Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Thursday, 10 September 2015

Pondok ArRiyad di Subang Bestari

Rezeki Harraz di Al-Kholidi tidak lama. Dia telah berjaya mengeluarkan dirinya dari pusat tahfiz tersebut setelah seminggu berpuasa. Perkara yang tidak terlalu memeranjatkan kami sebagai ibu bapa kerana dia dah 3 kali minta keluar dari sana sejak ketiadaan kawan baik dia iaitu Ijin. Kami suruh bagi kami tempoh hingga hujung tahun sebenarnya sebab nak tengok prestasinya bagaimana. Kami bercita-cita nak suruh dia sambung belajar hingga ke Darul Habib Indonesia sana. Tapi apakan daya, malam kejadian itu kami telah dikejutkan dengan panggilan dari ibu kepada salah sorang pelajar di sana dan mengatakan Harraz telah berada di rumah dia yang terletak di Kg Changkat, Gombak. 
Nak buat macamana, dia dah lari. Syukur Allah masih lagi sayang kepada mereka dengan menemukan seorang cikgu yang memang secara kebetulan memang nak ke KL pada ketika itu. Cikgu tersebut nampak mereka bertiga berjalan didalam kegelapan malam menuju kearah Batang Kali.
Perkara pertama yang dia cakap masa aku ambil dia kat rumah kawan dia tu, dia kata dia nak belajar kitab, sepenuhnya kitab. Dia taknak tahfiz sebab dia kata dia tak mampu. Aku menung sekejap sebab setahu aku memang susah nak cari madrasah yang mengajar kitab di KL ni. 
Dengan bantuan sahabat yang menyayangi kami, kami ditemukan dengan Ustaz Irwan mudir kepada Madrasah ArRiyad Addaufa' Wal Masakin yang kebetulan datang TI untuk bagi tazkirah pada hari yang sama Harraz lari dari madrasah lama dia. Ustaz Irwan ada war-warkan tentang pondok dia ini. Setelah berbincang dengan Encik suami, kami membawa Harraz pergi berjumpa dengan Ustaz di madrasah lama dia supaya dia boleh meminta maaf pada mereka. Kami memang mengajar anak-anak kami akan berkat seorang guru itu. 
Dan dalam masa yang sama kami bawa Harraz ke pondok barunya untuk ditemuduga. Memang aku tabik dengan cikgu pondok ni. Beliau sungguh menghormati tetamu, itu aku tak nafikan. Ustaz Irwan ni juga amat dikenali dengan gelaran  Ustaz Allahumasolialamuhammad kerana tabiat beliau yang terlalu suka berselawat. Ustaz Irwan juga bekas anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang amat terkenal di Seliau, Rantau. Alhamdulillah akhirnya Harraz bertemu dengan pondok kitab yang dia cari, semoga Harraz serasi belajar disini. Dan sepanjang sebulan dia di sana, aku nampak dia happy je belajar. Semoga Allah kekalkan hatinya untuk belajar kitab dan bahasa arab hingga ke Yaman atau Acheh.

Wednesday, 9 September 2015

Cuti sakit pun tak pandai duk diam

Tulah dia aku.. Reti duk diam hanya pada minggu pertama cuti sakit aku je. Pastu..takde maknanya aku nk duk diam. Tulah orang kata aku degil sampai bekas luka pembedahan aku tetas setelah sehari jahitan dibuka. Wah... Aku x lasak pun rasanya cuma aku tak beli support device yang doktor cadangkan ari tu. Aku tak beli sebab mahal dan doktor kata terpulang aku nak beli atau tida. Jadinya aku ada pilihan untuk tidak membazirkan duit aku.. Tu pendapat aku pada ketika itu tp akibatnya bekas luka itu tetas ataupun terbuka.
Syukur juga luka tu dah kering cuma pedih dia macam kena hiris pisau tulah... Ngeri gak tengok luka tu.. Dah macam longkang dah. Aku ngeri sebab bimbang luka dalam tak kering je.. Bimbang kena jahit semula je. Taknaklah lagi benang tu duk kat tangan ni... So.. Apa lagi.. Sapa yang tengah sakit tu.. Belajar-belajarlah duk diam-diam.. Dah kena baru padan muka

Saturday, 7 March 2015

Cukup sekadar disini saja

Tanggal 18 Feb 2015, tarikh bersejarah bagi kami sekeluarga kerana kami telah kehilangan kereta pertama kami di kawasan parking basement rumah kami. Kejadian itu disedari oleh suamiku ketika dia hendak menghantar Umar Zuhdi ke sekolah sebelum dia pergi ke tempat kerja kami. Aku yang ketika itu telah selamat parking di TI, agak terkejut jugaklah bila mendapat panggilan telefon dari suami ku yang mengatakan kereta dah hilang, penipu kalau aku kata aku tak terkejut. Tapi Allah bagi kekuatan pada aku ketika itu kerana aku pasti suamiku adalah orang yang paling terkejut atas kehilangan itu sebab dia adalah insan terakhir mengunakan kereta itu semalamnya. Tapi ternyata jangkaan aku meleset, dia tersenyum je bila aku balik untuk mengambil Umar dan dia. Cuma yang pasti dia menyuruh aku memandu ketika itu.
Setelah hantar Umar ke sekolah, kami terus membuat laporan polis di UTC Pasar Keramat. Ehm... Pihak polis minta geranlah pulak. Kami cuba menghubungi pihak bank yang kami membuat pinjaman. Syukur mereka mudah memberi maklumat yang diperlukan. Apa lagi, ke Klanglah kami ambik geran kereta. Sebelum itu, aku buat panggilan kepada pihak pengurusan blok Menara Merak Kayangan untuk mendapatkan rakaman cctv malam tadi. 
Rupanya senang nak ambil geran kenderaan di pihak bank, tak banyak soal pun depa. Terus bagi, janji owner yang pergi minta. Alang-alang dah sampai Klang, suami aku apa lagi... Tukar tayar Myvi lah dia sebab tayar kereta tu memang tunggu harinya.
Selesai urusan di Klang, kami terus balik ke Keramat sebab kami dapat panggilan telefon dari Sarjan yang in charge case kami ni untuk buat laporan siasatan di balai Polis Jalan Pudu. Laparlah pulak perut ni sebab dari pagi tak makan. Sampai je kat kedai makan, kami terima panggilan dari jiran kami pulak yang dah tengok cctv tu dan mengatakan kereta yang digunakan untuk mengambil kereta kami tu ada di hadapan sekolah berhampiran dengan rumah kami. Kami pun apa lagi, terus cari kereta tu. Dari pengamatan kami, kereta tu pompuan yang punya. Kami tak sampai hati nak pancitkan tayar kereta tu sebab kami takut kami salah kereta. Tapi dijadikan cerita, lepas kami tengok cctv tu, sah memang kereta tu digunakan untuk mengambil kereta kami. Tapi nak buat camne, kami balik dari ambil anak dalam pukul 5 lebih, kereta tu dah takde kat situ. 
Kami redha dengan ketentuan Illahi. Hanya sampai disini sahaja DIA meminjamkan kemewahan itu pada kami. Tiada daya kami untuk melawan kehendakNYA

Monday, 23 February 2015

Sesungguhnya rindu itu satu penyiksaan

Walaupun hampir seminggu lamanya penyiksaan aku sudah berakhir namun aku bersyukur kerana Allah telah memberi peluang kepada aku untuk berjaya menahan kerinduan pada anak sulung ku, Muhammad Harraz Furqan selama 40 hari lamanya. Wah.. Mukadimah dia...
Bukan apa... Aku pernah tulis pasal dia masuk Maahad Tahfiz Al-Kholidi dulukan... Memang rindu sungguh ummi dengan dia masa dia pergi 40 hari tu. Tapi tanggal 15 feb yang lepas, ibu bapa yang mana anaknya masuk pada 5 Jan dibenarkan mengambil anak mereka untuk bercuti selama 4 hari ataupun berjumpa dengan anak mereka. Aku jadi tak tidur malam, bukan ummi dia aje.. Rasanya ayah dia pun gitu. Jadi tak sabar nak jumpa bujang ummi sorang tu. 
Pagi yang hening tu, pukul 5 aku dah bangun untuk masak kuah lodeh sebab aku nak bawa lontong untuk majlis pertemuan itu nanti. Syukurlah Abdul Salam rajin membantu memotong apa yang patut malam td. Kek karemel dah siap dah 2 biji aku buat petang semalamnya. Pagi tu pun Umar dan Abdul Salam senang sangat nak bangun. Cakap nak g jumpa abang je, deras bangunnnya. Kami lepak skit sebelum pegi, kena tegur ngan Abdul Salam kenapa lambat.
Berdebar bila sampai kat sana. Ramai dah ibu bapa yang datang. Anak-anak pun tak sabar menunggu kehadiran ibu bapa mereka sedangkan kami dah minta pada Ustaz Osman supaya merahsiakan kehadiran kami ini. Selama 40 hari ini kami hanya dihadiahkan gambar anak-anak kami yang sedang melakukan aktiviti mereka. Walau bagaimana pun kami bersyukur dengan teknologi canggih di zaman moden ini, dapat jugaklah kami lihat wajah anak kami dari jauh.
Gembira kami melihat Harraz suka belajar di sana. Apa yang Ustaz kata, Harraz ni ringgan tangan. Bila tanya sapa nak buat khidmat, laju je dia menawarkan diri dia. Bukannya apa, sapa yang buat keje khidmat ni, isteri Ustaz Osman akan bagi ganjaran berupa makanan kepada mereka. Harraz ni memang kuat makan, tapi kurus dah anak ummi duduk kat sana. Mereka kat sana tidak dibenarkan membawa makanan sendiri untuk disimpan di dalam loker mereka. Ustaz tak nak gejala kecurian makanan berlaku. Jadi mereka hanya makan 4 kali sehari sahaj dalam kuantiti yang dihadkan. Harraz kata memang sikit dia bagi. Ummi tengok banyak je, setalam nasi untuk 4 orang makan. Tapi anak kita lelaki, banyak main.. Memanglah dia rasa sikit. Biar dia, bila perut dah biasa kurang makan, senang nak puasa pastu ngantuk pun kurang, belajar pun senang. Mereka kat sana kene puasa sunat isnin dan khamis. Alhamdulillah .... Mereka mengamalkan sunnah Rasulullah.
Mereka aktif bersukan di sana. Tanah yang diwakafkan itu luas, ada padang bola, depa buat reban angsa dan ayamlah. Mereka tanam pakok betiklah. Pastu ada sungai.. Apa lagi anak-anak disana, hari-hari mandi sungai, tu yang gelap berkilat masing-masingnya tu. Muah Thai pun ada... Mereka nampak enjoy dengan suasana pembelajaran disana. Apa yang pasti Harraz sekarang dah tak macam Harraz dahulu. Ummi betul-betul terharu dengan perubahan abang ... Syukur Alhamdulillah...

Friday, 23 January 2015

Ustaz Ahmad Junaidin


Dipagi jumaat yang hening ini, suamiku mendapat panggilan dari ahli sahabat ABJAD yang mengatakan ustaz Ahmad iaitu tuan guru kami telah meninggal dunia pagi tadi lebih kurang jam 6 pagi. Aku sendiri yang sedang menyediakan sarapan untuk pagi ini dapat menjangkakan ada sesuatu disebalik panggilan telefon dipagi hari. Terkedu aku seketika dan tanpa aku sedari jatuh air mata aku ini dengan berita tersebut. Kami baru melihat dan mendengar ceramah beliau pada 4 Jan yang lalu sempena sambutan Maulidur Rasul di Sungai Petani. Aku betul-betul tidak menyangka bahawa itulah pertemuan kami yang terakhir, walaupun ketika itu aku hanya mampu melihat beliau dari sisi sahaja kerana lelaki dan perempuan dipisahkan ketika ceramah itu diadakan. Syukur sangat suami aku membawa kami sekeluarga membawa kami ke sana dan kerana itulah juga aku dapat berjumpa dengan tuan guru kami ini.
Insan yang mulia inilah yang telah membawa kami ke jalan yang benar menuju Allah dan Rasulullah. Aku pasti, kiranya Allah tidak menemukan kami iaitu aku dan suamiku dengan beliau, aku akan terus khayal dengan kehidupan dunia semata-mata. Mungkin aku akan terus mengejar dunia tanpa aku ingin membetulkan kedudukan kami di dunia abadi. Semoga Allah merahmati beliau.

Friday, 16 January 2015

Ujian itu tanda Allah Sayang

I'm here again... my back pain come again. Jadi sekali lagi aku dimasukkan ke spital ni untuk rawatan physioteraphy.. sakit gak tapi bila aku fikir yang aku kena baik demi keluarga aku... redha jelah. Aku tak pasti kenapa aku sakit semula.. sebab angkat berat ke... atau berdiri lama ke atau pengerakan yang sama tapi kerap dilakukan. Semua tu kemungkinan penyebab masalah sakit belakang aku ni. Positif... Allah duga aku sebab DIA sayang pada aku..

Friday, 28 November 2014

2A1B2C

Syukurlah abang dengan keputusan UPSR abang. Ummi redha dengan pencapaian abang yang sebegitu kerana ummi nampak sangat peningkatan dalam pelajaran abang. Walaupun ayah tak puas hati dengan keputusan yang abang dapat, xpe.. Janji abang sedar yang abang kena berubah untuk masa depan abang. Kalau abang kurangkan main dulu,mungkin keputusan abang lebih baik dari ini. Kesedaran abang datang lambat. Apa pun ummi tetap bersyukur kerana abang memilih untuk ke tahfiz selepas ini. Ummi akan sentiasa menyokong abang. Dengan keputusan PSRA abang yang tak seberapa itu, abang harus sedar bahawa Allah telah membayar tunai keatas apa yang telah abang lakukan sebelum ini. Sedangkan percubaan abang Mumtaz abang.. Tapi PSRA yang sebenar abang dapat Makbul je. Apa pun ummi tetap redha kerana ummi tahu abang akan menjadi anak yang soleh satu hari nanti yang mampu mendidik ummi dan adik-adik abang.

Wednesday, 22 October 2014

Kalau dah haram tu haramlah

Kalau dah haram tu haramlah kenapa nak halalkan apa yang termaktub dalam Al-Quran. Yang terbaru kempen saya ingin sentuh anjing aka i want to touch a dog yang diadakan disebuah taman di Malaysia ni menyebabkan banyak umat islam cuba menjadi pejuang papan kekunci. Ye, aku bukanah bijak sangat dalam bab agama tapi memang sedari kecil aku dah diajar oleh ustazah bahawa ada 2 jenis binatang yang di kategorikan sebagai najis berat iaitu anjing mahupun babi. Tak boleh makan dan tak boleh sentuh kecuali dalam keadaan DARURAT... Kalau kita tersentuh ataupun kita sentuh dia dalam keadaan basah dan basah atau basah dan kering kita perlu menyamakkan angota badan kita yang tersentuh najis berat tersebut dengan 1x air tanah dan 6x air bersih. Aku terkejut bila aku terbaca komen mengatakan mereka yang terpegang najis berat ini hanya perlu mandi atau mengambil wudhuk. Sedih aku baca.
Keadaan cuaca kita di Malaysia ni kering ke? Bukan kering dan lembab? Macamana pulak hukumnya pulak tu bila kita cuba memengang anjing untuk mengatasi ketakutan pada diri kita terhadap anjing? Aku tak berani nak komen.. Bagi aku dah haram tu haram jelah. Nk segaja pegi pegang tu buat apa. Alasan nak tunjuk kat anak yang jangan takut dengan anjing. Tolonglah.. Banyak benda lain nak pegang. Nanti bila dah besar anak tu, dia jadi keliru.. Ustazah kata haram tapi dulu dia nampak ummi dia pegang. Mana satu nak ikut, ummi ke ustazah? Pastu sebab kita duk kata jangan takut dengan anjing, nanti bila anak kita jumpa anjing.. Elok je dia nak main ngan anjing tu macam bila dia jumpa kucing sebab dia nampak ummi dia pegang anjing dulu.
Yang lagi aku tak paham ada pulak depa duk kata pasal mazhab lain membenarkan kita as a muslim pegang anjing dalam keadaan kering dan kering. Tapi yang pasti bukan mazhab Shafie kerana mazhab Shafie begitu teliti dalam menjatuhkan hukum terhadap sesuatu perkara. Dan aku tak paham sejak bila islam membenarkan kita as as muslim boleh ikut mana2 part of mazhab yang kita nak dalam keadaan tidak darurat. Aku memang tak paham. Contoh bak kata ustaz Majedi dari Al-Zuhdi travell masa kami pergi mengerjakan umrah, kita terpaksa mengikut mazhab Hambali ketika bertawaf iaitu tidaklah batal wudhuk seseorang itu sekiranya bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita itu tanpa ada rasa shahwat. Dalam keadaan yang ramai macam tu.. Bolehlah kita guna apa yang patut kita guna tapi tak bolehlah kita suka-suka hati kita mana yang kita nak dalam masa tenang kita. Memang susah nak mengawal pergerakkan orang sekeliling ketika sedang bertawaf lebih-lebih orang kecik macam aku ni.. Berapa kali jugaklak aku duk terkena bahu lelaki-lelaki yang main rempuh je nak keluar apabila sudah selesai proses tawaf tu. tapi dalam masa yang sama, aku tetap menjaga sentuhan aku terhad suamiku ketika bertawaf. Itu adalah contoh yang dapat aku bagi dalam kes mazhab ni. 
Ya Allah...KAU berilah petunjuk dan hidayah kepada kami semua. Usahlah KAU turunkan bala kepada kami sebagai petunjuk kepada kami

Tuesday, 16 September 2014

Wanita hari ini

Pagi tadi masa iklan wanita hari ini, suami aku tiba-tiba berkata.. "Memang tulah dia wanita hari ini, penampilan dan pemakaian wanita hari ini". Betul juga bila aku perhatikan tapi tak kurang juga dah ramai wanita sekarang ini sudah mula mengenakan niqap @ purdah. 
Selama hampir sebulan aku cuti sakit ni, aku kerap ke hospital gleneagle kerana aku diarahkan untuk menjalani rawatan physio sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Aku bukan nak ceriata pasal physio aku yang begitu menyiksakan itu, apa pun aku cadangkan sesiapa yang nak buat physio kat sana, buat ngan Lavinia, bagus dia. Memang bagus, cantik dan bijak. Baik, berbalik kepada apa yang nak aku cerita, perasan tak cara wanita hari ini berpakaian yang kononnya menutup aurat? Macam-macam gaya dan ragam aku tengok mereka berpakaian dan bertudung yang kononnya menutup aurat. Namun apa yang aku lihat, ramai yang membalut aurat bukannya menutup aurat. Aku tak bagus sebenarnya dalam hal ini, tapi aku cukup bersyukur kepada Allah kerana sayang kepada aku dengan memberikan hidayah aurat dalam jangkamasa aku masih agak muda lagi..hihihi. Mudalah sangat aku ni.. Dah lambat jugak aku sedar sebenarnya. Aku bersyukur kerana aku punya anak yang selalu menjaga aurat ku lebih-lebih lagi Abdul Salam yang tak segan silu menegur sekiranya aku terlepas pandang.
Aku kadang-kadang tak terkata dengan wanita yang membalut aurat ni sebab hakikatnya mereka sebenarnya sedang menunjukkan kelemahan diri mereka dalam berfesyen. Bukanlah kata kita yang menutup aurat ini tidak boleh berfesyen.. Boleh tapi jangan keterlaluan sangat sehingga menjadi fitnah dalam agama. Tudungnya berbelit sehinga labuh menutupi dada dah cantik tapi sanggulnya yang tinggi bak bonggol unta itu yang menidakkan fesyen tersebut. Rendahkan sanggul tu walaupun aku tahu rambut kamu panjang.. Tak perlulah kami dari depan nampak sanggul kamu itu. Percayalah.. Tak cantik pun.
Belum lagi yang berpakaian longar, pakai stokin tapi lengan bajunya three quater bak kata orang puteh. Tolonglah kak.. Tambah duit sikit je untuk beli baju yang berlengan panjang.. Silap-silap hari bulan.. Baju three quater akak tu lagi mahal dari baju muslimah yang melambak kat luar sana tu. Kalau tak pun belialah stokin tangan yang longar.. Jaga.. Jangan beli yang ketat tu.. Sama jugak macam balut aurat... 
Manusia.. Macam-macam ragam. Aku pun naik heran sebab aku sering ditertawakan sekiranya aku memakai sneakers ataupun kasut sukan dikala aku mengenakan jubah. Salah ke aku? Bukan ke aku tidak melangar undang-undang Allah. Aku pakai tudung warna hijau dikala aku tiada warna hijau pada baju aku pun menjadi hal pada mereka.. Last-last sekarang ni..senang je aku jawap.. Relaxlah.. Kenapa orang korea boleh..x k-poplah..mesti depa senyap kalau aku cakap macam tu. Potong terus.




Monday, 15 September 2014

Serabut

Aku memang suka berkata
Aku memang suka berjenaka
Aku memang suka ketawa
Aku memang suka berleter

Tapi aku heran, aku serabut
Apa salah aku, aku serabut
Aku tak boleh berkata di hadapannya
Aku tak boleh berjenaka di hadapannya
Aku tak boleh ketawa di hadapannya
Malah aku tak boleh meleterkan anak aku di hadapannya

Aku lebih suka dilihat tidak berkata
Aku lebih suka dilihat tidak berjenaka
Aku lebih suka dilihat tidak tertawa
Aku lebih suka dilihat senyap dari berleter

Air mata jatuh tanpa dipinta
Aku kesat tapi hati aku tetap jatuh air matanya
Ampun maaf dipinta
Andai itu yang kau pinta
Bukan setakat pada hari raya saja kita patut minta maaf
Bila aku minta maaf, kau tak faham kenapa
Patut aku bagitahu kenapa
Sebab aku pun tak tahu kenapa

Serabut.. Serabut... Apakah agaknya salah aku
Aku tidak mahu digelar penderhaka
Tapi apa salah aku

Wednesday, 3 September 2014

Pulangnya Wira Negara

Penat aku cuba menahan air mata ini dari terus jatuh bila pagi tadi aku melihat rancangan yang memaparkan upacara penyerahan jenazah 9 lagi mangsa MH17 yang telah ditembak di Ukraine pada 17 Julai 2014 yang lalu. Aku cuba menyembunyikan kesedihan aku ini dihadapan Umar dan Abdul Salam yang masih belum ke sekolah sebabnya aku tak mahu mereka bertanyakan soalan kenapa ummi menangis. Malu ngan suami aku pun 1 hal jugak...
Tapi sebaik saja mereka beredar, aku tidak boleh lagi menahan air mata aku pada ketika itu. Aku terlalu sebak bila aku mengenangkan nasib mereka semua yang tidak bersalah pun pada pihak menembak jatuh pesawat tersebut. Kapten Wan Amran dan Kapten Eugene adalah wira negara yang tidak mampu untuk menidakkan takdir kematian mereka di atas sana. Bukan mereka saja yang terkorban malah296 orang lagi yang tidak bersalah menerima nasib seperti mereka.
Pelbagai spekulasi dan pelagai cemuhan terhadap juruterbang pesawat ini yang aku baca, namun bagi aku mereka tidak bersalah dalam hal ini kerana mereka hanya mengikut arahan dari menara kawalan arah laluan yang boleh dan perlu mereka lalui.
Aku terlalu tersentuh perihal peristiwa ini mungkin jiwa aku masih lagi kuat untuk menjadi juruterang suatu ketika dahulu. Sejak kecil aku bercita-cita untuk menjadi juruterbang jet perjuang TUDM dan cita-cita aku tak kesampaian sebabnya aku tak tahu pulak askar tak boleh pakai cermin mata. Masa aku menghantar borang untuk kemasukkan ke kolej penerbangan di Kepala Batas, aku sertakan gambar aku yang sedang memakai cermin mata. Dah takde rezeki nak keje gomen.... kejelah kilang ni.
Kisah kejadian MH370 dan MH17 ini tidak mematahkan semangat aku terhadap kerjaya juruterang. Memang aku pasti aku pasti tidak akan dapat menjadi PILOT tapi manalah tahu 1 hari nanti ada pilot pulak dalam keluarga aku... Tapi apa yang aku pasti.. AKU MABUK BILA NAIK KAPAL TERBANG.. MACAMANA NAK JADI PILOT NI.....
*aku masih menitiskan air mata aku sehingga disaat ini*

Monday, 1 September 2014

Pinjam bahu sekejap pun jadilah

Dikala kita memerlukan seseorang untuk mengadu... Lupakan saja orang yang pernah kita pinjamkan bahu kita kepada mereka suatu ketika dahulu kerna tidak semua antara mereka sanggup meminjamkan bahu mereka seperti mana kita lakukan kepada mereka. Hentikan perasaan untuk mereka membalas apa yang pernah kita lakukakn kepada mereka. Lakukanlah dengan ikhlas. Mengadulah dengan Allah kerana keluh kesah kita akan merapatkan lagi kepadaNYA. Ianya akan pasti membahagiakan kita.
Itu adalah kenyataan tapi aku ni hanya sebagai manusia biasa yang hanya mampu memujuk hati dengan kata-kata positif tu. Namun apa kan daya... Aku masih nak pinjam bahu..sekejap pun jadilah ..

What to do....

Dalam diam dah hampir 2 minggu aku duk kat rumah sebabnya doktor agi aku cuti sakit sehingga 3hb Septmber nanti. Memang aku tak sangka aku mengalami masalah mild slip disc dan masalah carpal tunnel di bahagian pergelangan tangan kiri aku ni. Mild slip disc aku kat C4, C5 dan C6 dan L5 juga L6. Aku tahu semua tu melalui laporan kesihatan yang doktor keluarkan untuk simpanan aku. Yang aku tahu all the C adalag di bahagian leher @ tengkuk.
Seperti entry aku yang lepas, jangan tangguh bila dah rasa sakit tu. Bila dah macam nie, moral terus down, tak tahu macammana nak cakap sebab macam masalah carpal tunnel aku tu.. aku ingatkan masalah kebas biasa je.. rupanya ada masalah ngan saraf dimana doktor kata macam terimpit. Ianya dapat dikesan bila aku mengadu kebas sebelah kiri aku sehingga aku tidak boleh berdiri mengunakan kaki sebelah kiri aku. Sepatutnya itu symptom untuk slip disc tapi lepas doktor buat NCS test, ternyata 5 kali test yang dibuat tu menujukkan respond yang rendah di pergelangan tangan kiri aku. Aku terpaksa memakan ubat selama 1 bulan dan sekiranya ianya tidak membantu, aku terpaksa dibedah untuk membetulkan saraf aku tu. What to do...cuma aku tak tahan ngan ubat ni, dia mauk skit. tak tahan aku de...
Aku berulang ke hospital dalam minggu lepas untuk menjalani rawatan physiotherapy aku. Again.. what to do. Sebab sayangkan anak-anak, aku teruskan juga berjumpa ngan miss Lavinia.. Baguslah dia, no heart feeling bila aku terkeluar bahasa yang tak sepatutnya aku keluarkan pada mereka yang memantu untuk memulihkan aku. Dia kata dah biasa kena macam tu. So, what to do...

Thursday, 21 August 2014

Jangan tangguh

Aku...lama dah sakit belakang ni terutamanya dibahagian tulang pinggul kiri aku. Dah lama jugak aku sakit..kat setahun rasanya dan asyik mc je sebab masalah belakang ni. Nak dijadikan cerita, aku berjumpa dengan Dr Munirah iaitu doktor kesayangan aku kerana masalah yang seminggu lamanya aku simpan atas rasa banyak keje yang menanti aku kat ofis aku tu. Tapi sebab dah tak tahan sanagat sakitnya, aku jumpa jugak ngan doktor untuk mendapatkan cuti sakit. Cuma yang sedihnya kali ni,dia bagi refer letter pada aku untuk masalah yang aku hadapi ni.
So hari yang sama, aku berseorangan tanpa ditemani suamiku ke hospital Gleneagles kat Ampang. Aku dirujuk kepada Dr Zulkarnain tapi sayangnya doktor takde than aku diminta datang keesokkan harinya. Dan dengan simpan test, dia minta aku dimasukkan ke ward sebab aku memerlukan beberapa test untuk pastikan apa masalah aku ni. Okay..apa nak buat masuk jelah.
Test pertama yang aku kena buat adalah nerve test...yang ni aku nak ketawa sebab test dia macam best je...dia bagi current kat nerve kita than tangan kita terangkat sendir..kalau jari tu okay lagi kalau terangkat tapi bila tangan terangkat tu maksud dia kuat current dia. Jadi result dia..saraf pergelangan tangan kiri aku agak lemah sikit. Jadi..doktor suspect dia terimpit skit.
Pastu aku kena buat MRI..perkara yang tak akan aku lakukan lagi selepas ini. Hu...amat perit rasanya. Aku dahlah mabuk udara..memang taklahku dapat terima ujian tu. Aku hanya bertawakal je pada Allah sementara masanya tamat, 40 minit lamanya kata pembantu tu. aku sendiri tak pasti berapa lama sebenarnya. Keluar je aku dari mesin tu..aku terus muntah atas blancket yang tutup badan aku tu. Kesian aku tengok pembantu perubatan tu..lelaki lak tu.kelam kabut dia cari tisu. Tak dan cari tisu..kak ain dia dah muntah dah. Taknak dah buat lagi MRI tu. Pembantu perubatan tu siap cakap...jumpa lagi ye...hahaha aku jawap balik.. Taknaklah..mekasih ye dan maaf sebab muntah tadi.
Dengan baju aku yang basah ngan muntah tu, aku terus kena buat x-ray. Ada ke patut dia suh buka tudung...pembantu makmal tu, lelaki india. Tengah aku nak buka tudung, syukur ada pempuan datang dan bagitahu tak perlu buka tudung sebab just kain je. Syukur juga aku dibenarkan memaka seluar kangaroo aku ketika procedure tu dilakukan. Kalau tak bayangkan atas tutup bawah buka.. Malulah.

Sunday, 29 June 2014

Ramadhan datang lagi

Alhamdulillah.. Ramadhan datang lagi tahun ini tapi adakah kita pasti kita akan bertemu Syawal yang bakal menjelma selepas Ramadhan? Rindu rasanya suasa berpuasa di Tanah Haram...Ya Allah jemputlah kami semua ke sana sebagai tetamuMu. Amin
2 tahun yang lalu aku dan suamiku mengerjakan Umrah bersama kumpulan Al-Zuhdi Traveller atas pakej menyambut Ramadhan di Mekah. Memang tiada persediaan untuk kami ke sana kerana 2 minggu sebelum pergi baru kami ditawarkan untuk ke sana. Pada asalnya suamiku saja yang sepatutnya pergi sebab aku punya masalah anak takde sapa nak jaga. Tapi dengan izin Allah, adik aku ateh bersetuju untuk menjaga mereka selama 2 minggu. Mengenangkan dia yang tengah tunggu bulan, aku pun bersetuju. Tapi Allah maha mengetahui dan maha kaya.. Akhirnya sepanjang aku di Mekah, mak ngan abah juga yang menjaga mereka bertiga sebab ateh telah ditahan di ward kerana kekurangan air ketuban. Menarik perjalanan cerita kami.
Sepanjang aku disana, tipulah aku kata aku tak rindu dengan anak aku tu terutamya Umar Zuhdi yang baru nak masuk 3 tahun tapi aku yakin abang dia yang berdua tu mampu menjaga adik dia. Memang betul apa yang orang kata, serahkan semuanya pada Allah.. Allah akan jaga mereka. Alhamdulillah Harraz ngan Abdul Salam memang abang yang bertanggungjawap.
Apa yang aku boleh gambarkan suasana berpuasa di sana amat berbeza walaupun tidak pernah sekali pun aku berkesempatan untuk berbuka di Masjidilharam kerana rakan menemani rakan sebilik ku yang tidak boleh menunaikan puasanya sepanjang beliau di sana. Jadi aku hanya berbuka puasa di hotel tempat kami menginap tapi sesudah maghrib kami bergegas ke Masjidilharam yang agak jauh dari hotel kami. Cuma di sana, masa antara azan maghrib dan isyak lama. Apa yang aku dengar sebab dia nak bagi mereka yang berbuka di masjid yang hanya memakan kurma dan air zam-zam untuk mendapatkan makanan yang lebih berat setelah selesai menunaikan solat maghrib. Persedian untuk menunaikan solat terawih yang agak panjang nanti. 
Sifat dermawan amat terserlah bila kita di sana. Menjelangnya waktu berbuka, banyak orang akan mendermakan makanan untuk berbuka puasa seperti kurma,susu masam dan juga roti. Cuma yang tak sedap mata memandang ialah mereka berebut-rebut untuk mendapatkan makanan yang didermakan. Tapi bagi kami pulak, siap kena panggil untuk mereka menderma sebab mungkin mereka nampak kami ni orang luar agaknya. Balik dari terawih pun ada je yang nak mereka berikan kepada kita.. Indah rasanya kehidupan di sana. Rindunya...

Saturday, 28 June 2014

Kasihnya ibu

Perasaan ibu mana yang tak terusik bila melihat seorang kanak-kanak OKU yang kurus kering dan terbiar. Ya Allah.. Besar betul dugaan adik Firdaus bin Bullah yang dijumpai oleh pegawai imigresen ketika serbuan mencari PATI di Nilai.. Alahai kat Nilai lak tu.. Negeri kelahiran den. 
Susah nak kata sapa yang bersalah dalam hal ni, kalau kita tengok dari segi fizikal adik Firdaus tu, nampak sangat dia terbiar tanpa kasih sayang dari ibu bapanya. Dengan keadaan yang tak terurus, kurus sangat sampai masuk perut dia... Tak tahan rasa air mata ni bila aku cuba gambarkan macamanalah keadaan dia yang masih lagi hidup duduk di dalam keadaan yang lapar dan dahaga seorang diri di dalam bilik yang gelap gelita. Duklah panggil.. Mak.mak.. Tapi mana mak dia. 
Aku duk baca kata dari bapak tiri dia yang mengatakan ibu Firdaus sayang sangat dengan anak istimewa tu. Ehm.. Aku taknaklah fikir negetif tapi bila tengok keadaan baju adik Firdaus yang hampir reput tu, timbullah perasaan negatif aku tu. Mungkin itu adalah cara dia menunjukkan rasa kasih sayang ibu dia terhadap dia. Aku cuba mempositifkan diri aku ini. Tapi hanya aku berharap kisah adik Firdaus ini dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua

Thursday, 26 June 2014

Bila isteri membebel

Aku terkesan dengan video ustaz Azhar Idrus mengenai kaum isteri yang suka membebel. Aku taknak komen banyak pasal video tu sebab aku kemungkinan besar video tu bukanlah video yang penuh. Itu pasti sebabnya mengenai cerita beliau tentang Saidina Umar yang terkenal dengan sifat tegasnya itu, diam dikala dibebel oleh isterinya. Banyak kali aku dengar atau baca mengenai cerita tu sebab cerita itu menbantu aku menenangkan perasan aku dikala hatiku lara..cewah...
Kenapa pempuan ni kuat membebel? Sebab tak mahu angkat tangan, tak sampai hati sebenranya.. Biarlah kita physco je anak-anak ni, bagi aku agak terkesan jugak untuk Harraz..anak aku yang sulung tu. Diam-diam nanti dia nangis. Tu aku paham yang dia paham apa yang aku cuba sampaikan. Mungkin dia dah besar berbanding dengan adik dia. Adik dia mrmang kena guna pendekatan rotan untuk menyuruh dia melakukan sesuatu. Penat mulut ni.. Bak kata ayah dia..salah aku yang nak dia buat segera apa yang aku nak.. Mak lak ai.. Salah denlah pulak... Dari pukul 8 suh mandi sampai kul 8:30 pun tak mandi-mandi lagi.. Salah den gak..ehm..diam jelah..jangan melawan.. Tak masuk syurga bak kata mereka.
Bagi aku kenapa pempauan suka membebel sebenarnya dia sukakan perhatian. Jarang perempuan yang banyak diam sebab seingat aku, aku penah dengar dalam krusus motivasi bahawasanya kuata bercakap perempuan ni banyak atau pun tinggi... Sian ngan perempuan yang duk kat rumah, kat sapa yang dia nak luahkan, tu yang bila suami balik, dia nak habiskan kuata sehari dia tu. Pastu dikatanya perempuan suka membebel.. Tu pendapat aku je. Mana yang bekerja lak, mesti sebab dia nak melaporkan segala yang dia buat demi keluarga dia... Tu pun dikatakan membebel.. Tu lagi aku tak paham. Yang duk g keje asing-asing tu pastu semua urusan anak atas tangan isteri, jadi dengar jelah keluahan isteri tu..itu bukan membebel nama dia...  aku.. Redha..hanya Allah tempat ku mengadu

Sunday, 6 April 2014

3 hari

Lama sungguh aku tak bersiaran... aku takde apa nak komen melainkan aku sibuk melayan penat setelah penat bekerja dan juga aku sibuk melayan kerenah pelanggan ku.. hahaha.. tak mengaku aku sibuklah  buat kek.Lagipun lately ni aku rasa macam cepat penat..dah tua kot...
Pada 8Mac yang lalu kita telah dikejutkan dengan khabar berita yang bagi aku maha dasyat iaitu kehilangan pesawat MH370 yang sepatutnya meneruskan penerbangannya dari KLIA menuju ke Beijing. Ianya satu dugaan yang besar bagi kita rakyat Malaysia lebih-lebih lagi kepada keluarga para penumpang dan juga krew kabin pesawat tersebut..ehm.. aku pun menangis bila aku mendengar berita tersebut. Tiada sapa pun yang aku kenali tapi apakan daya aku juga insan biasa, seorang ummi yang mempunyai perasaan. Seingat aku 3 hari jugalah aku menitiskan air mata setiap kali TV menyiarkan berita tentang kejadian tersebut. Entah kemana menghilangnya pesawat tersebut, hanya Allah yang tahu.
Tanggal 26hb Mac yang lalu, dalam pukul 10 malam, PM kita telah mengumumkan bahawa isyarat Ping dari pesawat MH 370 telah berakhir di lautan Hindi. Berjujurann lagi air mata ini. Walaubagaimanapun aku yang selalu mengajar otak aku ini supaya sentiasa berfkiran positif mengangap bahawasanya ianya tidak semestinya terhempas disitu kerana isyarat ping tersebut hanya berinteraksi dengan satelit dalam masa sejam sekali. Tidak mustahil dengan kuasa Allah, ianya telah @ selamat mendarat di mana-mana jua yang Allah kehendaki walaupun pesawat itu telah kehabisan minyak sekali pun keran KUN FAYAKUN. Aku berharap sangat misi pencarian MH370 diteruskan sehinggalah kita semua berjumpa dengan walau secebis dari serpihan pesawat tersebut. #doabuatMH370

Wednesday, 15 January 2014

Perginya takkan kembali

Lama sungguh ku tak update blog ni..dekat 2 bulan lamanya.. Bukan aku takde cerita yang nak aku kongsikan bersama tapi inilah hakikatnya bahawa gajet aku ini seolah2 bukan milik aku... Umar Zuhdi yng mengempunyakan ipad ini.. Malam ni dia demam sebab ulser, so aku dapatlah mengunakaknnya untuk meng update kisah aku ini. 
Seingat aku pada tanggal 1hb Dec 2013,ketika aku dan keluarga aku sedang bercuti di Cameron Highland....kami dikejutkan dengan panggilan telefon dari kg Ngganu mengenai pemergian abadi kakak kepada suami aku yang agak hampir sebulan sakit. Sapa yang tak terkejut sebab dia dah 4 hari pulang ke rumah. Kononnya doktor dah sahkan dia takde apa-apa tapi dalam masa yang sama doktor ada memberi ubat sakit jantung kepada arwah. Sepanjang 4 hari di rumah..dia okay je..sembang macam biasa bak kata adiknya.. Tapi apakan daya,Allah lebih menyayangi beliau. Perginya amat mudah bagi yang mengadap pemergiannnya.. Memang benar apa yang pernah aku baca, Allah akan memberi kesihatan dan rezeki kepada kita buat sementara waktu sebelum DIA mengambilnya buat selama-lamanya. Arwah sempat sihat sekejap setelah lebih kurang 16 hari berada di Hospital Kuala Terengganu. Arwah terlatar bagai tidak sedarkan diri selama 3 hari kami sekeluarga berada di sana. Apa yang kata doktor bahawa saluran pernafasannya ada masalah. Oleh kerana desakan kerja, kami pulang juga ke KL setelah 3 hari kami menurutinya di hospital. Tapi sebelum kami balik, aku sempat memberi kata semangat pada arwah supaya kuat melawan penyakitnya sekiranya dia mahu pulangbke rumah... Dia memberi respond yang baik tapi yang pastinya ketika itu arwah demama.
Keesokkan harinya my mother in law call bagitahu arwah dimasukkan ke ICU kerana demam panas dan keadaannya yang tidak sedarkan diri itu. Kami hanya mampu berdoa dari jauh supaya Allah mempermudahkan segala urusan keluarga kami di sana. Kami hanya mampu mendengar perkembangan kesihatan arwah melalui pengilan telefon dan sekali sekala melalui facebook anaknya.
Allah lebih menyayangi beliau..memang benar apa yang selalu diperkatakan. Setelah oarng itu sakit lama, Allah akan beri sedikit masa/nikmat untuk bersama yang tersayang sebelum dia benar-benar meninggalkan kita. Perginya takkan kembali. Tanggal 1 dec 2013, arwah pergi meninggalkan anak seramai 3 orang buat selama-lamanya. Ketika itu aku dan keluarga aku sedang bercuti di Cameron Highland. Percutian yang telah lama kami rancangkan untuk membawa ibu bapaku berjalan sementara mereka masih ada dan percutian itu hanya tinggal kenangan bagi ku. Yang pastinya janji Allah itu pasti. Tidak sedetik pun ianya terlewat untuk melaksanakannya.. Tapi tahukah kita bila agaknya masa kita? Hanya DIA yang maha mengetahui...

Monday, 18 November 2013

Dugaan Allah tidak terduga

Minggu lepas kami sekeluarga dikejutkan dengan berita dari kampung Ngganu yang mana kakak ipar ku a.k.a kakak kepada suamiku dimasukkan ke dalam icu atas sebab yang tidak diketahui. Ehm..mak citer kak Ma duk kat dalam bilik air dari kul 9pg smpai kat kul 4 sebab tunggu suami dia balik. Kesian sungguh aku ngan kak ipar aku tu..
Kami sekeluarga pulang ke Bukit Tunggal untuk menziarahinya.. Sadis sangat bila tengok kak Ma terbaring dengan mengunakan alat bantuan pernafasan. Apakan daya aku tak mampu nak berbuat apa melainkan doaku pada Illahi semoga Allah memberi kekuatan pada dia dan keluarganya menghadapi dugaan yang tak terduga dariNYA.