Tahun nie kami beraya kat Rantau lagi, masih belum berkesempatan nak balik Bukit Tunggal. Suamiku bimbang dengan keadaan kereta kami yang x berapa stabil untuk balik ke kg dia. Tak kisahlah janji kami semua dapat beraya bersama, cuma kesian ngan mertuakulah, dia kata belum sempat lagi nak tengok Umar Zuhdi. Last sekali kami pulang ke kampung halaman suamiku kira2 bulan 6 yang lalu. Harap2 mereka semua pahamlah.
Angah sekeluarga balik Rantau pagi raya lepas solat Raya kat Surau Al-Hidayah. Cepat solat Raya kat surau tu, kul 7:45 dah start sbb depa semua nak keje buat ibadah korban. Angah tengok dari atas jer, dalam kul 8:30 dah nampak 2 ekor lembu sedang dilapah. Memang cekap diaorg tu, mana xnya..otai2.
Kami sampai kat Rantau dalam kul 12:30 sebab jam jugakkan highway, banyak kete. Macam2 jenis kete yang ada kat highway tu..Startlah kami borak pasal kete. Nak cakap pasal kete, ari tu kami g-lah kat pusat pameran Produa sbb nak tengok ALZA. Tapi jangan x caya, dalam zaman teknologi maklumat yang serba canggih nie, masih ada orang yang terlepas pandang ttg ALZA. Promosi dia bagai nak rak dan memang ramai yang tunggu kemunculanya selepas EXORA. Tengok pada gambar, x dinafikan angah pun jatuh cinta gak ngan rekabentuknya tapi bila g kat sana, FAIL... tu yang angah bleh katakan. BUkanlah totally FAIL, jahat sangatlah angah nie, cuma yang angah x berapa berkenan seat belakang dia. Terlalu sempit..yerlah..cuba banyangkan panjang sama ngan kete 7 kaki pastu direka untuk 7 seater. Lagi satu air cond belakang xder. ALZA nie guna enjin toyota vios..not bad. Tapi yang angah x paham dengan space dia..ehm...angah xleh nak cakap apa sekarang nie, sebab manalah tahu jkot rezeki angah nak guna ALZA, xder sapa yang tahu melainkanNYA.
Angah sampai kat rumah, abah xder sbb dia g uruskan jenazah. Jangan x caya, abah nie pemandu van jenazah. Paling jauh dia pernah ambik jenazah dalah kat Pekan, Pahang. Mulia sungguh tugas dia. Hujan lak kat kg, angah ngan family apa lagi...zzzzzzzz menjalankan hobi kami bila ada waktu lapang. Yang best tu, masa kami semua tido, along buat persiapan nak masak mee jawa utk malam nanti. Along nie seorang lelaki yang pernah belajar kat ALAM dalam kursus masakan. Dia masak mmg best...Malam tu dia masak mee jawa ngan daging masak merak. Dikta lak beli kek than angah bawa puding ngan lemang dari KL. meriah sungguh malam tu..Abah cukup terhibur...apa yang kami semua mahukan dah pun tercapai ....
2 comments:
eh, post ni memang macam ni ker??? silap font tak?
saja nak tukar2 font...
Post a Comment