Thursday, 30 December 2010

Dipenghujung tahun 2010

Esok adalah merupakan orientation day for Abdul Salam kat SRIAKL. Orientation day tu tetap diadakan walaupun PM dah declare cuti umum esok sempena pasukan bola sepak kita telah menjuarai piala AFF Suzuki yang telah mengalahkan pasukan Indonesia dengan argegat 4-2. Banyak betul benda yang diuruskan besok sebabnya esok juga antibiotik Umar perlu diambil dan buku sekolah mereka-mereka nie perlu dibeli... Jadi aku pun berpakatlah dengan ayah depa yang aku akan join orientation day Abdul Salam dan selebihnya dia yang kena urukan. Nasib baik aku terfikir nak call HA bertanyakan antibiotik Umar sebabnya setahu aku farmasi tutup masa cuti umum dan hujung minggu. Dapat cakap dengan farmasi bahagian kecemasa tadi rasa lega sebabnya dia suruh ambik kat counter dia orang pukul 9 esok. Harap-harap dia bancuhlah diap-siap.
Pas semuanya selesai nanti kami akan pergi ke Air Keroh, Melaka untuk bercuti .... Hu.. tak sabbar rasanya nak makan Yong Tau Fu Sup kat Pantai Kundur, roti john dia... ayam golek... ABC coklat... pergh ... Melaka tunggu ku datang. Sebenarnya tujuan kami kesana sebab ada majlis perkahwinan sepupu aku pada hari sabtu nanti..

Thursday, 23 December 2010

Apa nak jadi ntah

Aku pun tak tahu apa nak jadi dengan aku ... tiap-tiap hujung tahun aku pasti yang prestasi kerja aku merosot... Sekali lagi aku buat silap sampai menyusahkan boss aku... tapi yang pastinya takder apa-apa kerugian ...means takder yang kena scrap .... Tapi memang aku perasan, prestasi kerja ataupun kesihatan aku akan menurun hujung tahun ... apa nak jadi ntah ...

Wednesday, 22 December 2010

Padan muka ummi ...kata Harraz

Last friday, aku invite adik2 makan steamboat kat KL tapi bukan semua yang aku jemput sebab ada jugak yang kalu dijemput tak dapat nak datang, so aku tak ajaklah. Biarlah apa orang nak kata. Disebabkan dah lambat depa mai tang Seremban, kami pergi jer kat Kampong steamboat yang terletak kat Setiawangsa. Tak berapa menarik makanan kat sana tapi nak buat camner aku dah tersilap langkah, terpaksalah jugak kami makan kat sana. Sebenarnya aku lapar masa tu, terus jer aku ke kaunter untuk dapatkan tempat. Sepatutnya pegilah tengok makanan dia, ok ker x. Nak tarik balik dah segan, makan jerlah ...

"Padan muka ummi" ... kata Harraz sambil terenyum. Ha.. tergamang aku dibuatnya. Nampak kurang ajar tapi ada betulnya apa yang dia katakan tu. Dia terkeluar perkataan tu masa aku tengah celaru samaada nak bagi Fatin, anak buah aku a.k.a anak susuan aku yang mai dari Seremban tu nak tengok cerita kartun Barbie atau tidak. Sebabnya cerita seksi. Aku memang control penglihatan mata anak-anak aku. Eeeee... Dalam kecelaruan aku tu, nasib baik adik-adik aku faham yang aku kena dan harus tukar siaran .....

Monday, 13 December 2010

Sudah tiada jodoh antara kita

Sayangnya jodoh kita hanya sampai disini saja ....Suamiku dah jual WGC7531 ku ... huhuhu. Bukan aku jer yang sedih tapi anak-anak kami juga merasakan akan kehilangan kereta kami tu. Akhirnya kita berpisah jua ...

Saturday, 11 December 2010

D90

Alhamdulillah.... akhirnya aku berjaya memiliki DSLR aku yang pertama. Aku bukanlah terror sangat pun dalam bidang photography nie tapi minat aku pada seni photography tu yang menyebabkan aku teringin sangat memilikinya. Lama dah aku berhajat nak membelinya dan akhirnya hari rabu lepas suamiku melayan keinginanku.. Tu pun sebab aku akan dapat duit kutu hujung bulan nie. Memang tujuan aku main kutu ngan kawan-kawan sekerja ku memang untuk membeli DSLR sebijik ... hahaha Tapi D90 nie terlebih budget-lah pulak. Takper bak kata suamiku alang-alang membeli biar menang memakai. Nanti kalau dah tau trick nak upgrade-lah pulak. Tu yang kami decide beli D90 yang biasanya untuk Pro beginner user. Best sungguh rasanya memiliki apa yang kita idamkan. Sekarang nie, tiap-tiap malam aku mengadap manual dia untuk mengasah skill aku...cewah.

Aku yang makin malas sekarang nie

Nak kata aku dah gemuk tak jugak tapi aku tak tahulah kenapa penyakit malas makin menjadi-menjadi menyerang aku sejak dua menjak nie. Malas nak update blog tapi fb aku rajin buka sebab sepupu-sepupu aku dah makn banyak berkampung kat sana. Yang terbaru makngah aku yang dah pencen pun dah ada fb... aku malas nak kemas rumah ... malas lipat kain... dan yang paling dasyat malas nak berjaga ...hahaha. Secara total-nya semua nie adalah akibat yang aku nie suka tido ... Kenapa ek? Sebab aku penat kot keje ... mungkin tapi tak jugak... tido terlebih pun bleh jadi badan kita lemah. Tapi yang bestnya suami aku memang betul-betul faham dengan keadaan aku nie ... kadang-kadang bila hujung minggu aku tido petang dia siap marah anak-anak aku buat bising sebab ummi depa nak tido, siap suruh tido dalam bilik ... haha

Wednesday, 1 December 2010

Photochromic lens

Aku dah nak kena keje besok tapi pandanganku masih terhad pagi tadi. Pada asalnya aku masih under treatment tapi aku kena gunakan mataku ini untuk bekerja esok. Nak atau tidak, jam 10 pg tadi aku keluar jugak dengan memandu kereta ke Setiawangsa setelah meminta pandangan dari kawanku Akmaliza tentang kanta lekap atau cermin mata baru. Akma mencadangkan supaya aku buat kaca mata baru sebab bimbang mataku akan bertambah bermasalah sekiranya aku mengunakan kanta lekap. Aku pernah tanya pada doktor yang merawat mataku ari tu sama ada aku perlu menukar kaca mataku atau tidak tapi dia kata tak perlu sebab dia kata kekaburan itu hanya bersifat sementara. Dia kata ada sorang pesakit dia tu ambik masa sampai 3 minggu nak sembuh seperti sedia kala. Oh tidak ... aku perlukan sedikit cahaya.
Seperti yang aku katakan tadi aku ke kedai yang Akma cadangkan tapi sayangnya adik yang buat kaca mata tu tak datang lagi. Camnilah orang melayu...camner nak maju kalau macam nie. Aku tanya pada pembantu dia samaada dia bleh siapkan ari nie jugak tak kalau aku buat sekarang. Dia tak berani nak jamin boleh siap tak sebab tengok kalau lens tu ada mungkin bolehlah. Ehm... dia suruh aku datang semual pukul 11 pagi. Dalam sementara nak menunggu dia tu aku ke England Optical yang terletak di Keramat Permai depan Masjid Muaz bin Jab'ar. Alhamdulillah dia kata bleh siap petang nie. Than aku ditawarkan pakej rm288, bingkai termasuk lens. Blehlah sebabnya aku bukan obses dengan jenama. Hantam kromo jer asal mata aku terang dan bingkai tu tak berat. Aku minta Photochromic lens
, yang tu dia kata dia kena confirmkan dulu sama ada bleh siap ke tak petang nie. Bukannya apa, kami yang berkaca mata nie tak bleh guna sunglasses masa matahari terik ketika memandu. Jadinya bila aku guna lens tu, dia akan bertukar menjadi gelap bila kena matahari. Kalau nak guna sunglasses pun, kami kena guna kanta lekap than baru sesuai dengan situasi.
Jam 6 petang tadi, England optical telefon mengatakan kaca mataku sudah siap... Alhamdulillah, syukur pada Allah kerna telah memudahkan kerja buat Hambanya yang hina ini. Dan kini kaca mata baru ku ada pada suamiku sebab dia yang ambik petang tadi dan terus masuk keja malam.

Tuesday, 30 November 2010

Nie baru sikit ni

Chicken Mayo dah tukar kepada Chicken Moya ... aku pun tak pasti kenapa 2 kali aku baca, aku tetap sebut chicken moya. Tercengang pekerja kat dunkin donuts. Aku bukan baru sekali makan benda alah tu tapi aku pun rasa lain macam masa aku sebut tadi. Macam pelik jer bunyi dia tapi aku sebut gak ngan nada yakin. Rupanya mata aku masih bermasalah. Mata aku masih kabur walaupn dah 2 kali aku g buat treatment. Mata hitamku tercalar oleh kuman-kuman yang menghuni mataku sepanjang sakit mata ku... Tu baru sikit Allah tarik nikmatNYA. Namun begitu aku tetap bersyukur kerna penglihatanku makin baik setelah treatment yang kedua di hospital pantai Ampang.

Thursday, 25 November 2010

You Complete Me



Ehm... tengah layan you tube aku terjump lak ayat yang mana suami aku tujukan pada aku masa dia nak lamar aku 10thn yang lalu. So sweet .... takleh nak layan aku nie ...hehehe. Sebenarnya terlalu singkat perkenalan aku dan suamiku sehingga bawa kami bahagia hingga kesaat ini... Dalam 2 bulan kami berkenalan dia terus melamar aku menjadi isteri bukan kekasih. Aku sangkakan dia main-main sebab terlalu muda usia perkenalan kami dan dia tak kenal siapa aku. Tapi dia menunjukkan kesungguhannya dengan melamar aku sendiri pada keesokkan harinya. Terkejut aku bila aku duk dapur than abah datang tanya kat aku " Ko nak tak orang kat depan tu?" hehehe... aku bawa dia balik rumah sebab dia yang beriya-iya nak hantar duit kat familly aku, maklumlah ari tu aku baru dapat gaji.
Mula-mula aku ingat dia terdesak a.k.a desperate sebab masa tu umur dia dah 27thn tapi tak sebenarnya bila aku risik-risik sebab dia sebenarnya dah punya kekasih di negeri tanah kelahiran dia. Ehmmm... kan dah jodoh namanya ... selama mana pun kita bercinta tapi kalau bukan jodoh kita tak kemana .... Sehingga hari ini dia masih melayan aku seperti dahulu cuma yang pasti suamiku nie tak pandai menunjuk-nunjuk akan kasih sayangnya tapi aku tahu yang dia masih sayangkan aku seperti dulu. Aku terlalu bersyukur pada Allah akan kurnianNYA ini. Walaupun kadang-kadang ada benda yang membuatkan aku geram dengan dia tapi aku tepis dengan mengenangkan benda yang baik-baik berlaku antara kami ... Semoga kami berbahagia dunia dan akhirat...Amin

Layanz....

Wednesday, 24 November 2010

Percutian yang tak best

Raya Haji ari tu aku dan family balik kampung suami ku kat Terengganu. Sebenarnya xder cadangan nak balik kampung tapi disebabkan mass vacation yang diberikan pada kami jadi kami rancanglah sebaiknya percutian kami tu. Pada asalnya memang kami nak pergi bercuti ke Melaka, kononnya bak kata suami aku, negeri maju tapi alang2 raya kami puntukar plan. Tu yang balik Terengganu. But 2 days before raya aku sakit mata hasil jangkitan kuman dari anak-anakku. Ehm... melantak 5 hari aku cuti sampai Jumaat. Kalaulah aku kat KL dah tentu aku dapat mc, x payah aku ambik cuti tak bergaji masa mass vacation aku tu. Tapi Allah dah kata, rezeki aku takder masa tu, aku redha.
Tapi yang best tu masa kat sana kami sekeluarga tak kemana disebabkan aku yang sakit mata ngan suami aku yang angin-angin 0- bukan marah-marah tapi angin dalam badan dia. Melarat sampai sakit kepala bagai. Mana taknya makan tak menentu, jadual makan dah lari. Panas sungguh masa kami balik ari tu menyebabkan selera makan kami terbantut. sama ngan aku, Umar pun tak lalu nak makan. Harraz ngan Salam dia layan jer... bukan betul sangat depa tu, ngadapa PS2 sampai kenyang, takyah makan pun takper. Memang tak best balik Ngganu kali nie.
Kami terus balik Rantau pada Sabtu yang lalu. Masa balik ari tu kami lalu Jalan Jerangau Jabor. Ha lebih kurang 6 jam perjalanan termasuk 2 kali berhenti... Not bad tapi bila balik Rantau pulak kami jalan Pantai ...ehm... lamanya. pastu masuk lak jalan potong kat Karak untuk ke Kuala Pilah. sebenarnya kami tak pernah jalan sana tapi nak cuba gak. MABUK... huhuhu... aku dan Umar mabuk teruk sebab jalan dia macam ular kena patuk... Umar sampai terberak2 dia mabuk. habis car seat dia ... Tobat pas nie x nak lalu situ lagi ...

Wednesday, 17 November 2010

Nasi beriani

Jangan tak percaya aku nak cuba masak nasi beriani hari nie ... hahaha. Aku pun tak percaya sebabnya aku nie memang suka memasak dan suamiku adalah orang yang malang ataupun bertuah yang menjadi juri kepada masakan aku ... selamat mencuba

Salam Aidiladha

Salam aidiladha buat semua .... Tahun nie aku beraya di rumah mertuaku di Kuala Terengganu tapi tak sampai lagi rumah dia sebenarnya disebabkan anaknya iaitu suamiku terpaksa bekerja malam tadi. Jadi kalau mengikut perancangannya kami akan bertolak ke kampung halamannya selepas Zuhur nanti, Insya Allah. Doakan semuanya selamat

Tuesday, 16 November 2010

petua

Tadi masa aku masak rendang untuk raya sok aku jadi kaget sebab daging rendang aku liat. Cadangnya nak bawa balik kg Terengganu tapi kalau liat, apa kata mertua dan ipar-ipar ku nanti...
ehm, aku serve dalam internet pasal petua camner nak lembutkan daging. Rata-rata yang aku jumpa dia suh letak daun nangka tak pun dia suh letak betik muda. Mana nak cekau ... tup-tup aku jumpa dia suh letak panadol ... ha ambik ko.. memang menjadi petua tu. Aku letak sebijik jer. Pastu aku citer ngan suami aku. Dia kata kat kg dia memang orang buat camtu nak lembutkan daging ayam kampung. Sebelum sembelih depa kasi makan panadol yang ditumbuk .... maklak ai sampai camtu sekali ...

Sakit mata lagi

Dah 2 ari aku mc disebabkan sakit mata sejak dari malam sabtu lagi. Nie mesti kesan jangkitan dari Harraz. Aku ingatkan dah selesai dah tapi tidak. Rupa-rupanya virusnya masih berbaki di rumah ini. Harap-harap akulah yang terakhir sebabnya suami aku belum kena lagi. Dua-dua mata aku sakit ... sekali 1 shot Allah bagi... Alhamdulillah kerana dia sayang padaku. Dia bagi aku sakit disaat dan waktu yang agak sesuai sebabnya aku bleh buat preparation for Raya Haji. Aku balik rumah mertuaku tahun nie tapi aku balik lepas Zuhur esok, Insya Allah sebabnya suami aku terpaksa bekerja malam nie. Dia nak cover semula duit dia yang dah digunakan untuk beli hand phone baru dia. Dia beli smart phone untuk serve masa keje malam. Dia dah start semula main Forex. Masa dia keje day dulu, rajin gak dia main... adalah untung skit2 katanya. Biarlah dia asal dia bahagia dan tidak mengkhinatiku ...

Sunday, 7 November 2010

Semuanya sudah berakhir

Alhamdulillah kerana semuanya sudah berakhir dengan baiknya. Abdul Salam dan Umar Zuhdi telah semuh dari sakit mata mereka. Mujur sakit Umar tak lama, selamat cuti aku. Maklumlah anak sakit mata nie jangan dihantar ke taska..berjangkit nanti. Umar dapat sakit mata pun dari taska.
Aku nie memang tak reti duk diam bila cuti. Aku buat kek butter petang tadi. Tak ambil masa yang lama pun, tak sampai 1 jam kek aku selamat dimasak dan di sumbat ke dalam mulut kami sekeluarga. Masa pukul butter ngan gula tadi aku cakap ngan suami aku yang alangkah indahnya kalau ada mixer... Cam biasa dia akan sentiasa menyokong aku... "Apa lagi Yang, kita beli ...". Tu yang aku suka ngan suami aku nie... Sayang abang ...
Raya Aidiladha dah tak berapa lama lagi nie tapi 1 kuih pun aku tak siap lagi. Bila ntah aku nak mulakan. Tepung ngan butter ada dah kat dapur tu cuma coklat chip aku dah habis anak-anak aku bedal. Nak kuar g beli malas tapi aku ada cakap ngan suami aku, harap dia belikanlah nanti masa cuti rehat dia. Harap-haraplah....Tahun nie kau tekad nak buat kepek popia berlada tu. Lama dah aku belajar dari jiran aku tapi tak pernah cuba sebab biasanya kulit popia yang aku beli, aku buat simpul serunding. Harap kali nie jadilah tapi yang pastinya corn flake madu kompem aku akan buat, Insya Allah ...

Saturday, 6 November 2010

Hujung minggu yang panjang

Takderlah panjang sangat hujung minggu nie sebenarnya tapi disebabkan mass vacation yang TI declare sehari sebelum depavali jadi 4 harilah cuti kami sekeluarga. Line QFN jalan 50%, jadi aku datang jugaklah half dah hari khamis tu. Aku terpaksa balik awal sebab Umar pulak sakit mata. ehm... nak buat camner, kalau anak dah hantar ke taska tu, pandailah nak tanggung risiko tapi yang rasa tak bagus tu, mak budak-budak yang tak reti bahasa nie. Mata anak dah bengkak teruk pun masih lagi hantar ke taska. Aku pun tak paham....
Cakap pasal cuti depavali, tahu tak sebenarnya kita haram mengucapkan selamat hari depavali atau pun mana-mana perayaan yang berkaitan dengan agama lain? Ari aku ada cakap ngan kawan-kawan kat TI tapi depa kata alah diaorang wish tu saja-saja jer. Tak boleh sebab kita seolah-olah meredhai ada agama lain selain dari Islam sedangkan Allah dah kata Islam itu agama yang diredhaiNYA. Beringatlah ...

Wednesday, 3 November 2010

Musim sakit mata

Abdul Salm dah 2 minggu sakit mata. Doc kata dia more to allergic bukan sakit mata yn berjangkit tu. Pagi tadi Umar Zuhdi pulak menunjukkan symptom yang tidak menyenangkan. Sampai kat taska, mommy dah start bersyarah pasal anak2 sakit mata... hahaha... aku buat dek jer. Sebabnya ummi taska kata, takper hantar jer sebab depa tu semua sakit mata pun asal dia dari taska. Nak taknak depa kena jaga juga. Petang tadi masa ambik Umar dia sound kata Umar sakit mata... yerker aku cakap... ceh tak alert punya ummi. Anak dah bengkak mata bawah pun bleh tanya lagi. Sampai jer rumah cepat-cepat aku letak ubat sakit mata Abdul Salam. La nie aku tengok dah okay dah. Baru nak mula jer tu... Abdul Salam tak tahu lagi apa nasibnya.

Saturday, 30 October 2010

Peristiwa menarik bulan October 2010

Banyak sebenarnya peristiwa menarik yang berlaku bulan October nie... Cuma aku tak berkesempatan nak meng-update blog aku nie...

Berkelah di Tanjung Biru bersama keluarga
Ha... sapa pernah dengar tanjung biru? Aku pun baru dengar sebab selama nie nama dia Blue Lagoon. Aku rasa dia tukar nama sebab nak memertabatkan bahasa melayu sebagai bahasa pengantaraan. Sebenarnya tiada rancangan nak ke sana cuma mengenangkan abah yang ajak, kami adik-beradik turutkan jua permintaannya. Bukan apa... yang sebenarnya abah nie bukan kaki jalan, jadi bila dia ajak g jalan tu, kami ikut jer. Takut beb... takut menyesal tak sudah lak nanti. Tapi pada hari yang sama sepatutnya suamiku ada dinner sempena 15thn dia berkhidmat kat Texas Instruments tapi sayangnya disebabkan kesesakkan lalu lintas, kami lambat sampai ke KL. Takper katanya ... hadiah tu ambik kat TI jer. Alhamdulillah aku dapat suami yang memahami.

Majlis Ihtifal Abdul Salam di Masjid Wilayah
Keesokkan harinya pula, kami sekeluarga ke Masjid Wilayah sebab majlis Ihtifal sekolah-sekolah Tadika Amal memang tiap-tiap tahun buat kat situ. Kali nie Abdul Salam masuk hafazan ngan Nasyid. Comelnya dia kat atas pentas ngan jubah putih Harraz sambil membaca surah-surah pendek bersama 4 orang lagi kawan2nya. Majlis Ihtifal kali nie aku rasa meriah sungguh sebab anak-anak tadika amal tidak kekok berada diatas pentas. Masa persembahan nasyid, Abdul Salam pakailah keronsang besar kat songkok dia. Habis jer persembahan, ummi dia apa lagi suruh dia pulangkan kerongsang tu pada teacher dia, nak tahu apa teacher dia cakap? " ambiklah kerongsang tu kak... tapi akak kena bayarlah rm8/- untuk set tu. Akak tak dapat surat ke?". La pulak... nak taknak kena jugaklah aku sebagai ummi dia terima kerongsang yang besar gedabak tu.

Hari peperiksaan Harraz Furqan
Ummi yang kecut perut bila anak dia nak ambik peksa. Memang ibu-ibu di dunia ni macam tu kot. Aku kecut perut sebab kawan-kawan dia hebat-hebat belaka. Sungguh ayah ngan Ummi dia ajar. Kami juga turut berdoa agar Allah melapangkan dadanya, memudahkan dia dalam menjawap soalan peksa dia dan memudahkan keja buat dia. Selebihnya... dia yang perlu berusaha. Tapi jumaat ari tu dia kata math dia dapat 75 markah ... jadilah Raz. Dia sibuk nak ada FB sebabnya kawan-kawan dia dah ada account FB masing-masing. Aku bagi syarat kat dia, kalau Harraz dapat at least 5A, ummi buatkan abang FB... okay katanya. Yang bagusnya anak-anak aku ni bila aku letakkan syarat untuk dapatkan sesuatu tapi bila diorang tak mampu nak penuhi syarat tu, diaorang diam sendiri. Tak ungkit pun. Contoh dia masa Harraz darjah 1, aku kata yang ummi akan belikan PSP kalau Abdul Salam bersunat (masa tu dia baru 5thn) dan kalau abang dapat lebih A dari exam yang lepas. Sayangnya Abdul Salam dah selamat bersunat tapi Harraz tak mampu mendapat lebih A, jadi takderlah PSP mereka. Diaorang okay jer ...

My B'day on 28 Oct
Yang best sekali aku dapat sebentuk cincin belah rotan (jadilah dari x dapat) ngan handbag dari suamiku... dan yang paling best, kali nie dia ingat my b'day...Ada perubahan ...

Sunday, 24 October 2010

Hujung minggu yang memenatkan

Hujung minggu yang menyeronokkan sbb aku dapat melepaskan dendamku untuk memasak dengan santainya.... aku memang suka memasak. semalam pagi2 lagi aku dah buat puding roti. ingatkan nak makan sampai ari nie, xder maknanya. kejap jer habis. tengahhari dia lak aku mask nasi minyak..pergh... sedap aku masak kali nie sbb aku letak susu sejat lebih skit dari biasa dan acar dia aku masak bukan acar mentah... ari nie balik dari keje aku masak udang masak lemak cili api... puas hati sbb aku dapat bagi family aku air tangan aku.... tapi yang nyatanya aku penat hujung minggu nie... kain yang seminggu tak lipat, habis dah aku lipat malam td. ALhamdulillah...

Saturday, 23 October 2010

Dalam kesibukan ku...

Dalam kesibukkan ku seharian bekerja sama ada di tempat keje mahupun di rumah, kadang kala aku terasa ingin bersendirian membuat aktivitiku sendiri... Aku jua perlu ruang masa untuk aku sendiri melakukan aktiviti yang aku gemari seperi contohnya memasak, menjahit, membaca dan apa lagi berceloteh... dalam blog jerlah. Tapi aku perasan yang aku tak punya masa untuk itu. kalaupun aku ada ruang masa, aku gunakannya utuk melepaskan lelah ku ... apa lagi tidolah...
Pernah jua aku ditinggalkan oleh suami dan 2 orang anak ku 2 hari semalam... bosan rasanya tanpa hiruk pikuk mereka terutamanya Abdul Salam yang petah bercakap. Pernah jugak aku hantar mereka balik kampung mak kat Rantau, masa depa bersunat... perh... sunyi rumah sbb masa tu Umar dalam perut lagi...
Jadi... bila aku fikir2kan biarlah Allah yang tetapkan ruang masa aku... kalau aku usaha camner pun tapi kalau Allah x izinkan.. tak guna juga.... Macam contohnya... dah banyak kali suamiku ajak berbulan madu sekali lagi tapi masa masih mencemburui kami .... x kemana juga kami....

Wednesday, 13 October 2010

BUkan ku tak sudi


Bukan ku x sudi untuk menjadi blogger yang setia tapi masa terlalu mencemburui ku kerna ku x punya masa untuk membloggerkan diri ini ...

Sunday, 26 September 2010

Lama dah x shopping online

Hahaha ... lama dah aku tak shopping online. Aku memang suka shopping online tapi sejak umar dah membesar nie jarang skali aku dapat laksanakan hobi aku tu. Tapi pagi nie tadi aku teruja betul nak membeli belah lebih-lebih lagi novel2 terpakai... walaupu sebelum nie aku tak pernah beli novel2 terpakai... sebelum aku menghabiskan duit aku, baik aku stop... takut...novel adik aku yang aku pinjam pun x habis baca lagi... tunggu...CINTA SANG PARI-PARI

Syukur semuanya sudah berakhir

Alhamdulillah.... akhirnya penantian kami berakhir rabu ari tu. Kami dah dapat semula sang biru kami setelah hampir sebulan menunggunya. Kami kena penalty rm400 diatas kecuaian Bob-salesman Naza yang tak tahu mana peginya nama suamiku as a 2nd driver kat dalam insurance. Disebabkan rasa berslaahnya pada kami, dia nak bayar separuh dari jumlah bayaran penalty tu. Pasni kena beringat sebabnya yang selalu driver, abg amri bukannya aku. So far bengkel tu buat okay, cuma ada nampak gap skit antara lampu depan ngan bumper tepi tu skit dan so far depa kata depa guna barang original toyota punya sebab depa kata localnya barang xder. Okaylah tu... harapnya mereka berkata benarlah. Cuma kami kena hantar semula kete ke bengkel sebab lamu dia tinggi sangat. Insya Allah bila ada masa nanti pasti suamiku g hantar sebab dia memang tak suka akan kecacatan pada kete dia. Klu kete aku, nampak gayanya macam akulah nak kene g antar bengkel sendiri. Contohnya macam kete aku yang rabak masa aku terseret bawah lori dulu tu. Masa tu aku tengah mengandungkan Umar, ha until today Umar dah masuk 1 tahun 2 bulan, rabak tu masih disitu. dah siap berkarat lagi. Biarlah ... kete aku, kete dia jugak.

Saturday, 18 September 2010

Mohd Arif Danial lemas

Tadi baru dapat berita yang anak along aku yang sorang tu lemas setelah bot yang dinaikinya bersama-sama datuk, ummi dan seorng sepupunya terbalik di Rompin. Keluarga mereka pergi memancing dan ketika membuat U-turn, bot yang dinaikinya terbalik. Along kata tadi nasib baik ummi dia sempat sambut dia. Namun begitu dia lemas dan x sedarkan diri. Dia dibawa ke Hospital Muazam dan telah sedar. Setelah sedar dia dibawa ke Hospital Kuantan untuk pemeriksaan lanjut. Ummi doakan Danial selamat yer....

