Monday, 14 March 2011

Pernahkah kita terfikir

Ha..pernah tak kita terfikir kenapa kita tidak boleh mengucapkan Merry Christmas ke Happy Deepavali ker? Memang sensitive kalau nak dibincangkan... Tapi aku nak share jugak kenapa dengan 1 cerita yang aku rasa menarik .. Ini adalah perbualan antara aku ngan kawan aku ... yer ker kawan .. bolehlah ...

Perbualan tu bermula semasa aku cuba menceritakan kisah seorang operator yang telah kehilangan anaknya dalam kemalangan jalan raya. Operator tu berbangsa India dan telah menceritakan pada aku tentang seorang kenalannya yang menyuruh dia berjumpa dengan bomoh untuk melihat sama ada hari pembakaran mayat anaknya itu okay atau tidak. Tapi yang bestnya tu operator tadi menjawap semula kepada kenalanya itu sama ada anaknya akan hidup ke kalau dia berbuat demikian ... Tabiklah aku ... aku pun citer kat kawan aku sorang nie betapa operator kami yang berbangsa India percaya akan Qada' dan Qadar yang telah ditentukan cuma...

Rakanku: Alah Kak A'in, dia orang tu banyak Tuhan

Aku : Eh... Rakan ... kita tak boleh cakap macam tu.. Ingat kenapa kita tak boleh wish pada
mana-mana perayaan? Tahu tak kenapa Noh Gadut keluarkan fatwa mengatakan
Haram bagi kita berpakaian seperti bangsa lain untuk meraikan perayaan mereka
masa ramai pekerja melayu mengayakan pakaian santa Claus? Sebabnya kalau kita
wish atau berpakaian seperti mereka, maka kita mengiyakan agama mereka tapi apa
yang kita tahu HANYA ISLAM agama yang ALLAH terima ...

Rakanku: Ada dalil ke dia cakap macam tu ...

Aku : ( Dengan muka yang terkejut sbb yang tanya tu Melayu dan beragama ISLAM).
Rasulullah pun hanya menghormati mereka bukan mengiyakan perayaan mereka
dengan meraikannya.

Rakanku : (Dengan muka tak puas hati ... memang muka dia selalu tak puas hati...) Ada dalil ke?

Aku : Tak perlu dalil ... Rukun Islam yang pertama telah menyatakan bahawasanya ... Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhamad itu pesuruh Allah ...

Dah ... xyah nak pening kepala cari dalil ... hari-hari kita lafazkan dan paling kurang 9 kali sehari dalam solat kita ... apa lagi nak kita pertikaikan ... pernah tak kita terfikir semua tu .... asyik nak cari dalil ... Lu fikirlah sendiri...(pinjam tag line nabil jap). Aku tak paham ngan mereka-meraka masih tak sedar bahawasanya Allah telah banyak menurunkan tanda-tanda kemurkaannya....