Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik dari kejayaan dalam kehinaan ...
Tuesday, 26 April 2011
It's still there
Itu yang doktor cakap pagi tadi masa sesi ultra sound Umar untuk yang kesekian kalinya. Last week kami bawa Umar ke bahagian surgical di HKL sebab kena refer kat sana berkenaan dengan saluran kencing dia. Dr Rashidah iaitu pakar pediatric dari HA menyarankan supaya dia disunatkan awal sebab saluran kencing dia nampak kecil dan beliau bimbang yang kemungkinan e-coli membiak atas sebab air kencing yang bertakung dan tak habis keluar dari saluran kencingya itu. Mai sana depa duk tolak kami semula kat HA... bukan sebab apa depa nak hard copy film for MCUG yang Umar dah buat masa January 2010. Penting ujian tu... sebab ujian tu yang menunjukkan akan kewujudan 3 small pocket on his bladder. MASYA ALLAH ... ALLAH MAHA KAYA ... itu yang mampu aku luahkan Dan tadi, Dr Asyikin pulak kata, "ehm... it's still there ..." sambil tersenyum pada ku. Aku faham yang kebengkakkan buah pinggang Umar itu tidak hilang seiring dengan peningkatan usianya sama seperti kanak-kanak biasa yang mungkin senasib dengannya masa lahirnya. I'm okay... aku sudah lama belajar perkataan Redha dengan qada' dan qadarNYA... rukun imankan tu. ehm... 24hb May pula ada lagi appointment dengan doktor bahagia surgical HKL semula dan aku telah dapatkan hard copy film yang depa perlukan tu ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment