Friday, 26 April 2013

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..pagi ni kita masih bernafas lagi..semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua pada hari jumaat yang penuh dengan keberkatan ini. Pagi ni aku buat kuih ketayap untuk sarapan pagi family aku. Seawal kul 5 aku bangun untuk membuat kuih nie sebabnya aku tahu family aku suka dengan kuih ni.. In shaa Allah senang je buat dia. Jom kita tengok resepi mudah kuih ketayap nie...

Inti kelapa
---------------
Separuh biji kelapa parut -aku beli kedai je
1 ketul kecil gula nisang (sebutan org ngganu)
Sedikit air
Daun pandan
Sedikit tepung gandum
Secubit garam
Cara-caranya:-
1. Masakkan semua bahan tadi diadalam kuali sehingga agak2 kering
2. Taburkan tepung gandum tadi untuk menjadikan inti kita tidak berketul

Kulit kuih ketayap
------------------------
Sebiji telur
1 senduk santan
Sedikit garam
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 sudu tepung kastard
Cara-caranya:-
1. blande semua bahan tadi sehingga nampak likat tapi cairlah.. Agak-agaklah..
2. Layangkan bancuhan tadi diatas kuali leper
3. Bila dah nampak bahagian atas tu kering, maksud dia dah boleh angkat
4. Letaklah inti tu..startlah gulung...apa lagi pastu..ngaplah... Sedapnya




No comments: