Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Monday, 21 September 2009

Raya lagi....

Alhamdulillah...merasa lagi kami sekeluarga beraya sekali lagi tahun ini. Raya bagi kami adalah menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa ... mungkin tidak sesuailah bagi angah perkataan sebulan tu tp yang penting raya tetap raya walaupun tahun nie x semeriah mana. Maklumlah abang ngan 2 orang adik angah beraya di rumah mertua masing2.

Yang tak meriahnya hanya dipagi raya tp malam raya tu rumah mak kene serang dek anak buah dia ngan adik2 dia means sepupu angah ngan makcik2 angah. Peh... lotih makngah melayan anak2 sedara makngah nie. Suami angah terus x nampak batang hidung...duk kat luar jer dia sbb dia xleh masuk sangat dengan suasana kemeriahan kami. Anak makngah semuanya balik sini walaupun nenek takder. Makngah mmg balik kg sbb arwah pakngah dah xder jadi dia balik kg sebab nak lawat kubur arwah suami dia. Anak makngah jer penuh hall mak..maklumlah rumah kecik. Pastu anak buah dia dari Linggi mai lagi 2 kete, maklumlah sepupu angah dah besar2 jadi waktu rayalah datang menjemput ke majlis mereka. Ada yang nak bertunang pastu ada jugak yang nak berkahwin.

Mereka semua makan malam kat rumah. Mak masak lemak cili api udang galah pastu makcu lak bawa pajeri nenas di tambah pulak ngan rendang ayam ngan daging...fuh..klulah ada ikan masin semalam mesti lagi best. Alhamdulillah....habis nasi yang Ana masak semalam. Baguslah x membazir.

Yang paling meriah lagi waktu nak berpisah...mereka nak balik. Bukan apanya yang meriah... mak ngan bapak budak yang beratur nak duit raya...kecoh masing2. Bukan selalu pun sekali setahun tu pun jarang kami semua dapat bersama macam nie. Kami sepupu mmg rapat sebab usia kami selang setahun pastu sebelum makngah pindah Tanjung Malim dia mmg duk kat Rantau, jadi sepupu2 angah tu mmg duk kat rumah neneklah selalunya.

Pas diaorg semua balik, angah ngan adik2 angah g serang lak rumah adik tiri abah kat Linggi. Sampai jer kat rumah Pakjah angah nampak banyak sangat lak kete. Macam x best jer bila tahu ramai orang kat rumah pakjah... Rupanya 2 kete dari rumah mak tadi ikut skali g rumah pakjah. La...bersambung semula kekecohan kami kat sana. Rasanya yang paling kecoh malam tu angah ngan makcu Manis. X menang gusi kami tergelak. Nasib baik suami angah x marah angah buat perangai. Dia nak marah pun xleh gak sbb dia pun tahu perangai isteri dia dah mmg camtu. Nasib baiklah Umar baiknya semalam...dia pun paham. Tapi dalam2 kemeriahan raya semalam, 1 gambar pun x sempat nak ambik... hampa rasanya...

Saturday, 12 September 2009

Kuih raya

Tadi baru siap lg 1 kuih raya angah, tart nenas gulung. Start dalam kul 12 td dalam kul 3 siap dah sbb angah buat 1 bancuhan jer. Takut nak buat lebih2 sbb bimbang Umar nangis lak kang. Tp nasib baik ada Harraz ngan Salam tolong jagakan Umar. Tapi sebelum tu angah siapkan susu dulu untuk Umar...senang abg dia suakan kemulut adik dia bila adik dia nangis. Tp disebabkan Umar dah pandai guna pacifier, so abg dia sumbatkan jer kat mulut adik dia tu. Angah nak buat kuih raya pun angah tanya Harraz dulu bleh x sbb dia yg kene jaga adik dia. Macam khamis lepas dia kata xyah buat sbb dia nak g taska. So angah x buatlah.
Ari tu siap dah 2 jenis kuih, kuih tembikai ngan kuih badam. Semua resepi angah ambik kat dalam internet. Sedap jugaklah kata suami angah cuma dia pertikaikan kuih angah comel2 belaka. Entahlah ...angah pun x tahu kenapa angah suka buat kuih comel2. Sama gak ngan kuih tart nie, comel jer sizenya. Senang sekali ngam jer dah habis...
Ada 2 ketul lg butter dalm frezzer tu means 2 jenis kuih lg bleh buat. Harraz suruh buat chocolate chip ngan cornflakes madu. Insya Allah.. Pastu kepek2 ngan kacang2 ingat nak g beli kat kedai pukal kat Melawati tu jer. Maknya pun kene masuk dalam list jugak sbb dia xder masa nak buat kuih raya atau g beli kuih raya tu ..maklumlah tokey chatering untuk mohrey masjid Solok kat Rantau tu.