Saturday, 7 March 2015

Cukup sekadar disini saja

Tanggal 18 Feb 2015, tarikh bersejarah bagi kami sekeluarga kerana kami telah kehilangan kereta pertama kami di kawasan parking basement rumah kami. Kejadian itu disedari oleh suamiku ketika dia hendak menghantar Umar Zuhdi ke sekolah sebelum dia pergi ke tempat kerja kami. Aku yang ketika itu telah selamat parking di TI, agak terkejut jugaklah bila mendapat panggilan telefon dari suami ku yang mengatakan kereta dah hilang, penipu kalau aku kata aku tak terkejut. Tapi Allah bagi kekuatan pada aku ketika itu kerana aku pasti suamiku adalah orang yang paling terkejut atas kehilangan itu sebab dia adalah insan terakhir mengunakan kereta itu semalamnya. Tapi ternyata jangkaan aku meleset, dia tersenyum je bila aku balik untuk mengambil Umar dan dia. Cuma yang pasti dia menyuruh aku memandu ketika itu.
Setelah hantar Umar ke sekolah, kami terus membuat laporan polis di UTC Pasar Keramat. Ehm... Pihak polis minta geranlah pulak. Kami cuba menghubungi pihak bank yang kami membuat pinjaman. Syukur mereka mudah memberi maklumat yang diperlukan. Apa lagi, ke Klanglah kami ambik geran kereta. Sebelum itu, aku buat panggilan kepada pihak pengurusan blok Menara Merak Kayangan untuk mendapatkan rakaman cctv malam tadi. 
Rupanya senang nak ambil geran kenderaan di pihak bank, tak banyak soal pun depa. Terus bagi, janji owner yang pergi minta. Alang-alang dah sampai Klang, suami aku apa lagi... Tukar tayar Myvi lah dia sebab tayar kereta tu memang tunggu harinya.
Selesai urusan di Klang, kami terus balik ke Keramat sebab kami dapat panggilan telefon dari Sarjan yang in charge case kami ni untuk buat laporan siasatan di balai Polis Jalan Pudu. Laparlah pulak perut ni sebab dari pagi tak makan. Sampai je kat kedai makan, kami terima panggilan dari jiran kami pulak yang dah tengok cctv tu dan mengatakan kereta yang digunakan untuk mengambil kereta kami tu ada di hadapan sekolah berhampiran dengan rumah kami. Kami pun apa lagi, terus cari kereta tu. Dari pengamatan kami, kereta tu pompuan yang punya. Kami tak sampai hati nak pancitkan tayar kereta tu sebab kami takut kami salah kereta. Tapi dijadikan cerita, lepas kami tengok cctv tu, sah memang kereta tu digunakan untuk mengambil kereta kami. Tapi nak buat camne, kami balik dari ambil anak dalam pukul 5 lebih, kereta tu dah takde kat situ. 
Kami redha dengan ketentuan Illahi. Hanya sampai disini sahaja DIA meminjamkan kemewahan itu pada kami. Tiada daya kami untuk melawan kehendakNYA