Sunday, 31 January 2010

Menanti hari....

Hari nie td angah g rumah kwn angah kat ulu langat sbb anak dia kawen. Dah tua rasanya angah nie sbb ada kawan yang anak dia dah kawen...ehm...angah berkawan ngan org tua rupanya...hehehe.
Petang tu angah g Taman Permata sbb nak beli barang gubahan hantaran untuk ana, adik angah yang sedang menghintung hari untuk dinikahkan. Dia akan bernikah 5hb March nanti and as per usual angah dia nielah yang tukang gubahkan hantarannya. Biasalah tu. Konsep merah putih, pandai2 angahlah katanya apa angah nak buat. Bunga water lily menjadi pilihan angah tapi warna merah xder so bunga rose jugaklah yang memerahkan hantaran tu nanti ....

Sunday, 24 January 2010

Lamanya X update ....

Dah rasa bersawang blog angah nie sebab dah lama tak update. Bukan xder citer menarik nak update cuma masa dan keadaan x mengizinkan. Dengan keadaan Umar yang selalu x berapa sihat sejak dia jalani ujian DMSA tu, angah penat keje siang dan malam ngan Harraz serta Salam lagi nak kene follow up pelajaran mereka menyebabkan angah kurang masa untuk diri angah sendiri. Tapi yang pastinya angah pun perlukan masa untuk angah bersendirian seperti malam nie. Umar dah tido pastu abang dia yang berdua tu tengah main senyap kat dalam bilik depa.

Esok angah kene bawa Umar g HA sekali lagi sbb kene buat MCUG pulak... nak check saluran kencing dia ada block atau tidak. Eeee...macam-macam ujian yang dilakukan keatas Umar. Last week baru kene ambik urine dia, pastu this coming wednesday kene follow up result dia pulak. Redha jerlah atasa segala dugaan dia. DIA takkan pilih kami klu kami tak kuat menerimanya...betul tak?

Bercerita pasal keje lak, ari tu angah dah terima surat review angah. Alhamdulillah increment kali nie. Bersyukur apa yang dikurniakannya.... Semua ketentuannya jugak. Cuma suami angah jer yang belum tahu lagi berapa dia dapat. Dia dah masuk shift, x payahlah mengharapkan kenaikan seperti sebelum nie...yang penting kita redha...tu pesanan angah pada dia.
Lagi bercerita pasal keje, ari tu kononnya angah nak continue project angah kat machine yang masih belum ditukarkan pc domain by IT guy. Tinggal lagi 2 machine jer selepas 2 machine sebelum nie berjaya dilakukan. Pastu disebabkan IT guy nie nampak 2 yang terdahulu dah success, so depa decide tuk buat 2 sekali machine yang berbaki...HAHAHA..apa sekali salah fail angah back up. Down 2-2 machine dari petang bawa ke pagi esoknya. Sian ngan vendor yang bantu angah tu, sampai kul 3 pagi. Angah sendiri pun balik kul 7 lebih than masuk smula kul 8 lebih sbb balik nyusukan Umar dulu. Sian angah... semuanya berpunca dari ketinggian angah yang comel nie. Angah tersalah back up fail...fail yang sepatutnya angah back up tu berada melebihi ketinggian angah, tidak sepeti mesin yang 2 lagi tu..fail tu separas mata angah.... MORAL DOWN sekejap angah disebabkan oleh ketinggian ku yang x seberapa nie ....Moral dia lain kali klu dah pendek tu buat cara pendek, ambik platform ..panjat.hahaha

Sunday, 10 January 2010

1 Malaysia

Kenapa dengan 1 Malaysia yer...Angah nak citer skit pasal 1 Malaysia nie sbb ianya selalu disebut2 orang. Ari tu, sehari sebelum tahun baru adalah member lelaki nie nak wish angah Happy new year dan secara kebetulan angah kat line tengah buat keje jadi angah tengah pakai plastic glove so angah beranilah sambut salam dia sambil kata yang angah x akan sambut salam dia klu angah x pakai glove. Yerlah baru angah teringat yang dia penah hulurkan tangan kat angah masa mula2 kami berkenalan tapi angah x sambut pun. Masa tu dia pelik jugak tapi angah ingat dia pahamlah pastu yang angah xkan salam ngan lelaki. Dia tanya kenapa angah xnak salam so angah terangkanlah pasal hukum bersentuhan dengan bukan mahram kita secara ringkas. Dia xleh nak terima sambil bibirnya mencebik. Rupanya ada jugak orang yang x paham dan x menghormati pegangan agama orang lain. Pastu dia pun cakap kat angah " KITAKAN 1 MALAYSIA". Ehm...apa yang angah bleh cakap ngan dia, yang x semua benda kita bleh ambik bulat2 sambil berlalu pergi. Pada hari yang sama juga, ada mamat nie mai ofis sbb nak mengucapkan selamat tinggal pada kami sbb ari tu last day dia. Sama bangsa ngan mamat sebelum nie tapi dia x hulurkan tangan pun. Just wish saja. Event dia pernah pelawa kat angah makanan yang dia bawa balik dari China dan dia terus kata " Jangan takut kak...semuanya HALAL". Itu kenyataan dari mereka yang peka dengan persekitaran mereka ....

Cerita pasal bersalaman nie, angah respect dengan MD tempat angah bekerja sekarang nie. Dia bukan berasal dari MALAYSIA sbb dia org puteh. Yang pastinya dia menghormati angah sebagai oarang Islam. Sebenarnya angah nie pernahlah menjuarai 1 pertandingan dan angah terpaksa ambik hadiah kat dalam bilik mesyuarat puak2 nielah. Ehm...sehari semalam angah duk pikir camner nak buat bila MD nie hulur tangan nak salam. Suami angah pun dah sound jangan salam ngan org puteh tu, dia suh pakai glove. Ya..mmg angah bawa cotton glove tapi sampai kat bilik mesyuarat tu angah tanya kat member dgn cadangan angah nak pakai glove. Member kata jgn malukan MD kita katanya. Pastu bila tiba masa angah untuk dapat hadiah..pastu dengan x sangka2 sbnrnya angah menang tempat pertama...angah pun bangun dengan meletakkan tangan di dada sambil tersenyum...Yang best tu mat Salleh tu hulur tangan skit jer mcm paham kat belakang hadiah yang dia nak pass kat angah. Angah tersenyum sambil mengeleng... dia pun senyum pastu yang best lagi tu head dept manager angah terus cover line bagi sijil peyertaan kat angah sambil tersenyum..hahhaha akhirnya angah berjaya lepas 1 ujian. Pastu ramai lak yang ucap tahniah kat angah... Ada 1 manager nie hulur tangan sungguh2...angah angah anguk kepala jer..penat dia hulur tap angah buat2 tangan angah penuh ngan hadiah..bengan jer nampak muka dia....apalah orang malaysia nie....

Thursday, 7 January 2010

Umar Zuhdi dengan DMSA

Ari nie tadi angah cuti sbb Umar ada appointment kat GHKL untuk buat DMSA for his kidney. As what Angah tahu benda tu berkaintan dengan scan untuk tengok samaada kidney dia dah ada scar @ tidak. Tapi x sangka lak bila sampai kat Jabatan Day Care kat Pediatric GHKL,dia org set line kat kaki Umar sbb nak masukkan bahan radioaktive kat badan dia. HA!!! bukan ke bahan radioaktive tu membahaya...sikit jer kak kata mereka, jangan risau. Nie mmg procedure biasa nak jalani DMSA tu, kami nak tengok scarring atau affection kat kidney dia. Ngeri dengar.... Dan yang paling angah ngeri, doc kata suh Umar minum susu lain buat masa hari nie. Dia kata takut kesan radioaktive tu pada angah bukan pada Umar. Doc cuma risau klu angah pregnant sbnrnya...Camner angah nak buat sbb angah bawa botol susu tanpa puting jer sbb angah risau yang susu angah berlebih nanti. Putingnya x bawa...Ehm...angah bagi jer susu angah direct... Tawakaltullah jerlah.
Dalam kul 9:45 Umar dah dipanggil untuk dimasukkan bahan radioaktive yang dikatakan tu..Nangis gak dia... Pastu kene tunggu lak dalam 2jam untuk ubat tu sampai ke kidney dia. Ehm...perut lapar nie, angah n suami g makan dulu kat cafe... Tu pun xleh lama lepak kat cafe sbb tempat terhad, pelanggan ramai. Pas makan jer, kami terpaksa bangun. Lama jugaklah menunggu sebelum Umar menjalani DMSA tu. Sebelum masuk ke bilik scan tu, Umar telah diberi ubat tido supaya dia tenang bila process tu dijalankan. Tenang jer dia tido sambil petugas tu menjalankan tugas mereka.
Pas semuanya selesai, kami menaiki shuttle yang telah disediakan oleh pihak GHKL ke Jabatan Day Care kat Pediatric utuk buang line. Sampai sana dia xnak buang sbb Umar tengah tido..angah apa lagi kejutkan Umar...Mamai2 Umar kene buang line yang dah disetkan pada dia.Result dia 2 minggu lg ...Tunggu jerlah.




Monday, 4 January 2010

Umar masih tak berapa sihat lagi

Ehm...Umar masih x berapa sihat lagi tapi pagi nie angah tetap hantar dia ke taska sebab dia masih aktif malah lebih aktif dari semalam. Apa yang dah angah tersilap makan agaknya sampai dia kene cirit birit dari hari Jumaat lagi. Sian sangat tengok dia, batuk lagi..Batuk tu dia dapat dari AbangNgah dialah. Ummi dia dah kata jangan dekat ngan adik sbb awak batuk..nie x suka sangat nak main ngan adik dia tu. Harap dia okaylah ari nie...

Sunday, 3 January 2010

Macam tak percaya jer

Alhamdulillah...kita dah masuk ketahun baru 2010 dan Insya Allah esok anak2 dah mula bersekolah semula. Semuanya dah siap..baju sekolah angah belikan seorang sepasang jer. BUkan apa sebenarnya..angah nak ajar Harraz ngan Salam berjimat. Gunakan apa yang ada sehabis mungkin. Angah selalu ceritakan kesusahan angah masa kecik2 dulu, so depa tu paham. Walaupun suar sekolah Harraz dag terkoyak lututnya sbb jatuh masa bermain, dia tetap redha dengan ketentuaan yang Ummi ngan Ayah dia dah tetapkan.
Insya Allah angah kene uruskan depa esok sbb suamiku tak dapat nak cuti. Maklumlah.. isteri dia yang tersayang niekn jenis independent, selalulah dia tai chi mana yang bleh dia tai chi..x kisah pun sbnrnya..dah biasa bah..Malas nak pening kepala berbalah2 sapa punya tangungjawap. Ada jugak kawan2 lelaki angah kat suami angah beruntung dapat isteri cam angah sbb x berkira ngan tangungjawap yang berlebih diberikan pada angah...alah..benda kecik jer tu, setakat hantar anak g sekolah pd hari pertama dia pastu ambik dia dari sekolah...cuma yang angah rasa maleh nak buat sok ialah aturkan van sekolah Harraz. Ehm...sesiapa yang tahu kawasan jam kat Keramat tu pas kul 6:30 mesti daia x nak lalu kat jalan tu. Bukan apa sebenarnya jalan kat bengkel Mara tu jadi sesak sebab ibu bapa student Al-Amin tu jemput anak2 diaorg. Cumalah ajar anak2 diaorg tu naik bas @ van ker..kurang skit kesesakan lalu lintas kat situ. Disebabkan esok adalah hari pertama persekolahan, terpaksa jugaklah angah g jenguk dan ajar Harraz naik van yang mana satu...takut tersalah naik van jer. Mintak2 semuanya selamatlah besok...

Friday, 1 January 2010

Back to normal

Alhamdulillah...hidup angah dah back to normal sbb laptop ku sudah dihantar ke pomen utk diformatkan semula dan semua virus2 yang x diperlukan dah dinyahkan dari hard disk ku ini...Terima kasih suamiku...cewah...Anak2 semua pun dah ada kat rumah..meriah smula rumah sngah ngan leteran angah ....