Monday, 28 September 2009

Hari pertama bekerja setelah lebih 2 bulan bercuti


Penatnya rasa ari nie...yerlah dah bulan duk kat rumah, pastu kene keje lak ari nie. Masuk jer keje kene terus masuk gear 3. Ehm.... Ngan anak2 lg.Nasib baik diaorg bangun awal pagi tadi, klu x tahulah macamana angah nak handle agaknya....

Thursday, 24 September 2009

Persediaan untuk mula bekerja dan bersekolah untuk anak2

Check semua benda dah ada ker belum....?
  1. Botol minuman untuk Harraz ngan Salam - Baru beli kat JJ tadi.
  2. Botol susu untuk Umar - Ada 8 botol ( untuk dikitar selama 2 ari)
  3. Bekas plastik untuk letak susu perahan - Ada 100 keping
Ha... semuanya yang penting2 dah ada. Harap2 angah x kalutlah masa hari pertama bekerja nanti. Bukannya x pernah mengalami semua nie sbb anak angah pun dah masuk 3 tapi kali nie pertama kalinya angah kene handle mereka semua bersendirian masa ayah diaorg keje pagi. Keje malam pun kene handle sendiri jugak cuma klu nak g taska tu ayah depa bleh antarlah. Klu x... nampak gayanya kelam kabutlah angah. Insya Allah angah bleh handle.


Cakap pasal botol air untuk Harraz ngan Salam, tadi angah belikan botol biasa jer kat JJ sbb dah berapa banyak tupperware yang diaorg tinggalkan kat skolah pastu x jumpa cari pada keesokkan harinya. Tapi yang menarik minat angah pada product Bros nie, free BPA katanya. Klu ikut harga dia lebih kurang harga tupperware jer. Harap2 betullah... Untuk my lovely hubby lak angah belikan dia bekas air seramik dari claytan. Memang angah nie menjaga kesihatan keluarga betul gamaknya. Bekas air seramik tu untuk isi air panas masa dia keje malam nanti. Dia nak buat puasa 6 katanya. Angah sebagai isteri kene menyokong dia dari belakang... Tapi yang menarik product claytan nie dah mendapat mengesahan Halal. Nie gara2 product seramik dari China yang mengunakan tulang babi.

Plastik bekas letak susu perahan... macam nak perah susu lembu lak-kan... hehehe..x tahu nak guna perkataan apa. Kira okaylah tu. Angah beli kat website nie sbb angah banyak gak baca kat forum2 yang mengatakan product nie selamat digunakan. Tapi susu2 yang angah perah sebelum nie, angah letak dalam container yang isi dadih. Dah ada 17 container semuanya yang boleh bertahan selama 3 bulan. Tp tadi angah ada terbaca dalam 1 forum yang mengatakan susu ibu yang dah defrost x bleh tahan lama. So angah kene habiskan susu tu cepat, tapi angah kene kasi 1 hari 1 jer susu yang angah bekukan tu dan lagi 3 botol susu segar yang hanya disejukkan di bahagian general compartment supaya balance khasiat susu ibu itu. Macam2...tapi yang pastinya angah nakkan yang terbaik untuk yang tersayang.

Wednesday, 23 September 2009

Ganti puasa

Alhamdulillah...dah 2 hari angah berpuasa untuk mengantikan puasa angah untuk tahun nie. Suami angah suh ganti pelan2, dia suh buat hari isnin dan khamis tp angah rasa angah suka buat masa angah cuti kat rumah. Minggu depan angah dah start bekerja, takut penatnya.

Semalam angah berbuka ngan masak lemak cili api sardin jer sbb lauk dalam peti xder. X kisahlah lauk apa pun, janji perut kenyang. Petang tu angah ajak suami angah g beli lauk. Dia bawa kami g Giant Taman Permata. Selalunya g JJ Au2 tp agaknya dia nak beralih angin kot so dia bawalah kami ke Giant lak. Sampai kat sana...terbeliak mata ikan2 dia...terburai2 perut sotong dia pastu udang kebanyakkannya kehilangan kepalanya. Eeeee...sungguh tidak segar lauk2 kat sana smlm. Nak buat camner...akhirnya kami balik ngan sayur-sayuran jerlah.

Menu berbuka puasa angah ari nie pun simple jer sbb ketiadaan ikan segar kat Giant semalam. Kedai runcit pun x buka lg... Xperlah bak kata angah td..janji kenyang. Tapi yang pastinya cheese cake yang angah beli kat giant semalam best..mmg best. Sebenarnya angah minat makan cheese cake sejak mengandungkan Harraz. Ini semua angkara strawberry cheese cake yang TIM jamukan pada group TPM. Kak Fiza sebenarnya mengandung jugak masa tu dapat sepotong cake tu dari kawan kami, Shariman. Kak Fiza panggil adik dia nie join merasa sekali cake yang tak seberapa tu...Ehmmm sedapnya. Sejarah group makan2 angah meraikan b'day kawan2 dalam group tu jugak berpunca dari cheese cake dari hotel Renaissance tulah. Sanggup Abg Sham g hotel tu untuk belikan kek tu semata2. Baik sungguh hati dia... Allah permurahkan rezeki dia sampai dia menang kete BMW 3 series bagi cabutan bertuah untuk SSP BSN.

Monday, 21 September 2009

Raya lagi....

Alhamdulillah...merasa lagi kami sekeluarga beraya sekali lagi tahun ini. Raya bagi kami adalah menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa ... mungkin tidak sesuailah bagi angah perkataan sebulan tu tp yang penting raya tetap raya walaupun tahun nie x semeriah mana. Maklumlah abang ngan 2 orang adik angah beraya di rumah mertua masing2.

Yang tak meriahnya hanya dipagi raya tp malam raya tu rumah mak kene serang dek anak buah dia ngan adik2 dia means sepupu angah ngan makcik2 angah. Peh... lotih makngah melayan anak2 sedara makngah nie. Suami angah terus x nampak batang hidung...duk kat luar jer dia sbb dia xleh masuk sangat dengan suasana kemeriahan kami. Anak makngah semuanya balik sini walaupun nenek takder. Makngah mmg balik kg sbb arwah pakngah dah xder jadi dia balik kg sebab nak lawat kubur arwah suami dia. Anak makngah jer penuh hall mak..maklumlah rumah kecik. Pastu anak buah dia dari Linggi mai lagi 2 kete, maklumlah sepupu angah dah besar2 jadi waktu rayalah datang menjemput ke majlis mereka. Ada yang nak bertunang pastu ada jugak yang nak berkahwin.

Mereka semua makan malam kat rumah. Mak masak lemak cili api udang galah pastu makcu lak bawa pajeri nenas di tambah pulak ngan rendang ayam ngan daging...fuh..klulah ada ikan masin semalam mesti lagi best. Alhamdulillah....habis nasi yang Ana masak semalam. Baguslah x membazir.

Yang paling meriah lagi waktu nak berpisah...mereka nak balik. Bukan apanya yang meriah... mak ngan bapak budak yang beratur nak duit raya...kecoh masing2. Bukan selalu pun sekali setahun tu pun jarang kami semua dapat bersama macam nie. Kami sepupu mmg rapat sebab usia kami selang setahun pastu sebelum makngah pindah Tanjung Malim dia mmg duk kat Rantau, jadi sepupu2 angah tu mmg duk kat rumah neneklah selalunya.

Pas diaorg semua balik, angah ngan adik2 angah g serang lak rumah adik tiri abah kat Linggi. Sampai jer kat rumah Pakjah angah nampak banyak sangat lak kete. Macam x best jer bila tahu ramai orang kat rumah pakjah... Rupanya 2 kete dari rumah mak tadi ikut skali g rumah pakjah. La...bersambung semula kekecohan kami kat sana. Rasanya yang paling kecoh malam tu angah ngan makcu Manis. X menang gusi kami tergelak. Nasib baik suami angah x marah angah buat perangai. Dia nak marah pun xleh gak sbb dia pun tahu perangai isteri dia dah mmg camtu. Nasib baiklah Umar baiknya semalam...dia pun paham. Tapi dalam2 kemeriahan raya semalam, 1 gambar pun x sempat nak ambik... hampa rasanya...

Saturday, 19 September 2009

Selera ramadhan

Penat sungguh menunggu hero2 angah nie g gunting rambut sbb angah ngan Umar dah siap nak balik kg nie. Tahun nie balik Rantau jer sbb TI x bagi employee dia cuti lama2 walaupun tahun nie patutnya turn balik Bukit Tunggal, Ngganu.

Insya Allah hari nie hari terakhir kita berpuasa untuk tahun nie. Tahun nie yang angah nampak Harraz berselera makan waktu berbuka. Dan pada bulan puasa nie jugaklah kami tahu apa kuih kegemaran dia sampai 1 tahap ayah dia panggil kuih pulut serunding tu kuih sako dia sbb angah pun suka sgt kuih tu. Tiap2 hari dia minta ayah dia beli kuih sako dia. Dadih lagi 1 makanan yang x penah miss dia makan untuk berbuka puasa, coklat untuk dia perisa strawberry untuk Salam. Seminngu terakhir nie dia dah mula minat makan popia goreng sampailah semalam dia sorg jer mkn 5 biji popia goreng..tu belum kuih lain tu. Tapi dia x makan nasi waktu berbuka, dia hanya makan kuih2 jer.Kadang2 angah pun terikut ngan dia klu ayah dia keje malam sbb xder teman nak makan.

Angah lak mmg x miss kuih beronok...sebenarnya beronok tu bahasa org ngganu tp mak angah yg panggil kuih sagu. Pastu klu ada kesempatan suami angah akan belikan angah popia basah. Dalam tahun nie merasa gaklah sekali makan popia basah yang kene ambik no dulu tu.

Abdul Salam ngan ayah dia selalunya makan jer apa yang kami makan sbb diaorg tu selera antarabangsa, On jer...



Friday, 18 September 2009

Al-Kisahnya Umar Zuhdi

Hari Isnin ari tu sekali lagi air kencing Umar kene ambik melalui mencucuk jarum terus ke pundi kencingnya. Sian lak bila tengok kapas bertampal kat bawah perut dia tp untuk dia kami redha. Than, hari rabu ari tu sekali lagi kami ke HA untuk review air kencing yang diambil ari tu dan Alhamdulillah e-coli tu dah xder. Doc kata yang antibiotik yang Umar makan tu dapat menghapuskan bakteria jahat tu yang keje dia suka makan pundi kencing. Tapi dalam masa yang sama doc tukar lagi antibiotik lain sbb takut badan Umar dah imune ngan antibiotik yang ari tu.

Masa dalam bilik doc ari tu,macam2 angah ngan suami angah tanya tp yang tak tahan tu ada ke patut suami angah tanya jadi kes mahkamah @ polis x sekiranya kami x ikut procedure yang doc telah tetapkan. Tergamam doc tu sekejap ... mana xnya suami angah tanya camtu sbb mula2 tadi doc kata e-coli tu dah xder pastu doc kata Umar kene follow up kat HA at least sampai umur dia 2 tahun. Dalam masa yang sama doc kata Umar kene datang smula untuk buat Ultra sound and kene lak refer ke HKL untuk buat DMSA. Yang sebenarnya suami angah tu dah bosan ngan sistem spital kerajaan nie yang kene tunggu lama bila nak buat sesuatu. Biasalah perkhidmatan yang murah mmg kene sabar skit. Kelakar muka cuak doc tu tp angah berjaya gak menerangkan pada suami angah kenapa doc buat camtu...

Ultra sound yang Umar kene buat tu sebenarnya nak tengok pundi kencing dia. Than DMSA tu pulak nak tengok kidney dia. Tp mcm mana ujian dia angah x pasti lg.... Tp temujanji dia bulan 11 nanti tapi doc kata dia mcm kene scan gak. Apa2 jerlah dik...asal adik sihat ummi ikut jer

Thursday, 17 September 2009

X sabar lak nak raya rasanya

Rasa macam x sabar lak raya rasanya tahun nie..almaklumlah keluarga angah dah bertambah lagi sorang untuk raya tahun nie. Tapi tahun nie patutnya turn Ngganu, kami balik Rantau jer sebab suamiku yang tercinta kene keje pada raya ke-2 tu. Keje malam lak tu so pagi raya ke-2 tu kami sekeluarga dah kene balik KL. Nasib baik sehari sebelum raya dia dapat cuti. Nie ambik EL sbb hantar kete g servis kat Ukay Perdana. Almaklumlah kete kami tukn kete antik so kene belai lebih2 skit walaupun balik beraya dekat jer. Manalah tahu abah ajak g rumah Pakngah kat Bukit Jalur, mau menangis klu x servis kete. Macam2 nak buat ngan kete tu... huhuhu... ntah brapalah kenenya kali nie.

Pagi tadi skolah Harraz ada buat majlis Khatam Al-quran, so dia skolah pagi jer. Abdul Salam lak x bawa beg g skolah ari nie sbb cikgu dia ajak buat kuih raya. Balik tadi dia bawak balik kuih cornflake madu. Terkeliur Harraz tengok Salam makan. Nasib baik dia baik, dia tinggalkan untuk abg dia untuk makan waktu berbuka nanti. Harraz buat setakat nie baru tinggal puasa 2 hari. Sehari masa balik dari rumah mak dengan alasan waktu sahur dia x makan nasi. Mana xnya dia klu bersahur mudah jer, nasi+kicap manis kipas udang+serunding daging...laju mknnya tapi kat rumah mak xder kicap manis tu yang x lalu makan tu. Yang hari kedua x puasa tu, angah marah gak ngan dia sbb dia buka puasa kat skolah atas alasan kawan dia belanja minum sirap bandung. Tahun lepas baru sehari jer dia tinggalkan puasa, tahun ni bertambah lak bilangan harinya... Ayah dia kata biarlah janji dia banyak lg berpuasa dari x puasa...maklumlah nie cuma latihan buat dia kerana dia belum lagi di wajibkan berpuasa.

Angah belum lagi kemas rumah sbb asyik ngan membuat kuih. Ari tu angah buat kuih untuk angah pastu kali nie buat untuk mak kat kg lak. Bukan x nak buat sekali tp sbb takut Umar buat hal masa angah buat kuih tu nanti, terbantut mood. Bila buat 1 bancuhan jer sekali, angah ambik masa dalam 2 jam untuk siapkannya. Mudah skit, klu Harraz jaga Umar pun xderlah dia bosan sangat sbb asyik kene panggil ngan ummi jer klu adik dia nangis.

Tuesday, 15 September 2009

Ummi doakan yang terbaik buatmu Umar

Ummi sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu Umar. Bukan untuk Umar sorang jer malah untuk kesemua anak2 ummi termasuk kakakmu Fatin.

Semalam sekali lagi air kencing Umar kene ambik kat HA setelah 2 minggu dia makan antibiotik dan esok lak kene g HA lagi sekali untuk review result kencing dia. Harap semuanya okaylah...Amin

Monday, 14 September 2009

Terharu sungguh rasanya

Yerlah terharu sungguh angah rasanya ngan sorg kakak td yang angah jumpa kat HA masa bawa Umar g ambik urine dia. Masa angah menunggu turn nak masuk bilik procedure, kakak nie baru kuar sambil tolak stroler anak dia kuar dari bilik tu. Angah dengar tersedak2 anak, pastu dia pun duk kat sebelah angah. Angah nak tegur tp x sampai hati sbb takut ada org nie sensetive skit punya anak istimewa nie.

Yerlah ...Amir nama anak dia istimewa sejak dilahirkan. Keadaan dia menjadi semakin teruk setelah diserang sawan sejak usia dia 5thn. Setiap 2 minggu Amir akan datang bersama mak dia ke HA untuk menukar tube kat hidung dia. Tube tu untuk memudahkan Amir minum susu. Sebelum nie Amir sihat kata maknya cuma sejak kene sawan nie badan dia susut sbb bila makna ngan minum melalui mulut, akan keluar smula apa yang dimasukkan ke mulutnya. So demi Amir, mak dia decide untuk bagi mkn @ minum melalui tube. Tp setiap kali tukar tube baru, hingus akan keluar dan menyebabkan Amir tidak selesa.

Tapi...akak tu melayan AMir tu tenang jer dan penuh kasih sayang. Sapa x sayang anak beb. Angah memberanikan diri bertanya pada kakak tu camner bleh jadi camtu. Dia kata yang dia dah tahu keadaan Amir sejak dari dalam kandungan lagi. Doc kat Pusrawi siap tanya nak gugurkan Amir nie atau tidak. Tidak katanya sbb masa tu Amir dah berusia 6 bulan dalam kandungan. Pada awalnya memang dia xleh nak terima berita tu tp bila Amir nie lahir, sayang kakak nie pada anaknya tu tak berbelah bagi. Kakak tu kata mungkin sbb dia ngandungkan AMir dalam usia lewat, 39thn menyebabkan komplikasi nie berlaku.

Selalunya kita tengok citer sedih nie dalam TV jer tp nie bila depan mata, bergenang gak air mata angah. Kakak tu kata kos untuk tangung dia tinggi sbb la nie dia minum susu jer. Susu pedisure yang kecik tu sehari dah habis. Memang costly .... belum diapers dia lagi. Pastu Amir buang air besar x ikut belakang, kene tebuk kat perut. Plastik tu lagi nak kene beli. Nasib baiklah jabatan kebajikan masyarakat ada sumbang RM300 sebulan dan la nie mereka tengah tunggu permohonan dari Pusat Zakat. Angah harapkan pemohonan mereka diluluskanlah...Amin.

Sunday, 13 September 2009

Sungguh lapar mereka itu

Semalam angah rasa cam malas nak masak untuk berbuka, maklumlah suamiku tiada di rumah, so angah ambik keputusan untuk berbuka puasa ngan Pizza Hut jer. Lagipun suami angah yang cadangkan sbb sebenarnya angah nak makan nasi beriani tapi mengenangkan dia guna kete maknanya xderlah nasi beriani. Angah order pizza dalam kul 6:15 so dengan harapan dekat nak berbuka nanti sampailah pizza kami. Yer betul...lebih kurang kul 7, pizza pun sampai. Angah ada order mushroom soup ngan carrabona meatball. Than untuk berbuka angah potong buah tembikai ngan buat satu pitcher air milo untuk angah ngan Harraz dan air rabena untuk Salam. Masuk ajer waktu untuk berbuka, kami memulakan missi untuk menhabiskan 2 regular pizza yang kami order online td ( buy 1 free 1- chruncy pizza). Percaya atau tidak Harraz telah menghabiskan the chruncy pizza seorang diri ..diulangi seorang diri manakala Salam makan 5 keping pan pizza. Angah sempat makna 3 keping jer pan pizza.Ehm...lapar rupanya anak2 angah nie.

Saturday, 12 September 2009

Kuih raya

Tadi baru siap lg 1 kuih raya angah, tart nenas gulung. Start dalam kul 12 td dalam kul 3 siap dah sbb angah buat 1 bancuhan jer. Takut nak buat lebih2 sbb bimbang Umar nangis lak kang. Tp nasib baik ada Harraz ngan Salam tolong jagakan Umar. Tapi sebelum tu angah siapkan susu dulu untuk Umar...senang abg dia suakan kemulut adik dia bila adik dia nangis. Tp disebabkan Umar dah pandai guna pacifier, so abg dia sumbatkan jer kat mulut adik dia tu. Angah nak buat kuih raya pun angah tanya Harraz dulu bleh x sbb dia yg kene jaga adik dia. Macam khamis lepas dia kata xyah buat sbb dia nak g taska. So angah x buatlah.
Ari tu siap dah 2 jenis kuih, kuih tembikai ngan kuih badam. Semua resepi angah ambik kat dalam internet. Sedap jugaklah kata suami angah cuma dia pertikaikan kuih angah comel2 belaka. Entahlah ...angah pun x tahu kenapa angah suka buat kuih comel2. Sama gak ngan kuih tart nie, comel jer sizenya. Senang sekali ngam jer dah habis...
Ada 2 ketul lg butter dalm frezzer tu means 2 jenis kuih lg bleh buat. Harraz suruh buat chocolate chip ngan cornflakes madu. Insya Allah.. Pastu kepek2 ngan kacang2 ingat nak g beli kat kedai pukal kat Melawati tu jer. Maknya pun kene masuk dalam list jugak sbb dia xder masa nak buat kuih raya atau g beli kuih raya tu ..maklumlah tokey chatering untuk mohrey masjid Solok kat Rantau tu.

Thursday, 10 September 2009

streamyx prob


Kenapa angah menyepi terlalu lama....? Sebab streamyx problem kat line angah jer. Entahlah... rasanya macam sepi hdup nie tanpanya ...Cewah. Mintak2 pasnie xderlah dia buat hal lg.

Wednesday, 2 September 2009

Bakteria e-coli

Tadi angah ngan hubby g HA bawa Umar Zuhdi untuk review result darah ngan air kencing dia. Kali nie kami jumpa Dr. Alya yang marah angah x mkn antibiotik ikut jadual masa mula2 Umar dimasukkan ke NICU ari tu. Yang x best dengar dia punya ayat lebih kurang camnielah " Hari tu kita dah ambil sample darah ngan air kencing dia dan maaflah ada bad news skit, kencing baby mmg ada bakteria e-coli sbb kami dah ambil sample kencing dia 2 kali dan kedua-dua result ada bakteria jenis yang sama." Macamtulah ayat dia yang membuatkan angahnya mata senget skit pandang dia.

Angah cuba menenangkan diri angah sbb Dr. tu masih bleh tersenyum dan sbb dia kata kita bleh treat bakteria nie dari merebak dengan cara Umar mesti makan antibiotik. Menurut kata dia yang Umar kene on antibiotik tu selama lebih kurang 2 minggu than sekali lagi air kencing Umar diambil dari pundi kencingnya terus. Angah tanya yang sebenarnya dari mana datangnya bakteria tu sbb menurut kat Dr. Rashidah (last week punya Dr.) yang e-coli tu bakteria yang selalunya dikaitkan dengan najis. Dr. Alya kata tu yang kita kena buat scan pulak keatas saluran kencing Umar hingga ke buah pinggangnya. Dari situ kita akan nampak any abnormalities samaada pada buah pinggangnya ataupun injap/valve pada buah pinggangnnya ataupun air kencing dia yang kotor tu menyebabkan 2 benda tadi bermasalah. Ehm... angah redha.. tenang jer angah dengar. Its okay Umar, ummi ada. Pertengahan bulan Sept nanti kita mai lg HA yer Umar utk follow up masalah nie.

Ada beberapa info yang angah dapat kat dalam internet mengenai bakteria e-coli nie. Jom kita check sama2:-

Agen penyebab

  • Bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia Coli
  • Bakteria ini mengeluarkan sejenis toksin yang tahan suhu panas.

Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini

  • Makanan berasaskan daging seperti burger yang separuh masa
  • Keju
  • Cendol
  • Makanan segera
  • Minuman yang tercemar

Cara rebakan

  • Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna
  • Air yang tercemar
  • Pencemaran silang dari daging mentah kepada makanan yang telah dimasak

Pada pendapat angah sebenarnya Umar terkena jangkitan bakteria nie pun asal dia dari angah kot sbb masa ngandungkan dia angah mmg suka sangat makan burger, steamboat pastu tiap2 hujung minggu angah mesti beli cheese cake.


Tuesday, 1 September 2009

Kuih Raya ...

Sorang lagi kawan angah melebarkan minatnya didalam bidang biz ke arena e-dagang nie. Mira, dia jual kuih raya tu, not bad harga dia. So, saper2 minat nak tempah kuih raya bleh lah layan blog dia ...