Sunday, 10 March 2013

Kek lapis coklat cheezy

Alhamdulillah..akhirnya aku berjaya juga mengukusnya setelah lama aku usha resepi ni..aku nie memang peminat cheese. Jadinya kalau ada resepi yang melibatkan cheese ni memang aku suka nak mencubanya. Tapi sayangnya suamiku tidak menyukainya sebab dia kata cheese ni cepat muak.. So lepas ni, kalau aku nak buat, aku kena buat separuh bancuhan je. Aku memang suka ambik resepi dari mat gebu..sedap dan meyakinkan.
Tapi kek ni menyebabkan aku jadi binggung sebab dia tak tinggi mana lepas dikukus. Aku ingatkan aku yang silap, tapi rupanya bila aku tengok gambar dari blogger lain, ha memang kek ni bantut rupanya...hihihi

Sunday, 3 March 2013

Tempahan kek perkhawinan yang pertama

Alhamdulillah..ada juga orang percaya dengan aku untuk menempahn kek perkhawinan untuk sepupu dia..aku taknak buat sebenarnya tapi sebab dia dah biasa makan kek yang aku buat, agaknya dia puat ati kot..jadi pun bersungguh-sungguh suruh aku buat juga. Yang best nak 2 tingkat.. Ha ambik kau. Aku bab menghias ni memang gagal... Penat aku mengogle..meng you tube ..hahaha. Akhirnya aku mendapat idea untuk buat kek colkat moist je sebabnya yang dia minta kek karemel pada asalnya..ish mana cantik untuk dihias dengan cream pelbagai dan mungkin akan tercemar rasa kek karemel den tu karang..so semalam mulallah operasi aku mengukus kek coklat..yang kecik aku lapiskan dengan tiramitsu cream tapi aku tetap curahkan coklat sebab nak kasi sama ngan kek bawah..buruk pulak aku rasa kalau warna 2 kek tu berbeza.. Aku hias plak dengan sugar flower yang aku beli at bagus bakery.. Oklah bila aku tengok2 semula... Not bad.. Kek 2 tingkat ni aku jual dengan harga rm120 yang mana aku rasa ianya pasti harga yang munasabah... Tadi halida datang ambik kek dia.. Puas ati dia melihat keknya itu ... Terima kasih sebab percaya kat akak mu ini.. Aku kena g kelas menghias kek ni.. Nekad pasni ku cari kelas.. Ok x.