Rasa macam x sabar lak raya rasanya tahun nie..almaklumlah keluarga angah dah bertambah lagi sorang untuk raya tahun nie. Tapi tahun nie patutnya turn Ngganu, kami balik Rantau jer sebab suamiku yang tercinta kene keje pada raya ke-2 tu. Keje malam lak tu so pagi raya ke-2 tu kami sekeluarga dah kene balik KL. Nasib baik sehari sebelum raya dia dapat cuti. Nie ambik EL sbb hantar kete g servis kat Ukay Perdana. Almaklumlah kete kami tukn kete antik so kene belai lebih2 skit walaupun balik beraya dekat jer. Manalah tahu abah ajak g rumah Pakngah kat Bukit Jalur, mau menangis klu x servis kete. Macam2 nak buat ngan kete tu... huhuhu... ntah brapalah kenenya kali nie.
Pagi tadi skolah Harraz ada buat majlis Khatam Al-quran, so dia skolah pagi jer. Abdul Salam lak x bawa beg g skolah ari nie sbb cikgu dia ajak buat kuih raya. Balik tadi dia bawak balik kuih cornflake madu. Terkeliur Harraz tengok Salam makan. Nasib baik dia baik, dia tinggalkan untuk abg dia untuk makan waktu berbuka nanti. Harraz buat setakat nie baru tinggal puasa 2 hari. Sehari masa balik dari rumah mak dengan alasan waktu sahur dia x makan nasi. Mana xnya dia klu bersahur mudah jer, nasi+kicap manis kipas udang+serunding daging...laju mknnya tapi kat rumah mak xder kicap manis tu yang x lalu makan tu. Yang hari kedua x puasa tu, angah marah gak ngan dia sbb dia buka puasa kat skolah atas alasan kawan dia belanja minum sirap bandung. Tahun lepas baru sehari jer dia tinggalkan puasa, tahun ni bertambah lak bilangan harinya... Ayah dia kata biarlah janji dia banyak lg berpuasa dari x puasa...maklumlah nie cuma latihan buat dia kerana dia belum lagi di wajibkan berpuasa.
Angah belum lagi kemas rumah sbb asyik ngan membuat kuih. Ari tu angah buat kuih untuk angah pastu kali nie buat untuk mak kat kg lak. Bukan x nak buat sekali tp sbb takut Umar buat hal masa angah buat kuih tu nanti, terbantut mood. Bila buat 1 bancuhan jer sekali, angah ambik masa dalam 2 jam untuk siapkannya. Mudah skit, klu Harraz jaga Umar pun xderlah dia bosan sangat sbb asyik kene panggil ngan ummi jer klu adik dia nangis.
No comments:
Post a Comment