Sunday, 16 March 2014

Allah duga tanda Allah sayang

Alhamdulillah..betul tak.. Bila Allah duga.. Itu tanda Allah sayang sebab dugaan itu oleh menghapuskan dosa-dosa kecil. Bukannya kalau kita hidup tenang tu tanda kita tak diduga oleh Allah... Tolonglah bersangka baik dgn Allah sebabnya kaya pun dugaan juga... Ramai ustaz yang kabo gitu.. Teman sampaikan jugaklah apa yang teman pelajari...
Air... Dasyat sungguh ujian air ni dan lebih-lebih lagi disertakan dengan ujian cuaca panas. Dalam bulan lepas ujian sejuk.. Sejuk tu walaupun matahari terik kat atas kepala... Tu pun ramai lagi masih tak sedar bahawasanya ini adalah dugaan dari YANG MAHA ESA yang menunjukkan mnusia sudah jauh terleka dengan nikmatNYA sebelum ini.
Kali pertama kami kat Menara Merak Kayangan terlibat dalam catuan air..huhuhu tapi yang tak sedapnya tu katanya 2 ari ada dan 2 ari takde.. Sehari pun tak sampai..air dah takde. Ni 1st cycle.. Kita tengok lak next cycle. Syukurlah jumaat malam tu aku dah tadah air dalam semua botol yang boleh disimpan air.. Balik dari kenduri kawen smlm.. Alamak air dah takde.. Patutnya ari ni baru takde air..sabar jelah dengan Syabas ni... Tak menepati ayat-ayat yang telah dikeluarkan dalam notis catuan ar mereka.. Lantak pi lah...sebab Allah sayang aku...

Monday, 3 February 2014

Triffel pujaan hatiku

Aku dah lama sungguh tak bersiaran.. Sebab aku penat sebenarnya melayan dapur aka membuat kek and the latest product yang aku agak sibuk sekarang ni adalah cruncy almond. Ni tadi aku baru buat triffle and teringin lak nak share picture..

Aku gunakan coklat moist cake..senang je. Aku ada share ari tu..so pandai-pandailah ye. Kalau tak pun korang boleh guna apa je kek yang teragak nak guna. Tapi so far pelanggan aku suka coklat moist ni sbb dia lembut.

Than korang pandai-pandailah taburkan buah-buahan dalam tin tu. Aku guna jenama Hosen kalau tak silap aku. Ikut suka koranglah..kalau nak guna fresh fruit pun boleh.. Janji boleh telan.
Pastu masakkan lebih kurang separuh cawan susu + 1 cawan air masak + 1 sudu besar gula pasir +2 sudu besar tepung kastard diatas api yang kecil sehingga bancuhan tadi likat..alah..macam kita buat kastard tu.. Macam tulah. Ni untuk 15 biji belas yang kecik tu tau. Than masukkan kedalam bekas tersebut dan sejukkan...

Yang terakhirnya bancuh jelly Nona..aku suka guna perisa strawberry sbb dia masam so bleh lawan ngan rasa manis lapisan bawah tadi. Bancuh separuh je. Baca arahan pada kotak tersebut. Than masukkam perlahan-lahan kedalam bekas tadi dan sejukan. Setelah sejuk, ianya siap untuk dimakan..so yummy





Wednesday, 15 January 2014

Perginya takkan kembali

Lama sungguh ku tak update blog ni..dekat 2 bulan lamanya.. Bukan aku takde cerita yang nak aku kongsikan bersama tapi inilah hakikatnya bahawa gajet aku ini seolah2 bukan milik aku... Umar Zuhdi yng mengempunyakan ipad ini.. Malam ni dia demam sebab ulser, so aku dapatlah mengunakaknnya untuk meng update kisah aku ini. 
Seingat aku pada tanggal 1hb Dec 2013,ketika aku dan keluarga aku sedang bercuti di Cameron Highland....kami dikejutkan dengan panggilan telefon dari kg Ngganu mengenai pemergian abadi kakak kepada suami aku yang agak hampir sebulan sakit. Sapa yang tak terkejut sebab dia dah 4 hari pulang ke rumah. Kononnya doktor dah sahkan dia takde apa-apa tapi dalam masa yang sama doktor ada memberi ubat sakit jantung kepada arwah. Sepanjang 4 hari di rumah..dia okay je..sembang macam biasa bak kata adiknya.. Tapi apakan daya,Allah lebih menyayangi beliau. Perginya amat mudah bagi yang mengadap pemergiannnya.. Memang benar apa yang pernah aku baca, Allah akan memberi kesihatan dan rezeki kepada kita buat sementara waktu sebelum DIA mengambilnya buat selama-lamanya. Arwah sempat sihat sekejap setelah lebih kurang 16 hari berada di Hospital Kuala Terengganu. Arwah terlatar bagai tidak sedarkan diri selama 3 hari kami sekeluarga berada di sana. Apa yang kata doktor bahawa saluran pernafasannya ada masalah. Oleh kerana desakan kerja, kami pulang juga ke KL setelah 3 hari kami menurutinya di hospital. Tapi sebelum kami balik, aku sempat memberi kata semangat pada arwah supaya kuat melawan penyakitnya sekiranya dia mahu pulangbke rumah... Dia memberi respond yang baik tapi yang pastinya ketika itu arwah demama.
Keesokkan harinya my mother in law call bagitahu arwah dimasukkan ke ICU kerana demam panas dan keadaannya yang tidak sedarkan diri itu. Kami hanya mampu berdoa dari jauh supaya Allah mempermudahkan segala urusan keluarga kami di sana. Kami hanya mampu mendengar perkembangan kesihatan arwah melalui pengilan telefon dan sekali sekala melalui facebook anaknya.
Allah lebih menyayangi beliau..memang benar apa yang selalu diperkatakan. Setelah oarng itu sakit lama, Allah akan beri sedikit masa/nikmat untuk bersama yang tersayang sebelum dia benar-benar meninggalkan kita. Perginya takkan kembali. Tanggal 1 dec 2013, arwah pergi meninggalkan anak seramai 3 orang buat selama-lamanya. Ketika itu aku dan keluarga aku sedang bercuti di Cameron Highland. Percutian yang telah lama kami rancangkan untuk membawa ibu bapaku berjalan sementara mereka masih ada dan percutian itu hanya tinggal kenangan bagi ku. Yang pastinya janji Allah itu pasti. Tidak sedetik pun ianya terlewat untuk melaksanakannya.. Tapi tahukah kita bila agaknya masa kita? Hanya DIA yang maha mengetahui...

Monday, 18 November 2013

Dugaan Allah tidak terduga

Minggu lepas kami sekeluarga dikejutkan dengan berita dari kampung Ngganu yang mana kakak ipar ku a.k.a kakak kepada suamiku dimasukkan ke dalam icu atas sebab yang tidak diketahui. Ehm..mak citer kak Ma duk kat dalam bilik air dari kul 9pg smpai kat kul 4 sebab tunggu suami dia balik. Kesian sungguh aku ngan kak ipar aku tu..
Kami sekeluarga pulang ke Bukit Tunggal untuk menziarahinya.. Sadis sangat bila tengok kak Ma terbaring dengan mengunakan alat bantuan pernafasan. Apakan daya aku tak mampu nak berbuat apa melainkan doaku pada Illahi semoga Allah memberi kekuatan pada dia dan keluarganya menghadapi dugaan yang tak terduga dariNYA.

Saturday, 9 November 2013

Kesibukan melanda

Kesibukan yang melanda sehingga aku mengabaikan blog kesayangan aku ini..huhuhu. Lagi satu alasan utamanya ipad ummi dah bukan menjadi milik ummi....seminggu adalah agaknya tak sampai setengah jam ummi dapat usik gajet ummi ni..yang selebihnya milik umar zuhdi.. Bilalah en suami nak belikan tablet china untuk depa ni... Nak buka netbook dah malas, alasan yang tak boleh diterima akal..
Dalam kesibukan aku ni, macam-macam yang telah aku cuba.. Antaranya triffle, RVC versi kukus, tahu bunga dan yang paling terbaru crunchy almond.. Nilah dia antara bahan market aku.. Ramai gak tanya bila masa aku buat semua tu sebabnya aku juga bekerja sebagai seorang technician yang bekerja dari pukul 7:30-5:00 ptg.. Tu pun kalau aku masuk kul 7:30, tapi kalau aku masuk lambat..lambatlah aku balik. Lepas tu aku perlu menguruskan 3 orang anak bujang aku.. Masak untuk makan malam? In shaa Allah..aku akan pastikan aku masak untuk family aku walaupun hanya sekadar nasi goreng sebab kenapa orang lain boleh merasa air tangan aku dn kenapa tidak family aku sendiri... Betul ke ayat aku tu? Hanya Allah saja yang tahu bagaimana aku mengatur masa...hihihi