Atas permintaan kawan-kawan aku buatlah cup cake red velvet dalam bentuk cup cake yang ari tu aku buat tak berapa nak jadi ari tu... Ari nie pas antar umar g taska aku pun memulakan project aku nie sebabnya red velvet ni kalau di peram sehari lagi sedap rasanya.. Tapi sayangnya kek cawan aku nie mengecut turunnya pas aku biarkan seketika di luar..hahaha..tak jadi lagi gamaknya tuk dijual.. Tapi rasanya not bad. Act aku dah biasa buat cuma dalam bentuk kek cawan ni.. Ni percubaan aku yang kedua .. Tapi kali nie aku memang guna majerin.. Alhamdulillah..lembutnya rasanya berbanding aku mengunakan butter. Aku takde jawapan kenapa majerin lembut manakala pengunaan butter pada kek menyebabkan kek tak berapa nak lembut .. Huhuhu...
So kat sini aku rasa macam nak share resepi RVC yang ntah mana-mana aku korek ntah.. Kalau rasa nak cuba silakanlah sebabnya resepi ni pun bukan aku yang punya cuma aku derhaka skit-skit je..biasalah aku nie..
Bahan-bahanya :-
_____________
Bahan A -diayak sekali
----------------
300g tepung gandum yang diayak
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar serbuk koko
240ml butter milk (aku campurkan sus HL dengan 1 sudu besar cuka makanan)
113 butter (aku guna majerin pelangi)
250g gula halus (aku guna 200g sebab aku tak suka manis)
2 bj telu siza A
2 sudu pewarna merah (aku guna 1 sudu je)
1 sudu teh bikarbonat soda
1 sudu teh cuka makanan
1 sudu kecik esen vanilla
Cara-caranya:-
_____________
1. Ayak semua bahan A
2. Campurkan buttermilk dengan pewarna merah
3. Dalam bekas yang lain pukul majerin sampai kembang. Tambahkan gula dan pukul lama
sampai lagi kembang. Masukkan telur 1 persatu dan masukkan esen vanilla
4. Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk
5. Bila dah sebati,campurkan bikarbonat soda dan cuka tadi hingga berbuih masukkan kedalam
bancuhan tepung tadi.
6. Masukkan kedalam cup cake yang disediakan dan bakar pada suhu 165deg selama 20min
7. Setelah masak, jangan keluarkan terus dari oven..nanti dia kecut macam cip cake aku tu..
8. Sejukakn dan hias dengan cream cheese...
Tadaaaa..siap
No comments:
Post a Comment