Thursday, 14 February 2013

Mini Pavlova

Lama dah aku tak bersiaran.. mana taknya gajet- gajet aku dah dikuasi oleh hero-hero aku yang gagah perkasa... Malam nie pas aku tolong tengokkan tiket tuk kawan aku, aku pun terasa nak kongsi resepi product aku yang terbaru iaitu Pavlova. Tapi disebabkan customer tetap aku memang suka product yang berbentuk mini, aku jadikan ianya dalam bentuk mini. Resepi tetap sama dengan yang lain. Entah apalah yang aku bebelkan nie.. Ha nie dia resepi dia yang aku pasti kebanyakkan blog guna resepi yang sama. Aku ambik resepi nie kat buku jadual kelas untuk BAGUS BAKERY.

Mini Pavlova
Bahan- bahannya
4 biji puteh telur gread A ( mesti dalam suhu bilik)
200 gram gula halus - tapi aku guna 125 gram je
1.5 sudu besar tepung jagung - aku gaulkan sekali dengan gula 
1.5 sudu besar cuka masakan
1 sudu kecik esen vanilla

Cara-caranya:- 
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160deg - guna api atas bawah
2. Sediakan dulang pembakar yang dialas dengan kertas pembakar dan ditaburkan sedikit tepung jagung
3. Pukul putih telur sehingga soft peak (guna speed sederhana) - pastikan bahan yang digunakan semuanya kering untuk memastika meringue kita tu cantik
4. Tinggikan speed hingga max, masukkan gula+tepung jagung tadi sedikit demi sedikit (aku buat sesudu sekali masuk). Ini adalah untuk memastikan semua bahan sebati
5. Pukul sehingga berkilat
6. Perlahankan speed, masukkan esen vanilla dan putar dalam 1 minit. Kaut putih telur kat tepi mixer bowl supaya semuanya sebati
7. Masukkan cuka dan putar sekejap dalam masa 1 minit. Gaul perlahan meringue tadi sehingga sebati. Kalau boleh biarlah sehala.
8. Masukkan ke dalam plastik yang telah dipotong hujungnya (ni kes jimat belanja - ganti pipping bag). Pippingkan sebanyak 4 bulatan di atas dulang pembakar tadi.
9. Bakar selama 20 min dengan suhu 130deg dan 60 min selebihnya dengan suhu 110deg (ikut pada oven masing-masinglah).
10. Setelah masak, buka sedikit pintu oven dalam 3 minit gitu
11. Keluarkan pavlova tersebut, dan letakkan pada tempat yang sesuai. Biarkan seketika, terus letak  whipping cream yang telah diputar keatas pavlova tersebut.
11. Hiaskan pavlova tersebut dengan buah-buahan seperti strawberry, kiwi, anggur ataupun apa-apa jerlah yang masam sebabnya nak kasi rasa pavlova nie sedap. Base pavlova nie manis sebenarnya.

** Please take note bahawanya pavlova aku nie taklah berapa nak garing macam pavlova kawan-kawan aku yang lain sebabnya aku kurangkan gula. Aku memang takleh masuk resepi original**.


No comments: