Angah cuba menenangkan diri angah sbb Dr. tu masih bleh tersenyum dan sbb dia kata kita bleh treat bakteria nie dari merebak dengan cara Umar mesti makan antibiotik. Menurut kata dia yang Umar kene on antibiotik tu selama lebih kurang 2 minggu than sekali lagi air kencing Umar diambil dari pundi kencingnya terus. Angah tanya yang sebenarnya dari mana datangnya bakteria tu sbb menurut kat Dr. Rashidah (last week punya Dr.) yang e-coli tu bakteria yang selalunya dikaitkan dengan najis. Dr. Alya kata tu yang kita kena buat scan pulak keatas saluran kencing Umar hingga ke buah pinggangnya. Dari situ kita akan nampak any abnormalities samaada pada buah pinggangnya ataupun injap/valve pada buah pinggangnnya ataupun air kencing dia yang kotor tu menyebabkan 2 benda tadi bermasalah. Ehm... angah redha.. tenang jer angah dengar. Its okay Umar, ummi ada. Pertengahan bulan Sept nanti kita mai lg HA yer Umar utk follow up masalah nie.
Ada beberapa info yang angah dapat kat dalam internet mengenai bakteria e-coli nie. Jom kita check sama2:-
Agen penyebab
- Bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia Coli
- Bakteria ini mengeluarkan sejenis toksin yang tahan suhu panas.
Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini
- Makanan berasaskan daging seperti burger yang separuh masa
- Keju
- Cendol
- Makanan segera
- Minuman yang tercemar
Cara rebakan
- Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna
- Air yang tercemar
- Pencemaran silang dari daging mentah kepada makanan yang telah dimasak
Pada pendapat angah sebenarnya Umar terkena jangkitan bakteria nie pun asal dia dari angah kot sbb masa ngandungkan dia angah mmg suka sangat makan burger, steamboat pastu tiap2 hujung minggu angah mesti beli cheese cake.
1 comment:
salam, kak angah, mcm mane dgn umar skrg?..anak saya pun mcm nie jgk..tgh duk usahakan la nie...naka akak ada muntah2 ke?
Post a Comment