Friday, 23 October 2009

Nak buang sayang

Ari tu angah ada berborak ngan kawan sekerja angah kat ofis pasal nilai seorang isteri setelah lama berkahwin dimata seorang suami yang amat memerlukan belayan. Nampak simple tap bolehlah angah kongsikan bersama apa yang angah dah borakkan dengan abg nie.

Dia kata bila kita nie dah lama kawen, sayangnya seorang suami tu seumpama sayangnya pada barang antik. Sayang bukan sebab benar2 sayang macam mula2 kawen dulu tp disebabkan oleh sayang nak buang. Mula2 marah gak dia cakap macam tu tp bila difikir2kan semula ...yerlah kot. Dah lama hidup bersama, bila xder depan mata xper katanya tp bila org nak ambik..sayang. Lebih kurang camtulah ayat dia. Means klu xder depan mata xper tp yang dia tahu dia masih ada isteri.

Klu kita nak jadi isteri yang betul2 disayangi katanya, kita perlu jaga penampilan serta persembahan kita. Ehmmm...kenapa isteri jer kene buat semua tu ek .. sbb katanya lelaki nie telah mengunakan kelebihan yang Allah bagi pada mereka iaitu talak ditangan mereka dan mereka boleh berkahwen 4. Sungguh gatal mereka ini...Abis tu lelaki x perlu jaga penampilan mereka? Isteri nak jugak berjalan ngan suami yang mantap gitu..yer x?

Bukannya apa pompuan nie rasanya klu dah sayang tu, susah dia nak buang sayang dia @ ada juga orang berpendapat klu pompuan tu dah sayang memang dia sayang betul tapi bila dia dah benci...ehmm x yah cakaplah. Ada orang pesan kat angah dulu klu nak kawen, kawenlah ngan orang yang sayang kat kita...

No comments: