Setelah hantar Umar ke sekolah, kami terus membuat laporan polis di UTC Pasar Keramat. Ehm... Pihak polis minta geranlah pulak. Kami cuba menghubungi pihak bank yang kami membuat pinjaman. Syukur mereka mudah memberi maklumat yang diperlukan. Apa lagi, ke Klanglah kami ambik geran kereta. Sebelum itu, aku buat panggilan kepada pihak pengurusan blok Menara Merak Kayangan untuk mendapatkan rakaman cctv malam tadi.
Rupanya senang nak ambil geran kenderaan di pihak bank, tak banyak soal pun depa. Terus bagi, janji owner yang pergi minta. Alang-alang dah sampai Klang, suami aku apa lagi... Tukar tayar Myvi lah dia sebab tayar kereta tu memang tunggu harinya.
Selesai urusan di Klang, kami terus balik ke Keramat sebab kami dapat panggilan telefon dari Sarjan yang in charge case kami ni untuk buat laporan siasatan di balai Polis Jalan Pudu. Laparlah pulak perut ni sebab dari pagi tak makan. Sampai je kat kedai makan, kami terima panggilan dari jiran kami pulak yang dah tengok cctv tu dan mengatakan kereta yang digunakan untuk mengambil kereta kami tu ada di hadapan sekolah berhampiran dengan rumah kami. Kami pun apa lagi, terus cari kereta tu. Dari pengamatan kami, kereta tu pompuan yang punya. Kami tak sampai hati nak pancitkan tayar kereta tu sebab kami takut kami salah kereta. Tapi dijadikan cerita, lepas kami tengok cctv tu, sah memang kereta tu digunakan untuk mengambil kereta kami. Tapi nak buat camne, kami balik dari ambil anak dalam pukul 5 lebih, kereta tu dah takde kat situ.
Kami redha dengan ketentuan Illahi. Hanya sampai disini sahaja DIA meminjamkan kemewahan itu pada kami. Tiada daya kami untuk melawan kehendakNYA