Saturday, 30 July 2011

Microwave baru....


Alhamdulillah...suami aku memudahkan aku dalam kerja buat aku untuk bulan puasa yang akan tiba... dia belikan microwave untuk aku memanaskan makanan ketika bersahur nanti... sebenarnya aku belum pernah beli microwave... 1st time nie ... best sangat. Terima kasih abang...

Macam-macam hal

Insya Allah tahun nie puasa akan bermula hari Isnin nanti iaitu 1 Ogos 2011 bermaksud tinggal sehari lebih jer lagi nak puasa. Esok dah boleh start puasa. Alhamdulillah anak-anakku tak sabar-sabar nak puasa dan ummi harap kamu semua dapat berpuasa penuh tahun nie.
Hari ni tadi aku bawalah depa nie g beli barang dapur kat Carrefour Wangsa Maju sebab aku nak g breakfast kat McD..fuh dah lama tak pekena kopi dia, memang terbaik. Pas sarapan dalam kul 9:30 tu, kami masuk carrefour untuk beli barang dapur. Alhamdulillah, mereka senang dikawal sebab ayah depa takder, klu ada takder maknanya dia nak dengar cakap ummi dia.
Aku sebenarnya nak beli susu Umar, dia dah tukar minum susu S26 progress perisa vanilla. Susu soya dia tu susah sangat nak cari dan Alhamdulillah jugalah dia dah tak allergic ngan lactose. Memang betul kata doktor, masa kecik-kecik kebanyakkan budak dia akan allergic dengan lactose. Aku terus tuju tempat susu than aku nampak apa yang aku mahukan tapi aku nampak harga dia macam dah naik sebab minggu lepas aku beli kat manjaku kat belakang carrefour nie baru rm21.50 untuk 600g tapi yang nie dah naik rm23.90. Semuanya naik bak kata pakcik yang tengah shopping tadi. Than aku check semula harga runcit kat tepi kotak tu, oit..still rm21.70. Nie dah melampau sebab dia jual lebih mahal dari harga runcit... cancel.. tak jadi beli tapi aku ada cakap ngan pekerja kat situ, dia kata harga dah naik. Apa punya jawapan dah...kalau aku report ngan pihak berwajip nanti, baru dia tahu. Aku pun berlalu dari situ.
Pas bayar semua barang, aku g-lah servis kaunter kat depan, citer benda yang sama, depa bleh kata mungkin sistem rosak than dia suh aku beli jer than datang sini, dia bayar perbezaan tu.. Kan 2 kali keje tu.. huh... kecewa aku... bukan dia kata nanti kami check sekarang juga.... Tak bagus betul... tapi apa yang pasti..berhati-hatilah dengan harga barangan dipasaran yang sedang meningkat naik dan tanpa memikirkan kita nie yang makan gaji dengan angka yang sama jer. BUkan setiap bulan ada kenaikkan gaji ... Apa-apa pun aku tetap bersyukur dengan rezeki yang ALLAH kurniakan buat kami sekeluarga ....

Saturday, 23 July 2011

Eee...kepala dia ada kutu

Penat dah aku botakkan kepala 2 hero aku tu sebabnya kepala dia ada kutu dan berulang kali juga aku nyatakan masalah ni pada owner taska tempat depa tu transit.. Memang semua nie tak boleh nak kawal tapi yang aku pelik tu... anak aku lelaki... kutu pun suka ngan orang yang berambut sikit.. Pagi-pagi sebelum kesekolah tu, aku dah pastikan dia orang bershampu dulu pastu balik sekolah bising jugak mulut nie suh depa shampukan kepala depa tu tapi ... eee kepala depa masih berkutu... nasib baik kami tido asing... ridau gak. La nie, kepala depa dah botak dan aku akan pastikan botak tu akan jadi fesyen rambut mereka selagi depa duk transit kat taska tu ...