Sunday, 6 April 2014

3 hari

Lama sungguh aku tak bersiaran... aku takde apa nak komen melainkan aku sibuk melayan penat setelah penat bekerja dan juga aku sibuk melayan kerenah pelanggan ku.. hahaha.. tak mengaku aku sibuklah  buat kek.Lagipun lately ni aku rasa macam cepat penat..dah tua kot...
Pada 8Mac yang lalu kita telah dikejutkan dengan khabar berita yang bagi aku maha dasyat iaitu kehilangan pesawat MH370 yang sepatutnya meneruskan penerbangannya dari KLIA menuju ke Beijing. Ianya satu dugaan yang besar bagi kita rakyat Malaysia lebih-lebih lagi kepada keluarga para penumpang dan juga krew kabin pesawat tersebut..ehm.. aku pun menangis bila aku mendengar berita tersebut. Tiada sapa pun yang aku kenali tapi apakan daya aku juga insan biasa, seorang ummi yang mempunyai perasaan. Seingat aku 3 hari jugalah aku menitiskan air mata setiap kali TV menyiarkan berita tentang kejadian tersebut. Entah kemana menghilangnya pesawat tersebut, hanya Allah yang tahu.
Tanggal 26hb Mac yang lalu, dalam pukul 10 malam, PM kita telah mengumumkan bahawa isyarat Ping dari pesawat MH 370 telah berakhir di lautan Hindi. Berjujurann lagi air mata ini. Walaubagaimanapun aku yang selalu mengajar otak aku ini supaya sentiasa berfkiran positif mengangap bahawasanya ianya tidak semestinya terhempas disitu kerana isyarat ping tersebut hanya berinteraksi dengan satelit dalam masa sejam sekali. Tidak mustahil dengan kuasa Allah, ianya telah @ selamat mendarat di mana-mana jua yang Allah kehendaki walaupun pesawat itu telah kehabisan minyak sekali pun keran KUN FAYAKUN. Aku berharap sangat misi pencarian MH370 diteruskan sehinggalah kita semua berjumpa dengan walau secebis dari serpihan pesawat tersebut. #doabuatMH370