Sunday, 30 December 2012

Demam Crepe musang king

Aku rasa lama sungguh aku meninggalkan hobi menulis aku ni smpai aku rasa blog aku ni tunggu masa je nk dimansuhkan. Bukannya apa..aku sebenarnya mengikuti perkembangan demam-demam makanan kat malaya ni.. Sekarang ni kan demam crepe durian jadi aku pun samalah.. Tu yang tak menang tangan aku dibuatnya cuma aku hadkan tempahan sebab nak buatnya tu leceh.. Aku pulak guna musang king.
Ramai juga pelanggan aku tanya camner aku buat kulit crepe aku tu lembut..sungguh aku tak ikut resepi dalam internet..aku guna resepi aku sendiri sebab mula-mula aku nak buat tu aku google gak resepi tapi rata-rata depa kata macam kulit kuig ketayap a.k.a kuih gulung.. Jadi senanglah bg aku sebabnya kami sekeluarga memang suka kuih gulung. Aku nak share skit camner resepi aku tapi sukatan dia ikut pandailh ye..aku cuma bagi tip je..
Bahan-bahannya:
-------++++-------
1 biji telur size A
1 senduk kecil santan pekat ( aku guna cap harmoni)
Secubit garam
Air 500ml
Blande semua bahan cecair diatas dan masukkan tepung ikut kepekatan bancuhan kita..likat macam susu sejat bancuhan kita tu..

Aku masak dalam kuali leper tu..api kena kecik sebab kalau tidak kulit akan tebal..

SELAMAT MENCUBA...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, 23 October 2012

Tempahan 22 Oct 2012

Kenapalah karemel tu tak berapa nak menjadi tu...
Tulah dia tempahan dari aunty kat tempat kerja aku sempena hari raya aidiladha yang bakal menjelma jumaat nanti.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, 21 October 2012

Tiramitsu untuk kak Wan ukay perdana

Alhamdulillah.. tempahan dari kak Wan, ummi kepada student kat Al-Amin. Kek karemel tu panas lagi, baru keluar dari oven. Tempahan yang tidak disengajakan setelah beliau terdengar aku berbual dengan datuk student kat situ mengenai kerjaya sampinganku ini. Dia menyuruh aku membawa sample pada esok harinya. Aku tak lepaskan peluang untuk mengembangkan biz aku..Alhamdulillah dia minat dengan kek-kek yang aku buat..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Janganlah kedekut

Semalam aku ke sebuah pasaraya denkat dengan rumahku untuk membeli barangan kek untuk tempahan hari raya Aidiladha yang bakal menjelma tak lama lagi. Tengah aku nak membembebel sebab whipping cream yang aku selalu guna tu dah tinggal sekotak je, ada kakak tu tanya kat aku pasal whipping cream tu..huhuhu..maaflah kak saya tak mahir tentang whipping cream sebab aku baru jer belajar nak guna whipping cream tu dalam kek coklat tiramitsu aku... Rupa-rupanya dia nak buat chocolate moist cake. Aku yang tengah terkejar-kejar nak beli barang sebab nak bawa anak-anak aku ke tasik titiwangsa, meminta dia buat miscall kat hand phone aku.." Takpe kak nanti saya sms akak resepi ngan cara nak buat...".  Memang aku mengotakan kata-kataku petang tu jua..Alhamdulillah menjadi keknya.. Jadi apa yang aku nak katakan disini... tak payahlah kedekut ilmu yang kita ada sebab kita dapat pun dari orang lain.. hehehe. Macam aku.. internet adalah bahan rujukakan ku.. So good lucks to sesiapa yang sedang cuba-cuba untuk membakar dan memasak ...

Saturday, 13 October 2012

Kesibukan yang melanda..

Aku rasa blog aku ni dah bersawang-sawang dah sebab dah agak sebulan lamanya aku tak menjeguknya.. Kesibukan yang tak pernah jemu menjengukku.. Product kek aku makin bertambah menyebabkan aku tak menang tAngan melayan kerenah dan permintaan kawan-kawan. Alhamdulillah Allah telah memudahkan rezeki buat kami sekeluarga..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, 2 October 2012

Jangan macam-macam boleh tak

Jangan macam-macamlah boleh tak bila lihat kejayaan orang lain..Tolonglah buat perasaan tu..biaqlah.apa depa nak kata..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, 24 August 2012

Sama je depa ni

Aku baru dapat anak buah pada hari nuzul al-quran ari tu yg diberi nama Hariz Zikrie oleh mamanya..Tapi mak aku asyik mengatakan perangai Hariz selepas menyusu sama dengan umar yang sedang menyusu...kakinya bersilang..aku rAsa bukan umarnya perangai macam tu harraz n aku pun sAma..suka berbaring sambil silang kaki


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 6 August 2012

Madinah dan Masjid Nabawi

Alhamadulillah Allah telah menjemput aku dan suamiku untuk ke tanah sucinya. Kami bertolak ke Jeddah dengan menaiki Asia X dia LCCT bersama 6 orang lagi rakan lain dibawah bimbingan Ustaz Majdi dari Az-Zuhdi travel. Tak ramai yang pergi under Az-Zuhdi sebabnya dia juga bawa 3 lagi agen lain dibawahnya. Setahu aku yang join kami masa tu dari Safari Haramain dari Bangi, Legend travel dan Amal travel dari Taiping. Dalam flight yang sama ada lagi beberapa agensi lain yang pergi sekali. Tapi yang pasti pakej kami paling murah iaitu RM6100 seorang atas pakej Umarah menyambut Ramadhan.
Perjalanan dari LCCT ke Jeddah memakan masa selama 8 jam tanpa transit dimana-mana. Tapi nyatanya aku memang ditakdirkan untuk mabuk kenderaan. Aku muntah dikala turun dan naiknya kapal terbang itu. Huhuhu... ini menyebabkan mood aku tak berapa bagus... Tapi apabila sampai di lapangan terbang haji di Jeddah...semuanya berubah. Semangat aku kembali semula.. Tak sabar untuk aku melihat masjid Nabawi. Urusan kami di kaunter imigresen berjalan dengan lancar. Tapi cuaca yang panas menanti kami di luar bangunan itu...Namun begitu aku ingat pesan rakan-rakanku supaya menjaga tutur kataku ketika berada disana. Keluar jer dari bangunan itu, kami sim card percuma..sampai 3 keping aku ambik (termasuk suamiku punya) dan kami disedekahkan payung...Sebelum bertolak ke Madinah kami semua mengerjakan solat jamak qasar untuk fardhu zuhur dan asar.
Perjalanan ke Madinah mengambil masa lebih kurang 6jam dan kami berhenti solat jamakqasar  maghrib isyak di sebuah masjid yang terletak di perhentian. Tapi aku tak solat sebab aku lapar..Aku makan bekalan yang dibekalkan tadi. Orang lain makan dalam bas tapi disebabkan aku yang masih dalam keadaan fobia muntah, aku decide makan kemudian.
Setibanya di Madinah aku tak sabar untuk melawat masjid Nabawi tapi apakan daya, Ustaz hanya kata kita g masa solat subuh esok. Keesokkan paginya, kami masih tidak tahu bilakah masuknya waktu subuh dan kami lewat untuk bersolat berjemaah di Masjid Nabawi yang terletak lebih kurang 200m-300m dari hotel tempat kami menginap. Akibatnya kami terpaksa berasak-asak untuk bersolat di dataran masjid tersebut bersama-sama dengan kaum lelaki.  Ramainya umat Islam yang berebut-rebut untuk merebut peluang berjemaah di masjid baginda Rasulullah SAW.
Pada hari yang sama, kami diarahkan untuk berkumpul di lobi hotel seawal 7 pagi untuk tujuan ziarah sekitar Madinah. Tapi kena ingat pukul 7 di sana dah macam pukul 9 di sini. Dan dalam masa yang sama kami diminta berwudhuk dari hotel kerana tempat pertama yang kami akan lawati adalah masjid Quba kerana sekiranya seseorang itu berwudhuk dari rumah dan bersolat sunat di Masjid Quba, pahalanya bersamaan dengan mengerjakan umrah.

Aku tidak banyak bergambar di sana tapi ini adalah gambar ketika aku menuju ke masjid Quba. Boleh aku katakan disini bahawanya disekitar kebanyakkan masjid di Tanah Suci ini ada urus niaga.

Saturday, 4 August 2012

Sekembalinya hambaMU ini

Alhamdulillah... Dah seminggu aku dan suami aku selamat kembali dari menuanaikan Umrah... Satu pengalaman yang tidak mungkin aku dapat lupakan lebih-lebih lagi pengalaman 6.5 hari aku berpuasa di bumi Mekah. Tak terungkap betapa nikmatnya berpuasa di sana. Aku tak merasa nikmat berpuasa seperti di sana apabila aku pulang disini ... Aku dan suamiku bercita-cita akan kembali ke sana lagi bersama anak-anak pula selepas ini tapi lepas ni kami nak cuma musim sejuk pula. Masa kami pergi tempoh hari, musim panas sehingga mencecah 50deg panasnya di Mekah manakala di Madinah pulah mencecah 42deg. Apa yang aku boleh kongsikan disini bahawasanya panas itu tidak mengugat puasa kita di sana... Nanti ada masa aku panjangkan cerita aku lagi ye..Aku tidak mahu terlepas menonton jejak rasul..da..

Sunday, 15 July 2012

Alhmadulillah...

Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba..Insya Allah sebentar lg aku dan suamiku akan berangkat menuju ke Madinah untuk tujuan ziarah sebelum kami berangkat menunaikan umrah pada hari ke 4. Doakan kami semoga selamat pergi dan selamat sampai...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, 14 July 2012

Semuanya pasti..

Aku masih lg di sini,insya Allah esok aku dan suamiku serta rakan-rakan yang lain akan berangkat ke Madinah untuk memulakan ibadah umrah kami...Hari ni kami akan mengikuti krusus untuk persediaan untuk ke sana di Masjid Bandar Bukit Puchong. Kami pergi ni melalui agen Az-Zuhdi kelolaan Ustaz Yusof..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 13 July 2012

Berkemas untuk menjadi tetamuNYA

Alhamdulillah... Selesai sudah aku berkemas untuk menjadi tetamu Allah.. Insya Allah aku dan suamiku akan menunaikan umrah pada 15hb Julai sehingga 27 Julai ini...Insya Allah... Selama pemergian kami akan kesana Harraz dan adik-adik dia akan tinggal bersama makteh dia yang sedang sarat mengandung kat Seremban. Semoga Allah merahmati adik aku yang memudahkan kerja kami ini.
Rezeki Allah memang tak terduga kerna aku dan suami aku dijemput menjadi tetamu Allah tanpa peranjangan yang lama. Pada awalnya suami aku diajak oleh Ustaz Yunus untuk mengerjakan umrah kira-kira 3 minggu yang lepas selepas dia dan ahli ABJAD yang lain melawat tok guru kami iaitu Ustaz Ahmad dia Selama Perak. Aku mengiyakannya dan dalam masa yang sama aku "Nak ikut...". Ehm...cuba nasib klu ada rezeki kononnya. Aku pasti suami aku tak membenarkan aku pergi sebab anak-anak aku masih kecil dan yang penting bukan cuti sekolah... Betul..itu jawapannya... Beberapa hari berlalu suamiku ada berkata yang Ustaz Yunus ada bertanya tak bawa aku sekali ke..."Nak ikut..." sekali lagi...Tetap sama...negative...
Tanpa diduga hari isnin minggu lepas, aku bermain sms dengan adik aku, Ana tentang pemergian abang iparnya untuk menunaikan umrah dan dalam masa yang sama dia menawarkan untuk mejaga Harraz dan adik-adiknya sekiranya depa semua tak bersekolah sekiranya aku nak mengikut suami aku ke sana....Wah bagai orang mengantuk disorongkan bantal, segera aku menelefon suamiku...suami ku pu segera menelefon Haji Mizan bertanya akan kekosongan tempat untuk kesana... ALHAMDULILLAH...rezeki Allah tidak terduga..sahabat kami tak dapat nak pergi kerna keuzuran isterinya telah membuka rezeki kepada ku.. Dalam temph tak sampai 1 jam aku dan suamiku membuat keputusan....
Semoga  Allah permudahkan urusan kami kesana dan urusan mereka yang kami tinggalkan

Tuesday, 10 July 2012

Menghintung hari...detik demi detik..

Tak sabar rasanya aku dan suamiku untuk ke sana atas jemputanNYA..YA ALLAH KAU permudahkanlah urusan kami dan urusan orang yang kami tinggalkan disini...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 8 July 2012

Muhd Harraz Furqan takde di rumah ummi dia

Dah bas yang kedua balik dari Ulu Langat tapi Harraz masih belum turun..maksudnya 2-2 bas tu adalah bas untuk banad..aulad blum sampai lagi..nasib baik Umar Zuhdi tengah tido..Kalau tak haru ummi dia tunggu abang pulang dari perkemahan TKRS kat Ulu Langat..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, 30 June 2012

Qasidah

Hari ni Muhd Harraz Furqan dan Abdul Salam kami hantar ke Madrasah Qasumul Ulum untuk belajar berselawat dan lebih dikenali lagi sebagai qasidah. Sebenarnya kawan suami aku yang mencadangkannya than kami yang memang sudah jatuh cinta dengan qasidah pun apa lagi,terus say ok..Every saturday pas asar selama sejam..Jadi adalah aktiviti mereka dihujung minggu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 20 June 2012

New item..



Ni baru kek karemel..silap tajuklah pulak untuk entry yang lepas..bertambah lagi 1 product aku..Syukur Alhamdulillah..Allah mempermudahkan keje buat aku..

Kek ni aku tak jual sebiji-sebiji sebab aku tak yakin aku mampu penuhkan permintaan kawan-kawan aku kat line yang pasti akan bertanya apa yang aku bawa untuk santapan mereka untuk hari itu...kek.ni aku jual rm1 untuk 1 slice yang berukuran lebih kurang 2.5"x1"x1.5"..hehehe...siap ukuran tu..aku buat 3 slice 1 pek..bolehlah untuk minum pagi atau minum petang depa...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, 16 June 2012

Keremel kek

Huh..td aku g keje walaupun half day aku telah dihujani dengan permintaan kek yang aku post dalam facebook aku..wah macam bagus sangat..hahaha. Takde maknannya de...tp syukur pada Allah kerna mendengar permintaan hambaNYA ini..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 12 June 2012

Ia datang lagi..

Huwaa..ia datang semula setelah sekian lama ia berlalu..migraine. Sungguh aku tak tahan hari ini setelah ia menyerang dari semalam lagi. Hajat hati nak meneruskan niat untuk ketempat kerja pagi tadi namun apakan daya Dr Munirah bagi aku mc untuk hari ni dan berehat di rumah. Ketika ini kepala aku masih lagi ting tong cuma rasa nak muntah tu dah kurang skit. Aku harus memulakan semula pengambilan transfer factor.. Semoga dengan izin ALLAH penyakit ini akan nyah dari kepala ni..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, 9 June 2012

Customer complain


 Customer complain yang pertama aku dapat mengenai kek coklat aku.. wah dah berkulatlah pulak dia..aku buat kuih tu pada malam selasa than aku bawa dia ke tempat keje.. customer aku tu pulak cuti.. Esoknya pulak dia ambil.. Pastu pagi td dia mms aku gambar-gambar nie.. Kulat sudah mula membiak... wah..aku pun tak pasti sebenarnya kek tanpa bahan pengawet ni berapa lama boleh tahan sebab seingat aku customer aku yang lain ada yang kata depa duk letak kek tu dalam peti ais seminggu lamanya boleh tahan lagi...entah mana silapnya.. jadi lepas ni bila orang tanya berapa lama boleh tahan, senang aku kata dalam 4 hari jer.. aku taknak ianya berulang kembali...

Wednesday, 30 May 2012

ESH school holiday camp

Hari ni Harraz dan Salam akan sekali lagi mengikuti camp kat TI sempena cuti sekolah yang dianjurkan oleh department ESH. Camp ni ala-ala summer camp kat negera omputeh tu.. Cuma mereka dia buat 1 hari je. Penuh dengan aktiviti yang akan di guide oleh pakcik dan makcik TEXIN dan dari dept ESH tu sendiri..Tahun lepas depa jemput upin dan ipin tapi tahun ni pulak..BOBOIBOY and the gang..sukalh depa tu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 25 May 2012

Aku seolah-olah..

Aku seolah-olah hilang kata-kata nak meluahkan apa yang tersirat dalam hati nie... Aku rasa geram sangat.. tapi apa kan daya.. kita tidak seharusnya mengeluh pada manusia... Mengeluhlah pada Allah pasti Allah mendengarnya...

Sunday, 20 May 2012

Umar kena demam campak

Patutlah Umar asyik gigit ibu jari kaki dia ..rupa-rupanya dia dah kena demam campak... huh.. doc minta dia quarantine selama seminggu...Tapi nasib baik company aku keje nie ada cuti ehsan untuk ibu yang anak dia mengidap demam campak selama 2 hari...

Segalanya telah berakhir

Alhamdulillah.. segalanya telah berakhir.Kes Umar Zuhdi dan di-sealkan oleh Hospital Ampang sebab dah takde e-coli lagi dalam air kencing dia... Hari rabu lepas aku bawa dia macam biasa ke HA untuk follow up result urine dia selepas 3 bulan tak minum antibiotik.. Jadi segalanya sudah berakhir..no HA visit and no antibiotic utk urine affection...

Sunday, 6 May 2012

Murah rezeki hambaMu ini...

Alhamdulillah..murah rezeki aku sejak kebelakangan ini..Hampir 4 bulan aku berjinak-jinak dalam perniagaan secara kecil-kecilan.. Memang kecik pun sebab aku hanya jual apam polkadot yang aku buat pelbagai corak dan kek coklat lembab.. Yang membuatkan biz kecik aku ni agak berjaya sebab aku adalah seorang technician yang mempunyai ramai kawan operator. Selalunya aku akan buat saja makanan tersebut dan dibawa ke office. Insya Allah,pasti ada yang akan masuk ke office aku setelah melihat kelibat ku. Ini adalah kerana mereka tahu sekiranya mereka lambat, mereka mungkin tak dapat apa yang aku bawa pada hari tu.. Insya Allah, setiap kali ianya akan habis.. Malah ada yang meminta aku menghantar tempahan diwaktu malam...wah ... Tak larat aku de.. Apa yang pasti,aku sedang cuba memikirkan produk seterusnya supaya cita-citaku untuk menjadi suririmah tercapai..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 3 May 2012

Emelda..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 30 April 2012

Kenapalah jadi begini

Sungguh lambat servis u-mobile kat eaon au2 ni...pick hours ni sepatutnya letaklah ramai skit orangnya..dah dekat setengah jam aku tunggu giliran aku..aku datang tadi no 2001 than no aku 2004..bilalah agaknya


Published with Blogger-droid v2.0.4

Mee udang mak jah kuala sepetang

Mee udang mak jah kuala sepetang memang dah cukup terkenal dan kini telah dibuka cawangannya berdekatan dengan rumah kami iaitu dekat wangsa maju. Terletak berdekatan dengan wangsa walk cuma parking kat sini yang agak payah skit. Kami park kat wangsa walk jln skit utk kesini. Kali aku g ngsn encik suami pasni,insya Allah bw anak-anak pula...jemput semua


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 27 April 2012

Sangat penat minggu ini

Minggu ini adalah minggu yang memenatkan..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 19 April 2012

Ragam anak-anak dipagi hari

Ramai orang kata bila kita tengok anak kita tu,macam tulah kita masa kecik-kecik dulu.. Pagi ni tadi Abdul Salam buat aku geram dengan dia..Tapi xpelah angah..ummi maafkan angah sebab ummi nak angah jadi anak yang soleh yang dapat mendoakan ummi..Hanya doa anak-anak yang soleh diterima Allah..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 12 April 2012

Polkadot dimana-mana

Hari ni aku ambil haf day leave sebab utamanya OT aku tak dibayar..Nak marah tak boleh sebab depa boss lalu aku pun drive sorang-sorang g pusat pos laju batu caves. Alhamdulillah dapat jugak aku mencari tempat tu atas usaha aku bertanya pada posmen masa lunch ngan suami aku td. Dan akhirnya aku mendapat kasut yang aku beli dari Hailadycutestuff kat dlm fb. Boleh tahan dan aku tak pernah jumpa lagi kasut ni kat luar. Aku suka... Aku bukan hamba jenama jadi aku belasah je guna apa yg aku rasa cantik dan sesuai utk aku.. Cantikan kasut baru aku..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 11 April 2012

Amaran tsunami

Ngeri aku baca banyak artikel mengenai tsunami yg mungkin akan berlaku malam ini akibat gegaran gempa bumi yg berskala 8.9..kuat tu bak kata suamiku..Ya Allah lindungilah hamba-hambaMu dari balaMu


Published with Blogger-droid v2.0.4

Hari ni cuti

Hari ni kerajaan bagi cuti sempena hari pertabalan agung tapi aku keliru sebab sebelum-sebelum ni ada tak cuti macam ni. Yealah 5 tahun sekali mana nak ingat. Anyway aku takde rancangan nak kemana-mana sebabnya suami aku keje..cari duit lebih katanya. Kos kehidupan kat KL ni tinggi. Apa nak buat kita yang buat pilihan nak tinggal kat mana atas ketentuan Illahi. Semalam sekali lagi suami aku mengeluh bilalah dia nak rasa seperti raja..hahaha. Ada hati nak jadi raja tapi betullah dan aku jawab sambil tersenyum "ha..apa lagi bentikan orang keje...". Dia kata benti buat kuih pun takpe dah...hehehe. Dia nak potong pulak minat aku.. Takpe..demi suamiku yang tersayang, aku hanya akan buat kuih bila ada tempahan je..that my promise. Tapi boleh ke? Sebabnya ku buat je kuih tu, Insya Allah habis sebab kawan-kawan mesti nak beli, kalau takde depa tanya... Takpelah bang.. Ayang cuba


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 10 April 2012

Kek Coklat Lembab - moist

Lamanya tak menjengah..huhuhu. agak sibuk..agak malas.. rehat pun tak cukup sebab oleh tempahan yang agak tak menentu... Tapi rezeki anak-anak milik Allah Taala. DIA berhak bagi kepada sesiapa yang dikehendakinya..
Kali nie aku nak melangsaikan hutang aku pada cousin aku.. lama dah aku nak bagi resepi kat dia tapi sebab kadar kemalasan aku yang maksimum.. ianya tertangguh dan tertangguh hinggalah hari nie...

Kek Coklat Lembab (Vesi kukus)
__________________________

Bahan-bahannya:-
****************
Bahan A
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu segar
1 cawan minyak masak
1 senduk susu pekat

Bahan B
1 1/4 tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bikarbonat soda

2 biji telur size A- dikeluarkan dari dalam peti

Topping:-
100gram coklat masak
50gram butter
1/2 cawan susu segar
- semua bahan ini dimasak dengan cara double boil

Cara-caranya:
---------------
1. Masak semua bahan A dengan api yang perlahan dan apabila semuanya sebati-ketepikan
2. Pukul telur dan campurkan dengan bahan A tadi dan pukul sehingga sebati
3. Masukkan bahan B yang telah diayak dan kacau sehingga sebati- elakkan dari campuran tadi berketul
4. Panaskan kukus dan kukus bancuhan tadi selama 40minit- 1jam lamanya
5. Ketepikan kek yang telah dimasak tadi sehingga sejuk
6. Tuang topping yang telah dimasak tadi ke atas kek tadi dan taburkan diatasnya coklat rice untuk hiasan...

Thursday, 29 March 2012

whatsApp..

WhatsApp Messenger: Android + iPhone + Nokia + BlackBerry + Windows Phone..

Rasanya ramai yg th wujudnya kemudahan berkomunikasi yg menjimatkn kita,tp kenapa masih ramai kawan-kawan takde lg application ni.. Apa lg..downloadlh


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 28 March 2012

Antara minat dan hobi

Aku rasa aku pernah pilih tajuk yang sama 1 ketika dulu tapi kali ni aku nak citer gak yang sebenarnya minat dengan hobi tu tak sama..Hobi aku adalah tidoq and aku punya banyak minat dan antaranya adalah membaca. Aku cuba minat membaca buku-buku ilmiah tapi aku tak berdaya..novel juga jadi pilihanku lebib-lebih lagi aku disogokkan oleh kawan-kawan aku..Sebenarnya aku jarang membeli,kawan sekerja aku yang mungkin punya banyak masa untuk membaca yang suka berkongsi novel dgn aku. Sekarang aku nak mula membaca novel cinta si ikan buntal dan si kambing liar..Ntah bila nak habis agaknya sebab khayal memenuhi tempahan


Published with Blogger-droid v2.0.4

Meriah dengan tempahan

Alhamdulillah..bertambah-tambah tempahan,larat tak larat je aku nak ambik. Penat kalau nak diikutkan tapi sebab xnak hampakan hati orang, aku turutkan juga..polkadot oh polkadot. Tapi ari ni aku dapat pengajaran baru, jangan biarkan tepung yang dibancuh terlalu lama terdedah,masuk angin dan apam tak naik cantik..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, 17 March 2012

Cuti sekolah March 2012

Tak kemana kami cuti sekolah nie, cuma balik kampung melawat orang tua kat Kuala Terengganu. Bila cuti sekolah jer yang kami berkelapangan nak balik sebab anak-anak sekolah. Perjalanan sehala jer dah makan 6 jam lamanya...Tapi kalau jenis macam kami yang bawa jenis bersantai..mahu cecah ke 9 jam macam tempoh hari. Mana taknya duduk kat kawasan rehat jer sejam lebih, dengan solatnya, makannya..main-mainnnya. Lagi pun balik kali ni kami tak ikut jalan Jeragau Jabur sebab ramai kawan-kawan kata jalan tak bagus...Ada yang siap patah sport rim lagi.. Malehlah, dah bh tayar nipis, nanti tak pasal-pasal kena gi Kapar beli sport rim baru..

Masa balik kampung ari tu, kami tak dapat sangat nak berjalan disebabkan oleh hujan yang lebat dan tak menentu... Walaubagaimanapun kami tetap bersyukur dengan hujan yang Allah kurniakan sebabnya kalau kat Kg Bukit Tunggal tu, bila musim panas..bahang dia lain macam..sakit kepala sokmo kalau balik ngganu...memang tak dinafikan... panasnya

Yang best kali ni kami balik..kereta kami parking di parking bertingkat ketika kami ada urusan di Tabung haji... Terpegun juga seketika.. Gambar nie aku pinjam dari blog orang lain...

Sunday, 4 March 2012

Asus...

Terima kasih wahai suamiku yang telah menghadiahkan aku sebuah netbook.. Selalunya aku berebut dengan anak-anakku untuk mengunakan laptop lama kami tu. Macam biasa kami akan beli apa jua jenis komputer pada kawan lamanya iaitu abg Acoi..Takdelah dpat murah dari luar cuma yang pastinya abg Acoi nie senang nak dibawa berunding, lagipun kawan dah lama jadinya mudahlah demand apa yang patut dan tak patut ..hehehe. Kiranya hadiah pun banyak dia bagi.

Friday, 24 February 2012

Kawen lagi dia ...

Aku ambik gambar nie kat dalam oh-bulan..
Yusry kawen lagi.. Aku suka sebab dia
kawen dengan Lisa.. macam best jer.
Hehehe...Tahu tak sebenarnya aku suka
dengan Yusry dah sekian lama sebab
suara dia sedap dan kalau tak keterlaluan
boleh tak aku kata suami aku masa dia
kurus, rupa dia ada meh Yusry ..hehehe.
keterlaluan betul aku nie tapi nilailah sendiri ...

Sunday, 19 February 2012

Meriah sungguh ...

Alhamdulillah.. pesanan apam polkadot aku meriah juga. Walaupun penatnya lebih sampai ramai orang menegur yang mata aku sudah cengkung, mungkin sebab selama ni kul 10 mlm dah tido tapi sekarang nie, kul 12 adalah paling awal aku tido than kul 5 dah bangun sebab nak packing pulak. Sehari aku tak buat, mereka bertanya.. Kawan2 datang keje dah lambat, than g solat subuh jadi tak sempat nak makan pagi. Keadaan itu menyebabkan rezeki aku bertambah... Alhamdulillah, semoga kukus besar yang aku beli semalam dapat membantu aku meringgankan skit lelahku dalam usaha menambahkan pendapatan aku sendiri... Amin

Wednesday, 15 February 2012

Alhamdulillah..segalanya okay

Alhamdulillah...semuanya dah okay, kembali normal. Tadi aku g bawa Umar Zuhdi follow up case dia tu, doktor kata kencing dia dah okay, buah pingang dia pun dah okay cuma bladder dia yang bahagian bawah tu jer tak berapa nak smooth..Takper doktor kata and this means that Umar tak perlu makan antibiotik lagi untuk bersihkan air kencing dia.. cuma doktor nak follow up smula 4 bulan lagi ... Alhamdulillah ..

