Sunday, 7 June 2009

Bermalas-malasan dihujung minggu

Sungguh angah bermalas-malasan hari nie....ehm... pagi tadi sarapan pun abg amri yang
beli masa balik dari keje malam. Pas sarapan masih lagi blum ada mood nak buat keje,
angah apa lg... abg zzzzzz angah pun zzzzzzzzz jugak kat bilik anak lepas tukar cadar
Harraz ngan Abdul Salam ngan diaorg. Konon2 tertido sambil baca novel yang angah
baru beli "Tarikh Luput Cinta" karya Lynn Dayana. Smlm dah khatam novel yang
Kak Fiza pinjamkan.Menarik sgt karya Aisyah Sofea "Adam dan Hawa". Jgn x caya
angah nie mmg peminat baca novel melayu but B4 this angah rajin pinjam kat adik
angah tp lepas abg kasi green light utk beli novel, at least 1 novel 1 bln angah beli.
Dan baru2 ni angah dah mula bertukar2 novel ngan Kak Fiza lak.

Tido angah tadi terganggu sbb baby dlm perut nie asyik x duk diam, lapar kot sbb

malam tadi angah makan coco crunch jer. Angah pun merajinkan diri, bangun utk
ke dapur cari benda nak mkn...Ehm..xder yang menarik. So angah decide buat puding
marble. Tu yang ter-ON internet nie sbb nak cari resepi, klu x maleh gak angah nak
update blog nie. X sampai 15 minit jadilah angah punya puding marble. Sedapnya x
rasa lagi sbb x keras lagi. Tapi biasanya mmg sedaplah ...hehehhe masuk bakul angkat
sendiri.













Insya Allah kami sekeluarga akan balik ke Kuala Terengganu esok kot before Zuhur. Tapi
abg ajak singgah Kuantan @ Cherathing dulu on the way balik Bukit Tunggal. Okay gak tu
lama dah x g bawa anak mandi kolam bak kata mereka. Last skali g Tiara Beach Resort
bulan Mei tahun lepas, tunaikan janji Harraz dia dapat straigth A dalam exam dia. Lagipun
angah tengah pregnant nie, x eloklah balik dalam keadaan gesa2.Konon ...hehehehhe.

Lama angah x citer pasal baby-kan ... Act. last friday angah kene follow up check up kat
Hospital Ampang for my bleeding case. Smpai kat sana depa kat depa ada cal angah utk
tukar tarikh appoitment dari 5hb ker 12hb tp angah x angkat phone diaorg. Mmg angah
nak nangis sbb angah dah susun atur jadual angah cantek..tp kita hanya merancang tapi
Allah yang menentukan ... So angah pun minta dia tukar tarih 12hb tu ke tarikh lain sbb
angah kat kg masa tu. Dia minta angah datang 8hb ni. Clash pulak ngan klinik Au2. Depa
minta angah mai HA jugak sbb angah ada kes Plasenta Previa so better go to speacialist
rather than go to klinik kesihatan. Okaylah... angah cal klinik Au2 than citer kat depa kene
tukar date kat situ lak. Doc. mmg ada kat klinik setiap Isnin dan Jumaat, so doc minta
angah datang segera kat Au2.Means tak sia2 jugaklah angah ambik cuti on that day.
Sampai kat sana, cam biasa doc nak scan perut angah. Baby sihat katanya, dia tunjukkan
kepala, perut, jantung n peha. Tapi ynag x best bila dia tunjuk uri angah sambil berkata
ehm... ur placenta still there.... Angah redha ... Angah tanya dia class keberapa masalah
angah nie. Dia kata yg dia not really sure what class iether class 3 or 4 but not 2 or 1 sbb
uri angah mmg tutup betul servick angah. Tp dia pun suprise sbb angah xder bledding.
Banyak kali dia suruh angah g hospital klu ada bledding. Dia pun kata yang dia berharap
yang dalam masa angah g HA nanti uri angah dah naik skit sbb klu x kemungkinan besar
angah akan kene duk spital sampai bersalin... Jgnlah sian ngan anak2 angah nanti sbb
ayah dia keje shift. Lagipun mesti bosan duk kat spital lama2.

“Ya Allah milik Mu segala pujian, aku lahir dan hidup di dunia karena kehendak Mu,
aku redho menerima segala keputusan-Mu, anugerahilah aku ketenangan untuk
menerima hal-hal yang tidak dapat ku ubah, anugerahilah aku keberanian untuk
mengubah hal-hal yang dapat ku ubah dan anugerahilah aku kebijakan untuk
mengetahui perbezaannya. “

No comments: