Sunday, 28 June 2009

Bertambah lg koleksi ku ...

Pagi nie td angah g care-4 Wangsa Maju utk beli barang dapur. Angah x lupa capai
sebuah lg novel melayu untuk menambah lg koleksi angah. B4 than angah sms
adik angah tanya dah ada ke blum novel tu sbb kami berdua mmg bertukar2 novel.
Jimat skit dan sekarang nie kat office, angah bertukar2 baca ngan kak Fiza.
Mmg dari kecik angah suka membaca dan angah cuba tanamkan minat tu pada
Harraz ngan Abdul Salam. Selalunya sebelum masuk tido angah akan membaca
iether novel ataupun buku ilmiah. Alhamdulillah nampak gayanya mereka pandai
cari buku mereka sendiri dan membaca sambil berbaring.
Angah suka baca novel dari terbitan Alaf 21 dan Buku Prima tp angah ada gak
beli buku dari Jejari Emas sbb terpengaruh dgn e-novel mereka. Jgn x caya angah
beli novel Ayat-ayat Cinta sbb suka tengok filem dia yang ditayangkan pada raya lepas.

Diantara koleksi novel2 angah yang angah rasa menarik:-
Selagi Ada Dia
Ayat-ayat cinta
Cinta Kau Dan Aku

Banyak lg sbnrnya tp x larat nak senaraikan. Walaupun nampak gayanya novel nie
kebanyakkannya novel2 cinta tp banyak jugak yang angah pelajari ttg nilai2 murni
dalam setiap novel yang angah baca. Ada banyak jugak fakta2 yang berguna angah
perolehi dari novel2 tersebut. Selamat Membaca ....


Saturday, 27 June 2009

Lempeng jagung

Petang2 mcm nie, duk kat rumah mmg lapar rasanya sbb xder apa nak buat.
Angah g dapur, banyak barang dah habis maklumlah dah lama xder kat rumah.
Nampak tepung gandum yang tinggal skit tu, angah pun bancuhlah kononnya
nak buat cekodok. skit sgt... angah cairkan than cuba cari apa2 yg bleh tambah
jadi penyedap dalam bancuhan angah tu. Ada jagung cream, lebih angah buat
puding jagung minggu lepas ...apa lg angah masuk dalam bancuhan tepung tu.
Jadilah lempeng jagung angah dan selamat selesai dimakan oleh kami sekeluarga.
Act. suami angah ada kat rumah sbb dia g klinik dapat mc 2 hari lg, still demam.
Alhamdulillah bukan denggi sbb result lab td dah kuar.
My hubby still demam tp dah okay skit. G keje gak dia ari nie. Biarlah dia... dari dia duk
kat rumah manjakan diri baik dia g keje, berpeluh gak skit dlm air-cond tu.
Pagi2 lg angah dah masak nasi lemak utk sarapan angah ngan 2 org hero angah tu. Tu
tengah menyanyi 2 org dalam bilik sbb angah x kasi tengok TV. Banyak pelajaran
yang Harraz tertinggal masa dia cuti demam ari tu. So, angah suruh dia buat keje skolah
dia. Hari nie angah kene kemas rumah yg dah lama x kemas ..hehhehe
Kami sekeluarga x sabar nak tunggu baby baru nie kuar lebih2 lg 2 org abg dia. Masing2
dah ada nama nak bagi kat adik depa. Insya Allah kali nie angah nak minta lg Ustaz Ahmad
bagi nama kat baby kami nie. Dulu Abdul Salam pun ustaz bagi nama. Klu x nama yg
Angah nak bagi kat dia ialah Muhd Harraz Fitri sbb dia lahir 8 syawal.
Alhamdulillah, uri angah dah naik jauh sgt kat atas, so angah ada cadangan nak bersalin
kat Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju. Nak ajer tanya kat doc masa tu bleh x rasanya
nak bersalin awal sbb setahu angah klu dah minggu ke 36, kita dah bleh bersalin dah. Tp
malulah pulak nak tanya.Ehm.. x kisahlah.. cuma yang angah harapkan ianya selamat
dilahirkan dan tidak menyusahkan org lain di saat dia hendak dilahirkan. Angah bimbang
gak klu sakit masa ayah dia keje malam sbb mana nak letak abg dia. That's why kami
pilih Naluri. Tp klu sakitnya siang, Hospital Ampang pun okay jer. Tengoklah nanti.

Thursday, 25 June 2009

DugaanMu...

Alhamdulillah... aku antara hambaMu yang
terpilih untuk menghadapi dugaanMU ini, Ya Allah.

My hubby still having high fever w'pun smlm nampak dah okay skit. Pg tadi dalam
kul 3:30 angah bangun sbb nak kejut dia solat Isyaklah, panas sungguh badan dia.
Tido kat sofa tanpa buka kipas, mmg sejuk sgtlah kot. Angah x senang diam, terus letak
cold fever kat dahi dia than jaram kepala dia ngan air beras. Dia terjaga dan bleh lak
tanya "panas sgt ker abg nie". Tu yang angah risau sangat sbb dia penah mabuk ubat
sampai x sedar apa yang dia buat.
Pastu hari nie angah ambik lg half day leave. Sure boss angah angin sbb dah 2 hari angah
ambil half day. Xpelah biarlah dia nak marah pun sbb dia blum rasa apa yang angah rasa.
Yealah dia x kawen lg.

Wednesday, 24 June 2009

Memang musim demam la nie....

Dah 2 hari ayah depa nie demam. Panas sgt rasanya tp dia rasa sejuk sangatlah pulak.
Hari nie angah ambik half day leave, pastu ENG angah hantar sbb dia kene masuk keje
malam nie. Thx Anna ...
Ingatkan suami angah dah okaylah skit sbb angah rasa badan dia x panas sgt, so angah
ajaklah dia g check up kat Pusat Perubatan Naluri kat Wangsa Maju. Yang dia pun okay
jer tp sampai kat sana, dia duk tido dalam kete lak, demam lagi katanya. Ehmmm ...
Klu tahu nak jadi camnie, x ajak dia g.
Pastu hujan turun dengan lebatnya ptg td ... lebat sungguh .. bukan apa angah teringat
kain baju yang angah ampai ngan tingkap dapur yang angah x tutup masa kuar td.
Banjirlah... mmg betul banjir dapur angah. Its okay .... dah biasa dah pun...
Malam nie td angah decide nak masak bubur nasi utk my hubby and anak2. Masa duk
kat dapur, x henti2 bunyi siren kat arah Bukit Antarabangsa. Nie confirm ada yg x kene
nie sbb hujan lebat sgt sampai masa angah balik td ada 1 jalan tertutup kat sini sbb pokok
tumbang. Confirm sok mesti jam nak g keje... klu g-lah.
Walauapapun...Alhamdulillah dengan rahmat mu ya Allah ...hujan Rahmat ...

Sunday, 21 June 2009

SELAMAT HARI BAPA ...


Selamat Hari Bapa buat ayah-ayah di luar sana terutamanya
buat ayahnda tercinta di Rantau n My hubby yang sedang
nyenyak tido sbb keje malam td ......






Abah,
Tanpa abah angah takkan berada selesa di bumi ini kerana abahlah pembakar
semangat angah untuk berjaya ...

Abang,
Kau adalah ayah yang terbaik untuk anak-anak kita ....

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Saturday, 20 June 2009

Sessi bermain layang-layang kat Batu Buruk

Sampai kat Batu Buruk, ayah ngan Ummi yang main layang-layang ultraman diaorg.
Habis tu diaorg buat apa ek....

Ha... nie diaorg tgh main pasir ... Penat suruh bangun tp sbb kami
jarang g pantai depa punapa lg, x lepaskan peluang bermain pasir.

Thursday, 18 June 2009

Harraz demam ...

Alhamdulillah.... Harraz dah beransur sihat dari demamnya. Act. Harraz nie jarang
sangat sakit tp bila dia sakit mmg sungguh2 sakitnya. Lepas 5 hari dia demam x kebah2,
doc Munirah refer dia g Hospital Pantai Ampang kat Pandan Indah. Sampai kat sana
Dr. Khoo kata kene duk kat ward sbb dia dah dehydration. Baru angah tahu bila kita
dehydration kaki kita akan sejuk. Angah cuma perasan bibir dia dah berdarah ...
Lepas masuk air 3 beg, Dr. kasi lepaskan drip dia. So dia pun lasak semulalah ...
Nasib baik 1 malam jer kene tido kat ward, klu x kesian gak angah rasanya sbb
angah sendiri x larat nak bawa diri angah sendiri ...


Masa nie kat Kuantan Megamall, tgh tunggu ayah dia
beli cool fever. Okay lg walaupun suhu badan dia dah
cecah 39deg.












Kat dalam kete on the way balik ke KL
Sian dia....













Tgh khayal tgk tv sambil layan demam















Nie jer mkn mlm yg ada kat
Pandan Indah tu...

Thursday, 11 June 2009

Ku ditinggalkan ...

Suamiku tinggalkan aku bersama anak2 ...huhuhuhu ... bukan g mana pun. Dia g
tolong maknya kat kedai kopi mereka kat sini jer tp klu angah nak g sana jln kaki
mmg berpeluh. Pastu kat situ ramai kaum adam, so angah x berapa selesa gak.
Dah siap masak kul 11 td than anak2 dah g rumah Cikngoh dia kat nie jer. Sepupu
dia ada kat sana nak layan dia lgpun kat rumah kakak ipar angah ada Astro, so depa
layan cartoon. Angah lak nasib baik celcom ada sediakn pakej rm6/24hrs by using
3g line. Terpaksalah suami angah tinggalkan hp dia utk angah jadikan modem...

Panas sungguh cuaca kat sini, nak tanggal tudung ada lak adik ipar kat dalam
bilik dia. Nak duk dalam bilik x padan ngan kipas.. panas gak..naik ruam2 kat
badan angah. Semalam angah tgk buletin utama mengatakan kita kene bersiap
sedia utk kedatngan El-Nino, musim panas bulan 8 nanti tp bahangnya dah terasa.
X dinafikan .. Tp kene ingat semua nie adalah ujian Allah semata ...

Antara info ttg El-Nina dan El- Nino yang angah dapat kat dalam internet:-

El Nino dan La Nina adalah fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai
Putaran Selatan El Nino (El Nino-Southern Oscillation - ENSO). El Nino dalam bahasa Sepanyol
bermakna "Jesus Child" manakala La Nina pula bermakna "Girl Child" dan dirujuk kepada
perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika.


Kebiasaannya, lautan Pasifik sentiasa ditiupi angin timuran: hembusan angin timur ke barat
yang meniup air laut hangat jauh dari lautan bahagian timur - sebelah Peru dan Chile - menuju
ke barat lautan Pasifik, mengarah pantai Australia dan Kepulauan Filipina. Permukaan air ini
diganti dengan air sejuk yang terjadi dari arus Antartic Humbolt Current yang sentiasa datang
dari pantai benua Amerika Selatan. Ini menyebabkan suhu permukaan laut di bahagian tengah
dan timur lautan Pasifik menjadi lebih sejuk dari bahagian barat. Bagaimanapun, dalam
tahun-tahun terjadinya El Nino, angin timuran berkurangan.

Oleh itu, air hangat yang sepatutnya menuju ke arah barat sebaliknya berputar balik
merintangi lautan Pasifik. Ini memperlahankan kejadian Arus Humbolt yang sejuk,
menyebabkan timur Pasifik, yang sepatutnya menjadi sejuk, menjadi hangat sebaliknya.
Semasa air laut hangat memanaskan udara di atasnya, ianya menaikkan daya pengapungan
lapisan bawah atmosfera, yang mana menyebabkan pengolakan awan dan hujan lebat.

Wednesday, 10 June 2009

Balik bercuti ke Bukit Tunggal

Alhamdulillah placenta angah dah naik keatas sedikit demi sedikit. Scan kat HA ari tu dia
dah naik, doc kata type 1 jer, Insya Allah nanti dia naik. Kebarangkalian untuk angah
bersalin secara normal adalah cerah. Pastu pada hari yang sama jugak, nurse bawa g
lawat tempat2 yang patut angah tahu, seperti bilik bersalin kat mana, nak register nanti
kat mana dan last skali wad dia kat mana. Not bad jugak HA mcm private hospital gak.
Angah ckp mcm tu sbb GHKL ngan Seremban x mcm tu.Mungkin sbb hospital baru kot.
La nie angah ada kat kg suamiku kat Bukit Tunggal, Terengganu. Before that kami dah
singgah kat Cherating semalam. Konon nak tido kat Suria Beach Resort tp full house so
mcm biasa tempat kami kat Mercu Beach Resort, tu pun kami dapat bilik yang terakhir.
Mcm xder tempat lain ...











Bila angah kat Mercu, angah
mesti x lepaskan peluang
untuk melihat matahri
terbit. SubhanaAllah ...
Maha Suci Allah....
Masya Allah segala puji
bagi Allah.


















Abdul Salam cuba nak tunjuk tangan dia yang kecut lps 2jam berendam dalam pool.


Tadi angah g jumpa kwn baik angah dari zaman blajar kat UTM dulu, Sue Pie. Dia ngajar
kat Kuching sbb ikut suami dia keje kat sana. Best gak dia sbb banyak pengalaman dia
dapat slps dia habis blajar dulu. Dia sambung blajar tp angah maleh terus kawen, bukan
apa jodoh dah sampai dulu. Terkejut dia tgk angah ngandung lg ...LAGI ...yerlah tu, Abdul
Salam pun dah nak masuk 5 thn, bak kata org ngganu..padan doh klu nak ngandung skrg
nie .. Cadangnya nak tido kat kg 4 mlm jer sbb abg dah kene keje ahad pg.... lg pun Isnin
budak2 dah nak skolah ... Sok ntah kemana agaknya kami round2. X senang diam bila
balik ngganu. X padan perut yang tgh sarat nie ...ehmmmmm

Melepak jap sbb penat g cari baju raya ngan ibu
mertua ku ...

Sunday, 7 June 2009

Bermalas-malasan dihujung minggu

Sungguh angah bermalas-malasan hari nie....ehm... pagi tadi sarapan pun abg amri yang
beli masa balik dari keje malam. Pas sarapan masih lagi blum ada mood nak buat keje,
angah apa lg... abg zzzzzz angah pun zzzzzzzzz jugak kat bilik anak lepas tukar cadar
Harraz ngan Abdul Salam ngan diaorg. Konon2 tertido sambil baca novel yang angah
baru beli "Tarikh Luput Cinta" karya Lynn Dayana. Smlm dah khatam novel yang
Kak Fiza pinjamkan.Menarik sgt karya Aisyah Sofea "Adam dan Hawa". Jgn x caya
angah nie mmg peminat baca novel melayu but B4 this angah rajin pinjam kat adik
angah tp lepas abg kasi green light utk beli novel, at least 1 novel 1 bln angah beli.
Dan baru2 ni angah dah mula bertukar2 novel ngan Kak Fiza lak.

Tido angah tadi terganggu sbb baby dlm perut nie asyik x duk diam, lapar kot sbb

malam tadi angah makan coco crunch jer. Angah pun merajinkan diri, bangun utk
ke dapur cari benda nak mkn...Ehm..xder yang menarik. So angah decide buat puding
marble. Tu yang ter-ON internet nie sbb nak cari resepi, klu x maleh gak angah nak
update blog nie. X sampai 15 minit jadilah angah punya puding marble. Sedapnya x
rasa lagi sbb x keras lagi. Tapi biasanya mmg sedaplah ...hehehhe masuk bakul angkat
sendiri.













Insya Allah kami sekeluarga akan balik ke Kuala Terengganu esok kot before Zuhur. Tapi
abg ajak singgah Kuantan @ Cherathing dulu on the way balik Bukit Tunggal. Okay gak tu
lama dah x g bawa anak mandi kolam bak kata mereka. Last skali g Tiara Beach Resort
bulan Mei tahun lepas, tunaikan janji Harraz dia dapat straigth A dalam exam dia. Lagipun
angah tengah pregnant nie, x eloklah balik dalam keadaan gesa2.Konon ...hehehehhe.

Lama angah x citer pasal baby-kan ... Act. last friday angah kene follow up check up kat
Hospital Ampang for my bleeding case. Smpai kat sana depa kat depa ada cal angah utk
tukar tarikh appoitment dari 5hb ker 12hb tp angah x angkat phone diaorg. Mmg angah
nak nangis sbb angah dah susun atur jadual angah cantek..tp kita hanya merancang tapi
Allah yang menentukan ... So angah pun minta dia tukar tarih 12hb tu ke tarikh lain sbb
angah kat kg masa tu. Dia minta angah datang 8hb ni. Clash pulak ngan klinik Au2. Depa
minta angah mai HA jugak sbb angah ada kes Plasenta Previa so better go to speacialist
rather than go to klinik kesihatan. Okaylah... angah cal klinik Au2 than citer kat depa kene
tukar date kat situ lak. Doc. mmg ada kat klinik setiap Isnin dan Jumaat, so doc minta
angah datang segera kat Au2.Means tak sia2 jugaklah angah ambik cuti on that day.
Sampai kat sana, cam biasa doc nak scan perut angah. Baby sihat katanya, dia tunjukkan
kepala, perut, jantung n peha. Tapi ynag x best bila dia tunjuk uri angah sambil berkata
ehm... ur placenta still there.... Angah redha ... Angah tanya dia class keberapa masalah
angah nie. Dia kata yg dia not really sure what class iether class 3 or 4 but not 2 or 1 sbb
uri angah mmg tutup betul servick angah. Tp dia pun suprise sbb angah xder bledding.
Banyak kali dia suruh angah g hospital klu ada bledding. Dia pun kata yang dia berharap
yang dalam masa angah g HA nanti uri angah dah naik skit sbb klu x kemungkinan besar
angah akan kene duk spital sampai bersalin... Jgnlah sian ngan anak2 angah nanti sbb
ayah dia keje shift. Lagipun mesti bosan duk kat spital lama2.

“Ya Allah milik Mu segala pujian, aku lahir dan hidup di dunia karena kehendak Mu,
aku redho menerima segala keputusan-Mu, anugerahilah aku ketenangan untuk
menerima hal-hal yang tidak dapat ku ubah, anugerahilah aku keberanian untuk
mengubah hal-hal yang dapat ku ubah dan anugerahilah aku kebijakan untuk
mengetahui perbezaannya. “

Saturday, 6 June 2009

Streamyx problem

3 ari jer angah n suami mampu bertahan tanpa internet kat rumah sbb line steamyx down kat sini.
Kira okaylah tu 3 ari jer sbb kami ngat kami lupa bayar tp rupa2nya tidak. Bila check smula bil
payment, dah bayar sbb due date dia. Ehm, malam jumaat ari tu, suami angah cal telekom
dan buat aduan, depa check tang sana okay katanya pastu minta kami check modem kami.
Dia kata sbb kami beli sendiri klu x blehlah dia antar Tech dia tolong check-kan. Tu yang terus
ingat nak guna broadband jer tp sabarlah dulu.
Keesokkan harinya tech telekom cal minta kami check modem kami sbb dia kata ada 2 org
penguna steamyx kat sini mengadu benda yg sama. Rupa2nya mmg kesulitan tu datangnya dari
Telekom. SO lepas dia fix-kan masalah mereka, kami dapat smula line kami. Minta2 xder masalah
lagilah pas nie....

Monday, 1 June 2009

Pagi tadi kat TI ada kempen derma darah tp sayangnya angah x bleh derma darah sbb
angah tgh pregnant. Sedih sgt rasanya sbb ada abg tadi kata kali nie angah miss peluang
untuk derma darah .... Kak Fiza pun cuba nak g derma darah td pun tak bleh sbb breast feed.
Ehm...