Monday, 13 February 2012

Penat sebenarnya

Kalau nak diikutkan penat sebenarnya kalau aku layan minat aku nie tapi sebab aku bahagia tengok orang suka makan apa yang aku jual hasil dari air tangan aku sendiri, hilang rasa penat aku tu... Semalam aku maleh nak mengedot, aku pun cubalah kek coklat lembab yang tak berapa nak lembab.. Habis gak sebabnya aku buat 14 cup jer.. Alhamdulillah cuma depa kata x berapa nak cukup lembab dan coklat topping dia keras skit .. okay.. thanks kawan2 yang banyak memberi komen yang membangun itu ...

Sunday, 12 February 2012

Apam polkadot

Wah.. aku yang menyibukkan diri dalam bidang biz sekarang nie sehingga menyebabkan aku kurang meng-updatekan blog aku nie.. sian dia. So seperti yang aku katakan tempoh hari aku akan update resepi apam polkadot yang menjadi kegemaran kawan-kawan sekerja aku.. cewah.. macam bagus tp aku rasa betul sebab klu aku tak bawa sehari mereka merungut kenapa tak buat.. bukan apa sebenarnya aku rasa sebab cafe kat bawah tu dah kurang makanan menarik dan sedap..
So sapa- sapa yang terminat dengan resepi yang aku dah ubah-ubah sikit dari resepi asal, sila-silalah mencuba yer. Sebelum tu berbanyak terima kasih kepada semua blogger yang sudi berkongsi resepi kepada kami dan tak lokek dengan ilmu yang berfaedah kepada semua ...

Bahan-bahan untuk lebih kurang 100 biji apam, paper cup size # 7
-------------------------------------------------------------------
4 biji telur- keluar dari peti sejuk
450 gram tepung gandum
300 gram gula halus
5 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalete
200ml susu segar - dinyah sejukkan terlebih dahulu
esen vanilla
pewarna mengikut kegemaran

Cara-caranya:-
============
1. Pukul telur + ovalete + esen vanilla sehingga berbuih
2. Setelah berbuih masukkan gula dan pukul pada speed max selama
5-10 min sehingga menjadi warna puteh pucat
3. Perlahankan speed, masukkan tepungyg diayak bersama baking powder
berselang seli dengan susu sehingga 5 min
4. Setelah selesai, biarkan 30 minit
5. Panaskan kukus
6. Asingkan tepung dan warnakan sebelum dimasukkan ke dalam paper cup
3/4 dari ketinggian paper cup tersebut dengan mengunakan sudu
*susun paper cup dalam bekas kuih lompang*
7. Bancuh sedikit tepung dengan warna yang agak pekat untuk membuat
polkadotnya dan di masukkan kedalam plastik. Potong sedikit hujung
plastik tersebut supaya nak mengedot.
8. Susun bekas kuih lompang tersebut di dalam kukus dan kukus selama
8 min dalam keadaan api yang agak sederhana besarnya..

* Aku ada jugak buat corak ladybird tapi
aku tiru kat dalam 1 website tu, cuma
bila aku cari semula kat mana aku cari
aku tak jumpa*

Sunday, 5 February 2012

Kita minta pada Allah tapi ...

Alhamdulillah... Allah telah membuka 1 lagi pintu rezeki buatku. Aku sekarang nie tengah giat berbisnes secara kecil-kecilan .. apa lagi kalau bukan biz apam polkadot aku... kelakar tapi aku berani memulakan langkah pertamaku dengan menjual apam polkadot aku yang x gebu tapi lembut. Best aku rasa sebab dia lembut cuma pada awalnya dia x gebu, means dia tak naik macam orang lain buat.. macam-macam aku cuba tapi tak berjaya jugak sehinggalah pada 1 hari aku berjumpa petua yang amat berguna ... terima kasih kepada yang berkongsi rahsia ..nanti aku postkan gambar apam gebu aku sebab aku tak sempat nak ambik gambar utk apam aku yang comel tu sebab tak sempat. Tadi aku baru, start pukul 8 dan lebih kurang pukul 9:30 siap..patu aku bungkus 3 biji dalam bekas plastik dan terus aku hantar ke kilang tempat aku bekerja.. permintaan .. Walaupun untung tak banyak tapi aku pasti apa yang kita minta dari Allah, kita perlu usaha dulu baru Allah nak bagi ... dan ini cara Allah bagi kepada aku...

Monday, 30 January 2012

Aku tak paham dengan orang yang tak paham nie

Aku pinjam status kawan aku, chot sebabnya aku pun tak paham kenapa orang nie tak paham yang sebenarnya aku cuba menengur dia dan dalam masa yang sama aku cuba memberitahu orang lain tentang kesilapan yang berlaku disitu. Aku rasa dia tak professional dalam bekerjajaya.. Aku tak tahu salah aku kat mana yang pastinya aku terlupa yang aku juga perlu menghormati dia sebagai ornag yang lebih berusia dari aku... Tapi aku bekerja dan aku kena betulkan keadaan yang mungkin bukan dari dia cuma yang pastinya dia tak mampu mentafsir ayat aku itu sebagai ayat penyata.. huhuhu.. Biarlah dia ... dan maafkanlah dia

Monday, 23 January 2012

Kepenatan..

Memang kepenatan aku kali ini tahap max..mak ngan abah dah lama tak buat kenduri tapi semalam Haji Mustapha ngan isteri dia Hajjah Maimun buat 2 kenduri serentak dan yang pastinya aku menjadi antara orang penting (perasan) dalam menjayakan kenduri tahlil dan arwah serta kenduri cukur jambul Faeqa Nabila.. Pastu ari nie aku dengan rela hati tapi berbayar ke TI untuk melaksanakan tugas bagi menjana ekonomi negara...hehehe. ayat tak boleh tahan

Saturday, 14 January 2012

Antara hobi dan suka

Sapa yang friends kepada aku dalam facebook aku tu mesti tahu yang aku memang suka post apa yang aku masak ke wall aku. Aku memang suka memasak sebab aku suka tengok family aku makan. Tapi bukan hobi aku memasak sebab hobi aku membaca. lainkan...

Antara benda yang aku suka masak ialah kacang botak. Nak tahu caranya..

Bahan-bahannya:-
1 biji telur
Kacang tanah dalam 1kg
Beberapa ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
Sedkit gula
Sedikit cili boh
Tepung ikut sukatan 2 sukat tepung gandum, 1 sukat tepung beras
seperti contoh, tepung gandum 2 senduk, tepung beras 1 senduk dan gaulkan

Cara-caranya
1. Basuh kacang tanah dan keringkan
2. Bila kacang dah agak kering, gaulkan dengan garam
3. Kemudian gaulkan bawang putih yang telah ditumbuk tadi
4. Gaulkan dengan telur yang telah dipukul terlebih dahulu
5. Setelah itu, gaulkan dengan cili boh
6. Kemudian taburkan sedikit gula dan gaulkan...
7. Taburkan campuran tepung tadi dan goyang (macam tanpi padi) tapi
aku selalu malas, gaul je guna tangan










8. Panaskan minyak dan goreng dalam keadaan api yang sederhana panas
dan masak sehingga bunyi meletup-letup










9. Angkat dan sejukkan....










Senangkan..? Dan menjimatkan.. Kos dalam angaran rm8 jer dari kita beli sampai rm 20 sekilo..

Saturday, 7 January 2012

Manusia yang tak mengunakan Akalnya...

Nampak garang jer tajuk entry aku kali nie.. Sebenarnya aku nak citer pasal pengalaman seorang kakak nie yang aku dah kenal dari UTM lagi pastu kami pulak hantar anak ke taska yang sama. Tahun baru nie, budak-budak dah mula persekolahan mereka pada 5hb January dan kakak nie anak sulung dia baru masuk darjah 1. Dia mengunakan perkhidmatan van penghantar untuk mengambil dan menghantar anak dia ke taska untuk transit. Nak dijadikan cerita, hari ke-2 persekolahan, anak dia dah tersilap naik van. Mungkin sebab anak dia tengok kawan-kawan naik van, dia pun seronok naik van. Punyalah aku nie geram dengar cerita dari owner taska tempat anak kami transit tu, pemandu van tu bolehnya letak budak yang baru berusia 7thn tu kat tepi jalan depan medan selera kat Sapura tu.. huh.. marah betul aku sampai terkeluar perkataan bodoh takde otak. Memang ada otak tapi tak guna. Nasib ada orang perihatin hantar balai polis yang duk kat jer dengan tempat dia tinggalkan budak tu...eeeeeeeeee geram betul aku

Sunday, 1 January 2012

Rm500/-

"Apalah sangat lima ratus ringgit tu"... tu yang adik aku katakan masa aku kata dia a.k.a suami dia dapat bonus dari kerajaan tempoh hari. Bukan main lagi ayat dia sebab bagi aku yang belum dapat bantuan Rm100/- untuk seorang anak yang bersekolah tu pun besar bagi aku. Tapi entah bila dapatnya, sampai kehari ini aku masih tak dapat cerita tentang duit tersebut.
Memang sekarang nie dah macam takder nilai duit kita sebab barang dah mahal berbanding setahun lalu.. Semalam aku beli baju sekolah anak aku 2 pasang, kopiah 4 helai and sehelai baju kemeja untuk TKRS (TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH) dengan haraga rm147.60.. Bayangkanlah 3 helai baju, 2 helai seluar dan 4 helai kopiah hanga dia dekat rm150... kita nak dapatkan semua tu punyalah jenuh nak bekerja.
Pastu aku ke Giant untuk membeli barang dapur sebab dah dekat dengan kedai aku beli baju sekolah anak aku tu.. Huh..mahal barang-barang sekarang ini. Susu yang sama jenama harga dia beza lebih kurang 80sen dari carefour tempat selalu aku beli barang dapur aku... Camner ni. Patutlah adik aku kata macam tu ari tu..