Monday, 23 March 2009

Penyakit kuning dikalangan bayi yang baru lahir

Tadi masa kat ofis sementara tunggu waktu balik, timbul topic penyakit kuning untuk bayi yang baru lahir. Maklumlah angah kat tgh ngandung so banyaklah topic yang kwn2 cuba ketengah kat kat angah.
Maklumat yang angah dapat dari JM(jururawat masyarakat), kalau darah ibu tu jenis O, anak2 dia kemungkinanan besar akan kena penyakit kuning diawal kelahirannya. Tp klu menurut adik angah yang mmg kerjjaya dia as a JM, kuning tu mmg ada kat baby yang baru lahir cuma kadar dia sikit @ banyak jer. So kat bawah nie ada info ttg penyakit kuning yang angah dapat dari internet....

Apakah penyebab warna kuning?
Dalam tubuh manusia, darah yang baru sedang dihasilkan sepanjang waktu dan darah
yang lama sedang dimusnahkan. Salah satu produk darah yang dimusnahkan dikenal sebagai
bilirubin. Biasanya bilirubin masuk ke hati dan kemudian meninggalkan tubuh dalam
bentuk tinja. Selama beberapa hari pertama setelah lahir, hati bayi tidak berfungsi dengan
sama baik dibandingkan waktu kelak, jadi cenderung terjadi longgokan bilirubin dalam darah.
Ini mengakibatkan warna kuning pada kulit dan putih mata.

Apakah penyakit kuning berbahaya?
Jika jumlah bilirubin meningkat terlalu tinggi bayi mungkin mengantuk. Tingkat bilirubin
yang sangat tinggi dapat mengakibatkan masalah pendengaran dan kerusakan otak. Di
rumah sakit, diperhatikan agar tingkat bilirubin tidak terlalu tinggi. Penyakit kuning juga
mungkin disebabkan oleh penyakit hati.

Bayi mana yang lebih sering menderita penyakit kuning?
Bayi yang mungkin lebih sering menderita penyakit kuning termasuk:
• bayi yang prematur
• bayi yang terkena infeksi
• bayi Rhesus atau RH babies – bayi yang mempunyai golongan darah yang berlainan
dengan ibunya. Disebabkan hal ini, suatu reaksi terjadi di mana sel darah
bayi dimusnahkan dengan lebih cepat.


Ada jugak pendapat mengatakan petua untuk mengelakkan anak dari terkena penyakit kuning, si ibu kena selalu minum air kelapa muda start from wk 28 until sampai nak bersalin. Nak percaya atau tidak semua tu kuasa Allah kerana Allah penentu segalanya ...

1 comment:

Mokteh said...

salam.
great info!