Wednesday, 28 October 2009

Sunday, 25 October 2009

Dah sihat skit

Alhamdulillah... angah dah beransur sihat ari nie. Hampir seminggu gak angah rasa badan nie bagai dipaksa2 bekerja. Nasib baik suamiku keje pagi minggu nie, klu dia keje malam... paham2 sedirilah.

Hari nie jugak Umar dah berusia 3 bulan so dah tiba masanya dia kene suntikan imunisasi. Ayah dia keje pagi so angah angkut abang dia yang berdua tu g Klinik Idzham Setiawangsa. Nasib baik Umar x buat hal masa doc Sharel cucuk dia tadi tp cam biasa abg dia yang dah besar tu x reti duk diam. Penat nak control diaorang. Tapi nak buat camner terima jerlah dah mmg perangai diaorg camtu....
Sedap dia tido dalam car seat dia


Friday, 23 October 2009

Nak buang sayang

Ari tu angah ada berborak ngan kawan sekerja angah kat ofis pasal nilai seorang isteri setelah lama berkahwin dimata seorang suami yang amat memerlukan belayan. Nampak simple tap bolehlah angah kongsikan bersama apa yang angah dah borakkan dengan abg nie.

Dia kata bila kita nie dah lama kawen, sayangnya seorang suami tu seumpama sayangnya pada barang antik. Sayang bukan sebab benar2 sayang macam mula2 kawen dulu tp disebabkan oleh sayang nak buang. Mula2 marah gak dia cakap macam tu tp bila difikir2kan semula ...yerlah kot. Dah lama hidup bersama, bila xder depan mata xper katanya tp bila org nak ambik..sayang. Lebih kurang camtulah ayat dia. Means klu xder depan mata xper tp yang dia tahu dia masih ada isteri.

Klu kita nak jadi isteri yang betul2 disayangi katanya, kita perlu jaga penampilan serta persembahan kita. Ehmmm...kenapa isteri jer kene buat semua tu ek .. sbb katanya lelaki nie telah mengunakan kelebihan yang Allah bagi pada mereka iaitu talak ditangan mereka dan mereka boleh berkahwen 4. Sungguh gatal mereka ini...Abis tu lelaki x perlu jaga penampilan mereka? Isteri nak jugak berjalan ngan suami yang mantap gitu..yer x?

Bukannya apa pompuan nie rasanya klu dah sayang tu, susah dia nak buang sayang dia @ ada juga orang berpendapat klu pompuan tu dah sayang memang dia sayang betul tapi bila dia dah benci...ehmm x yah cakaplah. Ada orang pesan kat angah dulu klu nak kawen, kawenlah ngan orang yang sayang kat kita...

Thursday, 22 October 2009

Demam lagi ari nie

Demam lagi ari nie...Dah sampai TI tadi, buat keje skit pastu x tahan terus balik. Balik pun bukan duk kat rumah...Angah g KL ngan suami angah jap sbb nak submit form utk claim insurance motor yang hilang dulu. X larat sebenarnya tapi sbb ingatkan org lain xleh nak submitkan form tu, angah gagahkan jua ...

Wednesday, 21 October 2009

X sihat


Xder mood betul nak update blog sbb x sihat sbnrnya. Dari semalam demam selsema ....

Monday, 19 October 2009

Umar Zuhdi masih x berapa sihat lagi

Hari nie tadi angah kene g keje gak walaupun hari minggu. Harraz tolong jaga Umar sementara ayah dia tido sbb keje malam. Nasib baik Umar tido jer sepanjang angah g keje cuma dia bangun dalam kul 1 lebih sbb dia buang air. Langsung ayah dia kene bangun dari tido. Xperlah bukan selalukan.. ANyway thanks a lot to Harraz and my lovely hubby. Nasib punya suami yang memahami kerjaya isterinya.

Lepas maghrib tadi angah tengok Umar macam xleh nak bernafas sbb selsema dia ngan kahak yang dia tak pandai nak buang. Ayah dia dah g keje malam, ehm...angah bawa semua hero angah tu g klinik Idzham kat SEtiawangsa. Biasa jer tu...Sampai kat klinik doc kata paru2 dia okay dan mungkin dia punya selsema tu menyebabkan dia macam sesak nafas. Dia bagi ubat selsema tp dia kata makan bila perlu ... Angah harap Umar sihatlah pas nie... Sian dia

Saturday, 17 October 2009

Kenapa kita x diberi pilihan

Kenapa kita x diberi pilihan untuk membuat keputusan....? Sebenarnya angah buntu la nie sbb mengenangkan yang angah kene keje esok pg sedangkan suami angah baru balik keje pagi sok, Insya Allah. Memanglah dia akan tido esok pagi tapi persoalan dia la nie sapa nak jaga Umar esok. Nampak gayanya terpaksalah angah masuk keje lewat sok, mungkin pas angah siapkan anak2 angah dan masak untuk lunch besok. Angah x kisah sangat ngan Umar sbb until now tido adalah hobby dia cuma kesian lak dia sbb 5 ari dah kene tinggal de'k ummi, ari ahad pun ummi dia kene g keje. Abg2 dia dah besar, boleh layan diri mereka sendiri.

Sebenarnya angah mmg xnak keje tp .....ehm...

Friday, 16 October 2009

Nur atau Katrina ...

Citer Nur Kasih nie mmg mengasyikkan ... X sabar2 nak tunggu apa yang akan berlaku pada episod akan datang. Tapi tadi angah terasa sadis sbb mak Adam cakap pada Adam yang agaknya Adam kene pilih antara Nur ataupun Katrina. Patut ker mak dia cakap macam tu?

Cuba kita bayangkan klu kisah tu berlaku pada kita..ehm. Apa agaknya tindakan kita sebagai seorang perempuan. Agaknya mampukah kita berada di tempat Nur meskipun Katrina yang tidak pernah terfikir yang mereka dimadukan pada awalnya tapi boleh menerima hakikat takdir mereka yang sebenarnya. Percaya atau tidak yang sebenarnya bibir angah penah membenarkan suami angah untuk berkahwin lagi 1 walaupun dia x pernah minta. Entahlah klu betul suami angah beristeri lagi 1 camner agaknya penerimaan angah... Benda belum jadi, dah jadi baru tahu.

Sunday, 11 October 2009

Umar demam

Ehm..dah berapa malam angah ngan Umar x tido dengan tenang sbb Umar demam selsema sejak dari ari Jumaat lagi. NIelah pertama kalinya dia demam sejak dia dilahirkan. Angah rasalah air-cond adalah punca demam dia. Sebenarnya Umar mmg x suka air-cond tp mlm Jumaat ari tu angah rasa panas sgt jadi angah pun pasanglah air-cond. Umar merengek2 malam tu tanda protes tp angah malas nak bangun tutup. Ayah dia tido ngan abg2 dia kat bilik sebelah klu x mesti ayah dia kene tutup air-cond tu.

Ari nie demam dia dah okay cuma yang tinggal selsema jer. Sian ngan dia..bernafas guna sebelah hidung jer. Harap dia cepat sembuh ...

Thursday, 8 October 2009

Memang mencabar betul


Memang mencabar betul mendidik anak2 nie lebih2 lagi untuk seorang ibu yang bekerjaya macam angah yang mana suaminya kerja shift. Semalam Harraz buat hal lg...ehmm dia kene tinggal ngan van sekolah dia sbb leka makan kat kantin. Nasib baik angah tengok kat tingkap pastu ayah dia pun lambat skit g keje malam td, klu x tak tahu dia kene tinggal van lg. So, ayah dia g ambik dia kat skolah dan menyebabkan suamiku lambat masuk keje.
Bila sampai jer kat rumah, angah jadi heran kenapa Harraz nak terus mandi. Selalunya dia mesti cari makanan dulu. Rupa2nya dia dah kene sebakul bak kata ayah dia masa atas motor tadi. Ayah dia marah kat dia. Angah biarkan dia solat maghrib dulu pastu angah cuba ckp pelan2 ngan dia. Nangis dia sampai tersedu2. Dia nia mmg sensetive orgnya. Klu angah marah bebel2 dia x ambik pot tapi cuba slow talk ngan dia, mmg dia terasa. Tanya dia kenapa dia nangis, dia jawap dia kesian ngan ummi tunggu dia tapi dai x balik lg. Tahu pun .... Angah cakap yang " ummi nie xder anak pompuan, sapa lagi ummi nak harapkan klu bukan dia. Klu dia hilang kene culik @ mati kene bunuh ker, camner ngan ummi. Ummi harapkan abg dah besar bleh jaga ummi ngan adik2 .."
Selalunya cium tangan ngan peluk jer sebelum masuk tido tp malam tadi sungguh2 dia mencium angah. Salam pun samalah ....Nie angah tengah pening kepala fikir samaada nak bagi dia g rombongan ke Sungai Congkak ker tidak sabtu nanti sbb takut kene tinggal pulak dek bas...

Sunday, 4 October 2009

Lama dah x menjenguk blog nie

Lama rasanya dah x jenguk blog nie. Maklumlah baru mula bekerja, penat pun yer, timing lari pun yer. Ari nie tadi pun dah kene support line.Ehmm nak buat camner. Yang pastinya penat semalam x habis lg. Sebenarnya semalam kami buat kenduri cukur jambul Umar Zuhdi kat rumah Rantau. X larat nak tulis panjang lanie, nanti angah update ek ..