Adakah kita sedar akan kelemahan diri kita sendiri...? Aku tak rasa kita sedar tanpa ada orang yang menyedarkan... Dan hari ini aku baru sedar yang aku rupanya ada sifat mementingkan diri sendiri... betul ker yang aku selalu membuat keputusan bagi pihak orang lain? Aku pun tak pasti sebabnya aku selalu berkorban demi orang lain means aku selalu mengalah... Itu yang aku tak paham. Tapi situasi ari ni, pastinya salah aku sebab aku lupa untuk bertanya pendapat tuan punya diri....
Sejak dari bangku sekolah lagi, aku memang dah diajar oleh kepayahan hidupku untuk tidak menunjuk-nunjuk dan supaya beralah dengan orang lain demi kepentingan bersama. Cuma aku pasti aku punya sifat defensive yang sudah lama aku tinggalkan sejak ditegur oleh kekasih hatiku, sapa lagi kalau bukan suamiku. Ini semua gara-gara aku minta izin darinya untuk sambung belajar dalam bidang management. Aku nak menyambung minat aku dalam bidang itu yang telah dipotong oleh abah dan digantikan dengan bidang technical iaitu electronic dan electrical. Suamiku membantah sekeras-kerasnya dan dia berpendapat aku hanya mementingkan diri sendiri kerana hendak menukar bidang yang aku telah ceburi dan aku lupa masa tu aku baru berkhawin dan kami memerlukan duit untuk meneruskan hidup kami... Dan sejak pada tarikh tersebut aku cuba sedaya upaya meninggal sifat buruk aku itu....
Tapi hari nie, aku dikata suka membuat keputusan sendiri bagi pihak orang lain... Tapi sedar tak yang sebenarnya aku berbuat demikian sebab aku jua selalu diperlakukan sedemikian... aku dah bosan sebenarnya ... Dan dari tarikh hari ini, aku berjanji pada diriku supaya meninggalkan sifat berdendam aku itu supaya tidak timbul pula sifat buruk yang lain disebalik sifat terkeji itu...
No comments:
Post a Comment