Alhamdulillah..pagi ni kita masih bernafas lagi..semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua pada hari jumaat yang penuh dengan keberkatan ini. Pagi ni aku buat kuih ketayap untuk sarapan pagi family aku. Seawal kul 5 aku bangun untuk membuat kuih nie sebabnya aku tahu family aku suka dengan kuih ni.. In shaa Allah senang je buat dia. Jom kita tengok resepi mudah kuih ketayap nie...
Inti kelapa
---------------
Separuh biji kelapa parut -aku beli kedai je
1 ketul kecil gula nisang (sebutan org ngganu)
Sedikit air
Daun pandan
Sedikit tepung gandum
Secubit garam
Cara-caranya:-
1. Masakkan semua bahan tadi diadalam kuali sehingga agak2 kering
2. Taburkan tepung gandum tadi untuk menjadikan inti kita tidak berketul
Kulit kuih ketayap
------------------------
Sebiji telur
1 senduk santan
Sedikit garam
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 sudu tepung kastard
Cara-caranya:-
1. blande semua bahan tadi sehingga nampak likat tapi cairlah.. Agak-agaklah..
2. Layangkan bancuhan tadi diatas kuali leper
3. Bila dah nampak bahagian atas tu kering, maksud dia dah boleh angkat
4. Letaklah inti tu..startlah gulung...apa lagi pastu..ngaplah... Sedapnya
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik dari kejayaan dalam kehinaan ...
Friday, 26 April 2013
Thursday, 18 April 2013
Rezeki yang kita cari selama ini
Aku tak pasti kalau ada orang tak penat bila balik dari bekerja sebab aku dapat rasakan sekiranya kita nie jenis yang bekerja bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki yang diberkati, aku pasti kita akan merasa penat sebab kita semua cube berusaha tiak curi tulang ketika bekerja...huhuhu.. Itulah aku rasakan... Aku berusaha nak bawa balik rezeki yang diberkati untuk family aku dan aku penat bila balik keje.. Pas balik aku buat kek untuk terapi mindaku...hihihi..duit adalah terapi minda buat ramai orang....hahaha. Bukanlah.. Act bila kita buat benda yang kita suka, kita akan enjoy melakukannya.. Lupa penat sekejap.. Itulah yang aku alami..penatnya bila dikenang-kenangkan.. Tapi apakan daya..sebab kalau aku tak buat kek,kawan akan bertanya..bila aku kata takde, depa akan tanya macam-macam..malas nak layan. Tapi bila aku cakap ada kat ofis..ha senang..pandai-pandailah ko cari...
Menangani kemarahan
Camne korang menangani kemarahan korang pada anak-anak yang menangis tak berhenti atas alasan mereka tak dapat apa yang mereka nak? Ha pasti korang akan rasa stresskan kalau depa ni nangis tak berhenti-henti..siap tersedu- sedu lagi.. Apa yang aku buat tadi masa Umar nangis sebab tak dapat aiskrim.. Mula aku pujuk lembut gak tapi sebab dia jenis yang tak makan saman.. Aku buat bodoh jer...sampai jiran aku tegur kenapa dia nangis..hahaha... Boleh aku buat camtu.. Tapi itulah aku...
Subscribe to:
Posts (Atom)