Nak buat macamana, dia dah lari. Syukur Allah masih lagi sayang kepada mereka dengan menemukan seorang cikgu yang memang secara kebetulan memang nak ke KL pada ketika itu. Cikgu tersebut nampak mereka bertiga berjalan didalam kegelapan malam menuju kearah Batang Kali.
Perkara pertama yang dia cakap masa aku ambil dia kat rumah kawan dia tu, dia kata dia nak belajar kitab, sepenuhnya kitab. Dia taknak tahfiz sebab dia kata dia tak mampu. Aku menung sekejap sebab setahu aku memang susah nak cari madrasah yang mengajar kitab di KL ni.
Dengan bantuan sahabat yang menyayangi kami, kami ditemukan dengan Ustaz Irwan mudir kepada Madrasah ArRiyad Addaufa' Wal Masakin yang kebetulan datang TI untuk bagi tazkirah pada hari yang sama Harraz lari dari madrasah lama dia. Ustaz Irwan ada war-warkan tentang pondok dia ini. Setelah berbincang dengan Encik suami, kami membawa Harraz pergi berjumpa dengan Ustaz di madrasah lama dia supaya dia boleh meminta maaf pada mereka. Kami memang mengajar anak-anak kami akan berkat seorang guru itu.
Dan dalam masa yang sama kami bawa Harraz ke pondok barunya untuk ditemuduga. Memang aku tabik dengan cikgu pondok ni. Beliau sungguh menghormati tetamu, itu aku tak nafikan. Ustaz Irwan ni juga amat dikenali dengan gelaran Ustaz Allahumasolialamuhammad kerana tabiat beliau yang terlalu suka berselawat. Ustaz Irwan juga bekas anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang amat terkenal di Seliau, Rantau. Alhamdulillah akhirnya Harraz bertemu dengan pondok kitab yang dia cari, semoga Harraz serasi belajar disini. Dan sepanjang sebulan dia di sana, aku nampak dia happy je belajar. Semoga Allah kekalkan hatinya untuk belajar kitab dan bahasa arab hingga ke Yaman atau Acheh.
1 comment:
Salam.. Berapa bayaran semasa kemasukan harraz?
Post a Comment