Khamis lepas aku ngan suamiku membawa Umar Zuhdi ke HKL untuk disunatkan setelah menunggu sejak dari bulan May lagi dan akhirnya Umar telah selamat disunatkan. Tapi ketika kami berada di Jabatan Day Care, aku betul-betul tersentuh dengan ketabahan anak-anak yang mendapat rawatan disana. Mereka masih boleh berjenaka sesama mereka walaupun ketika itu mereka sedang mendapatkan rawatan seperti kanak thalassemia yang sedang masuk darah. Bayangkan depa kena masuk 3 beg darah setiap bulan... diulangi setiap bulan. berapa ramai pengidam thalassemia ...? Mana datangnya darah tu kalau bukan dari kita ...
Belum lagi adik Hafizan yang mengalami masalah kanser tulang... diam jer dia. Mak dia cukup ceria menceritakan bagaimana penyakit adik Hafizan itu dapat dikesan yang kini telah kehilangan sebelah kakinya separas pangkal peha. Dia sempat bersekolah selama 1 bulan lebih dan terpaksa diberhentikan sekolahnya setelah rakannya tertendang kakinya sehingga bengkak. Bak kata maknya Allah nak buka mata diaorang yang kanser tulang dah lama berada dalam kaki adik Hafizan sehingga kakinya terpaksa dipotong. Dia datang untuk menjalani chemotherapy buat kali yang ke-5. Tapi masa doctor cuba memasukkan bahan beracun tu ke dalam badan dia, jeritan dia yang begitu syahdu aku dengari dengan meminta semuanya dengan nama Allah....
Abang Long yang berusia 4 tahun dengan riangnya berbahasa kelantan sedang menjalani process chemotherapy dia untuk yang kesekian kalinya ...Dia pulak menghidapi kanser buah pinggang yang kini hanya ada 1 jer buah pinggang disebabkan buah pinggangnya yang lagi 1 terpaksa dibuang. Kanser pada buah pinggangnya pecah ketika bermain-main di taman permainan ketika sedang menjalani rawatan di Hospital Selayang. Dia menghadapi masalah kencing berdarah pada awal penyakitnya itu ... petah sungguh dia bercakap masa process rawatannya itu ... Memang tiada tanda-tanda dia sedang menghadapi masalah kecuali rambutnya yang jarang-jarang akibat process chemotherapy tersebut...
Kalau ikukan banyak lagi yang nak aku ceritakan... tapi cukuplah cerita-cerita ini dijadikan pengajaran buat kita bersama....
No comments:
Post a Comment