Friday, 17 September 2010

FOR THE REST OF MY LIFE maher zain

Dunia masa kini

Ngeri bila dilihat dunia masa kini. Kes yang paling terbaru Datik Sosilawati dengan 4 orang lagi dibunuh dengan kejam. Ngeri sungguh aku mengenangkan yang diaorang semua tu dibunuh dengan tusukan besi cangkuk di leher masing-masing dan ditikam berkali-kali diperut berkali-kali sehingga mati. Tu yang aku dengar dalam buletin utama tadi. Cumalah kita bayangkan kalaulah mangsa tu salah seorang ahli keluarga kita.... Tak dapat nak dibayangkan betapa seksanya azab sakitnya mereka tu. Memang kejam... dahlah dibunuh pastu mayat-mayat mereka dibakar pulak tu.... Semoga pihak berwajip dapat menyegerakan tindakan yang patut diambil kepada mereka yang sepatutnya....

Thursday, 16 September 2010

Umar dan e-coli

Sebelum raya ari tu Umar ada appointment dengan doctor kat HA cam biasalah sebab nak follow up kencing kotornya tu. e-coli still there... ALLAH dah kata... aku selalu cakap ngan anak-anak aku untuk meyakinkan dia pada ALLAH kerana setiap apa yang terjadi itu adalah ketentuannya dan aku yankin dan pasi ada hikmah disebalik sesuatu kejadian itu. Urine dia ari tu kami tangkap sendiri than hantar kat kaunter. Doctor takut yang e-coli tu mungkin bukan dari kencing dia, so depa duk pakat tangkap sendiri urine dia kat spital. Doctor risau e-coli tu akan naik ke buah pinggang dan merosakkan sistem buah pinggangnya. Masa lawatan sebelum nie clear, walaupuun urine t kami yang tangkap sendiri... antibiotic tak penah miss rasanya..ari-ari makan. Doctor kata kemungkinan besar antibiotic dia tu dah resistant dengan e-coli. Mungkin nak kena tukar antibiotic lak, kena makan yang previousnya, 3 kali sehari..trimethoprim yang dia makan nie sekali jer sehari..makan malam...

Trimethoprim

Trimethoprim (INN) (pronounced /traɪˈmɛθəprɪm/) is a bacteriostatic antibiotic mainly used in the prophylaxis and treatment of urinary tract infections. It belongs to the class of chemotherapeutic agents known as dihydrofolate reductase inhibitors.

Wednesday, 15 September 2010

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua. Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya sekali lagi kita dapat menyambut Aidilfitri setelah sebulan kita berpuasa walaupun aku tak penuh berpuasa sebulan...maklumlah kaum pompuan nie Allah sayang lebih skit. Tu sbb dapat cuti... bak kata ustazah yang bagi Tazkirah kat surau ari tu. Tahun nie sekali lagi aku berhari raya di kampung aku di Rantau sebab kete kami masih belum keluar dari bengkel. Hari nie telefon pihak insurance bertanyakan tentang kete kami, officer yang in charge kes kami tu bercuti raya lak. Tak bagus betul puak-puak tu, terlalu bergantung harap pada seorang bila bekerja... dahlah patutnya ari nie angah bleh keje tapi angah x g sebab takut kete bleh kuar. tengah-tengah keje kang suami ku suruh balik pulak ambik kete... malehlah. Jadi x bekerjalah angah ari nie...
Cakap pasal x bekerja, means cuti...lama gak aku cuti raya tahun nie. Mula dari ari Khamis sebelum raya sampailah 20hb ni, jadi totalnya 11 ari aku bercuti. Bukan aku yang minta tapi aku terpaksa sebabnya taska anak-anak aku tu bercuti seminggu selepas raya. Biasalah Ummi nak bercuti gak. Raya jer mereka dapat bercuti lama. Dan patutnya aku bergilir-gilir cuti ngan suami aku untuk menjaga anak tapi ntah macammana ntah suami aku nak keje lak. Biasalah dia kan pekerja contoh... apa bo$$ kata dia ikut. cuti aku jugak jadi mangsa... lantaklah sebabnya aku pun dah malas-malas nak kerja sekarang nie. Tapi bila waktu aku bekerja, aku keje sungguh-sungguh sebab aku dah tanamkan dan sematkan dalam hati aku nie bahawasanya pekerjaan aku itu adalah ibadah. Aku nak bagi anak-anak aku rezeki yang berkat untuk bekalan dunia dan akhirat. Susah sebenarnya kita nak cuba amalkan semua tu, banyak jugak tentangan dia lebih-lebih lagi dari suamiku yang selalu nampak aku letih bila pulang dari bekerja. Dia kata aku nie terlalu mengikut apa yang diminta sdangkan aku aku selalu kata aku buat keje sebab aku dibayar unuk keje itu... Aku sentiasa mendoakan supaya ALLAH melembutkan hati suamiku menerima kerjayaku seadanya.... Aku TECHNICIAN bukan cikgu ....

Wednesday, 25 August 2010

Kemalangan telah menimpa suami ku yang tercinta di dalam perjalan pulang dia dari menghantar ku ke tempat keje... Sian dia... ngantuk balik dari keje malam, terlelap sesaat dua rasanya.... Syukur Alhamdulillah dia xder mengalami apa-apa kecederaan......
Dia blur... kenapa kete x jalan... dan dia pun x perasan yang dia kemalangan... tahap gaban dah tu ngantuk dia....

Saturday, 21 August 2010

Mencabar sungguh puasa tahun ini

Mencabar betul puasa tahun nie sebabnya aku pun tak tahu. Aku rasa penat sangat tahun nie. Alhamdulillah... tak penah sekali pun aku balik keje tak masak walaupun hanya masak nasi goreng sebab senang masa sahur nanti aku tambah @ masak skit-skit jer. Ari nie aku kena gastrik yang amat sangat, start dari sahur lagi. Aku ambik langkah berjaga-jaga dengan memakan terus ubat gastrik sebab semangat nak berpuasa aku memang tinggi. Sebenarnya Abdul Salam demam semalam sampai aku tak larat nak makan nasi pas balik dari klinik. Aku hanya berbuka dengan kuih sagu ngan sikit roti john. Tapi yang pastunya aku sempat lagi buat A & W float... memang x lepas....
Masa aku sakit sakit sangat-sangat tadi, aku betul-betul bertekat tak nak buka puasa. Aku hanya mengadu padaNYA... aku mintak supaya sakit ku itu dibawa pergi kerna aku ingin menunaikan kewajipan ku sebagai hambaNYA... Alhamdulillah...aku masih bertahan sehingga sekarang dan aku dah siap masak lauk IKAN JENAHAK KUKUS ASAM LIMAU... x sabar nak berbuka ...

Tuesday, 3 August 2010

Perginya takkan kembali

Sorang sahabat kami yang sudah 4 tahun menderita sakit ketumbuhan di otaknya meninggal dunia pagi tadi. Aku pun terkejut bila dapat tahu berita kematian dia lambat dan kawan-kawan aku pun ingat aku dah balik melawat dia. Sememangnya kawan-kawan tahu yang suami aku agak rapat dengan family arwah Brahim. Baru-baru aku dan rakan berjaya membuat kutipan derma dalam 1k++ bila dengar dia masuk hospital dan aku pergi menyerahkan wang kutipan yang kami buat selama sehari semalam tu. Sedih sangat aku tengok keadaan dia masa tu. Aku tabik dengan isteri dia yang cukup tabah. Anak-anak dia... semoga dia dicucuri rahmat dariNYA. Gambar nie masa mata dia dah okay skit. Aku tak tegamak nak letak gambar dia masa dia sakit.

Monday, 2 August 2010

Tak habis ganti lagi

Insya Allah tak lama lagi nak puasa tapi yang x bestnya tu lagi 2 ari lagi puasa aku x berganti. Tulah masalahnya orang pompuan nie... lebih-lebih lagi pompuan cam aku nie yang hormonnya tak berapa stabil. Nasib baik gak kuar 3 orang anak sebab ramai yang kata klu ada masalah period macam aku nie, susah nak dpat anak. Ehm...aku harap sempatlah aku ganti 2 ari puasa aku yang masih berbaki tu.
Dalam menanti hari2 mendatang nie, aku sibuk nak cari resepi biskut raya yang boleh aku cuba. Yang pastinya tart nenas adalah kuih wajip yang aku buat setiap tahun. Dan aku dah dapat rahsia kuih sedap selepas aku guna butter anchor tahun lepas. Memang butter tu mahal skit tapi confirm biskut raya kita akan rasa sedap. Cubalah...

Sunday, 1 August 2010

Semoga Abdul Salam berjaya

Bleh tak klu start from this entry angah nak guna aku untuk mengantikan diri angah? blehlah yer sebabnya aku lebih bersahaja. before this aku selalu guna angah sebab Harraz rajin membaca setiap kali angah cuma menaip. Dia suka membaca...

Semalam Abdul Salam ujian diagnostic untuk memasuki Sekolah Rendah Agama Al-Amin. Pagi2 lagi dah pegi sebab bagi calon yang dah ada abang atau kakak yang bersekolah disitu, sessi ujian dia pagi manakaala yang baru nak cuba-cuba masuk sekolah tu, sessi ujian dia kul 10:30. Kali nie takder interview untuk parents.. Alhamdulillah...dulu cuak jugak masa Harraz punya turn. Ingat tanya apa, cuba dia nak tengok kesungguhan kita nak hantar anak ke sekolah tu. Walaupun swasta, dia ambik budak-budak yang betul-betul layak jer masuk sekolah tu.

Cakap pasal betul-betul layak jer, risau lak aku ngan ABdul Salam nie. Sebabnya sejam jer dia dah siap jawap. Risau dia tak bleh jawap soalan tapi bila ditanya..macam confident jer dia bleh jawap. Interview kacang jer katanya, cikgu suh baca than tanya soalah EQ skit. Entahlah Ngah..Ummi harap kamu diterima masuk kesekolah tu...Amin

Wednesday, 28 July 2010

Kadang-kala

Kadang-kala kita perlukan masa bersendirian lebih-lebih lagi kita yang bergelar ummi @ ibu yang bekerjaya. Hari nie angah dapat mc dari Doc Munirah sebab sakit sangat kepala nie dari semalam. Ya..dari semalam. Angah sebenarnya ada masalah dengan period angah pastu angah pun decide untuk makan pil hormon untuk menetapkan cycle angah. Bukan sebab apa sebenarnya, period angah terlalu lama sampai 14 hari than dalam 2 bulan tu bleh dikatakan 3 kali dia datang. Sejak angah pas bersalin ari tu masalah nie dan bila angah g jumpa doc, doc kata normal. mungkin sebab angah punya cycle pendek. Ehm...disebabkan nak puasa nie, than Umar pun dah setahun..mungkin inilah masanya angah ambil pil hormon untuk menetapkan apa yang tidak tetap selama nie. Actually sebelum angah mengandungkan Umar, memang angah makan pil yang sama dan tujuannya sama, untuk menetapkan cycle angah. Alhamdulillah, hampir 4 tahun angah makan, period angah jadi teratur.
Kali nie angah makan, sebenarnya baru 1 pek, dia x jadi pulak. Ntah angah lupa lak masa dulu dia macam nie gak ker atau dia terus betulkan period angah. Than angah jadi sakit kepala, nak muntah than kurang selera makan. Memang apa yang angah tahu yang PIL YASMIN ni memang membantu kita dalam menjaga kulit dan bentuk badan kita. Tapi sayang jugak bila tengok makanan yang kita beli tak habis dimakan... Tekanan satu hal..angah rasa tertekan kali nie. Bukan sebab apa sebenarnya, period angah still follow the previous cycle. Pastu tak tahan betul ngan sakit kepala nie. Than kononnya angah decide untuk stop makan pil hormon tu.
Tapi pagi tadi masa jumpa doc Munirah, dia suruh angah makan semula pil tu sebab angah dah kacau hormon angah before this. Klu betul angah nak benti makan pil tu, tunggu 3-4 pek. Dia kata, biasalah period tu..bukannya terus okay cyclenya...Dahlah katanya dalam pasaran Pil Yasmin tu punya dos hormon paling sikit sekali...tu yang lambat tu...

Sunday, 25 July 2010

Umar Zuhdi setahun Masihi

Alhamdulillah...genap setahun usia Umar Zuhdi ari nie. Ari nie juga majlis sukan sekolah angah dia yang diadakan di UIA Gombak. Angah bawa sepanduk rumah kali nie. Meriah cam biasalah majlis sukan tahunan sekolah-sekolah Tadika Amal sekitar Kuala Lumpur. Macam-macam ragam yang boleh kita lihat..ragam anak-anak kecil dan tak kira juga ragam mak ngan ayah kanak-kanak tersebut.
Sebenarnya kami dah terlambat tadi sebab rasanya surat jemputan tu kata kul 9:00 pagi dah kena ada kat padang. Betullah rasanya tapi angah terlupa lak yang kami kena pegi awal disebabkan oleh Abdul Salam kena jadi pemegang sepanduk. Kami sempat lagi besarapan pagi kat kedai Subri...macam tak rasa bersalah jer klu lambat..hehehe..kami memang macam tu..sempoi. Sampai kat padang, teacher Zu and teacher Nora dah marah dan geram ngan Abdul Salam..bersahaja jer dia kena marah, ummi dia pun senggih jer dengar anak kena marah. Biasalah tu..cikgu ngan anak murid dia.



Setelah selesai acara perarakan tengah padang tadi, Abdul Salam punya acara adalah acara yang pertama, lari berganti-ganti. Biasalah budak tadika punya jarak, tak sampai 20meter pastu pass baton pun depan2. Kelakar betul sekolah dia..ada jer yang tak kena sebabnya yang dia dah dapatkan tempat pertama masa berlari tadi pastu kena pulak kawan dia yang 2nd last tu..... terjatulah pulak baton dia pastu selamba jer dia lari...nasib tak jauh sebab teacher dia jerit kot... hehehe. Budak2 kelakar pulak tengok diaorang. Ada acara lari zig zag..depa g lari lurus.... macam-macam.

Lapar...tulah yang kami tahu pas hampir 3 jam ada kat tengah padang...Balik dari sana kami pun apa lagi g makan kat medan selera Sapura.. pekena ketam masak lemak cili api. Umar Zuhdi pun makan bleh tahan jugak. Laparlah tu sebab sarapan tadi makan roti arab jer. Than habis makan kami g-lah kedai kek kat Keramat Permai... Saja-saja nak makan kek kononnya.. kami pun belilah kek kecik untuk Umar Zuhdi yang tak tahu apa-apa tu.

Saturday, 10 July 2010

Umar tengah galak meniti

Umar tengah galak meniti sekarang nie. Pantang terleka dah kemana-mana jer dia meniti. Takut terlentang jer sebab dia budak yang tak tahu apa lagi. Lepas tangan suka-suka hati jer. Dah nak berjalan dah tu agaknya tapi bila dilepaskan dia takut-takut nak berjalan...hehehe. Lambat skit dia berjalan sebab Harraz dulu dalam 10 bulan dah jalan same with Abdul Salam. Ehmmm bilalh dia bleh jalan agaknya sebab lengan angah nie dah lenguh rasanya dukung dia. Walaupun sekejap dari kete ke atas rumah than dari kete ke taska tapi terasa lenguhnya.

Sunday, 4 July 2010

Masa tidak mengizinkan

Memang masa mencemburui kita...hahaha konon. Sebenarnya memang masa tidak mengizinkan angah untuk terus menulis di dalam blog angah ni. Umar makin besar makin lasak. Biasalah tu..dah 3 anak dah pun, lelaki belaka lak tu. Membaca pun angah dah kurang la nie atas alasan yang sama gak. Ehm...banyak citer2 yang terlepas nak angah kongsikan bersama. Tapi yang tak boleh tahan tu masa juga tidak mengizinkan angah untuk menjaga badan angah...hehehe. Ramai dah tegur angah makin berisi sekarang nie. Betul ke? Akma yang dah bertahun-tahun tak jumpa pun kata angah dah lebar skit, ha!! memang boleh dipercayai. Tapi berat angah baru jer naik 2kg dari berat badan normal angah. Timbang tu rosak kot. Biarlah abang kata. Kurus sangat pun tak cantik katanya. Betul ker bang?

Tuesday, 22 June 2010

Dunia baru

Semalam angah hantar adik angah yang bongsu dapat melanjutkan pelajaran ke Politeknik Shah Alam dalam bidang Mechanical, Diploma terus. Bawa mak ngan abah serta dikta sekeluarga ke Shah Alam tanpa suami tersayang. huhuhu...mula-mula terasa gak kenpalah suamiku nie taknak hantar adik ipar dia g daftar sebab abah memang sungguh-sungguh tanya dia ari tu. Pastu bila dia kata dia takder cuti than angah fikir semula yang dia dah cuti masa angah sakit malam ari tu, so angah tarik smula marah angah pada dia. Shah Alam pun bukannya jauh sangat pun, setengah jam jer dari Keramat thru highway Duke. Semuanya mudah cuma perlukan duit jer.

Disebabkan angah kene drive sendiri ke sana, suami angah ajak angah g survey jalan. Sebenarnya kami tak tahu mana kedudukan sebenarnya Politeknik tu, so apa lagi lepas Asar kami pun g-lah ronda-ronda. Dan sebenrnya hari yang sama angah dapat jemputan kawan lama angah kawen tapi sebab suami angah malu nak g, angah terpaksa batalkan jer niat angah nak jumpa kawan-kawan lama. Dia sengan katanya... takut ramai artis nanti kat majlis perkahwinan Nik ngan Anne( juruhebah Hot FM). Lupakanlah... Kami ke Shah Alam sebenarnya pun nak g ke i-City. Akhirnya sampai juga kami di sana. Menarik main ngan lampu-lampu. Memang betul kata orang, jalan nak masuk kesana sesak. Tapi nasib baik kami dah pegi awal, so kami terlepaslah dari kesesakan ketika nak masuk tu. Rupa-rupanya Miza ngan Kak Wan pun pegi jugak ke sana pada malam yang sama. Dia orang balik lewat skit sebabnya dia orang sampai lambat dari kami.

Thursday, 17 June 2010

Sedihlah pulak

Mood blogger angah makin kurang lately nie sebabbya Umar dah makin membesar dan dia memerlukan tumpuan yang lebih sehingga menyebabkan angah terasa malas nak meng'on'kan laptop. Walaupun pada hakikatnya anyah memang suka bercerita dan banyak cerita yang angah nak kongsi bersama. Ha...ada cerita yang menarik angah nak citer pasal Muhd Harraz Furqan, anak sulung angah. Terharu sungguh angah dengan dia sebenarnya. Citer dia macam nie ...

Semalam angah memang dah rasa tak sedap badan sebelum g keje dan terasa sangat nak duk berehat kat rumah. Suami angah pun cadangkan untuk cari mc tapi sebab angah bukan jenis yang tipu cuti (cewah..konon), angah pun g keje macam biasa. Angah rasa lapar sangat pagi semalam sebabnya angah tak makan malam, bukan sebab diet tapi sebab terlalu penat sangat badan nie sampai tak boleh nak buka mata. Nak dijadikan citer, menjelang kul 2 ptg waktu makan angah ngan kawan-kawan, ulu hati angah dah rasa sakit dah. Tak boleh jadi nie, apa-apa hal pun mesti kene makan nasi. Tapi sayangnya beberapa suap jer yang lalu angah masukkan ke dalam perut nie. Tahan lagi petang tu sambil layan Anna berborak. Balik jer keje, angah cari Enno untuk legakan angin dalam perutku ini. Takleh pegi gak..sama jer. Nak g jumpa doc takut terlambat lak suami angah nak g keje malam. Layan jerlah.

Maghrib tu, angah sempat lagi masak nasi goreng untuk kami makan malam tapi disebabkan sakit yang amat sangat, terbongkok-bongkok angah memasak. Umar lak menangis-nangis dia dipegang Harraz. Sian anak-anak angah. Dah siap jer angah mengoreng, angah terus duduk kat sofa ambil Umar tapi sakit yang teramat sangat menyebabkan angah bagi semula Umar kat Harraz. Tak tahan angah de sampai angah menangis. Uh..sebenrnya angah nie memang yang tahan sakit, sakit nak bersalin pun angah mengalir jer air mata skit inikan pula klu dah kuar air mata sambil merintih. Dalam angah merintih sakit tu, Harraz picit kepala angah dan dalam tak sedar dia pun menangis sambil kata, abang sayang kat Ummi.. sedihlah pulak tengok dia. Pas solat maghrib pun dia menangis sambil berdoa. Angah rasa dia berdoa pada Allah untuk angahlah tu sampai dia nangis..bagusnya anak Ummi ... yang tak boleh tahan tu dia siap mintak ampun masa angah mengerang sakit sambil menangis tersedu-sedu. Sian dia... Angah rasalah..angah dah nampak skit hasil didikan kami pada anak-anak kami.

Monday, 7 June 2010

Cuti sekolah dah bermula

Ha..cuti sekolah dah bermula. Abdul salam kata dia cuti 14 hari manakala Harraz pulak kata dia cuti 2 minggu..pasti gaduh cakap masing-masing betul. Memanglah betul 2-2nya .. apalah anak-anak ummi nie

Tuesday, 1 June 2010

Minggu Exam bagi Harraz

Ehm...busy skit 2 minggu nie sebab Harraz ada exam

Saturday, 29 May 2010

Tanggal 26 Mei 2010

9 tahun yang lalu, angah dan suami angah selamat diijabkabulkan dan hari ini genap usia perkahwinan kami 9 tahun mengikut tahun masihi. Alhamdulillah kami dikurniakan 3 orang superhero dan kami bersyukur dengan kurniaanNYA.
Hari nie juga kami ke HA untuk temujanji Umar yang ke acap kalinya. Alhamdulillah no e-coli grow dalam urine dia. Dah 2 kali sample clean but doktor kata bukanlah urine dia clean betul cuma there is no significant bacteria jer means, no e-coli. Pas habis appointment, kononnya nak hantar Umar g taska sebab nak lunch together. Yerlah nak celebrate our 9th anniversary tapi kuar jer HA angah dapat panggilan dari adik angah yang mengatakan mak ngan abah kemalangan jalan raya. Mak teruk skit sebab kebiasaanya pembonceng motosikal memang teruk skit, yerlah dia kat belakang tak tahu apa yang jadi kat depan. Tapi kes mak nie pulak, nenek tu tergesel motosikal abah kat belakang. Nak dijadikan sebablah tu.

Disebabkan suami angah pun tak berapa nak sihat, kami pulang agak lewat skit. Ngam2 mak habis terima rawatan kami samapi seremban so kamilah jemput mak kat Hospital Tengku Jaafar. Sian agah tengok mak..yeralh tak pernah sakit selain dari demam. Sian tengok mak, kononnya angah nak angkat mak masuk kete, semua kata xper sebab mak boleh jalan lagi. Okay..No hal punya. Sampai kat rumah pun mak cuba gagahkan diri nak berjalan..fuhh sian tu tengok dia. Duk kejap x sampai seminit rasanya dia kata nak kencing, minta dipapah ke bilik air. Entah berapa lamalah agaknya dia menahan rasa nak buang air tu. Ehmmm baru dua tiga langkah, angah kesian sangat tengok dia menahan sakit kaki dia tu, angah cuba angkat dia. Tak berapa larat sebenarnya tapi sebab sayang dan kesian tengok dia, gagahkan jugak. Cepat skit dia sampai ke bilik air ... Petang pun sama, angah angkat sekali lagi, pastu adik angah nampak, dia terus take turn tolong angkat mak. Dia okaylah sebab dia lelaki..siap berhenti tengah jalan tu, tanya ada tak macam citer hindustan...ceh ...

Malam tu angah terpaksa gak balik sebab terlalu ramai sangat orang kat rumah mak tu sampai satu tahap mak ngan abah xleh nak berehat. Ha..alasan.... Tapi sebelum angah balik tu, sempat gaklah angah urut kaki abah yang lengguh tu..sian ngan dia, berkerut muka dia kene urut ngan angah ...

Tuesday, 25 May 2010

You know me or not?

Wah..besarnya kepala dia tanya sapa dia..Sebenarnya ayat tu angah dengar masa angah nak masuk keje ari senin ari tu. Dalam ngantuk2 angah masuk keje, segar terus mata angah sebab mengenangkan sikap orang yang agak berlagak tu. Sebenarnya ada 1 manager kat tempat keje angah nie kene panggil kat security guard yang bertugas kat pintu utama untuk diperiksa beg yang dibawanya. Dia memang nampak nak cepat sebab dia nak attend ada 1 mat salleh yang duk macam terpinga-pingga kat luar pintu utama tu...Security guard tu panggil dia lebih kurang camnielah bunyi dia " Sir, bleh saya check beg Encik?". Tapi muka abang tu memang selamba. Than dalam keadaan tergesa-gesa .. macam nak bagi tak bagi beg dia untuk diperiksa dia pun kluarlah ayat tu " I'm in hurry now.. You know me or not?". Ha..terkejut gaklah angah dengar..Amboi ko ingat ko manager kat sana, ko bleh suka-suka skip procedure...Pastu selamba jer pok guard tu jawap "tahu ...". Pastu angah blahlah.. tak sanggup nak tengok muka manager tu. Ini barulah betul sepatutnya. Adil.....

Thursday, 20 May 2010

Selamat tinggal streamyx

Selamat tinggal streamyx...Akhirnya angah telah berjaya menamatkan perkhidmatan streamy angah setelah 2 bulan bersabar.hahaha..dah banyak kali call buat aduan, buat temujanji dengan technician dia. Ehm..siap beli modem baru lagi sebab kononnya modem rosak. Hampeh belaka ...dan semalam lepas balik dari HA sebab Umar ada appointment angah pun terus g TM kat Titiwangsa utk close account kat TM. Depa duk kata yang sekarang nie memang line ada ganguan skit sebab usaha menaik taraf line sedang dijalankan.Ehm..bila hati dah tawar, mulut dah tak boleh kata apalah. Kami tetap teruskan jua hasrat kami. Dan lanie angah guna U-mobile...angah ambik package unlimited 3.6M.okaylah ...cepat pun cepat, tak payah tunggu sampai pukul 11 malam baru boleh online...Tengoklah sampai bila boleh bertahan ...

Thursday, 13 May 2010

Apa dah jadi...?

Apa nak jadi sekarang nie...? Kejap pakai kejap bukak..Bila susah tutup bila orang dah mula lupa akan aibnya buka pulak ..ehm...malu gak bila tengok muka dia. Angah pun tak tahu apa nak jadi ngan dunia sekarang nie. Nak cakap lebih kang macam baik sangat sebab angah pun pernah jadi nakal dulu. Alhamdulillah ALlah kurniakan Hidayah cepat. Dah abanyak dah tanda-tanda kecil kiamat yang Allah turunkan tapi ntah manusia macam alpa akan amaran2 itu. Apa lagi yang hendak kita tunggu? Tunggu tanda besar keluar pulak baru nak berubah? Dah terlambat sayang ...renung-renungkanlah

Tanda-tanda kecil kiamat berdasarkan hadis Sahih:-
* Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

* Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

* Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

* Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

* Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

* Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui
yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

* Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua
orang mulia" - Riwayat Thabrani

* Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

* Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

* Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

* Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

* Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

* Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Thursday, 6 May 2010

Habih ...camno

Habih camnor... Petang tadi angah balik dari keje dan angah terbau sesuatu yang meloyakan tekak angah nie. Dahlah agak lambat angah balik ari nie, penat ...bau lak macam tu. Kucing jiran angah terbuang najis dia dalam pasu angah yang dah x berpenghuni tu. Ehm...dahlah pasir dalam pasu tu berterabur kat luar tu pastu ada lak bendasing tu dalam tu. ... Angah macam naik angin gaklah tapi dengan santunnya angah mengetuk pintu jiran angah dan menunjukkan apa yang terjadi. Hahaha ...apa mau buat katanya sebab kucing tu milik adik ipar dia yang menumpang tido dirumah dia sementara nak pndah kerumah lain ...Ehm...sabar jerlah A'in...sabtu nanti dia pindah kata kakngah tu. Okay ...!Angah ambik penyapu dan sapulah pasir2 dan bendasing tu. Lepas Maghrib tadi angah nak ke pasar malam, alamak...ada pasir lagi kat lantai tu ...Ehm...sabar jerlah Angah ... Habih camno nak buek ...

Tuesday, 4 May 2010

Mati itu pasti

Seringkali penghujung jalan yang dianggap penamat, membawa ke jalan baru yang lebih luas.

Mati itu pasti…Itu janji Tuhan. Tapi bagaimana kita mati itu telah menjadi rahsiaNya sejak dari Azali lagi. Mengingati mati itu sunat tapi kadang kala mengerikan. Angah pernah ditanya oleh seseorang sama ada angah nak mak ngan abah mati dulu ke Angah yang mati dulu. Angah masih ingat lagi soalan AbgAzani, technician angah masa Angah keje kat Motorola Seremban dulu, lebih kurang 15thn yang lalu.Angah jawap biarlah angah mati dulu. Kenapa? Sebabnya Angah tak sanggup kehilangan mereka berdua tapi dia kata kalau angah tanya dia, dia akan kata biarlah mak ngan abah dia mati dulu sebab sekurang-kurangnya dia boleh mendoakan untuk ibu bapanya kelak. Allah hanya akan menerima doa anak-anak yang soleh dan solehah jer. Ingat tu bukan semua doa Allah dengar dan dari situ jugaklah angah cuba mendidik anak-anak angah supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Insya Allah..semoga Allah mendengar akan suara hati angah ini ..

Monday, 3 May 2010

Sapa kata ?

Hehehe..hujung minggu ari tu angah bersama keluarga angah keluar untuk makan tengahari. Tapi sebelum tu angah masuk keje kejap sebab ada benda nak settle, boss suh settle sebab dia taknak jadi issue. Dalam setengah jam angah masuk keje, kami decided untuk ke carefour Wangsa Maju. Nie mesti kes suami angah nak layan kehendak angah nak beli baju kurung cotton yang angah tak jadi nak beli on last Friday during break time. Nak tahu sebab apa angah tak jadi nak beli? Jangan tak caya sebab takder duitlah nak shopping. Angah lak memang tak suka guna card credit bila tak terdesak ...kononnya pegilah kesana dengan perut lapar. Penuh kereta kat sana...gilo...barulah angah teringat yang last Saturday is public holiday..ialah hari pekerjalah katakan. Maleh nak pening kepala suami angah bawak kami ke Alpha Angle. Mudah jer parking. Alhamdulillah ...Perut dah lapar dah nie so apa lagi kami terus maju ke medan selera yang terletak kat bahagian bawah. On the way nak kesana, lalu MPH. Harraz berlari-lari nak masuk kesana..Nak beli buku katanya."Kita makan dulu bang, pas kenyang kita datang semula beli buku" pujuk angah. Dia memang suka masuk kedai buku. Pas makan kat food court, angah mengotakan janji angah pada Harraz..g semula ke MPH untuk membeli buku. Pilih punya pilih buku Harraz, angah pun terpilih 3 biji novel untuk angah. Jangan tak caya angah terbeli novel islamik angah yang kedua kali nie. Nak belajar tukar minatlah pulak Tajuk pun bleh tahan ' Jangan biarkan Surau ini roboh'. Belum sempat baca lagi sebab angah tengah baca novel komedi menagarut, 'karipap-karipap cinta'. Patu sebab angah nie pengikut setia rancangan AM Max kat TV3 setiap hari Ahad, angah pun belilah cite suamiku sepupuku sebab dalam rancangan tu kata novel nie best seller. So angah pun grap-lah. Suami angah tak boleh nak kata apa sebab angah pun tak kata apa bila dia bakar duit ..hehehe merokoklah tu. Sapa kata angah tipu LHDN pasal duit buku yang angah tolak rm800 dalam e-filing baru-baru nie. Nasib baik angah tak tolak 1k terus...

Saturday, 1 May 2010

Kenapalah lama sangat angah x update blog nie

Bukan angah x sudi update blog kesayangan angah nie...tapi sebenarnya dah berminggu2 streamyx kat rumah angah nie x berapa stabil. kejap okay kejap biul ...ari tu technician TM datang rumah claim kami punya modem rosak kot, dah beli modem baru pun lagu tu jugak. Semalam borak ngan Richard kat cafe, ha dia kata memang 2-3 minggu nie line bawah tanah streamyx ada problem sebab dia pun macam tu jugak. INgat nak tukar guna broadband jer tapi sayang lak sebab rami yang kata streamyx adalah line internet yang paling stabil..yerlah dia guna kabel bawah tanah.

Last week angah sekeluarga pergi bercuti-cuti Malaysia ke Cameron Highlands. Cadangnya nak g Penang tapi lepas ke Cameron lak sebabnya xnak pontengkan Harraz sekolah on last MOnday. So hari Sabtu, 24hb tu kami bertolak dalam kul 8:30 dari rumah dan berhenti sarapan pagi kat hentian Rawang sekejap dan meneruskan perjalanan kami keatas melalui Simpang Pulai. Dah 2 kali kami pergi sebelum nie lalu Tapah tapi ramai orang kata
jalan Simpang Pulai tenang skit, so kami decide nak cuba jalan tu. Tapi hati2 sbb xder signboard selepas tol Simpang Pulai tu nak ke Cameron Highlands. Klu x silap angah lepas Tol masuk kanan dan sampai trafic light pertama tu ambik kanan jugak. Tapi nak pasti lagi simpang kita masuk tu dah nampak gunung yang tinggi. Ehm...rupanya ada jugak orang sesat macam kami on the same day coz when my hubby went to patrol station to ask the direction, kat kaunter dah ada org tanya dulu. So by hubby just listen to them and we have reach Brinchang dalam kul 1 lebih. Just nice...
Ehmmm... pegi petik strawberry ngan anak2 than g ladang teh kat Bukit Brinchang pastu x ketinggalan jugak g pasar Malam yang depa sibuk kata happening tu...kaktus ....nasib baik sempat pegi semua tempat tu sebab Kak Fiza ada tanya sempat ker angah g jalan2 kat sana ssebabnya angah x ambik cuti pun either on Friday or Monday. Insya Allah sempat. Yang terbaru angah tahu pasal Cameron adalah jagung Mutiaranya yang manis dan memang sedap. Sapa-sapa yang nak beli mentah tu, jangan terkejut harga dia rm10 untuk 3 tongkol. yang tu memang yang Cameron punya dan klu ada yang jual rm10 6 tonggkol tu..kureng skit manisnya sebab dia dari Ipoh. cubalah..




Wednesday, 28 April 2010

Kehidupan

Kehidupan ini penuh dengan cabaran..yap berbagai2 cabaran yang kita harus hadapi seharian.

Saturday, 17 April 2010

Sungguh lama ..

Sungguh lama angah x menjeguk blog angah nie...Yang sebenarnya streamyx kat rumah angah down dah 2 minggu lebih kurang pastu kami buat x kisah sangat sbb anak2 kami demam sebenarnya pas balik dari Ngganu. Mula2 Umar dah start demam kat Ngganu lagi pastu okay. 2 hari pas balik dari Ngganu, demamlah pulak dia..dia start demam hari selasa malam than malam tu cam biasa angah mmg x berapa nak lelap klu anak2 angah demam. Hari rabu tu angah half day petang sbb lepas mandikan dia kul 4 lebih pagi...angah bagi dia makan ubat, dia dah beransur baik. Thats why angah half day petang. Than malam tu Harraz lak start demam dan Umar pun demam lagi rupanya...sapa yang ada anak tu pahamlah yang budak2 nie suhu dia akan tinggi bila malam hari. Ehm..nasib baik ayah dia cuti esoknya tu. Umar okay lak pagi jumaat tu, so angah g-lah keje dan Harraz yang masih demam tu ayah dia jaga kat rumah. Ada gak untung dia suami keje shift nie. So dia jagalah dan lunch time tu angah balik rumah dan Harraz masih demam ...

Nak dijadikan citer, keesokkan harinya angah kene keje dan angah hantar Umar kat ummi sbb ayah dia x larat, balik dari OT keje malam...Nak buat camner, dah tugas... Balik dari keje, Abdul Salam lak demam sampailah hari isnin dan selasa dia demam. Sian gak dia, kurus badan dia. Hari rabu ingat dah okay, suh dia g sekolah...Demam semula dia, dah nasib badan kene cuti lagi khamisnya tu. Yang best tu, hari jumaat minggu tu kononya angah kene cuti sbb Umar lak demam smula. Ehm..tapi pas mandikan Umar ngan bagi ubat kat dia pagi tu, nampak okay.. angah pun bersiaplah ke tempat keje...Alhamdulillah, depa okay sampailah ke petang. Boss angah suka sangat bila angah mai keje..angah pun x paham kenapa :)

Monday, 22 March 2010

Masa dengan anak-anak

Lama rasanya x update blog niekan sbb angah banyak menghabiskan masa ngan anak-anak angah sebenarnya so angah jarang sangat nak online la nie. FB yang angah selalu kunjungi pun dah jarang2 angah jengah. Sebab angah rasa masa angah bersama anak-anak lebih bermakna dari segalanya. Pizza pun dah sampai...so masa untuk makan...Jemput semua ..hehehehe

Wednesday, 3 March 2010

Tinggal beberapa hari jer lagi

Tinggal lebih kurang 2 hari jer lagi majlis perkahwinan adik angah, Fadzliana. Ehm...tapi angah masih bekerja. Kakak apa angah nie-kn...Bukan apa sebenarnya angah dahlah duk kat KL sorang jer pastu anak2 angah dah sekolah, takkan angah nak pontengkan anak angah sekolah lama2 semata2 nak balik kampung sbb nak kenduri tu. Mungkin bukan angahlah kot...Biarlah apa orang nak cakap yang pastinya mak ngan abah serta adik angah tu paham situasi kakak dia nie.

Last week masa Maulidur Rasul kami balik kejap, tu pun sbb suami angah keje malam so dia g keje dari kampung. Angah balik sbb nak gubah hantaran untuk majlis tu nanti. Konsep dia merah puteh. Ehm...angah ngan adik angah sorang lagi tu buat apa yang patut. Alhamdulllah siap kecuali sirih junjung ngan hantaran coklat kot. X kisah sangat sbb hantaran bawa masa ke majlis sebelah lelaki, ari Ahadnya tu. Apa2 hal pun sempat lagi.

Kete angah pun 1 hal jugak lagi. Kononya kuar ari Rabu, yer2 jer angah ambik cuti ari nie sbb nak g jemput kete kat Klang tapi semalam baru pass Puspakom. Ari nie depa nak buat last touch up sebelum g register. Angah push depa register ari nie, x g-lah kot tu sbb sampai kepetang x telefon angah mahupun suami angah. Esok kot kata suami angah kata. Sebenarnya nak cepat sbb ingatkan nak buat kete pengantin lagipun nak make up skit apa yang patut. Ehm...lambatlah depa nie.

Umar lak dah bleh terima susu soya bila kat taska jerlah. Angah bagi susu Mamil Soy kat taska...tu pun klu lapar sgt baru dia nak minum. Walaupun dia bleh terima susu soya, angah tetap bekalkan susu angah kat taska.

Wednesday, 24 February 2010

Alhamdulillah..lega rasanya

Alhamdulillah..lega rasanya bila g HA tadi untuk follow up esult DMSA Umar menunjukkan tiada scar @ parut pada buah pinggan dia, cuma bengkak jer. Urine dia pun clear dari e-coli. Syukur sangat tapi yang pastinya Umar kene terus makan antibiotik entah sampai bila. Cakap ngan doc tadi pasal Umar yang arlegic ngan susu lembu, dia suh teruskan bagi susu ibu. Tapi doc...susu saya makin kurang, camner? Doc sarankan angan makan ubat yang sama angah ambik sebelum nie untuk tambahkan susu.Ok... dia kata ubat tu mmg pening skit, klu rasa pening kurangkan dos katanya...OK.

Saturday, 20 February 2010

Ummi takyah pergilah...

AHad ni ada mesyuarat PIBG kat sekolah Harraz pastu ayah dia keje pagilah pulak minggu nie. Angah cadangnya nak pergi ngan anak2lah tapi pas maghrib semalam bincang2 ngan Harraz, dia kata ummi takyah pergilah sebab sian ngan Ummi kene jaga Umar lagi...angah lagi. Tu katanya. Petang abg nak g tuisyen lagi Ummi kene hantar. Ummi duk jer kat rumah ...ha jgn x caya anak sulung angah yang baru nak masuk 8 thn tapi dah bercakap macam orang2 tua. Bagus jugak tu lagipun cikgu dia klu nak bgth apa2 pun mereka akan edarkan memo. Klu x pun website dia ada, baca jerlah.
Malam tadi angah call mak kat kg, saja tanya perkembangan persiapan perkahwinan ana. Sian abah..."blehlah" jawap dia bila angah tanya khabar dia. Dia mmg camtu, cepat dan ringkas. Dia suh angah balik 28hb nie ada kenduri doa selamat. Maafkan kami mak ngan abah, kami cuma mampu pulang masa cuti Maulidur Rasul tu jer suami ku bekerja. Suami angah nie cuti x kira hari, 4 hari keje 2 hari cuti. Bila keje malam macam cuti 3 hari tapi bila keje pagi mcm cuti 1 hari jer sebab malam hari ke-2 tu dia dah kene keje, kompem start dari tengahari tu dia dah start tido. Harap mak ngan abah paham pinta angah pada mereka. Abah ok dia gelak jer bila angah cakap macam tu. Yang best tu masa angah cakap angah balik kg masa adik angah nikah tu naik bas, slow jer mak tanya kenapa x balik ngan abg ...hehehe...mesti dia fikir yang bukan2. Bukan apa sebenarnya,yang pertama saja nak enjoy ngan anak2 naik public transport. Senang sangat turut Putra LRT kat Pasar Seni than naik bas transnasional kat depan tu jer than sampai Seremban adik angah jemput lak. KLu x pun naik jerlah bas balik kg tu, bukan jauh pun dalam 30 minit sampailah kot. Lama dah x naik bas balik kg. Angah xnak anak angah x pandai naik bas nanti, sapa yang salah ... ummi ngan ayah jugak yang salah. Lagi satu kenapa angah nak naik bas sebab sian ngan suami angah yang kene cuti banyak2 hari klu nak balik waktu nikah adik angah tu nanti sbb jumaat hingga ahad dia dah kene cuti 3 hari. Baik dia cuti hari sabtu n Ahad jer. Lg 1 hari tu simpan untuk balik Ngganu nnti... bijak tak angah ...bijak...bijak...

Monday, 15 February 2010

Umar dan antibiotiknya

Dah lama rasanya angah x bercerita pasal Umar Zuhdi dan sakitnya. Bukanya apa cuma angah dah terlalu pasrah dengan keadaanya. Luarannya mmg okay cuma yang kita x nampak cuma dalamannya yang memerkukan rawatan supaya bakteria e-coli tu x terus hidup dalam pundi kencingnya. Ehmmm... apa yang angah boleh buat selain dari berserah jer pada Allah. Namun begiu kita sebagai seorang manusia haruslah berusaha untuk memastikan semuanya berjalan mengikut kehendaknya. Minggu pertama selepas Umar menjalani ujian MCUG tu dia kene makan antibiotik tu 4 kali sehari...sian dia sbb tengah malam dan tengah nyenyak tido angah kejut juga utk bagi makan ubat tu selama 10 hari. Than angah kene tangkap sendiri urine dia untuk dihantar ke HA. pas dari hari tu, antibiotik yang sama disuruhnya makan sekali saja sehari. Alhamdulillah....

Memeriahkan lagi suasana gamat kat Keramat

Semalam adik angah mai KL sbb nak tolong angah packing goody bag untuk majlis perkhawinan adik pompuan yang bongsu. Angah sponsor goody bag utk kanak-kanak ngan barangan hiasan hantaran. Meriah skit buat ramai-ramai dari buat sorang2, cepat habisnya.
Malam semalam kononnya bawak anak2 g JJ AU2 nak g main loncat2 bak kata Abdul Salam tp sbb mengenangkan anak buah angah kecik cenonetnya size dia, terus x jadi. Takut beb..jatuh dia kat dalam tu kang sapa yang susah. Belanja depa makan Pizza Hut jerlah malam tadi. Macam2 ragam anak2 kecil nie.










Saturday, 13 February 2010

Menghintung hari


Alhamdulillah ....Syukur pada Allah kerana telah memakbulkan hajat kami sekeluarga. Dan sekarang kami hanya menanti hari. Nak tahu apa dia....hahaha suka-suka. Angah selalu cakap "I WISH my wish will come true" but now I need to change it to "Alhamdulillah, my WISH has been coem true" hehehe. Akhirnya penantian kami selama setahun berakhir. Loan for our new car has been approved by bank last 2 days. Sangkut sebenarnya sbb suami angah before this dia telah diistiharkkan MUFLIS disebabkan hutang kereta dia (zaman dolu2- x kenal dia lagi masa tu). Tapi stelah setahun kami menunggu, akhirnya kami dapat juga memiliki kete idaman kami berdua. So sekarang kami tengah tunggu kete release dari Naza. Jauh ambik tu, Naza Kalng sbb kat sana dapat murah skit. Lagi pun kami suka ngan old face lift. Susah nak cari cuma yang frust skit kami x jumpa yang ada sunroof utk model old face lift...X sabar nak drive rasanya.

Wednesday, 10 February 2010

Minggu yang mencabar

Memang mencabar betul last week sbb bekalan susu angah makin berkurangan either yang dalam freezer atau pun direct stock...hahaha. Menangis angah dibuatnya lebih lagi bila angah dapat tahu yang Umar tu allergic susu lembu. Ehm..merah2 muka dia bila minum susu Anmum infacare dan sebelum tu Dumex Dupro. Sian lak tgk dia, angah usaha cari ubat tambah susu kat klinik. Akhirnya dapat jugak ubat untuk merangsang pengeluaran susu ibu. Angah ambik Metoclopramide dari poliklinik Kotaraya kat Taman Melawati, klinik pakar wanita. Dalam masa yang sama angah order Milkmaid Tea untuk minuman supplement. Alhamdulillah, dalam masa 3 hari keadaan makin terkawal. X perlulah angah risau lagi sbb angah mampu pump susu lebih kurang 13oz kat tempat kerja, dan selebihnya angah kene usaha pump malam hari di rumah.

Thursday, 4 February 2010

Masalah nie...


Masalah nie sbb Umar mmg betul2 menolak susu formula. Camner nak buat nie ....Binggung angah dibuatnya. Stock ada lagi tapi sbb dia sekarang banyak sangat menyusu, sampaikan 12oz yang biasanya angah bagi kat taska x cukup menyebabkan angah risau ...Tdia angah g singgah kat poliklinik permata tanya pasal susu sample kot2 ada ker sbb klu beli takut Umar xnak pulak nanti, rugi. Tapi xder stock lak....ehm....

Tuesday, 2 February 2010

Percubaan yang gagal

Ari nie tadi mommy kat taska Umar cuba nak bagi Umar susu formula tapi gagal sbb dah 6 bulan dia minum susu angah sepenuhnya mungkin agak sukar dan lambat untuk mencampurkannya. Susu yang angah bagi ari nie x cukup sbb ari nie angah bagi 11oz jer. Bukan apa sebenarnya ...masa angah pump susu kat health centre semalam, susu angah bertukar menjadi warna merah maksudnya susu yang angah pump tu dah bercampur ngan darah. Angah jadi ngeri masa tu sbb xder langsung kesan luka yang mana darah tu boleh kluar. Tu yang sebabnya susu angah kurang semalam...Ngeri... pagi tadi masa angah pump susu, angah cuba berbual ngan nurse kat health centre pasal kejadian semalam. Dia suruh angah tanya doc. Sian lak tgk doc yang tengah berehat tu. Doc kata x perlu risau sbb no way the blood can come out if there is no injury katanya... may be your nerve luka kot sbb angah kata mmg xder luka. Lega gak bila doc cakap macam tu sbb macam2 dah bermain kat dalam fikiran angah nie...









Ada kesan darah Yang nie lagi jelas darahnya