Monday, 23 February 2015

Sesungguhnya rindu itu satu penyiksaan

Walaupun hampir seminggu lamanya penyiksaan aku sudah berakhir namun aku bersyukur kerana Allah telah memberi peluang kepada aku untuk berjaya menahan kerinduan pada anak sulung ku, Muhammad Harraz Furqan selama 40 hari lamanya. Wah.. Mukadimah dia...
Bukan apa... Aku pernah tulis pasal dia masuk Maahad Tahfiz Al-Kholidi dulukan... Memang rindu sungguh ummi dengan dia masa dia pergi 40 hari tu. Tapi tanggal 15 feb yang lepas, ibu bapa yang mana anaknya masuk pada 5 Jan dibenarkan mengambil anak mereka untuk bercuti selama 4 hari ataupun berjumpa dengan anak mereka. Aku jadi tak tidur malam, bukan ummi dia aje.. Rasanya ayah dia pun gitu. Jadi tak sabar nak jumpa bujang ummi sorang tu. 
Pagi yang hening tu, pukul 5 aku dah bangun untuk masak kuah lodeh sebab aku nak bawa lontong untuk majlis pertemuan itu nanti. Syukurlah Abdul Salam rajin membantu memotong apa yang patut malam td. Kek karemel dah siap dah 2 biji aku buat petang semalamnya. Pagi tu pun Umar dan Abdul Salam senang sangat nak bangun. Cakap nak g jumpa abang je, deras bangunnnya. Kami lepak skit sebelum pegi, kena tegur ngan Abdul Salam kenapa lambat.
Berdebar bila sampai kat sana. Ramai dah ibu bapa yang datang. Anak-anak pun tak sabar menunggu kehadiran ibu bapa mereka sedangkan kami dah minta pada Ustaz Osman supaya merahsiakan kehadiran kami ini. Selama 40 hari ini kami hanya dihadiahkan gambar anak-anak kami yang sedang melakukan aktiviti mereka. Walau bagaimana pun kami bersyukur dengan teknologi canggih di zaman moden ini, dapat jugaklah kami lihat wajah anak kami dari jauh.
Gembira kami melihat Harraz suka belajar di sana. Apa yang Ustaz kata, Harraz ni ringgan tangan. Bila tanya sapa nak buat khidmat, laju je dia menawarkan diri dia. Bukannya apa, sapa yang buat keje khidmat ni, isteri Ustaz Osman akan bagi ganjaran berupa makanan kepada mereka. Harraz ni memang kuat makan, tapi kurus dah anak ummi duduk kat sana. Mereka kat sana tidak dibenarkan membawa makanan sendiri untuk disimpan di dalam loker mereka. Ustaz tak nak gejala kecurian makanan berlaku. Jadi mereka hanya makan 4 kali sehari sahaj dalam kuantiti yang dihadkan. Harraz kata memang sikit dia bagi. Ummi tengok banyak je, setalam nasi untuk 4 orang makan. Tapi anak kita lelaki, banyak main.. Memanglah dia rasa sikit. Biar dia, bila perut dah biasa kurang makan, senang nak puasa pastu ngantuk pun kurang, belajar pun senang. Mereka kat sana kene puasa sunat isnin dan khamis. Alhamdulillah .... Mereka mengamalkan sunnah Rasulullah.
Mereka aktif bersukan di sana. Tanah yang diwakafkan itu luas, ada padang bola, depa buat reban angsa dan ayamlah. Mereka tanam pakok betiklah. Pastu ada sungai.. Apa lagi anak-anak disana, hari-hari mandi sungai, tu yang gelap berkilat masing-masingnya tu. Muah Thai pun ada... Mereka nampak enjoy dengan suasana pembelajaran disana. Apa yang pasti Harraz sekarang dah tak macam Harraz dahulu. Ummi betul-betul terharu dengan perubahan abang ... Syukur Alhamdulillah...