Wednesday, 31 December 2008

Mendidik anak dengan cara Luqman Al-Hakim

Ingin angah kongsi bersama dengan kalian dengan sedikit ilmu yang angah dapat di majlis Taa'ruf ketika menghantar anak sulung angah di SRAAKL iaitu mendidik anak dengan cara Luqman Al-Hakim.

Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan menanamkan ke dalam jiwa mereka
4 perkara iaitu:-
  • Aqidah yang sejahtera
  • Ibadah yang sebenar
  • Akhlak yang mulia
  • Menjauhi dosa-dosa
Berdasarkan 4 perkara penting tersebut Luqman Al-Hakim telah menasihatkan anaknya dengan 10 perkara seperti berikut:-

Hai anak ku yang tercinta;
  1. Janganlah kamu MENSYIRIKKAN ALLAH
  2. Bersyukurlah kepada ALLAH
  3. Berbaktilah kepada ibu bapa
  4. Taatilah kepada ibu bapa dalam perkara yang dizinkan ALLAH
  5. Lakukan amal-amal soleh disetiap masa
  6. Dirikanlah solat
  7. Serulah manuasia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran
  8. Bersabarlah dengan apa yang menimpa kamu
  9. Janganlah kamu menyombongkan diri (Takabbur)
  10. Bersederhanalah kamu ketika berjalan dan lunakkanlah suara kamu ketika bercakap

No comments: