Semalam aku ke sebuah pasaraya denkat dengan rumahku untuk membeli barangan kek untuk tempahan hari raya Aidiladha yang bakal menjelma tak lama lagi. Tengah aku nak membembebel sebab whipping cream yang aku selalu guna tu dah tinggal sekotak je, ada kakak tu tanya kat aku pasal whipping cream tu..huhuhu..maaflah kak saya tak mahir tentang whipping cream sebab aku baru jer belajar nak guna whipping cream tu dalam kek coklat tiramitsu aku... Rupa-rupanya dia nak buat chocolate moist cake. Aku yang tengah terkejar-kejar nak beli barang sebab nak bawa anak-anak aku ke tasik titiwangsa, meminta dia buat miscall kat hand phone aku.." Takpe kak nanti saya sms akak resepi ngan cara nak buat...". Memang aku mengotakan kata-kataku petang tu jua..Alhamdulillah menjadi keknya.. Jadi apa yang aku nak katakan disini... tak payahlah kedekut ilmu yang kita ada sebab kita dapat pun dari orang lain.. hehehe. Macam aku.. internet adalah bahan rujukakan ku.. So good lucks to sesiapa yang sedang cuba-cuba untuk membakar dan memasak ...
1 comment:
akhirnya ku temui blog ini.. kerana ingin membuat kek lembab kini menjadi nyata .anak2 ku begitu suka sekali dan tak perlu lagi untuk menempahnya.. Kini resepi itu dapt kak berkongsi bersama dengan kawan2 di pejabat..Semoga ilmu yang dikecapi hari ini akan bertambah
Post a Comment