Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts

Friday, 13 June 2014

Sambung cuti ke Sempurna





Kali ni kami ke Sempurna menyambung cuti kami yang masih berbaki sehari je lagi. Perancangan last minit.. Macam jauh..ingatkan Semporna Sabah tapi bukan sebenarnya tapi Sempurna Pahang... Ni semua disyorkan oleh kawan sekerja aku sebab nak g Gambang water park macam mahal and rasa macam bahaya untuk anak-anak yang masih kecil. Alasan aku yang rasanya tak mampu nak kawal mereka kat tempat yang besar macam tu. Aku memang dah lama gila tak celup dalam air ketika berada dikhayalak ramai.. Cewah macam retis lak ayat aku tu... Bukannya apa pun aku sedang sedaya upaya menjadi muslimah sejati..cewah... Tapi itulah azam ku sebaik aku bergelar isteri kepada En. Nor Amri bin Yusof.
Cerita pasal Sempurna resort ni, aku cuma nak nasihatkan kepada ibu bapa yang mempunyai lebih dari seorang anak, lebih baik ambik bilik family berbanding dengan bilik suite walaupun dalam internet nampak macam besar tapi alahai..nak solat pun macam tersinggul je punggung ngan dinding. Pada asalnya kami book bilik suite melalui agoda..konon dapat 40% diskaun. Tapi bila tengok keadaan bilik dia... Kami decide untuk cari bilik lain yang lebih besar. Alhamdulillah ada lagi 1 bilik family yang kosong.
So bila duk berjalan pasti kita cakap pasal makan, malam tu kawan-kawan duk lah suruh g makan kat Tanjung Lumpur or pegi kat Sara Tahi. Tapi macam biasa, suamiku yang agak keberatan untuk bergerak jauh.. Kami makan je kat kedai makan kat depan ni je. Not bad makanan dia, murah pun..murah gak. Tapi yang eden geram tu.. Pas makan suami ku nk g jalan-jalan ke Kuantan lak... Aduhai.. Sabar jelah aku tengok kedai ikan bakar ana yang orang duk kata-kata sedap tu.. Next time katanya..huhuhu. Eden tuntut..  Jadi.. Sapa mai kuantan jemputlah makan kat Tanjung Lumpur..jgn jadi den..dah melopeh...










Friday, 30 December 2011

Bestnya Penang..

1st of all, aku nak ucap terima kasih kat suami aku sebab sudi bawa kami sekeluarga bercuti ke Penang. Dah bertahun-tahun aku ajak dan akhirnya tahun ini aku berjaya memujuk dia..hahaha. Aku jadikan modal dia ke Sungai Dua masa awal Muharam untuk majlis ABJAD. Jadi kalau dia boleh pegi aku mesti boleh pegi...
Ternyata aku puas hati dengan Penang walaupun tak sepenuhnya aku dapat menjelajahinya tapi yang pasti ada perkataan "lain kali kalau kita datang lagi ...". Maksud dia suami aku tak serik bawa kami ke sana. Bukannya apa, sebenarnya aku nie cerewet dalam memilih tempat makan dan aku tak suka panas sebabnya aku kalau panas, jangan tak caya muka aku akan gatal. Aku allergic dengan air... ha ambik ko.
Tempat yang menarik yang sempat kami lawati adalah Bukit Bendera... Huh nak kesana tu sesat dia, dekat sejam dalam kete. Nak di jadikan cerita, papago suami aku yang berada di dalam hand phone canggih dia tak ber-update. Lagi sekali, ambik ko... Cari sign board nak ke air itam tu punyalah payah tapi sebab kami lebih percaya dengan kesan-kesan mata pelajaran geografi kami masa sekolah dulu, sampai juga kami ke sana... Aku rasa tulah kali pertama dan terakhir aku menaiki bukit bendera dengan menaiki train yang disediakan...Sebab aku takut... NGERI .. masa nak turun, laju than siap hon-hon lagi. Selamat aku kebawah. Yang aku puji sifat orang bukan melayu nie, dia orang cepat nak bagi duduk dekat kita yang sedang dukung anak walaupun yang dukung Umar tu suami ku yang seorang lelaki.. naik dan turun, otang cina yang bagi seat tapi orang kita..ehm...siap lentok2 kepala kat bahu lagi...Tak rugi kami bayar buggy Rm30 untuk perjalanan selama 20 min sehingga kejambatan gantung. Pemandu dia tak berhenti berceloteh mengenai tempat-tempat dan bangunan yang ada sepanjang perjalanan kami dengan slanga melayu Philippine dia..Sayang aku tak dapat nak upload gambar sekarang sebab u-mobile aku slow. Nanti aku update lagi tentang penang yang best berserta gambar yang menarik..maklulah guna D90-lah katakan