Alhamdulillah...selesai sudah penantian aku beberapa minggu nie. Umar dah selesai menjalani MCUG dia buat kali kedua. Semuanya sebab nak off-kan antibiotik dia. Harap-harap result dia okaylah. Yang pelik tu dan doktor sendiri pelik, bladder dia besar, lama gak nak tunggu benda tu penuh tadi..huh. Tu satu hal, nak suruh dia kencing lagi 1 hal sbb nak tengok sama ada saluran kencing dia berketak tak lagi macam dulu-dulu. Ni semua untuk memastikan kencing dia tidak kotor lagi sebab dah hampir setahun kami berulang ke HA dan antar urine sample dia dan keputusan dia clean @ bebas dari jangkitan e-coli.
Dah kencing puas kami semua memujuk dia kencing tadi, akhirnya kencing jugak Umar. Aku rasa dia rasa perit kot masa nak kencing, yerlah ada tiub yang masuk melalui 'bird' dia menuju ke bladder dia. Masih berbaki sikit air kencing dia tadi, doktor suruh keluarkan tiub tu sebab doktor menjangkakan Umar susah nak clearkan air kencing dia sebab adanya bendasing di tempat yang tak sepatutnya... Umar dibenarkan kencing sendiri di tandas dan berjaya jugak dia mengeluarkan kesemua air kencingnya itu... Wah disebabkan bladder dia yang besar, doktor suspect infection berlaku sekiranya dia tidak dapat mengeluarkan kesemua kotoran dalam pundi kencingnya sekali gus.. Dan ini boleh menyebabkan kuman/ bakteria mudah membiak.
Apa-apa hal pun kita tunggu bulan 2 nanti for next appointment dan doktor pediatric pula akan bagi keputusan untuk off antibiotic ataupun tidak... Ummi dan ayah sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak kami
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik dari kejayaan dalam kehinaan ...
Monday, 14 November 2011
Wednesday, 9 November 2011
Jomlah kita masak
Wah.. dekat 2 bulan tak update blog... penat. Tu yang boleh aku katakan. Penat bekerja sambil menguruskan rumahtangga. Bukan mengelu tapi hakikat yang hanya terluah dalam hati jer (habis yang aku tulis nie apa ...hehehe- saja nak citer). Tapi sejak kebelakangan nie aku suka sangat memasak sampai aku ketepikan rasa penat aku tu. Penat satu hari minggu, aku kena keje.. biasalah minah karan, hujung minggu pun kena keja. Balik dari keje dalam pukul 2 macam tu, aku terus masak untuk makan tengahari walaupun lauknya simple tapi masak gaklah. Dalam masa yang sama aku buat kacang botak... sampai ke petang aku mengorengnya. Malam sebelum tu aku buat popia gulung bersira lada... bestkan bila duduk dapur kalau orang sekeliling menghargai apa yang kita lakukan untuk mereka.
Dah agak lama juga aku memasak makanan malam untuk keluarga aku walaupun aku rasa penat masa balik. Ha.. nak tahu sebab apa? Aku teringin sangat nak jadikan anak-anak aku Hafiz suatu hari nanti... Bila aku teliti antara perkara yang membantu mereka cekap menghafal adalah pemakanan yang cemerlang... AIR TANGAN UMMI ... itu yang aku pegang. Sedaya upaya aku cuba menerapkan konsep tersebut, sampai satu tahap sekiranya kami lupa membeli roti untuk sarapan pagi, aku sanggup bangun awal untuk masak lempeng untuk mereka... Cuma yang pasti aku akan tidak memasak pada hari Khamis sebab ada pasar malam dirumah aku yang menjual siput sedut kegemaran Abdul Salam (yang mana aku tidak tahu memasaknya) dan pada pagi sabtu sebab aku nak makan nasi lemak yang best. Insya Allah hari lain aku akan memasak dan aku nampak dari tingkah laku anak-anak aku agak berubah. Mereka lebih menghargai aku sebagai umminya... yang paling aku suka dengar "ummi masak memang best ...","Terima kasih ummi ..". Cukuplah semua tu menghilangkan rasa penat lelahku seharian... Jadi jomlah kita masak untuk mereka ...

Subscribe to:
Posts (Atom)