Ingin angah kongsi bersama dengan kalian dengan sedikit ilmu yang angah dapat di majlis Taa'ruf ketika menghantar anak sulung angah di SRAAKL iaitu mendidik anak dengan cara Luqman Al-Hakim.
Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan menanamkan ke dalam jiwa mereka
4 perkara iaitu:-- Aqidah yang sejahtera
- Ibadah yang sebenar
- Akhlak yang mulia
- Menjauhi dosa-dosa
Berdasarkan 4 perkara penting tersebut Luqman Al-Hakim telah menasihatkan anaknya dengan 10 perkara seperti berikut:-
Hai anak ku yang tercinta;
- Janganlah kamu MENSYIRIKKAN ALLAH
- Bersyukurlah kepada ALLAH
- Berbaktilah kepada ibu bapa
- Taatilah kepada ibu bapa dalam perkara yang dizinkan ALLAH
- Lakukan amal-amal soleh disetiap masa
- Dirikanlah solat
- Serulah manuasia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran
- Bersabarlah dengan apa yang menimpa kamu
- Janganlah kamu menyombongkan diri (Takabbur)
- Bersederhanalah kamu ketika berjalan dan lunakkanlah suara kamu ketika bercakap
Akhirnya semalam jadi jugak kami semua kuar mkn ngan mak n abah. Kami kuar 3 kete, angah, dikta n Ila. Along dia balik kg K'long kat Serting. Mula2 nak g mkn kat Pizza kononnya tp sbb budget ciput pastu dikta sebagai pembelanja bawak kami kat kedai sate kajang Haji Samuri kat blakang Giant Senawang... Penuh... 15 minit gak kami tunggu nak dapatkan tempat tp mcm biasa org melayu klu dah habis makan mesti nak sembang punya, nampak gayanya klu nak mkn kat situ ntah kul berapalah kami nak dapat tempat sbb nak dapatkan meja utuk 15 org bukan senang. Disebabkan ada 2 org yg sedang mengandung, abah cadangkan kami mkn kat tempat lain.Ateh apa lg "jom kita g mkn kat R & K sate, situ banyak tempat"...Maleh nak pikir, jom....
Sampai kat R & K sate, cepat2 angah g cari 3 biji meja utk dirapatkan... dpt..Macam2 air diorder... order air epal susu yg dapat susu ais, mintak milo ais yg dapat air milo yg mcm harga milo mengalahkan harga emas dipasaran, ciput sgt milonya... abah n mak gak dpt apa yang diorg nak, tea o n teh halia.... Walaupun kami x berapa dapat apa yang kami nak tp kemeriahan keluar mkn bersama2 tu yang sebenarnya yang kami cari... meriah sungguh..
Ehm... Busuknya... pregnant kali nie mmg angah x tahan ngan bau. Semuanya berbau busuk sehinggakan bau nasi yang tengah nak kering tu pun angah xleh nak tahan baunya, tp kuatkan semangat jugak masak utk 3 org hero nie. Alahan bau... malam xder langsung selera mkn...Harraz mkn ice-cream pun angah suruh dia g duduk jauh2 sbb busuknya...... X tahan dengan baunya... sian lak ngan anak2kan x dapat nak bermanja ngan ummi dia tp nasib baik depa semua tu dah besar, depa paham dalam perut ummi ada baby.
Insya Allah esok kami nak balik kg angah kat Rantau. Dikta nak belanja makan malam sempena b'day abah sebulan lepas. Bukan sengaja lambat blanja abah tp sbb budget xder masa tu tu yg tunda sampai sebulan tu. Gomenkan dapat gaji +bonus bulan nie. Tp angah risau gak nie takut tak lalu nak mkn nanti sbb malam mmg angah xder selera nak mkn. Td angah sms kat ana, minta dia sampaikan hajat hati nak mkn kuih talam tepung kat mak. Ehm... x sabar2 nak balik esok sbb nak berkumpul ngan adik beradik angah yang mmg duk dekat2 ngan mak jer. Cuma angah jer yang duduk jauh dari mak... Lepas beli kelegkapan harraz kat skolah Al-Amin sok baliklah kami ke kg....
Lama dah x jenguk blog, maklumlah dah x larat sgt nie lagipun asyik 3 hero tu guna laptop nie, langung x bagi peluang kat angah nak guna. Bila ada peluang angah pulak main game.ehm... nak tenangkan fikiranlah kononnya.
Act. on 14th ari tu angah buat pregnancy test sendiri kat rumah selepas angah rasa x sedap diri, mual2 pening2...Alhamdulillah, resultnya menunjukkan +ve.Angah pregnant 3rd baby...check online calender dah 6 minggu. Syukur pada Allah sbb Abdul Salam pun dah 4thn, dah tibalah masanya dia nak dpt adik...
Semalam angah g jumpa utk 1st check up-lah kiranya kat Poliklinik Kotaraya kat Melawati, dah mmg semua anak angah check up kat sana. Act. even angah pregnant la nie, still got spot bleeding. Risau jugak, sapa x risau...Doc takut dan bimbang sbb kemungkinan itu adalah tanda2 keguguran.... Ehmm tulah klu angah keje tu mmg x ingat dunia, angkatlah benda berat2 kat line tu. Tp doc kasi hormon nak kuatkan kandungan. Dia bg 5 ari punya stock, klu still bleeding, "please refer to hospital okay.... Saya harap semuanya selamat"katanya. Dia x bagi angah buat keje berat... Nasib baik kami tengah dicutikan...
Dalam masa yang sama ada juga berita yang x mengembirakan bagi kami sekeluarga, Texas Instruments tempat angah bekerja selam 9 thn tu terpaksa bercuti dari 24th Dec until 2nd Jan next year. No demand katanya. Biasalah 10 thn skali akan terjadinya kegawatan ekonomi lebih2 lg for US company. Kami sekeluarga redha. Lagipun dah tiba masanya nak berehat.
Hari ni my hubby dah selamat balik kg dia di Kuala Terengganu dgn menaiki bas. Kami sekeluarga hantar dia kat Hentian Putra. Asalnya nak hantar naik train jer sbb act. my hubby x brapa percaya ngan angah untuk drive kete untuk balik dari Hentian Putra ke rumah kami kat Keramat. Tp ntah camner dia terus jer drive ke Hentian Putra, wah... cuak jugak angah sbb betul ker nak drive dari sana balik ke rumah. Boleh kot.. My hubby said " Alah macam x biasa jln kat KL nie, nama pun dulu blajar kat KL..." Ehmmmm dulu naik moto pemandangan luas skit tp cuba jerlah, klu sesat pun still dlm KL lg. Tgk meter minyak, separuh... okay lg...
Lebih kurang jam 10.25 bas ke Kuala Terengganu bergerak menuju ke destinasinya... Penat anak2 angah melambai ayah dia siap jerit2 lagi " Ayah... nanti kita jumpa lg yer..." Abdul Salam, mmg mudah terpengaruh ngan citer dalam tv. Dailog drama-lah tu..
Ehmm... Angah dah start drive nak menuju ker Keramat dari Hentian Putra... Camner ek... Bukan x biasa cuma takut ada jln yg dah berubah, maklumlah dah dekat 9 thn x g chow kit nie.Tawakaltullah...anak2 angah lak banyak cakapnya dalam kete. Nasiblah depa nak pakai seat belt, klu x mau dia nak bercakap kat telinga ni agaknya.
Angah bawa kete ari tu slow je, 50km/hrs sbb takut terlepas simpang nak ke Kg Baru....Akhirnya nampak jugak simpang tu, angah belok kanan pastu cepat2 ambik kiri sbb nak g bulatan pahang...ehmmm akhirnya berjaya gak sampai kat Jalan Tun Razak. Sampai situ dah x kisah dah...
Alahmdulillah... sampai jugak angah ke Menara Merak Kayangan dengan selamatnya hari tu... Keesokan paginya pula tugas angah g jemput my hubby kat Hentian Putra... Okay jugak..tu
Dimulakan dengan Bismillah angah cuba melayan blog ari nie.
Asyik-lah baca blog orang teringin lak ada blog sendiri... Baru nak berjinak2 untuk kongsi cerita dgn org lain... Harap jumpa lg