Sunday, 20 July 2014

Itulah takdirNYA

Itulah qada dan qadar dari Illahi. Segalanya adalah ketentuan yang Maha Esa. Kejadian MH370 masih belum terjawap, sekali lagi negara kita ditimpa 1 lagi musibah. MH17 yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak oleh peluru berpandu yang tidak pasti milik siapa dia kawasan bergolak di Ukrein bersempadan dengan Rusia. Kedua-dua pihak sedang menunding jari dan menyalahkkan pihak lawan sebagai dalang kejadian tersebut.
Aku dan suamiku baru aje berbual mengenai nasib MH370 sehari sebelum kejadian yang menimpa nasib MH17. Pagi esoknya ketika sahur, kami terkejut dengan berita yang telah meragut hampir 300 nyawa ni. Bila kita fikirkan..apakah salah mereka sehingga mereka ditembak jatuh. Tapi siapa kita untuk mempertikaikan takdirNYA. 

Tuesday, 1 July 2014

Boleh tak ummi?

Ragam anak-anak kadang-kadang buat kita tertawa seorang diri bila kita kenangkan semula diwaktu senggang kita. Aku tak terkecuali...lebih-lebih lagi aku punya 3 hero. Fuh...letih aku nak melayan mereka tak kala aku mengambil mereka dari taska. Berbagai soalan dan cerita yang kena aku dengar dan kadang-kadang mereka kena juga dengar cerita berirama aku ..aka bebelan aku sepanjang perjalanan kami untuk pulang ke rumah. Bukan jauh pun rumah kami...kalau takde kesesakan lalu lintas, dalam 5-10 min sampailah. Jadi tak lamalah aku atau mereka terpaksa menadah telinga.
Petang tadi Abdul Salam merayu-rayu untuk tidak berpuasa pada esok hari. Alasan yang dia bagi sebab penat. Sian pulak aku dengar, tapi dia dah darjah 4 dan dia memang dah dididik untuk berpuasa penuh sejak berusia 6 tahun lagi. Tiba-tiba lak taknak puasa esok. Musykil aku. Pastu tanya, klu keropok simpan lama basi tak? Pulak dah. Apa lah kena ngan anak den sorang ni.
Selepas berbuka puasa, dia tanya lagi..keropok basi tak. La...rupa-ruanya dia terlupa nak makan jajan dalam goody bag yang dia dapat minggu lepas.. Sabar jelah ngan anak den sorang ni. Pasal tu rupanya.angah..angah