Thursday, 28 February 2013

Demam yang berpanjangan

Syukur Alhamdulillah aku beransur sihat dah.. Masuk ari ni dah 6 ari totalnya aku mc a.k.a cuti sakit sejak dari minggu lepas. Tu belum masuk sabtu ngan ahad lagi. Yang sebenarnya aku dah demam dari hari rabu lepas tapi konon nak tunjuk hero, mari gaklah keje...ha ambik ko..melarat. Semalam aku cuba gak g keje tapi memang batuk aku nie tidak mengizinkan. Kepala aku nie sakit sangat setiap kali aku batuk.. Waktu rehat aku pun cabut g klinik Idzham kat Setiawangsa jumpa doktor pilihan aku iaitu doktor Munirah... " ehm...awak tak sihat lagi ni.. Kenapa g keje. Result darah memang dah keluar, Alhamdulillah takde denggi tapi sel daah putih awak nie meningkat. Ini bermakna ada jangkitan dalam darah awak... Ehm..takpe kita bagi lagi 1 round antibiotik than awak rehat lagi ari ni ngan besok. Teruskan makan ubat yang ari tu.. Tolong...tolong... Banyakkkan minum air " katanya sambil tersenyum... Itulah dia yang aku suka ngan DR Munirah...

No comments: