Tuesday, 28 May 2013

Dah 12 tahun pun

Alhamdulillah..dah 12 tahun pun aku dan suamiku bergelar suami isteri dan dalam tempoh itu kami berdua telah dikurniakan 3 orang putera yang cerdik pandai .. :-). Dalam dalam diam jua..umur kami makin bertambah..suamiku dah pun masuk 40 tahun march lepas dan in shaa Allah sekiranya umurku panjang, oktober ni masuklah umurku 36tahun... Semoga kami sekeluarga bahagia dunia dan akhirat...
Tahun ni aku dapat hadiah sempena hari ulangtahun perkahwinan kami yg ke 12 ini...hihihi...selalunya kami g kuar mkn2 je. Tapi kali ni, aku merancang percutian ke Langkawi dan aku dapat perfume sebagai hadiah darinya... Berbaloi2...hihihi..sebabnya aku memang dah lama nak beli Miracle ni...nama nak pakai duit aku..xdelah..(kedekutkan aku ni)..

Friday, 3 May 2013

Muffin strawberry

Aku memang suka mencuba membakar, memasak mahupun mengukus. Yang aku pasti sebab utamanya sebab aku suka makan dan aku cerewet dalam pemakanan aku. Aku tak suka manis.. Jarang sangat kita jumpa kek atau kuih mahupun muffin yang tak berapa nak kurang manis.. Hahaha..apa ayat da yang aku guna ni. Maksud aku jarang kita jumpa yang kurang manis kat luar tu. So, aku memang suka menderhaka dengan resepi asal..maaf ye para pencipta resepi. Tapi resepi muffin strawberry aku ni, aku main hentam je letak apa bahan yang aku nak letak.. Act aku cuba copy moist cake punya resepi..Alhamdulillah jadi masa aku buat tempoh hari. Than aku cuba buat ari ni, aku boleh lupa resepi apa aku guna yang mendapat pujian ari tu..hihihi..masuk bakul angkat sendirilah pulak. Itulah kelemahan aku..aku jarang take note resepi mana yang aku cuba dan bagus, cuma tadi pas rasa muffin yang x berapa nak gebu aku tadi, baru aku teringatyang aku guna resepi yang aku agak-agak gubah sendiri (kononnya)...aku buat muffin pisang pun guna resepi yang sama..sedap..gebu. Jom kita cuba

Muffin strawberry
Bahan-bahannya:-
11/4 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk bikarbonat soda
3/4 cawan gula kastor
1 cawan minyak
1 cawan susu segar
Esen vanilla
1 sk ovellete

Cara-caranya:-
&&&&&&&&&&
1. Ayak bahan serbuk bersama
2. Pukul telur + gula +ovellete sampai kembang
3. Perlahankan mixer dan masukkan susu segar
4. Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit
5. Masukkan minyak dan kacau guna spatula
6. Masukkan bancuhan tadi dalam paper cup separuh dan masukkan strawberry
7. Masukkan lagi bancuhan tadi hingga 3/4 paper cup tersebut
8. Bakar pada suhu 175deg selama 30 min