Tuesday, 26 April 2011

It's still there

Itu yang doktor cakap pagi tadi masa sesi ultra sound Umar untuk yang kesekian kalinya. Last week kami bawa Umar ke bahagian surgical di HKL sebab kena refer kat sana berkenaan dengan saluran kencing dia. Dr Rashidah iaitu pakar pediatric dari HA menyarankan supaya dia disunatkan awal sebab saluran kencing dia nampak kecil dan beliau bimbang yang kemungkinan e-coli membiak atas sebab air kencing yang bertakung dan tak habis keluar dari saluran kencingya itu. Mai sana depa duk tolak kami semula kat HA... bukan sebab apa depa nak hard copy film for MCUG yang Umar dah buat masa January 2010. Penting ujian tu... sebab ujian tu yang menunjukkan akan kewujudan 3 small pocket on his bladder. MASYA ALLAH ... ALLAH MAHA KAYA ... itu yang mampu aku luahkan Dan tadi, Dr Asyikin pulak kata, "ehm... it's still there ..." sambil tersenyum pada ku. Aku faham yang kebengkakkan buah pinggang Umar itu tidak hilang seiring dengan peningkatan usianya sama seperti kanak-kanak biasa yang mungkin senasib dengannya masa lahirnya. I'm okay... aku sudah lama belajar perkataan Redha dengan qada' dan qadarNYA... rukun imankan tu. ehm... 24hb May pula ada lagi appointment dengan doktor bahagia surgical HKL semula dan aku telah dapatkan hard copy film yang depa perlukan tu ...

Thursday, 14 April 2011

Kesihatan ditahap tidak memuaskan

Sejak 2 menjak ni aku rasa tak berapa sihat...ngan demamnya ngan selsemanya tak tinggal batuk yang gatal tekak tu.dah dekat 2 minggu aku gini.cuaca x menentu kot rasanya sebabnya. Tapi apa2 hal pun dan yang pastinya ALLAH sayang kat aku sbb ALLAH ingat kan aku. Aku jugak yang selalu terleka...

Tuesday, 5 April 2011

Apa nak buat ngan dia ni?

Apa kita nak buat ngan orang orang yang tahu senyum bila dia nak jer? Bila dia rasa perlu jer. Aku cukup berangin ngan orang camtu.. Aku rasa camnak bagi flying kick jer. Tapi yang aku x tahan tu bila dia rasa nak mintak tolong kat aku...wah...aku pun lupa yang dia buat kat aku. Aku pun x pasti kenapa aku jadi lagu tu... Huhuhu. Aku memang mudah memaafkan orang sebenarnya walaupun hakikat dia aku tahu aku nie mudah kena buli sbb kenaifan aku nie. Naif ke aku nie? Yang tu aku nak ketawa sbb aku taklah naif mana cuma yang aku tahu aku nie mencari keberkatan dalam kehidupan aku seharian. Bila ada orang buat aku sakit hati, apa yang aku tahu buat hanyalah berdoa semoga Allah melembutkan hati dia untuk berubah. Pastu bila ada orang buat kebaikan pada aku, rahmat ALLAH kupinta keatas mereka. Namun begitu aku masih tak faham masih ada orang yang yang hanya NAK tersenyum bila dia NAK jer. Masa aku berhadapan ngan orang camtu tadi, takder maknanya aku nak doakan yang baik2 untuk dia..yang aku rasa nak buat tadi cuma..eee ....wacha!!!!

Monday, 4 April 2011

Jalan-jalan cari makan

Dah lama rasanya aku x update blog aku ni,dah bekarat agaknya. Aku rasa banyak citer yg nak aku citer tapi masq x mengizinkan. Tapi yang pastinya aku dah berjaya meloloskan diri aku bersama suamiku untuk bercuti bersama tanpa anak-anak. Tak jauh pun kami pegi,Pantai Kelebang kat Melaka. Sebenarnya kami dah kesana bulan 1 yg lalu tapi kami dah xder hala tuju sebenarnya ari tu. Tapi yang paling aku suka, aku makan...makan dan makan...