dia sebabnya aku percaya ngan Harraz boleh tengok-tengokkan adik dia tapi rupa-rupanya dia khayal ngan kawan-kawan dia yang dah lama tak jumpa. Sian ngan Abdul Salam, lapar masa balik dari sekolah. Tadi aku aku kuar jap sebab nak tengok-tengokan dia... memang kesian ngan dia sebab dia berdiri jer kat tepi kantin tu tak tahu nak beli. Pas aku aja dia beli, aku balik sambung bekerja. Masa balik tadi aku tanya dah pandai lom beli kat kantin, dia senyum jer ..." dah habis dah duit belanja angah... Mi" ...

Wednesday, 22 December 2010

Padan muka ummi ...kata Harraz

Last friday, aku invite adik2 makan steamboat kat KL tapi bukan semua yang aku jemput sebab ada jugak yang kalu dijemput tak dapat nak datang, so aku tak ajaklah. Biarlah apa orang nak kata. Disebabkan dah lambat depa mai tang Seremban, kami pergi jer kat Kampong steamboat yang terletak kat Setiawangsa. Tak berapa menarik makanan kat sana tapi nak buat camner aku dah tersilap langkah, terpaksalah jugak kami makan kat sana. Sebenarnya aku lapar masa tu, terus jer aku ke kaunter untuk dapatkan tempat. Sepatutnya pegilah tengok makanan dia, ok ker x. Nak tarik balik dah segan, makan jerlah ...

"Padan muka ummi" ... kata Harraz sambil terenyum. Ha.. tergamang aku dibuatnya. Nampak kurang ajar tapi ada betulnya apa yang dia katakan tu. Dia terkeluar perkataan tu masa aku tengah celaru samaada nak bagi Fatin, anak buah aku a.k.a anak susuan aku yang mai dari Seremban tu nak tengok cerita kartun Barbie atau tidak. Sebabnya cerita seksi. Aku memang control penglihatan mata anak-anak aku. Eeeee... Dalam kecelaruan aku tu, nasib baik adik-adik aku faham yang aku kena dan harus tukar siaran .....

Sunday, 7 November 2010

Semuanya sudah berakhir

Alhamdulillah kerana semuanya sudah berakhir dengan baiknya. Abdul Salam dan Umar Zuhdi telah semuh dari sakit mata mereka. Mujur sakit Umar tak lama, selamat cuti aku. Maklumlah anak sakit mata nie jangan dihantar ke taska..berjangkit nanti. Umar dapat sakit mata pun dari taska.
Aku nie memang tak reti duk diam bila cuti. Aku buat kek butter petang tadi. Tak ambil masa yang lama pun, tak sampai 1 jam kek aku selamat dimasak dan di sumbat ke dalam mulut kami sekeluarga. Masa pukul butter ngan gula tadi aku cakap ngan suami aku yang alangkah indahnya kalau ada mixer... Cam biasa dia akan sentiasa menyokong aku... "Apa lagi Yang, kita beli ...". Tu yang aku suka ngan suami aku nie... Sayang abang ...
Raya Aidiladha dah tak berapa lama lagi nie tapi 1 kuih pun aku tak siap lagi. Bila ntah aku nak mulakan. Tepung ngan butter ada dah kat dapur tu cuma coklat chip aku dah habis anak-anak aku bedal. Nak kuar g beli malas tapi aku ada cakap ngan suami aku, harap dia belikanlah nanti masa cuti rehat dia. Harap-haraplah....Tahun nie kau tekad nak buat kepek popia berlada tu. Lama dah aku belajar dari jiran aku tapi tak pernah cuba sebab biasanya kulit popia yang aku beli, aku buat simpul serunding. Harap kali nie jadilah tapi yang pastinya corn flake madu kompem aku akan buat, Insya Allah ...

Wednesday, 3 November 2010

Musim sakit mata

Abdul Salm dah 2 minggu sakit mata. Doc kata dia more to allergic bukan sakit mata yn berjangkit tu. Pagi tadi Umar Zuhdi pulak menunjukkan symptom yang tidak menyenangkan. Sampai kat taska, mommy dah start bersyarah pasal anak2 sakit mata... hahaha... aku buat dek jer. Sebabnya ummi taska kata, takper hantar jer sebab depa tu semua sakit mata pun asal dia dari taska. Nak taknak depa kena jaga juga. Petang tadi masa ambik Umar dia sound kata Umar sakit mata... yerker aku cakap... ceh tak alert punya ummi. Anak dah bengkak mata bawah pun bleh tanya lagi. Sampai jer rumah cepat-cepat aku letak ubat sakit mata Abdul Salam. La nie aku tengok dah okay dah. Baru nak mula jer tu... Abdul Salam tak tahu lagi apa nasibnya.