Tuesday, 17 September 2013

Penipuan macau scams

Penipulah kalau aku kata aku tak sedih kerugian wang sebanyak rm2383.40 dalam tempoh masa 2 jam tapi apa aku boleh buat sebab menangis air mata darah sekali pun aku tak dapat smula duit aku tu. Ha... Aku dah terkena dengan sendikit macau scam yang menipu atas tanpa kita sedari. Asalnya aku dapat panggilan dari TM net kononnya aku punya hutang sebanyak 3.8k. Kononnya aku telah membuka akaun uniffi di cawangan TM Ampang Point pada 4/6/2013. Huhuhu..masa tu aku panik sangat sebab aku bimbang aku punya data peribadi dah disalah gunakan oleh pihak MBF sebab depa kata akaun uniffi tu dipohon atas nama aku melalui pemotongan master kad. Tapi dalam masa tu juga, aku jadi lemah matematik sebab aku x perasan yang jumlah hutang yang dia bgth aku tu tak sama dengan jumlah yang patutnya aku berhutang dengan TM sebab kalau tak silap aku masa tu dia kata aku ambil package yang bernila rm 240. Kalau diikutkan kiraanya tak sampai 3.8K dalam masa 3 bln... Apalah lemah sangat matematik aku ari tu.
Depa suh aku call 1 no ni..alamak aku lupalah apa no dia tapi dia bermula dari no +03275..... Macam tulah. Dia kata ni no bank negara. Aku pulak tak siasat sebabnya macam confident je dia cakap . Than aku call, tapi dia suruh tinggalkan no phone sebab talian sibuk masa tu ( polis kata, memang tali internet takkan bertahan lama kalau kita yang call dia tapi bila dia call kita, tali akan stabil). Nak dijadikan cerita..depa call aku dan ambik segala maklumat aku untuk menjadi bahan kes siastan. Dalam masa yang sama,depa tanya tentang akaun bank aku. Kat situ aku dah syak sebab setahu aku bank negara tahu semua maklumat kita. Aku tanya depa tentang kemusykilan aku tu, depa kata saja nak tengok tally tak ngan maklumat depa. Yang aku confident ngan depa ni sebab depa tahu no ic lama aku..sedangkan kita jarang guna.. Ehm..
Pastu depa kata akaun aku kena bekukan selama 3 hari untuk tujuan siasatan.. Hahaha.. Bodoh betullah aku ni sebab masa aku cakap, takpelah kalau nak beku pun sebab aku ada duit nak makan. Than dia cakap " eh... Tak boleh.. Tak boleh" masa tu pun aku masih tak sedar lagi yang depa tengah usaha nak tipu aku. Ehm..depa suh aku keluarkan duit dalam bank islam aku dan masukkan dalam maybank, aku yang bagai dicucuk hidung keluar rumah tanpa izin suami aku yang ketika itu sedang bekerja. Aku mengikut arahan depa. Yang menjadia aku lebih yakin masa tu,secara kebetulan atm kad aku tak boleh guna masa aku cuma nak masukkan duit aku melalui mesin deposit kat atm maybank. Lepas aku call 'Adam' tu semula, kad aku boleh digunakan...tapi kat mesin atm yang lainlah (menurut kata bank, sometimes atm tu tak boleh baca kad kita, cuba kat atm lain). Pas masukkan tu, aku relaxlah..dan aku beredar dari atm tu sebab aku ingat takde apa lagi. Biarlah dia bekukan duit aku tu.
Ianya tak berhenti disitu sahaja, aku dapat panggilan dari Adam lagi yang mengatakan aku perlu menukar no pin aku, aku yang tak berapa nak bijak mengikut arahannya di mesin atm. Tapi aku perasan transaksi yang aku buat tu adalah transaksi untuk pemindahan wang melalui MEPS.. Sekali lagi aku diberi hidayah dari Allah tapi aku menafikannya..huhuhu. Yang aku jadi lagi sedarbila keluar nama Junaidi bin xxx. Aku tanya kenapa keluar nama ni... Dia kata tu adalah nama pemengah amanah untuk akaun aku tu...
Aku balik rumah dan aku sedar yang aku telah tertipu.. Aku buat panggilan pada mayabank service centre.. Depa pun kata aku dah tertipu dan aku tak boleh buat apa... Aku menagis sekejap tapi tak lama sebab aku cuba berfikiran positif mengatakan Allah sedang mencuci wang kotor ku.. Aku redha...kifarah bagi ku