Monday, 16 November 2009

Hujan...

Kat luar tu hujan tengah turun sejak dari tgh tadi....sejuk jer sampai mata pun rasa macam nak terkatup2 jer. Klu angah tido nie mahu sampai kepetang..silap2 hari bulan, x masak lak ptg nie. Angah ada kat rumah nie pun sebab Abdul Salam demam. Sejak semalam dia demam, so angah ambik half day leave ari nie. Angah bawa dia ker klinik tengahari tadi, sejam lebih gaklah kami menunggu giliran untuk berjumpa ngan DOc Munirah. Nasib baik x bawa Umar tadi, klu x kesian dia menunggu. Nia tgh tido ngan sedapnya...klulah bleh join.

Pada 8hb yang lalu, majlis ihtifal untuk kumpulan sekolah tadika Amal telah diadakan di Masjid Wilayah. Tahun nie Abdul Salam tidak menerima hadiah sbb hanya 4 kategori sahaja yang layak naik keatas pentas untuk tahap 1. Dia dah dapat hadiah siap2 masa kat sekolah lagi. Klu x silap sbb dia dah membaca buku anakku 7.

Macam2 ragam yang bleh dilihat kat sana. Suami angah pulak asyik ajer jumpa kawan dia. Umar pulak macam memahami jer yang ummi dia suka jer nak tengok persembahan abang dari Tadika Amal yang lain. Abdul Salam buat persembahan nasyid dengan lagu 123 sayang semuanya dan Children of the world. Kelakar tgk gelagat anak2 kecil di atas pentas...

No comments: