Alhamadulillah Allah telah menjemput aku dan suamiku untuk ke tanah sucinya. Kami bertolak ke Jeddah dengan menaiki Asia X dia LCCT bersama 6 orang lagi rakan lain dibawah bimbingan Ustaz Majdi dari
Az-Zuhdi travel. Tak ramai yang pergi under Az-Zuhdi sebabnya dia juga bawa 3 lagi agen lain dibawahnya. Setahu aku yang join kami masa tu dari Safari Haramain dari Bangi, Legend travel dan Amal travel dari Taiping. Dalam flight yang sama ada lagi beberapa agensi lain yang pergi sekali. Tapi yang pasti pakej kami paling murah iaitu RM6100 seorang atas pakej Umarah menyambut Ramadhan.
Perjalanan dari LCCT ke Jeddah memakan masa selama 8 jam tanpa transit dimana-mana. Tapi nyatanya aku memang ditakdirkan untuk mabuk kenderaan. Aku muntah dikala turun dan naiknya kapal terbang itu. Huhuhu... ini menyebabkan mood aku tak berapa bagus... Tapi apabila sampai di lapangan terbang haji di Jeddah...semuanya berubah. Semangat aku kembali semula.. Tak sabar untuk aku melihat masjid Nabawi. Urusan kami di kaunter imigresen berjalan dengan lancar. Tapi cuaca yang panas menanti kami di luar bangunan itu...Namun begitu aku ingat pesan rakan-rakanku supaya menjaga tutur kataku ketika berada disana. Keluar jer dari bangunan itu, kami sim card percuma..sampai 3 keping aku ambik (termasuk suamiku punya) dan kami disedekahkan payung...Sebelum bertolak ke Madinah kami semua mengerjakan solat jamak qasar untuk fardhu zuhur dan asar.
Perjalanan ke Madinah mengambil masa lebih kurang 6jam dan kami berhenti solat jamakqasar maghrib isyak di sebuah masjid yang terletak di perhentian. Tapi aku tak solat sebab aku lapar..Aku makan bekalan yang dibekalkan tadi. Orang lain makan dalam bas tapi disebabkan aku yang masih dalam keadaan fobia muntah, aku decide makan kemudian.
Setibanya di Madinah aku tak sabar untuk melawat masjid Nabawi tapi apakan daya, Ustaz hanya kata kita g masa solat subuh esok. Keesokkan paginya, kami masih tidak tahu bilakah masuknya waktu subuh dan kami lewat untuk bersolat berjemaah di Masjid Nabawi yang terletak lebih kurang 200m-300m dari hotel tempat kami menginap. Akibatnya kami terpaksa berasak-asak untuk bersolat di dataran masjid tersebut bersama-sama dengan kaum lelaki. Ramainya umat Islam yang berebut-rebut untuk merebut peluang berjemaah di masjid baginda Rasulullah SAW.
Pada hari yang sama, kami diarahkan untuk berkumpul di lobi hotel seawal 7 pagi untuk tujuan ziarah sekitar Madinah. Tapi kena ingat pukul 7 di sana dah macam pukul 9 di sini. Dan dalam masa yang sama kami diminta berwudhuk dari hotel kerana tempat pertama yang kami akan lawati adalah masjid Quba kerana sekiranya seseorang itu berwudhuk dari rumah dan bersolat sunat di Masjid Quba, pahalanya bersamaan dengan mengerjakan umrah.
Aku tidak banyak bergambar di sana tapi ini adalah gambar ketika aku menuju ke masjid Quba. Boleh aku katakan disini bahawanya disekitar kebanyakkan masjid di Tanah Suci ini ada urus niaga.