Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Monday, 2 August 2010

Tak habis ganti lagi

Insya Allah tak lama lagi nak puasa tapi yang x bestnya tu lagi 2 ari lagi puasa aku x berganti. Tulah masalahnya orang pompuan nie... lebih-lebih lagi pompuan cam aku nie yang hormonnya tak berapa stabil. Nasib baik gak kuar 3 orang anak sebab ramai yang kata klu ada masalah period macam aku nie, susah nak dpat anak. Ehm...aku harap sempatlah aku ganti 2 ari puasa aku yang masih berbaki tu.
Dalam menanti hari2 mendatang nie, aku sibuk nak cari resepi biskut raya yang boleh aku cuba. Yang pastinya tart nenas adalah kuih wajip yang aku buat setiap tahun. Dan aku dah dapat rahsia kuih sedap selepas aku guna butter anchor tahun lepas. Memang butter tu mahal skit tapi confirm biskut raya kita akan rasa sedap. Cubalah...

Thursday, 17 September 2009

X sabar lak nak raya rasanya

Rasa macam x sabar lak raya rasanya tahun nie..almaklumlah keluarga angah dah bertambah lagi sorang untuk raya tahun nie. Tapi tahun nie patutnya turn Ngganu, kami balik Rantau jer sebab suamiku yang tercinta kene keje pada raya ke-2 tu. Keje malam lak tu so pagi raya ke-2 tu kami sekeluarga dah kene balik KL. Nasib baik sehari sebelum raya dia dapat cuti. Nie ambik EL sbb hantar kete g servis kat Ukay Perdana. Almaklumlah kete kami tukn kete antik so kene belai lebih2 skit walaupun balik beraya dekat jer. Manalah tahu abah ajak g rumah Pakngah kat Bukit Jalur, mau menangis klu x servis kete. Macam2 nak buat ngan kete tu... huhuhu... ntah brapalah kenenya kali nie.

Pagi tadi skolah Harraz ada buat majlis Khatam Al-quran, so dia skolah pagi jer. Abdul Salam lak x bawa beg g skolah ari nie sbb cikgu dia ajak buat kuih raya. Balik tadi dia bawak balik kuih cornflake madu. Terkeliur Harraz tengok Salam makan. Nasib baik dia baik, dia tinggalkan untuk abg dia untuk makan waktu berbuka nanti. Harraz buat setakat nie baru tinggal puasa 2 hari. Sehari masa balik dari rumah mak dengan alasan waktu sahur dia x makan nasi. Mana xnya dia klu bersahur mudah jer, nasi+kicap manis kipas udang+serunding daging...laju mknnya tapi kat rumah mak xder kicap manis tu yang x lalu makan tu. Yang hari kedua x puasa tu, angah marah gak ngan dia sbb dia buka puasa kat skolah atas alasan kawan dia belanja minum sirap bandung. Tahun lepas baru sehari jer dia tinggalkan puasa, tahun ni bertambah lak bilangan harinya... Ayah dia kata biarlah janji dia banyak lg berpuasa dari x puasa...maklumlah nie cuma latihan buat dia kerana dia belum lagi di wajibkan berpuasa.

Angah belum lagi kemas rumah sbb asyik ngan membuat kuih. Ari tu angah buat kuih untuk angah pastu kali nie buat untuk mak kat kg lak. Bukan x nak buat sekali tp sbb takut Umar buat hal masa angah buat kuih tu nanti, terbantut mood. Bila buat 1 bancuhan jer sekali, angah ambik masa dalam 2 jam untuk siapkannya. Mudah skit, klu Harraz jaga Umar pun xderlah dia bosan sangat sbb asyik kene panggil ngan ummi jer klu adik dia nangis.

Wednesday, 26 August 2009

Abg sakit perutlah Ummi

Semalam masa angah suruh Harraz g solat Zuhur dia tanya kat angah kenapa angah
x solat lg. Angah mmg x solat ngan puasa, harap maklumlah dengan 'kehadiranya'
setiap bulan. Tapi yang pastinya diaorg nie mmg x penah tengok angah makan @ minum
disiang ari w'pun angah x puasa.

Ehm...apa yang angah nak jawap ek.Ha..." Ummi sakit perut ... Kan nenek kata ummi
tengah sakit perut". Nasib baik dia bleh terima alasan angah tu. Dia baru 7thn pastu
dia lelaki lak tu, agak susah jugak angah nak explain kat dia.

Pagi td dalam kul 10 lebih Harraz ngadu sakit perut, angah ingat dia nak g toilet sbb
mmg tabiat diaorg nak g toilet pun nak cakap ngan ummi dia. Angah suhlah dia g toilet.
Dia kata bukan nak g toilet tapi dia sakit perut dan kene buka posa. Eh budak nie ada jer
akal dia xnak posa. Mana bleh ..aleh2 dia kata ummi bleh x posa klu sakit perut.
" Harraz ...Ummi sakit perut kerana melahirkan ... bukan saja2. Abg ada nampak ummi
makan x? Xder-kn ... Ummi x solat jer tp ummi x mkn gak, sama mcm org lain yg posa".
Sekali lagi dia menerima alasan angah.

Saturday, 22 August 2009

Puasa

Insya Allah, angah akan berpuasa ari nie sama ngan Harraz dan ayahnya ... sapa lg klu
bukan my beloved hubby. Itu pun x pasti lg maklumlah angah masih dalam pantang sbb
kadang nifas nie dah benti tp pastu dia mai smula.

Angah set alarm kul 4:30 tp yang kelakarnya tu angah asyik terjaga2 jer mlm td sbb takut
terbabas. Bukan apa kesian ngan Harraz yang excited sgt nak puasa. Salam lak citer dia
bukan main berapi2 lagi nak posa sbb nanti teacher dia marah konon katanya. Tp bila
time sahur ... hampeh. Bangun mmg dia bangun tp bila suruh makan dia terus nangis
xnak posa sbb dia kata klu dia sakit nanti camner. Ehm....

Memandangkan angah nie tgh dalam pantang, angah risau gak yang angah xleh nak
supply susu kat Umar sbb dia-kan mmg BF exclusive. Angah pump susu angah malam
semalam untuk stok ari nie-lah kononnya. Tp Allah maha berkuasa, susu angah lagi
banyak dari selalunya. Umar pun mmg kuat menyusu, so angah x perlulah risau yang
dia akan kekurangan stok.. Alhamdulillah.