Thursday, 10 September 2015

Pondok ArRiyad di Subang Bestari

Rezeki Harraz di Al-Kholidi tidak lama. Dia telah berjaya mengeluarkan dirinya dari pusat tahfiz tersebut setelah seminggu berpuasa. Perkara yang tidak terlalu memeranjatkan kami sebagai ibu bapa kerana dia dah 3 kali minta keluar dari sana sejak ketiadaan kawan baik dia iaitu Ijin. Kami suruh bagi kami tempoh hingga hujung tahun sebenarnya sebab nak tengok prestasinya bagaimana. Kami bercita-cita nak suruh dia sambung belajar hingga ke Darul Habib Indonesia sana. Tapi apakan daya, malam kejadian itu kami telah dikejutkan dengan panggilan dari ibu kepada salah sorang pelajar di sana dan mengatakan Harraz telah berada di rumah dia yang terletak di Kg Changkat, Gombak. 
Nak buat macamana, dia dah lari. Syukur Allah masih lagi sayang kepada mereka dengan menemukan seorang cikgu yang memang secara kebetulan memang nak ke KL pada ketika itu. Cikgu tersebut nampak mereka bertiga berjalan didalam kegelapan malam menuju kearah Batang Kali.
Perkara pertama yang dia cakap masa aku ambil dia kat rumah kawan dia tu, dia kata dia nak belajar kitab, sepenuhnya kitab. Dia taknak tahfiz sebab dia kata dia tak mampu. Aku menung sekejap sebab setahu aku memang susah nak cari madrasah yang mengajar kitab di KL ni. 
Dengan bantuan sahabat yang menyayangi kami, kami ditemukan dengan Ustaz Irwan mudir kepada Madrasah ArRiyad Addaufa' Wal Masakin yang kebetulan datang TI untuk bagi tazkirah pada hari yang sama Harraz lari dari madrasah lama dia. Ustaz Irwan ada war-warkan tentang pondok dia ini. Setelah berbincang dengan Encik suami, kami membawa Harraz pergi berjumpa dengan Ustaz di madrasah lama dia supaya dia boleh meminta maaf pada mereka. Kami memang mengajar anak-anak kami akan berkat seorang guru itu. 
Dan dalam masa yang sama kami bawa Harraz ke pondok barunya untuk ditemuduga. Memang aku tabik dengan cikgu pondok ni. Beliau sungguh menghormati tetamu, itu aku tak nafikan. Ustaz Irwan ni juga amat dikenali dengan gelaran  Ustaz Allahumasolialamuhammad kerana tabiat beliau yang terlalu suka berselawat. Ustaz Irwan juga bekas anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang amat terkenal di Seliau, Rantau. Alhamdulillah akhirnya Harraz bertemu dengan pondok kitab yang dia cari, semoga Harraz serasi belajar disini. Dan sepanjang sebulan dia di sana, aku nampak dia happy je belajar. Semoga Allah kekalkan hatinya untuk belajar kitab dan bahasa arab hingga ke Yaman atau Acheh.

Wednesday, 9 September 2015

Cuti sakit pun tak pandai duk diam

Tulah dia aku.. Reti duk diam hanya pada minggu pertama cuti sakit aku je. Pastu..takde maknanya aku nk duk diam. Tulah orang kata aku degil sampai bekas luka pembedahan aku tetas setelah sehari jahitan dibuka. Wah... Aku x lasak pun rasanya cuma aku tak beli support device yang doktor cadangkan ari tu. Aku tak beli sebab mahal dan doktor kata terpulang aku nak beli atau tida. Jadinya aku ada pilihan untuk tidak membazirkan duit aku.. Tu pendapat aku pada ketika itu tp akibatnya bekas luka itu tetas ataupun terbuka.
Syukur juga luka tu dah kering cuma pedih dia macam kena hiris pisau tulah... Ngeri gak tengok luka tu.. Dah macam longkang dah. Aku ngeri sebab bimbang luka dalam tak kering je.. Bimbang kena jahit semula je. Taknaklah lagi benang tu duk kat tangan ni... So.. Apa lagi.. Sapa yang tengah sakit tu.. Belajar-belajarlah duk diam-diam.. Dah kena baru padan muka