Thursday, 11 June 2009

Ku ditinggalkan ...

Suamiku tinggalkan aku bersama anak2 ...huhuhuhu ... bukan g mana pun. Dia g
tolong maknya kat kedai kopi mereka kat sini jer tp klu angah nak g sana jln kaki
mmg berpeluh. Pastu kat situ ramai kaum adam, so angah x berapa selesa gak.
Dah siap masak kul 11 td than anak2 dah g rumah Cikngoh dia kat nie jer. Sepupu
dia ada kat sana nak layan dia lgpun kat rumah kakak ipar angah ada Astro, so depa
layan cartoon. Angah lak nasib baik celcom ada sediakn pakej rm6/24hrs by using
3g line. Terpaksalah suami angah tinggalkan hp dia utk angah jadikan modem...

Panas sungguh cuaca kat sini, nak tanggal tudung ada lak adik ipar kat dalam
bilik dia. Nak duk dalam bilik x padan ngan kipas.. panas gak..naik ruam2 kat
badan angah. Semalam angah tgk buletin utama mengatakan kita kene bersiap
sedia utk kedatngan El-Nino, musim panas bulan 8 nanti tp bahangnya dah terasa.
X dinafikan .. Tp kene ingat semua nie adalah ujian Allah semata ...

Antara info ttg El-Nina dan El- Nino yang angah dapat kat dalam internet:-

El Nino dan La Nina adalah fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai
Putaran Selatan El Nino (El Nino-Southern Oscillation - ENSO). El Nino dalam bahasa Sepanyol
bermakna "Jesus Child" manakala La Nina pula bermakna "Girl Child" dan dirujuk kepada
perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika.


Kebiasaannya, lautan Pasifik sentiasa ditiupi angin timuran: hembusan angin timur ke barat
yang meniup air laut hangat jauh dari lautan bahagian timur - sebelah Peru dan Chile - menuju
ke barat lautan Pasifik, mengarah pantai Australia dan Kepulauan Filipina. Permukaan air ini
diganti dengan air sejuk yang terjadi dari arus Antartic Humbolt Current yang sentiasa datang
dari pantai benua Amerika Selatan. Ini menyebabkan suhu permukaan laut di bahagian tengah
dan timur lautan Pasifik menjadi lebih sejuk dari bahagian barat. Bagaimanapun, dalam
tahun-tahun terjadinya El Nino, angin timuran berkurangan.

Oleh itu, air hangat yang sepatutnya menuju ke arah barat sebaliknya berputar balik
merintangi lautan Pasifik. Ini memperlahankan kejadian Arus Humbolt yang sejuk,
menyebabkan timur Pasifik, yang sepatutnya menjadi sejuk, menjadi hangat sebaliknya.
Semasa air laut hangat memanaskan udara di atasnya, ianya menaikkan daya pengapungan
lapisan bawah atmosfera, yang mana menyebabkan pengolakan awan dan hujan lebat.

No comments: