Ehmmmm...angah nie bukanlah pandai sgt memasak tp angah suka memasak lebih2 lg puding. So kat sini angah nak kongsi resepi2 yg menjadi kegemaran family dan kwn2 angah...
Bahan-bahan:-
1/2 tin susu sejat
1/2 bungkus agar-agar yang kecik tu
Agar-agar segera Nona- masak siap2 sbb nak potong dan dimasukkan dalam puding nanti
1 sudu kecil isin Vanilla
Gula secukup rasa
Cara-caranya:-
1. Masakkan agar-agar dengan air- pandailah nak sukat air tu
2. Setelah agar-agar tadi masak, tapis ia ke dalam susu sejat
3. Masak susu sejat+agar-agar td sehingga sebati dan masukkan gula
secukup rasa
4. Last sekali masukkan isin vanilla
5. Tuangkan di dalam bekas- talamlah kot sbb angah biasa tuang dlm
tupperware yg mmg angah khaskan utk buat puding
6. Potong agar-agar segera Nona yang dah dimasak siap2 td, klu x nak
masukkan sumi jelly pun okay
7. Sejukkan than potong untuk dihidangkan ...
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment